Saturday, March 19, 2011

PEKANRAYA SUMATERA UTARA KE 40

Pada 17 Mac, 2011, aku telah berangkat ke Medan untuk mneyertai Pekanraya Sumatera Utara ke 40 di Tepian Daya, Jalan Gatot Subroto, Medan. Aku tiba jam 10.30 pagi di sambut oleh Pak Tunas Den, super Pak Prof Ramli, Pembantu 4, Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan. Kemudian ke hotel bumi Malaya setelah daftar masuk, kami berjumpa dengan Pak Prof Ramli di kamarnya. Perbincangan bermula, aku menyerahkan contoh transkrip nilai, kurikulum Diploma Syariah dan Diploma Tahfiz al Quran sebagaimana Pak Ramli minta. Beliau maklumkan kepada aku bahawa transkrip nilai itu diperlukan untuk dimasukan dalam draf MOA.

Selanjutnya, Pak Ramli memberikan data Dosen Usluddin untuk aku. Kemudiannya, Pak Jamil Dekan Fakultas Syariah membawa aku CV dan dosen fakultasnya sebagaimana dikehendaki oleh Rektor KITAB.

Akhir perbincangan, Pak Ramli mohon program menandatangani MOA dibuat di KITAB atas tanggungan KITAB untuk Rektor, Pembantu Rektor 1, Pembantu Rektor 4, Dekan Fakultas Syariah dan Dekan Fakultas Usuludin dari IAIN SU Medan.

Pada hari berikutnya, 18 Mac, 2011, aku telah ke Pavilion Pulau Pinang di Pekanraya Sumatera Utara, Tepian Daya, Jalan Gatot Subroto untuk buka booth tetapi malangnya diberitahu oleh Encik Shaari, pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang bahawa semua barang Pulau Pinang telah telah tidak dikeluarkan dari bandara ( airport ) kerana ditahan oleh Kastam. Pelbagai rundingan telah dibuat antara wakil konsul Jenderal Malaysia Medan dan wakil kerajaan negeri Pulau Pinang tetap juga gagal walaupun perlibatan pegawai dari Jabatan Gabenor dan Panitia Pekanraya Sumatera Utara.

Lebih kurang jam 7.00 malam WIB, TKM1, YB Malik dan Dato Fariza ( SUK baru 2 hari dilantik ) mengadakan satu taklimat ringkas mengenai kegagalan ini.

Semasa makan malam, Pak azhar daripada Konsul Jeneral Malaysia Medan memaklumkan usaha yang dilakukan untuk mengatasi kegagalan ini kepada kami semua ( Pak Syed-Dewan Pernigaan Melayu Pulau Pinang, Pak Ghafor- IMTGT, Us. Faisal KPP JAIPP, Encik Shaari - Hab Halal Penang dan dua lagi tidak aku kenali ).

Sehingga kini, barang-barang dari Pulau Pinang tidak dapat dipamerkan.

No comments:

Post a Comment