Tuesday, January 28, 2014

ilmu hadith tidak boleh dikuasai bagi mereka yang bukan SYAFI'I,

Al-Muhaddith Syeikh Dr Mahmud Sa'id Mamduh menyatakan Syeikh Waliyullah ad Dahlawi di dalam kitabnya al-Insof fi Bayanil Ikhtilaf:Hanyasanya ilmu hadith tidak boleh dikuasai bagi mereka yang bukan SYAFI'I,maka barangsiapa yang ingin menguasai ilmu hadith maka hendaklah ia masuk ke dalam pintu SYAFI'I.
Maka kebanyakan ilmu hadith dikuasai oleh Ulamak2 SYAFI'I.Maka Ulamak2 SYAFI'I bukanlah Wahhabi.Aku tidak tahu mengapa ada wujudnya manusia yang menggelarkan Wahhabi sebagai Ahli Hadith.Kita semua tahu bahawa mereka adalah al Sakhawi,al Hafiz ibn Hajar,al Baihaqi,Imam Syafi'i,Muhammad ibn Nasr al Marwazi,Bukhari dan Muslim.
Mereka semu...a Ahli Hadith.Mereka tidak ikut jalan Wahhabi.Bahkan jika melihat golongan Wahhabi ini tidak ada yang alim atas sesuatu mazhab.Mereka hanya suka berkata sama ada kafir atau ahli bidaah.Maka semua umat Islam tanpa terkecuali apabila kita tidak mengikuti kaedah golongan Wahhabi,sama ada kafir atau ahli bidaah.
Aku telah membaca satu tulisan yang telah dibawa kepadaku oleh seorang saudara kita.Tulisan itu adalah diambil daripada sebuah kitab manhaj dakwah bagi mereka yang dikarang oleh Ulamak Besar Wahhabi yang bernama Dr Soleh Fauzan.Beliau berkata di dalamnya itu:Termasuk di dalam kalangan orang MUSYRIKUN itu adalah golongan salaf,Jahmiyah,ASYA'IRAH dan Mu'tazilah.Ini yang dikatakan oleh Dr Soleh Fauzan.
Oleh kerana itu golongan salaf kita adalah kuffar.Kita semua adalah kuffar kerana kita mengikut golongan salaf yang terdahulu kuffar,maka kita juga adalah kuffar.Dalam kalam seperti ini memang biasa dalam mazhab serta fahaman mereka.
-Intaha kalam..Wallahu a'lam
akan datang : Bid'ah & Perbahasannya
via : Ust Hanif Talib
See More

No comments:

Post a Comment