Monday, June 6, 2022

Makna Penuh Keimanan dan Pengharapan

 Laman Utama


Artikel


Irsyad al-Hadith


IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-371: MAKNA HADITH PENUH KEIMANAN DAN PENGHARAPAN


IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-371: MAKNA HADITH PENUH KEIMANAN DAN PENGHARAPAN


 MUHAMMAD MUSHFIQUE BIN AHMAD AYOUP @ AYUB  16 MEI 2019  JUMLAH PAPARAN: 13029


Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan penuh keimanan dan pengharapan di dalam hadith ini?


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]


Jawapan:


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini berkata, yang dimaksudkan dengan keimanan adalah beri’tiqad akan hak kefardhuan puasa. Adapun yang dimaksudkan dengan pengharapan pula adalah memohon ganjaran daripada Allah SWT. Selain itu, Imam al-Khattabi berkata, yang dimaksudkan dengan pengharapan adalah azimah iaitu seseorang itu berpuasa dalam keadaan amat mengharapkan ganjaran yang baik daripada Allah SWT untuk dirinya tanpa merasa berat serta panjang hari-harinya. [Lihat: Fath al-Bari, 4/115]


Tambahan pula, Imam al-Munawi mengatakan makna keimanan adalah membenarkan dengan ganjaran Allah SWT atau kepastian

 ganjaran tersebut serta menyerahkannya kepada Allah dalam keadaan melakukannya untuk mendapatkan ganjaran atau kerana Allah SWT sahaja dan bukan disebabkan riya’. Ini kerana, kadang-kadang seseorang mukallaf itu melakukan sesuatu dalam keadaan beri’tiqad bahawa mereka itu benar tetapi mereka melakukannya dalam keadaan tidak ikhlas. Bahkan, mereka melakukannya disebabkan ketakutan atau riya’. [Lihat: Faidh al-Qadhir, 6/160]


Imam al-Nawawi berkata makna keimanan adalah seseorang itu membenarkan akan fadhilatnya dan makna pengharapan pula adalah seseorang itu berpuasa kerana menginginkan Allah dan tidak melakukannya disebabkan ingin dilihat oleh manusia atau apa yang bertentangan dengan makna ikhlas. [Lihat: al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 6/39]


Imam Ibn Batthal berkata mensyarahkan hadith ini, maksud keimanan adalah membenarkan (di dalam hati) akan kefardhuannya serta ganjaran daripada Allah SWT ketika dia sedang berpuasa atau berqiyam di malam hari. Adapun yang dimaksudkan dengan pengharapan adalah mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah SWT serta melakukan niat puasa semata-mata kerana Allah. [Lihat: Syarh Sahih al-Bukhari, 4/21]


Antara kelebihan lain yang dinyatakan di dalam hadith ini adalah bagi orang yang berpuasa itu akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu sekiranya puasa tersebut dilakukan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah SWT sebagaimana yang telah kami nyatakan maknanya di atas. Hal ini juga telah ditegaskan oleh al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani bahawa puasa tersebut perlu selamat daripada riya’ dan aib-aib yang lain. Akan tetapi, yang diampunkan itu hanyalah dosa-dosa kecil kerana dosa-dosa besar memerlukan kepada taubat kepada Allah SWT.


 


Penutup


Kesimpulannya, ibadah puasa perlulah dilakukan dengan penuh keimanan dan juga pengharapan kepada Allah agar kita memperoleh pengampunan daripada segala dosa-dosa yang telah lalu. Selain itu juga, puasa merupakan salah satu ibadah yang istimewa kerana Allah SWT menyandarkannya kepada diri-Nya dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu untuk menilainya. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-Nya yang bertaqwa serta menerima ibadah puasa kita agar sebab penerimaan tersebut akan diampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu. Amin.


 


Wallahua’lam


Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Jabatan Perdana Menteri

Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya

No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3

62100 Putrajaya, Malaysia.


  : 03-8870 9000

  : 03-8870 9101 / 03-8870 9102

  : ukk[at]muftiwp[dot]gov[dot]my


Adakah infomasi di dalam Portal PMWP memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?


 Sangat Memuaskan Memuaskan Perlu Penambahbaikan


Hari Ini :18245


Bulan Ini :346450


Jumlah Pelawat :10821740


Hak Cipta Terpelihara © 2021 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 


Paparan terbaik menggunakan resolusi skrin minimum 1920x1080 pada pelayar web Mozilla Firefox atau Google Chrome versi terkini


Back To Top


Utama


Info Korporat


Perkhidmatan


Media


Artikel


Falak


Hubungi Kami


0SHARES

No comments:

Post a Comment