Tuesday, February 23, 2016

KARYA-KARYA KEARIFAN TEMPATAN MELAYU –ISLAM MERUPAKAN KHAZANAH BERNILAI YANG TIDAK BOLEH DIABAIKAN. KITAB AL FATAWA AL FATANIYYAH OLEH SYEIKH AHMAD AL FATANI


PENDAHULUAN;

Karya-karya Melayu merupakan lambang kesarjanaan para cendekiawan Melayu dahulu. Kegiatan penulisan dan penghasilan karya dalam pelbagai subjek bertujuan mewariskan ilmu dan pengetahuan mereka mengenai sesuatu perkara kepada generasi Melayu yang seterusnya. Antara bidang penulisan karya Melayu yang sering diketengahkan ialah seperti bidang keagamaan yang terdiri daripada ilmu tajwid, fekah, tasawuf, akhlak dan sejarah. Manakala dalam bidang tradisi Melayu tempatan pula seperti hikayat, budaya dan perubatan. Kajian karya Melayu memainkan peranan besar dalam mengisi kelompangan yang masih wujud untuk memahami falsafah dan jati diri bangsa Melayu. Karya penulisan adalah faktor utama membuktikan kemampuan ulama Melayu Islam dalam penghasilan karya yang bermutu dari jenis, gaya dan kaedahnya.

Realitas Islam di Alam Melayu adalah Islam yang memiliki keunikan tersendiri, karena itu dapat disebut memiliki wajahnya sendiri. Di samping berkembang di daerah yang jauh dari pusat ajaran Islam, Alam Melayu juga – menurut beberapa ahli sejarah-- mendapatkan sebaran Islam pada saat Peradaban Islam mengalami saat-saat awal kemunduran. Lebih dari itu, masuknya Islam di Alam Melayu berlangsung dengan cara damai dari Daulah Islamiyah (seperti Umayah, Abasiyah di Timur Tengah, atau Mughal India). Semua fenomena sejarah tersebut menghadirkan corak Islam yang khas, yang berbeda dari pusat ajaran Islam (Timur Tengah). Corak Islam Alam Melayu yang khas ini kadang-kadang dianggap sebagai ―penyimpangan. Penamaan ini disertai konotasi serba kurang dalam hal ketaatan, misalnya kurang taat ajaran karena lebih didominasi oleh kebudayaan local masingmasing, kurang menunjukkan ekspresi budaya keseharian sebagaimana dikembangkan di pusat ajaran (misalnya ketaatan terhadap aturan berpakaian), dan kurang  dapat merealisasikan ajaran Islam dalam bentuk peradaban (misalnya dalam bentuk Negara) sebagaimana dalam peradaban Islam Timur Tengah. Kekhasan wajah Islam Melayu ini sayangnya selama beberapa dekade terabaikan, selalu dianggap sebagai catatan kaki dari Islam Timur Tengah.Alam Melayu yang dibayangkan adalah wilayah komunitas Muslim yang tersebar di pelbagai Negara Asia Tenggara dan sekitarnya (seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Filiphina, Kamboja, Vietnam).

Karya Jawi merupakan harta warisan kearifan tempatan berupa pemikiran dan kebudayaan bangsa dan negara pada zaman silam. Kearifan Tempatan sama ada yang menggunakan tulisan Jawi ataupun tulisan suku, selain ditulis di atas kertas, ia juga turut terdapat pada bahan-bahan penulisan yang terdahulu seperti batu, daun-daun lontara, kulit kayu deluang, di atas kulitkulit binatang dan belulang, batang-batang buluh, tulang, tanduk serta logam

Perkembangan  karya kearifan tempatan di Alam Melayu dalam bidang agama yang menjadi tumpuan dan menarik minat penuntut-penuntut ilmu pada waktu itu pula berkisar kepada tiga bidang iaitu ilmu fiqah, tawhid dan tasawuf. Namun begitu ilmu-ilmu lain seperti tafsir, hadis, nahw sarf dan selainnya tetap berkembang.

