Thursday, December 2, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH : KEMATIAN IBUKU

Pada hari Khamis, 25 November, 2010,lebih kurang 11.30 pagi aku telah terima telofon daripada anakku bahawa ibuku sakit tenat. Setelah itu, aku maklumkan kepada isteriku untuk bersiap untuk balik ke Muar, Johor dan memaklumkan kepada Penolong Rektor.

Dalam perjalanan, aku telah terima telefon daripada anakku bahawa ibuku telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.40 tengahari.

Aku sampai di Kg. Sungai Pulai Laut, Muar, Johor jam 9.15. Aku terus mengimamkan sembahyang jenazah ibuku dan membawa ke kubur. Aku yang baca talqin.

Didoakan semoga ibuku berada bersama orang-orang yang beriman. al Fatihah.