Tuesday, August 20, 2019

TASAWWUR ISLAM: KEISTIMEWAAN DAN CIRI-CIRINYA.


TASAWWUR ISLAM : KEISTIMEWAAN DAN CIRI-CIRINYA.
Tasawwur Islam adalah menjelaskan bahawa Islam sebagai  al-Deen yang lengkap dan sempurna meliputi segala bidang kehidupan sama ada mengenai hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Ia mempunyai prinsip-prinsip umum yang memberi ruang kepada manusia untuk menyesuaikan. Ia menjelaskan bahawa Islam itu mengandungi aqidah, ibadah, syari’at, akhlak, budaya, ilmu, ekonomi, politik, dakwah, mua’amalah, jenayah dan munakahat.

Ciri-ciri keistimewaan
Tasawur Islam itu menjelaskan bahawa Islam mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri yang membezakan dengan agama lain. Ciri-ciri terpenting itu ialah :
1. Rabbaniyyah ( Ajaran dari Ilahi )
Dimaksudkan dengan Rabbaniyyah ialah sumber ajaran Islam dan peraturannya adalah datang daripada Allah S.W.T dan bukan ciptaan Manusia. Ia merupakan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan lafaz dan makna iaitu al-Quran atau dengan makna tanpa lafaz iaitu al-Sunnah. Ia bukan dilahirkan dari pemikiran dan falsafahg manusia yang banyak kelemahan. Lantaran itu, ia sukar untuk dicabar, diganngu-gugat dan merubahnya kerana ia datang langsung daripada Allah S.w.T.
Apabila ajaran Islam itu datang Allah S.W.T sudah tentu adalah sempurna dan serasi dengan manusia. Allah S.W.T yang menciptakan, tentu Allah S.W.T mencioptakan ajaran yang sesuai dengan fitrah manusia sama ada yang telah berlaku, sedang ataupun yang akan berlaku.
ii. Thabat wa al Murunah ( Teguh dan Anjal )
Dalamk hari ini menjelaskan bahawa Islam itu mempunyai sifat yang teguh dan kuat dalam perkara prinsip. Ia teguh sepanjang zaman tanpa dinasakh ( pembatalan ) dan tiada perubahan. Ia bukan mengikut kehendak atau kemahuan manusia dan logic aqal tetapi merupakan ajaran yang teguh tanpa boleh digugat oleh kehendak atau pemikiran manusia walaupun mungkin kehendak atau pemikiran  manusia itu pada zahirnya mempunyai kebaikan atau esejahteraan. Ia tidak boleh ditukar ganti. Ia merupakan penutup syari’at sanawi hingga hari Kiamat. Keteguhan nilai dalam Islam kerana ia ditetapkan oleh Allahy S.W.T yang mengetahui segala kebaikan untuk manusia. Keteguhan nilainya tidak dapat dipermain-mainkan oleh mana-mana kuasa di dunia ini untuk menghalakan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T dan begitu juga sebaiknya.
Disamping itu, menjelaskan bahawa Islam itu bersifat anjal. Ia sesuai untuk semua masa dan tempat sama ada zaman jahiliah atau zaman sains dan teknologi. Ia dapat memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh manusia. Islam dapat memberi penyelesaian dalam setiap permasalahan yang timbul dalam ap acara sekali pun. Ia dapat menerima perubahan tetapi tetap teguh dalam prinsip.

iii. Waq’iyyah ( Realistik ) :
Ajaran Islam bersesuaian dengan kehidupan nmanusia di alam nyata. Kewujudan ala mini menjelaskan tentang kewujudan dan kebenaran Allah S.W.T. Ia dapat memenuhi keperluan manusia sehingga manusia merasai kesukaran dalam menghadapi cabaran hidup di dunia ini. Ia dapat digunakan selari dengan kemaslahatan manusia dalam kemajuan teknologi moden. Ia sesuai dengan fitrah kejadian manusia.
iv. Tawazun ( keseimbangan )
Islam menggalakan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Islam menggabungkan urusan akhirat dan duniawi, kerohanian dengan kebendaan, melaksanakan tanggunjawab beribadat dengan mencari keperluan asas bagi diri insan dan kebenaran wahyu dengan logic aqal. Dalam keseimbangan Islam menunjukkan ia merupakan menggabungkan dua prinsip yang berbeza.
Konsep keseimbangan dapat difahami melalui firman Allah S.W.T dalam surah al Jumaat ayat 10 :
“ ……………………… Apabila selesai menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, carilah kurniaan Allah S.W.T dan ingatlah Allah S.W.T sebanyak-banyaknya agar kamu sentiasa beruntung ……………”
( Mafhum ayat )
v. Syumuliah ( Menyeluruh ) :
Islam itu adalah suatu sistem ajaran yang lengkap semua aspek kehidupan dari sekecil kecil perkara seperti adab masuk tandas hingga aspek urusan negara. Ia menjelaskan kepada manusia tentang jalan keimanan, dasar aqidah, mengatur hubungan insan dengan ilahi melalui sistem ibadat, membersihkan jhiwa insan melalui sistem akhlak atau tasawuf dan mengatur hubungan manusia sesame manusia melalui sistem muamalat, munakahat, jenayah dan politik.
vi. ‘Alamiyyah ( Sejagat ):
Islam adalah ad Deen mempunyai keistemewaan dengan sifat ‘Alamiyyah sesuai untuk semua orang dan tempat. Ia menjadi rahmat ke seluruh alam, pertunjuk seluruh manusia dan menjadi peraturan hidup manusia sejagat pada semua masa dan tempat. Ia merupakan peraturan hidup yang diturunkan untuk semua manusia di mana-mana mereka  berada tanpa membezakan batasan warna kulit, Bahasa,bangsa, kabilah, sejarah, geografi dan negara. Ia bukan untuk satu zaman tetapi Islam adalah sesuai untuk setiap dan sepanjang zaman.
Ini dapat difahamkan melalui firman Allah S.W.T dalam surah al Anbia, ayat 107:  “ ………………………….. Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau ( wahai Muhammad ) menlainkan untuk mnenjadi rahmat sekalian alam”.
( mafhum ayat )
vii. Wasatiyyah ( Kesederhanaan )
Islam menghendaki manusia hidup dengan sempurna. Oleh itu, ia menetapkan peraturannya dapat dicapai dan dilaksanakan dengan kemampuan manusia. Sebab itu, segala peraturan Islam adalah sederhana.
Dalam Ibadat, Islam menetapkan dalam ajarannya terdapat perkara wajib dan sunat. Dalam mengerjakan yang wajib, Islam tidak menggalakan mengerjakannya sehingga merosakan badan. Dalam mengerjakan wajib juga, Islam tidak melupakan tanggungjawab menjaga kesihatan badan dan nafkah anak isteri. Dalam berbelanja, Islam melarang bersikap boros tetapi melarang bersifat kikir dan kedekut.

No comments:

Post a Comment