DEFINASI KEARIFAN TEMPATAN

Satu disiplin ilmu yang sedang berkembang dan sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia ialah ‘kearifan tempatan’ atau di dalam bahasa Inggeris disebut ‘local knowledge’. Disiplin ini mengiktiraf dan meraikan kebijakan tempatan dalam aspek kreativiti, penciptaan, perekayasaan bahan gunaan dan sebagainya, oleh dan untuk penduduk tempatan.

Ia dapat disejajarkan dengan semangat pascamodenisme yang menolak wacana hegemonik atau universal – umpamanya yang hanya mengagungkan kearifan atau knowledge yang datang dari Barat atau Eropah semata-mata. Etos kesarjanaan pascamodenisme kelihatan lebih demokratik, dengan mengiktiraf kepelbagaian wacana atau genre dalam kesusasteraan yang tidak semata-mata menggunakan kayu ukur Barat atau Eropah.


Dalam kesusasteraan Melayu, kearifan tempatan terlihat melalui penciptaan peribahasa, pantun, serta karya agung seperti Hikayat Hang Tuah, Sulatus al-Salatin, Hikayat Isma Yatim dan sebagainya. Karya agung ini turut melakarkan kearifan tempatan dalam bentuk kebendaan atau fizikal seperti pembinaan istana, kapal, senjata dan seni taman. Ia juga mengangkat kearifan tempatan yang bukan bersifat kebendaan, umpamanya yang bersifat intelektualisme seperti seni hubungan diplomatik dengan kerajaan China, India dan Romawi.

Persuratan Melayu juga menerima sumbangan kitab tib atau perubatan tradisional. Dalam hubungan ini ramuan daripada flora tempatan, atau jampi serta mantra, melalui ujian turun temurun, sehingga kemujaraban serta faedahnya dapat dimanfaatkan kepada pesakit atau mereka yang memerlukan sesuatu rawatan zahir dan batin. Semua ini datang daripada kearifan tempatan.

Dalam kalangan sarjana sastera tempatan, sebahagian daripada mereka tidak mahu terus tunduk menerima teori sastera dari Barat, umpamanya formalisme, strukturalisme, semiotik, dekonstruksi, intertekstualiti, pascamodenisme dan sebagainya. Mereka tidak mahu menjadi pelanggan. Mereka mahu menjadi pencipta. Lalu lahirlah umpamanya Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh, Teori Takmilah (Shafie Abu Bakar), Teori Teksdealisme (Mana Sikana), Teori Konseptual Kata Kunci oleh Mokhtar Abu Hassan dan sebagainya.

Malaysia dengan iklim tropika yang diwarnai dengan flora serta faunanya, harus memiliki kearifan tempatan dalam subjek yang berkaitan dengan alam ini serta lingkungannya. Jangan sampai sarjana Barat atau Eropah, atau yang disebut sebagai kaum orientalis, yang lebih pakar mengenai alam dan jiwa kita.
Sudah sampai masa untuk kita membina kearifan tempatan dalam kalangan sarjana tempatan, yang berpijak pada realiti alam tropika ini dalam pelbagai bidang, yang kreatif mahupun yang saintifik. Umpamanya mengenai hutan hujan tropika, terumbu karang, pertanian, seni tampak, pendidikan, sejarah, bahasa, undang-undang, perubatan, muzik, falsafah, psikologi, sosiologi, teknologi dan pelancongan.

Segala penemuan, dapatan atau ciptaan oleh tokoh arif tempatan, yang berguna kepada orang ramai, wajar dipatenkan, ditentukan hak cipta serta hak harta inteleknya. Kita tidak mahu pihak lain yang akan menangguk keuntungan, lebih-lebih lagi pihak Barat atau Eropah atau kapitalis yang mempunyai modal besar.

