Monday, August 9, 2010

Nota Kuliah : Pembentukan Malaysia

3. PEMBENTUKAN MALAYSIA

3.1 GAGASAN MALAYSIA

3.1.1 Faktor-faktor Penubuhan Malaysia

i. Mengelakkan Ancaman dan Pengaruh Komunis

- situasi polotik dan keamannya tergugat terutama selepas Parti Tindakan Rakyat ( PAP ) kalah dalam pilihanraya kecil Singapura
- dibimbangi akan dikuasai oleh Barisan Sosialis dan fahaman komunisme meresap dalam PAP.
- Sumber ekonomi Singapura yang terhad akan menyukarkannya membentuk ekonomi yang kukuh itu.

ii. Memberikan kemerdekaan Kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura

- Kerajaan Inggeris sedang memberikan pertimbangan untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya.
- Dengan masuknya Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan memudahkan dua negeri mencapai kemerdekaan
- Mengelakan dapat mengelak pengaruh komunis dari meresap ke dua negeri ini.

iii. Perkongsian Faedah Ekonomi

- Dapat menjalankan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama terutamanya untuk Sabah dan Sarawak.
- Tanah Melayu, Singapura dan Brunei akan penyumbang utama dalam kerjasama ini.

iv. Membela Masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak

- Memberi peluang dan pembelaan golongan Bumiputera kerana kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi dipegang oleh bangsa asing.
- Sistem perhubungan dan infrastruktur adalah sangat dhaif.
- Tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik huruf dan jawatan tinggi dikuasai oleh orang luar.
- Mengatasi kekurangan dan layanan untuk masyarakat bumiputera kerana kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

v. Menjaga Kepentingan Hak kaum Bumiputera

- Bilangan masyarakat bumiputera adalah lenih tinggi lagi kerana kemasukan Singapura ke Tanah Melayu telah menjadikan bilangan masyarakat Melyu berkurangan. Ini Disebabkan bilangan orang Cina terlalu ramai di Singapura.

3.3 REAKSI NEGARA ASEAN – INDONESIA

Indonesia

- Pada permulaan penubuhan Malaysia mendapat sokongan Indonesia
- Kemudiannya ditentang sehinggan menimbulkan Konfrantasi ‘ Ganyang Malaysia’ yang melibatkan tentera
- Penentangan ini berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan
- Pada bulan bulan Ogos 1966, Adam Malik, Menteri Luar Indonesia menandatangani perjanjian damai dan tokoh-tokoh di Malaysia dan berakhirnya konfrantasi ini.

3.4. PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

i. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

- Pada bulan Julai, 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel ( PKK ) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan dan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang diketuai oleh Donald Stephens untuk menerangkan konsep Malaysia kepada orang ramai dan mendapat maklumbalas dari pemipin mereka.

ii. Suruhanjaya Cobbold

- Suruhanjaya ini dipanggil se,pena nama ketuanya iaitu Lord Cobbold.
- Ia dilantik secara rasminya pada 16 Januari 1962.
- Anggotanya : Anthony Abell, David Waterson, Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd Ghazali Shafie.
- Matlamatnya : menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak untuk masuk ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dan membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.

iii. Jawantankuasa Antara Kerajaan

- sebuah Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ) telah ditubuhkan untuk membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak.
- Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lord Land sdowne, Tun Abd Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi.
- Perlembagaan ini telah disahkan oleh kerajaan Inggeris pada 9 Julai 1963.

 Antara perkara utama dalam perlembagaan ini ialah :

i. Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia kecuali di sabah dan Sarawak.
ii. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia tetapi Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris selama 10 tahun sahaja.
iii. Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak diserahkan kepada negeri masing-masing.
iv. Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
v. Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, Sarawak 16 perwakilan dan Singapura 15 perwakilan.

iv. Referendum Singapura

- Kerajaan Singapura telah membuat keputusan untuk mengadakan referendum –
- Referendum telah diadakan pada 1 November 1962 dan keputusannya menunjukan 71% menyokong pembentukan Malaysia.
- Bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan melalui Kertas Putih pada bulan November 1961.
- Bulan Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Malaysia.

No comments:

Post a Comment