Friday, January 22, 2010

LAWATAN KE IAIN AR-RANIRY, ACEH.

Pada 8, 9 dan 10 Januari, 2010, aku bersama dengan Rektor, KITAB telah pergi Institut Agama Islam Negeri ( IAIN ) Ar-Raniry, Aceh. Pada peringkat awalnya, aku diberitahu bahawa pihak KITAB akan membentangkan kertas kerja dalam seminar internasional di IAIN Ar-Raniry. Peserta dari Singapura dan Brunai akan hadir.

Pada 8 Januari, 2010, aku dan Rektor telah bersama rombongan daripada Thailand dan Univeristi Sains Malaysia telah berangkat ke Medan. Dari USM ialah Dr. Azizan dan Dr. Shakirah.

Di Medan, kami telah sampai jam 8.30 malam. Pelajar KITAB telah berada di Bandara Polinia. Kami diberitahu tiada pesawat ke Aceh malam itu telah habis. Lantas itu, kami telah bersetuju untuk naik bas pada jam 10.00 malam. Tetapi Drs. Halim ( Thailand ) beritahu kepada kami, bahawa kena pergi Hotel Gruda Citra di Jalan Sigamaraja dekat Masjid Raya Medan. Di sini akan ada pelajar yang akan membawa ke steyen bas. Kalau bertolak pukul 10.00 dijangka sampai pukul 6.00 pagi esok di Aceh.

Kami seramai 9 orang telah naik teksi ke hotel tersebut. Di hotel itu terdapat pelajar Thailand di Medan telah menunggu. Drs. Halim, Dr. Azizan dan Dr Shakirah telah mengambil bilik di hotel itu kerana mereka akan ke Aceh esok dengan pesawat. Kami seramai 9 orang akan naik bas atau van.

Oleh kerana kami telah lapar, kami semua telah pergi makan. Apabila pergi makan, maka kami telah terlambat untuk ke stesyen bas. Van telah ditempah. Harga pertama dikatakan 1.5 juta rupiah dan kemudian naik 2.0 juta rupiah. Apabila van sampai untuk mengambil kami di hotel itu dan diberitahu bahawa kami kena sampai pukul 6.00 pagi esok, harga van telah menjadi 2.5 juta. Kami bersetuju dengan syarat boleh sampai jam 6.00 pagi esok.

Kami seramai 6 orang telah bertolak dengan Van pada lebih kurang 11.30 malam ke Aceh. Di pertengahan jalan, pemandu van telah mengambil seorang pembantu pemandu.

Pada keesokan hari, kami jangkakan akan sampai pukul 6.00 pagi tetapi kami telah sampai pada 11.30 pagi. Harga van sebayak 2.5 juta terpaksa kami bayar walaupun lambat sampai.

Bapak Mujib dari IAIN Ar Ranary,Aceh telah sambut kami di Masjid Baitul Rahman bandar Aceh. Bapak Mujib amat terkejut kerana kedatangan aku bersama dengan Rektor KITAB kerana menurutnya majlis menandatangani MOU akan dibuat pada masa yang lain. Aku dan Rektor KITAB telah dihantar ke Hotel Oasis. Peserta dari Thailand telah ditempatkan hotel lain. Bapak Mujib telah menunggu aku dan Rektor KITAB untuk dibawa ke tempat seminar.

Di tempat seminar, Rektor KITAB telah dibawa berjumpa dengan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia yang telah sampai awal. Aku dibawa ke bilik urusetia untuk menyemak dan meletakan logo KITAB dalam dokumen MOU. Aku diberitahu, oleh kerana kami telah lambat sampai maka MOU tidak boleh ditandatangan di dalam majlis seminar.

Selepas makan tengahari, aku dan Rektor KITAB telah dibawa untuk berjumpa Prof Dr Farid Wajdi, Rektor IAIN Ar-Raniry untuk tandatangan MOU.

Lepas itu, aku dan Rektor KITAB telah dibawa dewan seminar semula kononnya untuk membentangkan kertas kerja. Apabila kami sampai di tempat seminar, seminar telahpun bermula. Dua pembentang daripada Malaysia. Kemudian Dr. Azizan dan Dr. Shakirah sampai. Mereka berdua telah diminta untuk membentang kertas seminar tetapi kami tidak disuruh membentang kertas seminar.

Kami kemudiannya telah dibawa ke hotel untuk berehat. Jadi kami tidak membentangkan kertas seminar kerana kesuntukan masa.

Pada malam itu diadakan majlis makan malam bersama Prof Dr. Syamsul Abas, Pembantu Rektor IV. Ketibaan Rektor KITAB telah disambut macam tetamu khas. Lepas makan, Drs. Halim telah menghantar peserta Thailand untuk balik dengan bas malam itu juga tetapi kemudian dibatalkan kerana yang membangkang kerana mereka masih penat lagi. Mereka balik esok pagi.
Aku dan Rektor KITAB telah balik ke Medan esok pagi dengan pesawat Lion Air.

Di Medan, Rektor KITAB telah dapat berjumpa dengan pelajar KITAB dan pelajar Malaysia di IAIN Medan di rumah Zaki. Dalam perjalanan balik, aku telah ketemukan Rektor KITAB dengan Dr. Abdullah Jamil, Rektor Chut Nyak Dhien, Medan di Lapangan Terbang Polonia, Medan.

Aku dan Rektor KITAB balik ke Malaysia dengan Air Asia pada pukul 3.25 petang.

No comments:

Post a Comment