Tuesday, June 7, 2011

KECEKALAN SEORANG REKTOR SEMASA BELAJAR

Diberitahu bahawa Pak Farid semasa belajar sentiasa membuat tesis dan apabila ada aktivitinya dia akan berhenti serta sambung balik selepas itu. Begitu juga malam, apabila mengantuk dia akan tidur dan sambung menulis apabila terjaga. Dia selalu puasa hari Isnin dan Khamis kerana tiada wang untuk makan. Dia selesai S3 dalam masa dua tahun.

SATU KEAJAIBAN TUNAMI DI ACEH

Cerita satu:


Pada hari kejadian tsunami, selepas solat subuh makam syiah kuala; syeikh Abdurauf bin Ali al Fansuri telah bergegar dan keluar satu lembaga menyuruh khadam makam keluar dengan segera dengan membawa keluarganya. Selepas satu jam, maka berlakulah tsunami.


Pada malam kejadian itu, khadam makam itu telah melarang satu pesta yang dilakukan oleh askar kerana menyambut hari natal.


Cerita dua :


Seorang dosen telah selamat kerana kenderaan yang dinaiki tidak dimasuki oleh air. Akhirnya, kenderaan itu telah terdampar di atas bumbung rumha.


Cerita tiga :


Ada seorang tua yang sakit terbaring beberapa tahun yang tidak mampu bangun telah ditinggalkan oleh keluarganya semasa tsunami dan apabila tsunami telah reda, keluarganya mendapatinya dia selamat.

Sunday, June 5, 2011

LAWATAN KE ACEH KE 3

Pada hari Ahad, 5 Jun, 2011, aku bersama Pak Rektor, Prof. Dr. Mustapa, Dato Dr. Haji Harun dan Ustaz Hazrul telah berangkat ke Aceh dengan pesawat. Aku dihantar oleh Isteri dan anak-anakku serta dua orang pelajar. Sampai di Aceh disambut oleh Pak Mujib dan Panitia Seminar Pendidikan seAsean di Univervitas Muhamadiyah, Aceh. Pak Mujib bawa kami ke Universitas Muhamidiyah ( UNIMUHA ) dan ketemu Pak Rektor UNMUHA dan makan siang di situ. Selesai makan siang, kami mahu pulang ke hotel. Ketika berangkat mahu pulang ke hotel, tiba diberitahu bahawa ada acara di aula, UNMUHA. Selesai acara, kami pulang ke hotel Sultan.

Pada malam harinya, ketika mahu pergi makan malam tiba-tiba Pak Moktar marah-marah ketika mahu membawa kami ke upacara perasmian kerana dikatakan kami tetamu negara. Kami pergi bersama Pak Mujid untuk makan malam bersama Pak Rektor IAIN Ar-Raniry.


Pada pagi esoknya, kami ke Anjung Mon Mata untuk upacara seminar tetapi kami diberitahu bahawa Pak Rektor UNMUHA mengatakan kami telah diculik oleh Pak Mujib malam tadi.

Isu-isu :
1. Tiada mesyuarat dengan kami untuk program ini.
2. Tiada maklumat awal perjalanan program.
3. Tidak patut marah-marah depan tetamu.
4. Makan malam dengan pak Rektor IAIN Ar-Ranary atas permintaan kami.
5. Tujuan utama kami ke Aceh untuk mengadakan 3+0 bukan untuk seminar sahaja.
6. Pak Mujid adalah membantu kami.

" Islam tanpa nizam akan dapat dikalahkan oleh bukan Islam yang bernizam"

Wa Allahu Aklam.