Kearifan tempatan seharusnya berasaskan kebebasan. Kebebasan untuk penyelidikan dan pembangunan. Kebebasan perekayasaan. Kebebasan untuk memanfaatkan teknologi yang ada demi kemaslahatan serta keselamatan warga tempatan. Akan tetapi Barat atau Eropah akan menyekat ‘kearifan tempatan’ jika ada yang mampu mencipta senjata berteknologi tinggi, seperti apa yang sedang dialami Iran.

Di negara kita, kearifan tempatan dapat dibentuk dan dibina melalui dua kaedah – iaitu kaedah formal dan kaedah tidak formal. Secara formal, umpamanya melalui pendidikan terutamanya peringkat universiti di mana dana penyelidikan dan pembangunan dapat disediakan, untuk pelbagai disiplin ilmu kemanusiaan, sains dan teknologi.

Kaedah tidak formal pula wujud sekiranya terbentuk suasana kondusif yang menyokong kreativiti dan inovasi dalam kalangan tukang-tukang tradisional, karyawan seni, pengamal perubatan tradisional yang bertanggungjawab dan sebagainya. Kedua-dua kaedah ini akan dapat melonjakkan lebih banyak kearifan tempatan Malaysia.


Kepentingan Karya Kearifan Tempatan :


Karya Kearifan Tempatan merupakan warisan ilmu para cendekiawan Melayu yang ditinggalkan untuk dibaca dan dikembangkan oleh generasi Melayu yang seterusnya. Ia adalah sebagai lambang kesarjanaan para cendekiawan Melayu dahulu dan merupakan satu warisan intelek daripada zaman silam yang dimartabatkan sebagai warisan dokumen negara. Sungguhpun begitu, situasi bidang penulisan karya kearifan tempatan  tidak seperti penulisan karya di dalam kerajaan Islam yang lain, di mana pilihan subjek penulisan karya kearifan tempatan lebih luas dan lebih mendalam terutamanya astronomi, perubatan, botani dan sebagainya. Antara bidang karya kearifan tempatan yang sering diketengahkan ialah seperti bidang keagamaan yang terdiri daripada ilmu tajwid, fekah, tasawuf, akhlak


Karya kearifan tempatan banyak ditulis dengan tulisan jawi , kerana tulisan jawi adalah medium karya kearifan tempatan.Tulisan Jawi adalah satu identiti masyarakat Melayu . Kejayaan masyarakat Melayu mencipta tulisan jawi adalah satu bukti kepintaran bangsa Melayu. Lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa penambahan huruf. Tulisan ini telah Berjaya menjadi tulisan rasmi masyarakat Melayu semasa era kegemilangan tamadun Melayu. Ini bermakna tulisan jawi bukan sahaja menjadi tulisan untuk menjelaskan agama Islam, tetapi ia menjadi tulisan untuk semua urusan masyarakat Melayu. Ia juga menjadi penghubung antara pelbagai bangsa yang mengadakan interaksi dengan bangsa Melayu


Jenis Penulisan Karya  Kearifan Tempatan

Terdapat tiga jenis penulisan Karya  Kearifan Tempatan Melayu yang utama iaitu; penyalinan, penterjemahan dan penulisan baru. Ketiga-tiga kategori utama ini telah diusahakan oleh para penulis Melayu sebelum abad ke-20 bagi memperkayakan lagi bahan bacaan dan ilmu dalam kalangan masyarakat Melayu. Jenis—jenis penulisan tersebut ialah :

i) Penyalinan


Penyalinan ialah di mana para penulis Melayu menyalin semula Karya  Kearifan Tempatan yang telah dihasilkan sebelum mereka ataupun Karya  Kearifan Tempatan yang dihasilkan di tempat lain, contoh yang paling jelas ialah al-Quran. Naskhah al-Quran yang digunakan oleh masyarakat Melayu Islam di Nusantara telah disalin semula oleh para penulis Melayu. Kerja penyalinan selalunya mempunyai seorang penyunting yang arif tentang subjek tersebut seperti seorang yang hafiz al-Quran yang akan memeriksa kerja penyalinan al-Quran sebelum naskhah tersebut digunakan.

Selain al-Quran, Karya  Kearifan Tempatan atau kitab agama berbahasa Arab yang berkaitan dengan tauhid atau fikah, khususnya telah disalin dan digunakan sebagai buku rujukan oleh ahli agama yang mengajar di masjid dan di sekolah-sekolah pondok. Selalunya, para guru akan membaca dalam bahasa Arab kemudian diterjemahkan untuk para hadirin atau pelajar yang hadir di dalam kelas tersebut sebelum dikupas dan dijelaskan dengan teliti oleh seseorang ahli agama tersebut.

Kerja penyalinan tidak terhad daripada sumber buku sahaja, ia juga disalin dari kelas agama yang dihadiri oleh penulis terutamanya yang menuntut di Mekah seperti Sheikh Daud Al-Fatani. Karya  Kearifan Tempatanyang disalin daripada sesi pengajaran ulama-ulama di Mekah akan dicatatkan di bahagian kolofon yang terletak di belakang manuskrip.

Antara maklumat penting yang dinyatakan ialah sumber isi Karya  Kearifan Tempatan ini diambil, siapa nama gurunya, tarikh dan masa. Ini secara tidak langsung menunjukkan rasa amanah dan jujur dalam mengembangkan ilmu di mana para penulis Melayu dahulu tidak akan mengakui kerja penulisan yang bukan dihasilkan sendiri sebagai karya mereka. Kerja penyalinan selalunya mempunyai seorang penyunting yang arif tentang subjek tersebut seperti seorang yang hafiz al-Quran yang akan memeriksa kerja penyalinan al-Quran sebelum naskhah tersebut digunakan. Selain al-Quran, Karya  Kearifan Tempatan atau kitab agama berbahasa Arab yang berkaitan dengan tauhid atau fikah, khususnya telah disalin dan digunakan sebagai buku rujukan oleh ahli agama yang mengajar di masjid dan di sekolah-sekolah pondok. Selalunya, para guru akan membaca dalam bahasa Arab kemudian diterjemahkan untuk para hadirin atau pelajar yang hadir di dalam kelas tersebut sebelum dikupas dan dijelaskan dengan teliti oleh para guru yang berkenaan.

Kerja penyalinan tidak terhad daripada sumber buku sahaja, ia juga disalin dari kelas agama yang dihadiri oleh penulis terutamanya yang menuntut di Mekah seperti Sheikh Daud Al-Fatani. Karya  Kearifan Tempatanyang disalin daripada sesi pengajaran ulama-ulama di Mekah akan dicatatkan di bahagian kolofon yang terletak di belakang manuskrip. Antara maklumat penting yang dinyatakan ialah sumber isi Karya  Kearifan Tempatanini diambil, siapa nama gurunya, tarikh dan masa. Ini secara tidak langsung menunjukkan rasa amanah dan jujur dalam mengembangkan ilmu di mana para penulis Melayu dahulu tidak akan mengakui kerja penulisan yang bukan dihasilkan sendiri sebagai karya mereka


ii) Penterjemahan


Kategori yang kedua ialah penterjemahan manuskrip. Kerja-kerja penterjemahan yang dilakukan oleh para penulis Melayu pada waktu itu patut diberi pujian kerana kebanyakan Karya  Kearifan Tempatan mempunyai nada yang 'sejadi' dengan penulisan tempatan. Contohnya, hikayat-hikayat yang diterjemahkan daripada karya berbahasa Arab atau Parsi, jika dibaca seakan-akan cerita hikayat yang berlatarkan Nusantara.

Ini menunjukkan kepakaran dan penguasaan bahasa penulis Melayu pada waktu itu yang mampu menterjemah dengan amat baik sekali walaupun tanpa bantuan kamus atau alat terjemahan atas talian seperti hari ini yang banyak digunakan walaupun terjemahan yang selalu diberikan lebih kepada terjemahan perkataan dan bukan ayat penulisan Melayu yang sebenarnya.


iii) Penulisan baru


Penulisan baru ialah karya baru yang dihasilkan oleh para penulis Melayu tentang apa yang mereka alami, miliki dan pelajari. Antara bidang yang banyak dihasilkan ialah perubatan tradisional, pantang larang dan hikayat..Karya  Kearifan Tempatan Melayu juga ada membincangkan tentang tumbuhan herba tetapi di dalam tulisan tidak mempunyai sebarang lakaran tentang tumbuhan yang dimaksudkan. Namun begitu, berbanding dengan Karya  Kearifan Tempatan botani dunia Islam yang lain, membincangkan tentang tumbuhan herba besekali dengan lukisan yang dimaksudkan.Lukisan bukan sahaja gambaran tumbuhan tetapi meliputi bahagian-bahagian pokok yang dimaksudkan untuk memudahkan pembaca atau pelajar mengenalpasti tumbuhan yang dimaksudkan.

Dalam bidang sejarah tempatan terdapat hikayat seperti Taj al-Salatin atau Sulalatus Salatin .hikayat ini banyak mengandungi maklumat tentang budaya, politik dan gaya hidup, khususnya golongan bangsawan Melayu. Selain daripada maklumat kesultanan tempatan, Hikayat Munsyi Abdullah dan Pelayaran Abdullah, contohnya banyak memberi maklumat tentang sosio politik di zaman penjajahan Belanda dan Inggeris di Melaka serta negeri-negeri Melayu lain yang mereka lawati.


Persiapan Untuk Menulis


Sebelum menulis sesebuah Karya  Kearifan Tempatan Melayu, beberapa persiapan perlu dilakukan bagi memastikan kerja-kerja penulisan dapat dijalankan dengan lancar dan disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Sebagai seorang penulis, terutamanya pada zaman dahulu yang menggunakan tulisan tangan, mereka perlu memastikan bahawa tulisan yang akan digunakan adalah yang terbaik, jelas dan mudah dibaca.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Muawiyah ibnu Abi Sufyan (680 Masihi) yang merupakan salah seorang daripada sekretari baginda seperti maksud berikut: "Seseorang penulis yang menulis wahyu, mesti menjaga bekas dakwatnya, potong mata pen dengan kemas, tulis huruf ba dengan betul, tinggalkan ruang kosong untuk 'gigi' huruf sin, jangan menghitamkan bahagian dalam kepala mim dan untuk menulis nama Allah dengan baik, dengan memanjangkan perkataan al-Rahman dan menyempurnakan tulisan dengan perkataan al-Rahim." (Al-Zabidi, 1771 Masihi).

Alat Tulis yang di Gunakan

Bahan yang digunakan untuk menulis Karya  Kearifan TempatanMelayu ialah pen, dakwat dan kertas.Pen yang digunakan oleh para penulis Melayu dahulu diperbuat daripada batang pelepah pokok resam. Pokok resam ialah sejenis pokok daripada keluarga paku-pakis yang besar dan kebanyakannya tumbuh di kawasan hutan terutamanya di kawasan sejuk seperti di kawasan tanah tinggi.

Pelepah daun pokok resam diambil dan dibersihkan sebelum dipotong mengikut saiz dan mata pen yang diperlukan oleh penulis. Bagi menghasilkan tulisan Jawi yang kemas, sudut potongan mata pen perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mudah pecah dan boleh digunakan untuk masa yang lama.

Selepas pen, bahan lain yang diperlukan ialah dakwat untuk menulis. Terdapat beberapa bahan digunakan sebagai dakwat seperti yang ditemui oleh para pengkaji Karya  Kearifan Tempatan Melayu. Selalunya dakwat yang digunakan oleh penulis Melayu ialah hitam.

Bahan-bahan untuk menghasilkan dakwat ini terdiri daripada bahan daripada sumber alam semula jadi yang berada dalam dengan kehidupan masyarakat Melayu seperti; jelaga, arang dan dakwat sotong. Jelaga juga penting dalam penggunaan cap mohor seperti yang diterangkan oleh Annabel Gallop (2012) dalam buku Lasting Impression - Seals from the Islamic World bagaimana salah seorang Undang Johol telah menggunakan lampu minyak tanah dan mengasapi cap mohor beliau bagi menghasilkan jelaga sebelum mengecap dokumen rasmi dalam satu majlis pada 1948.Satu lagi bahan asas penting yang diperlukan untuk menulis ialah kertas. Dalam penulisan Karya  Kearifan TempatanMelayu, kertas yang digunakan bukan seperti kertas yang boleh didapati pada hari ini.

Setelah semua alat tulis lengkap dan dalam keadaan yang baik, kertas yang hendak ditulis juga perlu disediakan dengan baik seperti garis untuk teks tulisan, garis tepi, garis atas dan bawah. Garisan-garisan ini akan membantu penulis mengehadkan penulisan dalam setiap muka surat dan menjadikan setiap muka surat mempunyai pembahagian teks yang seimbang. Seperti Karya  Kearifan TempatanArab, kebanyakan Karya  Kearifan TempatanMelayu juga mempunyai ruang tepi, kanan dan kiri teks yang agak lebar. Ini bagi memudahkan kerja penjilidan dan juga catatan nota dilakukan oleh pembaca. Pada muka surat pertama, terdapat Karya  Kearifan Tempatan yang mempunyai ruang atas yang lebih besar berbanding dengan muka surat yang lain. Bahagian ini selalunya ditinggalkan untuk kerja-kerja hiasan yang akan dijalankan selepas semua teks selesai ditulis.


Gaya Penulisan


Pelbagai gaya yang tersendiri telah digunakan oleh penulis, antaranya ialah:


i. Pembuka bicara


Perkataan Bismillah bukan sahaja digunakan untuk pembuka bicara secara lisan namun ia juga digunakan sebagai pembuka kepada penulisan. Perkataan ini digunakan di hampir kesemua Karya  Kearifan Tempatan Melayu sama ada salinan, terjemahan atau karya tempatan. Dalam satu hadis Rasulullah SAW ada menyebut tentang "Sesiapa yang menulis Bismillah dengan baik akan diampun Allah SWT dosa-dosanya." Terdapat beberapa gaya penulisan Bismillah yang digunakan di dalam Karya  Kearifan TempatanMelayu. Antara gaya yang digunakan ialah dengan memanjangkan huruf ba atau terdapat juga gaya yang memanjangkan huruf sin sebelum mim.


Kajian tentang gaya penulisan Bismillah di dalam Karya  Kearifan Tempatan Melayu telah dijalankan dan dibentangkan oleh Annabel Teh Gallop pada 2004 dalam sebuah seminar Karya  Kearifan Tempatan Melayu di Kuala Lumpur.Bagi badan teks Karya  Kearifan Tempatan Melayu dua jenis warna pen yang menjadi pilihan ialah hitam dan merah. Hitam merupakan pilihan utama manakala merah akan digunakan sewaktu menulis sebuah Karya  Kearifan Tempatanyang mempunyai dua bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Melayu atau Bahasa Bugis dan sebagainya. Teknik ini biasanya digunakan di dalam Karya  Kearifan Tempatanterjemahan. Bahasa Arab akan ditulis di dalam dakwat merah bagi memudahkan pembaca mengenal teks asal sebelum terjemahan dan keterangan yang diberikan oleh penulis Melayu yang ditulis dalam dakwat hitam. Terdapat juga penulis yang menggunakan dakwat merah untuk perkataan pertama bagi menandakan ayat baru.


ii. Menggunakan Hiasan :


Penulis atau menyalin Karya  Kearifan Tempatan menpunyai gaya tersendiri menghiasi tulisan mereka. Antara hiasan yang digunakan ialah tulisan khat ayat-ayat al Quran atau al Hadis,awan larat(iluminasi) dan sebagainya.


iii. Penutup Bicara


Bahagian penutup juga mempunyai gaya penulisan tersendiri di mana teks pada muka surat tersebut akan menjadi semakin tirus sehingga ke perkataan terakhir bagi Karya  Kearifan Tempatantersebut iaitu tamat. Jika terdapat nama penulis, tempat, masa dan tarikh di bahagian ini ia dinamakan kolofon. Terdapat juga Karya  Kearifan TempatanMelayu yang tidak mempunyai kolofon.


