Friday, May 28, 2010

JAWATAN KOSONG BULAN JUN 2010 DI KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA ( KITAB ) PULAU PINANG

1. Pensyarah/Penolong Pensyarah Syariah, Bahasa Inggeris atau Perbankan/kewangan :
Kelayakan : Sekurang-kurangnya Sarjana Muda Kepujian dalam bidang yang berkaitan.
Gaji permulaan : RM1400.00 sebulan.
Elaun : RM400.00 sebulan.
2. Pegawai Eksekutif :
Kelayakan : Sekurang-kurangnya Diploma.
Gaji permulaan : RM980.00 sebulan.
Elaun : RM250.00 sebulan.
3. Juruteknik Komputer :
Kelayakan : Sekurang-kurangnya SPM dan sijil teknikal Komputer.
Gaji permulaan : RM640.00 sebulan.
Elaun : RM200.00 sebulan.
4. Pembantu Tadbir :
Kelayakan : Sekurang-kurangnya SPM.
Gaji permulaan : RM640.00 sebulan.
Elaun : RM200.00 sebulan.
5. Pemandu Bas :
Kelayakan : Sekurang-kurangnya tamat darjah enam, mempunyai kelas E dan Permit Kenderaan Awam.
Gaji permulaan : RM600.00 sebulan.
Elaun : RM150.00 sebulan.
6. Pegawal Keselamatan :
Kelayakan : Sekurang-kurangnya tamat darjah enam.
Gaji permulaan : RM600.00 sebulan.
Elaun : RM150.00 sebulan.
Gaji Permulaan adalah ditentukan oleh Lembaga Pengarah tidak terikat kepada gaji yang ditetapkan tetapi tidak kurang daripada apa yang dicatitkan di atas.
Sila hantar permohonan, resume dan salinan sijil kepada Rektor, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang, Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Hitam, 11400 George Town, Pulau Pinang dan emailkan juga kepada abumnr@gmail.com.

KISAH KAKI EKOR SIRI ( 1 )

Kisah ini berlaku dalam sebuah kampong bernama Permatang Jaya ( bukan nama sebenar ) di Negeri Pulau Pinang. Di kampong ini terdapat seorang kaki tikam nombor ekor bernama Pak Mat ( bukan nama sebenar ) dan seorang ustaz bernama Ustaz Saad ( bukan nama sebenar ). Pak Mat sentiasa berusaha untuk mendapatkan nombor untuk ditikam olehnya. Dia mendapat tahu bahawa Ustaz Saad ini sangat makbul doa atau hajat sesiapa yang meminta kepadanya.

Pada satu hari Pak Mat berhajat untuk berjumpa dengan Ustaz Saad untuk mendapatkan nombor ekor. Dia pun menunggu Ustaz Saad selesai mengajar di surau kampong itu. Apabila Ustaz Saad habis mengajar dia pun berjumpa Ustaz Saad.

Dia pun berkata kepada Ustaz Saad bahawa dia ada hajat hendak minta daripada Ustaz Saad. Ustaz Saad pun bertanya kepada Pak Mat apakah hajat yang hendak diminta daripadanya tetapi Pak Mat tidak berkata apa-apa kecuali berkata bahawa dia ada hajat hendak mohon daripada Ustaz Saad.

Setelah tiga kali diulangnya pertanyaan oleh Ustaz Saad, maka Pak Mat pun berkata bahawa hajatnya ialah hendak mendapat nombor ekor daripada Ustaz Saad. Apa lagi Ustaz Saad pun marah dan memaki sambil berkata babi kepada Pak Mat.

Apabila Ustaz Saad memaki Pak Mat dengan berkata babi, maka Pak Mat pun keluar dengan tersenyum dan berkata terima kasih kepada Ustaz Saad tanpa rasa marah kepada Ustaz Saad walaupun dia dimaki oleh Ustaz Saad.

Ustaz Saad hairan kepada Pak Mat kerana tidak marah kepadanya walaupun dimaki dengan perkataan babi malahan mengucapkan terima kasih pula.

Rupanya babi ada nilai nombor dalam kamus nombor ekor . Dapatlah nombor untuk Pak Mat tikam. Tak tahu sama ada kena atau tidak.