Thursday, March 13, 2014

MH370 Mangsa Kuasa Besar Dunia?

MH370 Mangsa Kuasa Besar Dunia?Posted on Thursday, March 13 @ 12:08:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Artikel


"Kehilangan pesawat MAS MH370 dalam perjalanan ke Beijing masih lagi kekal sebagai misteri. Setakat ini berbagai-bagai komentar diberikan tetapi semuanya buntu kerana tidak ada satu penjelasan yang munasabah dapat diberikan. Penjelasan yang diberikan oleh semua pakar penerbangan dari segi pengendalian, kejuruteraan dan penerbangan juga tidak dapat menemui sebab yang dapat menjelaskan bagaimana pesawat itu ghaib secara tiba-tiba sehingga langsung tidak dapat dijejak.

Sebelum kita meneliti lebih lanjut, sekalung tahniah diucapkan terhadap Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) kerana tidak lalai menjalankan tugas menjaga negara walaupun tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai teknologi untuk mengatasinya. Kemungkinan besar pesawat tersebut dirampas melalui pesawat AWACS. AWACS merupakan teknologi ketenteraaan yang dibangunkan untuk USAF oleh syarikat Boeing iaitu syarikat yang sama membina MH370. Peranan utama AWACS ialah menjalankan pengawasan udara, arahan, kawalan dan komunikasi sama ada untuk tujuan taktikal atau pertahanan.

http://www.airforce-technology.com/projects/e3awacs/

Pesawat AWACS

Walaupun MH370 hilang dari radar awam tetapi ia masih dapat dikesan oleh radar tentera selama sejam. Pesawat malang itu masih lagi berada dalam jangkauan radar awam ketika ia tiba-tiba ghaib dan bukanlah kerana transponder dimatikan.

Persoalannya apakah yang menyebabkan pesawat tersebut hilang dari radar awam tapi masih lagi dapat dikesan oleh radar tentera? Ada yang menyatakan ia dirampas oleh hacker yang mengambil alih kawalan data yang dipancar oleh satelit oleh teknologi Automatic Dependent Surveillance-Broadcast (ADS-B) dan Aircraft Communications Addressing and Report System (ACARS). Manupulasi ini hanya memerlukan perisian ANDROID.

www.itproportal.com

Tetapi manupulasi ini tidak dapat menghilangkan pesawat dari radar, ia cuma dapat merampas pengendalian pesawat. Sebagaimana kita diberitahu pesawat tersebut hilang dari semua radar awam tetapi masih lagi dikesan oleh satelit tentera membuktikan bahawa ia pasti dirampas melalui AWACS. Seperti kejadian 9-11 dimana pesawat AWACS berada dikawasan kejadian dikatakan memerhatikan kejadian ataupun boleh juga mengemudikan pesawat untuk melanggar Twin Towers. AWACS boleh menghentikan operasi radar sama ada awam atau tentera dengan membatalkan isyarat yang dikeluarkan oleh radar. Inilah yang berlaku ketika MH370 ghaib dalam radar pada ketinggian 29,500 ka.

Motif utama ialah pertelingkahan antara kuasa besar yang melibatkan teknologi ketenteraan yang paling maju akan dibangunkan China. Malaysia merupakan pusat elektronik termaju didunia, sebab itulah dua kilang elektronik terbesar didunia iaitu Freescale dan AMD berpusat di sini. Lebih daripada 20 orang pakar elektronik Freescale berada didalam pesawat tersebut dan dikatakan untuk menjalankan latihan selama sebulan di China. Latihan apakah yang diperlukan jika semuanya adalah pakar dan umur sudah melebihi 50 tahun, melainkan membangunkan sistem elektronik termaju yang diperlukan oleh China untuk dibangunkan di tempat strategik di China.

petunjukzaman.blogspot.com"


No comments:

Post a Comment