Monday, September 27, 2010

MERAKAMKAN RASA TERHARU KEMATIAN SAHABAT YB CHEK HASHIM

Pada hari ini aku terima berita TV kematian almarhum YB Chek Hashim Sulaiman, ADUN Galas, Gua Musang, Kelantan. Beberapa bulan lepas, aku berjumpa dengan Ustaz Abdul Rahman Yunus. Dia telah memberitahu aku bahawa beliau dalam keadaan tenat. Aku sudah beberapa kali hendak berjumpa dengan dia tetapi aku tidak dapat berjumpa dia di dunia. Insyaallah, di akhirat.

Chek Hashim adalah seseorang pemimpin di luar negara semasa aku menjadi presiden dan memangku jawatan aku semasa aku pulang dulu. Dia dan kami telah mengerakkan pelajar di Rumah 586/15, Water Pump. Kami timggal bersama di dalam satu dan belajar di University of Islamic Studies.

Apabila aku pulang ke Malaysia, aku belum pernah berjumpa dia kerana berada di Gua Musang. Akhirnya, aku menerima berita kematiannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh.

Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment