Monday, August 9, 2010

Nota Kuliah : Struktur dan Pentadbiran Malaysia

4. SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

4.1 BADAN EKSEKUTIF

4.1.1 Kuasa Eksekutif Peringkat Persekutuan

a. Yang Di-Pertuan Agong

i. Bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Ini bermakna segala urusan kerajaan dijalankan sebagai ketua badan eksekutif.
ii. Kuasa budi baginda untuk melantik Perdana Menteri.
iii. Kuasa kepada baginda untuk melantik Jemaah Menteri.
iv. Kuasa kepada baginda untuk mempersetujui atau tidak mempersetujui pembubaran parlimen.

4.1.2 Badan Pentadbiran Peringkat Negeri.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa kuasa eksekutif di peringkat negeri ialah raja/ sultan/ Yang Dipertua Negeri untuk melantik Menteri Besar/ Ketua Menteri dan tidak mempersetujui permintaan membubarkan Dewan Undangan Negeri dengan budi bicaranya.

4.1.3 Kerajaan Tempatan.

Pentadbiran kerajaan tempatan dilaksanakan oleh Majlis Daerah dan Majlis Bandaran yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis dan Ketua Pentadbirnya ialah Setiausaha Majlis tempatan.

4.2 BADAN LEGISLATIF ( PERUNDANGAN )


i. Yang di-Pertuan Agong

- Ketua kepada badan perundangan, badan kehakiman dan badan judisiari.
- Dilantik lima tahun sekali dari kalangan sembilan orang raja Melayu
- Pemerintah tertinggi angkatan tentera,
- Memperkenan rang undang-undang,
- Pengisytiharan darurat dan –
- Kuasa pengampunan.

ii. Dewan Undangan Negeri.
- sebab hilang kelayakan menjadi anggota Dewan Undangan Negeri ialah :
- Tidak sempurna akal.
- Bankrap yang belum dilepaskan.
- Memegang jawatan berpendapatan.
- Tidak menghantar apa-apa penyata perbelanjaan pilihanraya.
- Disabitkan dengan kesalahan penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang daripada RM5000.00 dan tidak mendapat keampunan.
- Hilang kelayakan di bawah undang-undang kesalahan pilihanraya.
- Menjadi warganegara asing.

4.3 BADAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

i. Sejarah Perundangan di Malaysia

- Undang-undang Adat Melayu terdiri dari Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
- undangundang di Malaysia diperolehi dari lima sumber iaitu Undang-undang Bertulis, Undang-undang Inggeris, Undang-undang Islam, Undang-undang Adat dan keputusan-keputusan Mahkamah.

No comments:

Post a Comment