Thursday, October 7, 2021

Benarkah Orang Kafir Bertauhid Rububiyyah?

 Kesilapan besar bagi mereka yg mengatakan: "orang kafir turut bertauhid rububiyyah". Ini merupakan kata2 yg batil, serta tidak boleh dipegang sama sekali.


Para ulama muktabar tidak pernah membezakan antara tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah. Sesiapa yg bertauhid rububiyyah, maka dgn sendirinya ia turut bertauhid uluhiyyah.


Allah menyifatkan orang kafir sebagai musyrikin, justeru bagaimana utk didakwa bahawa mereka turut beriman dgn tauhid rububiyyah?


Orang yg mendakwa bahawa org kafir turut beriman dgn tauhid rububiyyah kemungkinan terkeliru dgn ayat ini iaitu firman Allah سبحانه وتعالى:


وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ


Maksudnya: Dan sekiranya kamu bertanya mereka siapakah yg menciptakan mereka, nescaya mereka akan menjawab: Allah. Justeru, bagaimana mereka boleh berpaling.


Berdasarkan ayat ini, ulama kalam dan tafsir menjelaskan bahawa jawapan org kafir sebegini merupakan ikrar secara spontan, yg mana mereka tidak dapat mengelak dari menjawab soalan sedemikian apabila berhadapan dgn hakikat yg sangat terang dan nyata. Mereka bukan membenarkan ketauhidan rububiyyah Allah, tetapi soalan sebegitu tiada jawapan lain yg dapat diberikan melainkan perakuan bahawa Allah lah Pencipta mereka.


Sebagaimana pada satu ketika dahulu, apabila ditanya kpd org kafir Quraysh sifat Nabi Muhammad, mereka mengelar baginda sbg al-Amin, sbg orang yg sangat beramanah. Pengiktirafan sebegitu adakah menandakan mereka beriman kpd Nabi Muhammad? Tidak juga. Mereka mengatakan begitu kerana sifat amanah yg ada pada Nabi Muhammad terlalu jelas dan nyata sehingga tiada siapa yg dapat menafikannya.


Satu ketika, Raja Namrud tercengang apabila Nabi Ibrahim bertanya, bolehkah kamu ubah peredaran matahari ini kerana Allah lah yg mengaturnya? Raja Namrud tercengang sbb dia tidak dapat lari dari kenyataan ttg kekuasaan Allah سبحانه وتعالى yg mengatur alam ini. Tidak semestinya dia beriman dgn tauhid rububiyyah, hanya kerana dia tidak dapat mengelak dari bukti yg sangat jelas dan nyata ttg kekuasaan Allah. 


Oleh yg demikian, mengaku dan beriman itu merupakan dua perkara yg berbeza. Seseorang itu mengaku sbb dia tidak dapat mengelak dari bukti yg terlampau jelas, tetapi tidak semestinya dia beriman. Berbeza dgn mereka yg beriman, kepercayaannya merupakan satu ketenangan di dalam hati, yg tiada syak dan ragu terhadap sesuatu kebenaran yg dibawa oleh para utusan Allah سبحانه وتعالى. 


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment