Wednesday, August 25, 2021

Isu pengagihan zakat oleh bukan Islam

 Assalamualaikum:

Kepada:  Pihak pengurusan Zakat Pulau Pinang.

Saya ingin menarik perhatian diatas isu pemberian baucer zakat yang baru baru ini ditularkan didalam media sosial yang melibatkan seorang YB dari DAP iaitu Yb Khasturi Patoo dimana beliau telah menaikkan gambar beliau didalam media sosial (facebook) baru baru ini dan sempat di “print screen” oleh pengguna facebook lain.

Selepas mendapat rungutan dan bantahan dari kebanyakan masyarakat Islam, Yb Khasturi Patoo telah memadamkan catatan beliau difacebook.

Apa yang dikesalkan, isu pengedaran baucer zakat ini bukanlah isu yang baru. Peristiwa serahan Zakat oleh Yb bukan islam turut berlaku pada 2019 sewaktu umat Islam berpuasa di bulan ramadhan. Wakil rakyat yang dimaksudkan ialah ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit ; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan terbaru gambar Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto yang menyampaikan kit bantuan zakat di dalam ruang solat sebuah masjid.

Sebagai umat Islam yang menetap di Pulau Pinang dan juga merupakan salah seorang AJK masjid yang dilantik secara undian didalam mesyuarat agung masjid, saya merasa terpanggil untuk membangkitkan perkara ini kepada pihak pengurusan Zakat Pulau Pinang.

Masjid merupakan institusi yang diamanahkan bagi mengutip zakat fitrah setiap tahun. Ramai dikalangan amil adalah dilantik dengan melalui nama nama yang telah disenarai pendekkan oleh pihak Jawatankuasa masjid.

Dengan keluarnya berita agihan zakat yang dibuat oleh orang bukan islam kepada masyarakat islam di Pulau Pinang, saya merasakan seolah olah pihak Pengurusan Zakat telah meletakkan Institusi Zakat Pulau Pinang kepada bahaya dimana ianya boleh menghilangkan keyakinan penyumbang zakat mengenai keupayaan kakitangan zakat menguruskan amanah yang telah mereka berikan. 

Saya menharapkan satu SOP yang lebih tuntas dapat dibentuk dan dijadikan panduan pada masa depan untuk mengelakkan kejadian ini daripada berulang.

Disini juga saya ingin berkongsi satu tulisan yang dipetik dari jurnal yang ditulis oleh Mohd Anuar Ramli, University of Malaya | UM • Department of Fiqh and Usul, Academy of Islamic Studies (BSh (UM), MSh (UM, PhD (UM) dan Mohammad Naqib Hamdan,Universiti Teknologi Malaysia | UTM • Akademi Tamadun Islam BSh. (Azhar); MSh. (UM); PhD (UM) bertajuk Pengagihan Zakat Oleh Orang Bukan Islam Dalam Konteks Masyarakat Majmuk Di Malaysia Menurut Perspektif Hukum Islam mengenai agihan zakat yang dikelolakan oleh bukan islam sebagai renungan bersama.

 “ Tindakan ahli politik bukan Islam mengagihkan zakat telah menimbulkan isu sensistif dalam masyarakat Islam (Mohd Iskandar, 2019b). Ekoran itu, pembayar zakat telah mempertikaikan tindakan tersebut dan menyalahkan institusi zakt kerana mengizinkan orang bukan Islam terlibat dengan urusan zakat. Hal ini jika tidak ditanggani akan merugikan institusi zakat sendri disebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap institusi zakat. Sekaligus menyebabkan mereka enggan membayar zakat di institusi terbabit 


Sehubungan dengan itu, setiap pihak perlu berhati hati dalam urusan berkaitan dengan zakat kerana ia mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelbagai pihak samada institusi zakat, pembayar zakat dan juga hubungan antara umat Islam dan bukan Islam di Malaysia”

 

Petikan dari jurnal yang ditulis oleh Mohd Yahya et al., 2013

“Kajian Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad dan Radiah Andul Kader (2009), turut membuktikan sebanyak 47.6 peratus responden (332 orang) yang tidak berpuas hati dengan kaedah pengagihan zakat turut tidak akan membayar zakat melalui institusi zakat. Ini menunjukkan hampir majoriti responden tidak membayar zakat yang berkemungkinan kerana mereka tidak berpuas hati dengan kaedah pengagihan zakat oleh institusi zakat.”


Rujukan  

1. Lebih manis orang Islam agihkan zakat - Mufti Kelantan https://www.malaysiakini.com/news/478210

2. Pengagihan Zakat Oleh Orang Bukan Islam Dalam Konteks Masyarakat Majmuk Di Malaysia Menurut Perspektif Hukum Islam

https://www.researchgate.net/publication/337257680_Pengagihan_Zakat_Oleh_Orang_Bukan_Islam_Dalam_Konteks_Masyarakat_Majmuk_Di_Malaysia_Menurut_Perspektif_Hukum_Islam

3. Hukum Wanita Dan Orang Bukan Islam Sebagai Amil Zakat Gaji Dan Pendapatan Di Lembaga Hasil Dalam Negeri

http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/fatwa-muamalat/106-hukum-wanita-dan-orang-bukan-islam-sebagai-amil-zakat-gaji-dan-pendapatan-di-lembaga-hasil-dalam-negeri


4. Agihan zakat oleh pemimpin bukan Islam jejas imej ZPP

https://www.sinarharian.com.my/article/31227/EDISI/Utara/Agihan-zakat-oleh-pemimpin-bukan-Islam-jejas-imej-ZPP


5. Agihan Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Zakat Melalui Institusi Formal

https://www.researchgate.net/publication/304169904_Agihan_Zakat_dan_Kesannya_Terhadap_Pembayaran_Zakat_Melalui_Institusi_Formal


Mohamad Puzi Awang, Sabtu, 24-Apr-2021, (AJK Masjid Machang Bubok Bukit Mertajam)

No comments:

Post a Comment