Saturday, February 1, 2014

Muhamamd ibnu ikon perpaduan di arab saudi

MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB IKON PERPADUAN DI ARAB SAUDI
Beliau memiliki ramai musuh kerana apabila terbentuknya negara Saudi, sudah pasti berlaku banyak pertembungan dan peperangan, termasuk juga peperangan di antara ahli mazhab. Beliau bermazhab Hanbali manakala ada yang lain bermazhab Syafi’i, Hanafi dan Maliki.
Dahulu di empat penjuru Kaabah, umat Islam berpecah kepada empat jamaah solat mengikut mazhab masing-masing. Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab melihat semua jemaah ini perlu disatukan, maka beliau menetapkan mazhab Hanbali sebagai mazhab rasmi negara.
Antara perjuangan utama beliau ialah merobohkan dan meratakan kubur-kubur yang dibina melebihi tinggi asas binaan yang dibenar dalam syariat Islam. Beliau bukan membongkar kubur seperti yang ditohmah oleh golongan yang membenci dakwah dan seruan tauhid. Bahkan apa yang dilakukannya adalah berdasarkan hadis Nabi SAW, di mana Nabi mengatakan tinggi kubur hanya sejengkal dari tanah dan diletakkan pada kepala kubur itu seketul batu sahaja sebagai tanda.
Nabi SAW telah mengutus Ali bin Abi Thalib RA dan Ali bin Abi Thalib pula mengutus Abul Hayyaj Al-Asadi untuk merobohkan mana-mana kubur yang tingginya melebihi sejengkal. Namun pada zaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, kubur-kubur dibina dengan tinggi dan dihias, malah disembah dan dijadikan tempat ibadah seperti iktikaf, solat, tawaf, zikir, berdoa dan sebagainya.
Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab yang memahami hadis Nabi itu merobohkan kubur yang tinggi bertujuan membanteras kesyirikan dan upacara sembahan-sembahan selain Allah.
Dakwah dan usaha beliau ini menyebabkan berlaku pertembungan yang serius dengan golongan Sufi, penyembah kubur dan pemuja kubur. Sudah tentu mereka tidak berpuas hati, maka hasilnya mereka menuduh beliau dengan bermacam-macam tohmahan, dikatakan beliau membongkar kubur dan sebagainya. Walhal beliau melaksanakan seperti apa yang diperintahkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadis-hadis sahih.
Selain isu akidah, beliau turut menyeru supaya mentaati pemerintah Islam yang sah, kerana itu beliau mempertahankan kerajaan Su’ud. Dakwah ini juga bertepatan dengan hadis-hadis Nabi SAW yang memerintahkan supaya umat Islam bersatu pada dengan mentaati pemimpin Islam. Disebabkan hal ini juga orang menjadi takut. Mereka menghentam dan mengeluarkan kata-kata dusta terhadap Muhammad bin Abdul Wahhab, antaranya disebabkan isu politik, selain dari isu akidah.

No comments:

Post a Comment