Tuesday, March 11, 2014

Adab berdakwah dan beriktikaf di masjid

Kits sering melihat beberapa kumpulan menjalankan aktiviti berdakwah dan beriktikaf di masjid. Beberapa perlu diberikan perhatian bagi mereka ini :
 
1.  Utamakan kebersihan kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman.
 
2. Utamakan majlis menuntut ilmu kerana menuntut ilmu itu adalah wajib. Sesiapa menghina ulama  sesolah-olah dia menghina para anbiya kerana ulama adalah pewaris para nabi. Jangan meninggalkan majlis ilmu. Jadikan diri kita pencinta ilmu.
 
3. Utamakan kitab hadis sunan sittah iaitu Sahih Bukhari, muslim, tarmizi, nasai, abu daud dan lain lagi. Jangan .membaca hadis maudhu' ( palsu ) dan kalau boleh, hadis dhaif pun jangan.
 
4. Utamakan kepada ahli qaryah dalam aktiviti ibadat. Contohnya untuk azan. Oleh kerana orang luar, mereka tidak tahu bahawa jam di masjid itu tidak betul, maka mereka telah azan. Ini cukup merbahaya mereka mengazan waktu maghrib lebih awal. Bagaimanakah kalau ada mereka yang berpuasa dan berbuka dengan waktu yang lebih awal tersebut?
 
5. Utamakan mazhab shafiee dalam aktiviti ibadat kerana ada di kalangan mereka menyebarkan amzhab lain. Ini akan menimbulkan kecelaruan dan keliruan di kalangan orang awam. Mungkin juga menimbulkan perbalahan dalam masjid.
 

No comments:

Post a Comment