Monday, February 10, 2014

Akidah Wahhabi tak sama dgn Ahli Sunnah.

Ahli Sunnah : Akidah Wahhabi tak sama dgn Ahli Sunnah.

Wahhabi : Maaf. Saya tak suka konsep tawhib dan takfir. Saya tak suka me-wahhabi-kan org dan meng-kafir-kan ulama.

Ahli Sunnah : Jadi. Wahhabi tu Ahli Sunnah?

Wahhabi : Ya.

Ahli Sunnah : Bagaimana dgn Asyairah Maturidiyah majoriti ulama salaf dan khalaf?

Wahhabi : Mereka Ahli Sunnah juga.

Ahli Sunnah : Kamu setuju bahawa Asyairah itu Ahli Sunnah?

Wahhabi : Ya.

Ahli Sunnah : Kamu setuju Asyairah itu Ahli Sunnah. Kami tak setuju yg Wahhabi itu Ahli Sunnah. Wahhabi bukan Ahli Sunnah.

Wahhabi : Sebab apa?

Ahli Sunnah : Sebab akidah asas mereka bertentangan dgn Ahli Sunnah.

Wahhabi : Tapi mereka ikut salaf.

Ahli Sunnah : Bukan 'mereka ikut salaf'. Sebenarnya 'mereka kata mereka ikut salaf'.

Wahhabi : Apa buktinya ?

Ahli Sunnah : Ulama-ulama panutan Wahhabi semuanya lahir zaman khalaf. Imam kami Al-Asyariy lahir di zaman salaf, hidup juga di zaman khalaf. Berbanding kamu, ikutan dan panduan kami lebih salaf.

Wahhabi : Kami ikut hadis. Kami mengambilnya terus dari Rasulullah.

Ahli Sunnah : Kalau benar begitu, berikan sahaja mushaf Quran dan kutub sittah kpd orang ramai. Biarkan mereka ambil sendiri dari hadis dan Quran.

Wahhabi : Mana boleh. Perlu dipelajari dari guru kami.

Ahli Sunnah : Itu tandanya guru kamu mahukan kamu ikuti mazhabnya. Itu tidak jujur. Kalau mahukan terus diambil dari hadis, buat yang sebenar. Lalu mengapa Wahhabi bersikap begitu?

Wahhabi : Kami nak ikut sunnah. Sunnah. Bukan bid'ah.

Ahli Sunnah : Wahhabi wahhabi. Sunnah itu ada disiplin dan adabnya. Kamu kata, kamu tidak suka mengkafirkan. Bahkan dalam kitab kamu penuh mengkafirkan sahabat Nabi dan para ulama Ahli Sunnah. Para sahabat dan tabiin yang beristighasah kena. Imam Nawawi kena. Imam Ibnu Hajar pun sama.

Ketika imam kamu salah akidahnya, kamu kata tak mahu konsep mengkafirkan. Ketika imam kamu mengkafirkan ulama Islam, kamu kata ulama itu tidak maksum. Ketika istighasah itu hukumnya sunat, kamu kafirkan pengamalnya. Tatkala amal itu baik dengan asas dalilnya, kamu menuduhnya sebagai neraka. Apabila ketandusan sumber dan hujah, kamu sebut kamu semua ikut sunnah Nabi.

Bila kami terangkan disiplin sunnah Nabi, kamu kata kami ni terikut-ikut dengan mazhab imam kami. Bila kami tanya kenapa kamu pula bersandar kepada imam kamu, kamu kata mereka ikut salaf. Bila kami kata imam kami semuanya lahir di zaman salaf, baik di lapangan akidah mahupun fekah, kamu kata kamu lebih hebat kerana terus ikut Nabi.

Bila kami tanya kenapa tak serahkan sahaja Quran dan kutub hadis kepada org ramai, kamu kata org ramai perlu belajar dari ulama.

Apabila kami tanya, kenapa mesti belajar dari ulama kamu, kamu kata ulama kamu ikut salaf. Bila kami sebutkan bahawa ulama panutan kamu tidak lahir di zaman salaf tetapi ulama ikutan kami semuanya lahir di zaman salaf, kamu kata kamu terus ikut Nabi secara langsung.

Kami tanya kenapa tidak serahkan sahaja org mentelaah sendiri Quran dan hadis, kamu mahu org ikuti dan agungkan ulama kamu. Bila kami kata kenapa ikut kata ulama kamu, kamu kata ulama kamu ikut salaf. Bila kami buktikan secara kitab bhw ulama kamu bertentangan dgn ulama salaf, kamu kata kamu ikut Nabi. Dan kamu ulang ulang dan ulang perkataan sunnah. Dan pusing dan pusing lagi.

Duhai manusia. Apakah begini yang mahu dipertahankan di hadapan Allah? Apa salahnya membuangkan sedikit ego dengan mendengar nasihat dan saranan. Barangkali kita terguris sedikit hari ini, tetapi masih sempat membetulkannya dan mengikuti yang benar sementara hayat di kandung badan.

via : Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia

No comments:

Post a Comment