Sunday, June 29, 2014

Penduduk Baling paling bahagia - kajian

Penduduk Baling paling bahagia - kajian


KUALA LUMPUR 26 Jun - Penduduk di empat daerah iaitu Baling, Alor Gajah, Pekan dan Raub merekodkan kadar kebahagiaan tertinggi di negara ini, manakala penduduk di 90 kawasan lagi mencapai tahap sederhana pada tahun lalu.
Penilaian yang dibuat menerusi Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013 itu menunjukkan kebahagiaan penduduk di Majlis Daerah Baling mencecah 84.62 peratus, diikuti Majlis Perbandaran Alor Gajah (81.54 peratus), manakala Majlis Daerah Pekan dan Raub masing-masing mencatatkan 80 peratus.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pelaksanaan indeks berkenaan sebagai sebahagian daripada Jaringan Petunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNINets) yang merangkumi 151 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment