Sunday, February 23, 2014

Kajian Universiti Michigan: Jalan raya di Malaysia ke-17 paling bahaya di dunia

Kajian Universiti Michigan: Jalan raya di Malaysia ke-17 paling bahaya di duniaPosted on Sunday, February 23 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Berita SHAH ALAM 22 FEB : Malaysia adalah antara 25 negara yang paling berbahaya bagi pengguna jalan raya, dengan mencatatkan 30 kematian bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian oleh Universiti Michigan.

Dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pengangkutan universiti itu menggunakan data 193 negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), senarai kajian pada Februari 2014 menunjukkan Malaysia sebagai negara ke-17 yang paling berbahaya untuk pemandu.

lampu jalan ampang 01Satu-satunya negara Asia Tenggara lain yang berada dalam ranking 25 yang paling berbahaya ialah Thailand yang menduduki tempat kedua paling berbahaya untuk pemandu, dengan 44 kematian bagi setiap 100,000 orang lapor M-Star Online.

Dalam perbandingan yang dilakukan, Amerika Syarikat hanya 14 mencatatkan kematian, Perancis tujuh, Jerman dan Singapura enam, dan United Kingdom hanya lima kematian bagi setiap 100,000 orang.

Purata kematian dunia adalah 18 kematian bagi setiap 100,000 orang.

Namibia mendahului senarai yang paling berbahaya dengan 45 kematian dan tempat paling selamat adalah negara dengan pulau kecil, Maldives yang mencatatkan dua kematian.

Semua 25 negara yang tersenarai sebagai paling berbahaya, sama ada negara membangun atau negara kurang membangun.-sk 


No comments:

Post a Comment