Monday, January 18, 2010

KERTAS KERJA RINGKAS YANG DIBENTANGKAN SEMINAR INTERNASIONAL DI STAIN LHOKSEMAWE, ACEH UTARA, INDONEISA PADA 29 DISEMBER, 2009.

SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN HALATUJU
KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA ( KITAB ) PULAU PINANG

MUKADIMAH :

Negara Malaysia dalam mencapaian pembanguan Negara memerlukan sumber yang terlatih dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran. Dengan wujudnya kementerian yang khusus iaitu Kemnetrian Pengajian Tinggi untuk mengendalikan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Intitut Pengajian Tinggi Swasta merupakan strategi yang penting dalam usaha melatih tenaga mahir untuk membangunkan Negara Malaysia sehingga menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Bagi mencapai hasrat ini juga, Institut Pengajian Tinggi yang berteraskan Islam di Malaysia menjadi begitu penting untuk melahirkan tenaga insan yang mahir berteraskan ilmu-ilmu Islam dan ilmu-ilmu lain yang memberi manfaat kepada pembangunan ummah sesuai dengan zaman yang serba canggih dan berteknologi tinggi.

Lantaran itu, institute pengajian tinggi Swasta yang berteraskan Islam dan ilmu-ilmu lain yang bermanfat dapat memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan sumber insan. Di Malaysia, hampir setiap negeri mempunyai institusi pengajian tinggi Islam bagi memenuhi keperluan semasa ini. Dalam hal ini, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang turut sama membantu Negara Malaysia dalam ushaha melahirkan tenaga insan yang mahir dan berketrampilan.

SEJARAH :

Mesyuarat pertama penubuhan Kolej islam Teknologi Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang telah diadakan pada 4 Oktober, 2001 dengan nama Kolej Islam Tinggi Al Masyhoor Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang dengan mengambil kira semangat dan peranan Sekolah Al Masyhoor di Pulau Pinang pada masa dahulu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato Haji Hassan bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat ini bersetuju KITAB diletakan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

KITAB telah mula ditubuhkan pada 12 Mei, 2004 dan didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang pada 2 Februari 2006. Mula mengambil pelajar pertamanya pada Mei, 2005 dengan pelajar pertamanya seramai 25 orang.

Lokasi KITAB di Bangunan Tahfiz, Kompleks Masjid Negeri Pulau Pinang, Jalan Air Hitam, Pulau Pinang. Tempat ini adalah asalnya Maahad Tahfiz Wa Al Qiraat Negeri Pulau Pinang yang dinaikkan taraf sebagai sebuah kolej iaitu KITAB. Maahad ini asal hanya menjalankan kursus Diploma Tahfiz al Quran Wa Qiraart sejak 1996 lagi dan apabila dinaikan taraf sebagai sebuah kolej, ianya telah menjalankan pelbagai kursus.

PERKEMBANGAN ;

Falsafah KITAB ialah pendidikan di KITAB adalah suatu usaha yang berterusan kearah melahirkan graduan yang menguasai teras ilmu islam dan ilmu-ilmu serta kemahiran-kemahiran lain yang bermanfaat.

Visi KITAB ialah KITAB percaya bahawa setiap insan boleh dididik dan dilatih untuk menjadi seorang muslim yang mempunyai ilmu Islam sebagai teras dan beberapa ilmu dan ketrampilan lain yang bermanfaat.

Misi KITAB ialah berusaha ke arah melahirkan graduan ulul al bab yang mempunyai teras dalam ilmu Islam, berkebolehan dalam bidang-bidang pilihan, mahir ICT, menguasai Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di samping Bahasa Melayu dan suatu bahasa pilihan serta berkemampuan memimpin dan mengurus.

KITAB ini diketuai oleh seorang Rektor sebagai ketua eksekutif dan 25 orang pensyarah sepenuh masa. KITAB menjalankan kursus Diploma Syariah elektif Undang-undang, kewangan atau Perbankan, Diploma Tahfiz al Quran elektif Qiraat, Dakwah atau Syariah, Diploma Kewangan elektif Syariah, Bahasa Arab atau Dakwah, Diploma Perbankan elektif Syariah, Bahasa Arab atau Dakwah, Diploma Qiraat elektif Taranum, Rasm Al Quran atau Dakwah. Bagi pelajar antarabangsa ialah Diploma Syariah dan Diploma Tahfiz. Kemasukan pelajar ke KITAB dengan Syahadah Aliyah atau pun setaraf dengan ‘o’ level di peringkat antarabangsa.

Bagi memantapkan kelanjutan dan kesenambungan kemajuan, KITAB telah, sedang dan akan membuat hubungan dengan mana-mana institusi pendidikan dan pertubuhan Islam di dalam dan luar Negara seperti Majlis Agama Islam Selatan Thailand, Institut Agama Negeri di Medan dan Aceh serta Ikatan Kolej-Kolej Berkembar Antarabangsa ( IKBA ) Malaysia.

Melalui hubungan dalam dan luar Negara, lepasan pelajar KITAB boleh melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di university atau kolej university dalam dan luar negeri. Seperti Kolej Universiti di Malaysia, IAIN dan univeristi timur tengah. Walau bagaimanapun kemasukan ke university atau kolej university bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh university atau kolej university yang berkenaan.

HALATUJU :

Pada masa akan datang, KITAB akan beroperasi di tapak yang baru yang lebih baik lagi bagi menampung pertambahan pelajar dan kursus yang ditawarkan. Tapak yang dicadangkan telah pun ada di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Selain itu, KITAB akan menawarkan kursus baru dalam perhotelan dan pelancungan secara Islam, pemakanan dan makmal halal, komunikasi Islam, astronomi dan perubatan Islam. Kursus yang ditawarkan adalah sesuai dengan perkembangan kemajuan Malaysia dalam pembangunan Islam terutama apabila Malasyia hendak menjadikan negaranya hab halal di peringkat antarabangsa.

Di samping itu, jalinan kerjasama antara KITAB dengan institusi pendidikan dan pertubuhan Islam akan ditambah, dipertingkatkan dan dieratkan dalam bidang penawaran kursus, pengambilan dan pertukaran pelajar, perkongsian khidmat kepakaran, penganjuran program, penyelidikan dan kerjasama maklumat bagi mencapaian hasrat penubuhan KITAB.

Akhirnya dalam perancangan korporat, KITAB akan berusaha menaik-taraf menjadikan ianya sebagai institusi pendidikan Islam bertaraf kolej university dan seterusnya sebagai university Islam terulung bukan sahaja di Malaysia tetapi di Nusantara dan di Dunia. Insyaallah.

PENUTUP :

Sesuai dengan sejarah, perkembangan dan jalinan perhubungan university dan kolej university Islam di Nusantara, maka KITAB tidak ketinggalan bersams dengan mereka untuk memberikan sumbangan bermakna dalam tamadun pendidikan Islam di Nusantara khususnya di Pulau Pinang itu zsendiri.

No comments:

Post a Comment