KITAB AL FATAWA AL FATANIYYAH


Kitab al Fatawa al Fataniyyah merupakan himpunan jawapan kepada 108 soalan dalam pelbagai bidang yang dikemukakan kepada Syeikh Ahmad al Fatani. Beliau telah berkata pada permulaan kitab ini: “ maka inilah beberapa soal yang dituntuti daripada al ‘abid al faqir ila ‘afw robohhi al raji minhu Ta’ala nayl al amani Ahmad bin Muhammad zain bin Mustafa al Fatani ‘afa Allah Ta’ala ‘anhu akan jawabnya”. Ia merupakan sebuah kitab yang unik serta mempunyai gaya tulisan yang tersendiri serta sedikit berbeza dengan kitab-kitab yang lain kerana ia merupakan pengelaman sebenar yang disusun dalam bentuk soal jawab yang tidak kedapatan dalam metode yang sedemikian pada zamannya. Walaupun majoriti kandungan fatwa dalam kitab ini adalah ruang lingkup fiqh yang sebahagian besarnya pula berkaitan bidang munakahat tetapi ia turut meliputi dua bidang utama dalam syariat Islam iaitu tauhid dan tasawuf. Begitu juga, Syeikh Ahmad al Fatani turut menyentuh mengenai teknologi moden yang hamper-hampir tidak disentuh oleh ulama lain pada waktu itu.


Penelitian terhadap fatwa-fatwa ini juga membayangkan kekuatan pengaruh mazhab Syafie yang dipegang oleh Sheikh Ahmad al Fatani.  Selain daripada fatwa dalam hukum syariat, kitab al Fatawa al Fataniyyah juga menonjolkan ketokohan Sheikh Ahmad al Fatani dalam bidang bahasa. Kesemua pengeluaran fatwa dalam kitab al Fatawa al Fataniyyah pada hakikatnya mempunyai kaitan rapat dengan manhaj atau metode yang dikenali dengan ilmu Usul Fiqh. Ilmu inilah yang menjadi tali ukuran dan neraca timbangan dalam memahami serta mentafsirkan nas-nas al Quran dan al Hadis dalam merumus hukum hakam dan mendabitkan pemikiran dan ijtihad.


TEORI USULIYYAH  SHEIKH AHMAD AL FATANI DALAM AL FATAWA AL FATANIYYAH:


Manhaj yang menyeluruh telah digunakan oleh pemikiran Usuliyyah Sheikh Ahmad al fatani

dalam menentukan hukum dan pengeluaran fatwa dalam kitab ini. Pemahaman dan penguasaan Usul Fiqh telah terselah dalam setiap fatwa yang dikelaurkan dan menepati manhaj yang disepakati oleh seluruh ulama Usul. Dalam kitab ini telah menyerlahkan kearifan Sheikh Ahmad al Fatani berhujah dengan menggunakan kaedah Usul Fiqh selain bersandarkan kepada al Quran dan Hadis. Terdapat tiga kaedah yang digunakan dalam pemikiran Usuliyyah Sheikh Ahmad al Fatani dalam kitab ini iaitu :


  1. Kaedah Istinbat :
    Perkara yang perlu diutamakan dalam menentukan hukum ialah pemahaman yang jelas mengenai kaedah pengistinbatan atau pengeluaran hukum. Kaedah pengistinbatan hukum hendaklah dilihat kepada turutan dalil yang mesti dipatuhi bermula dari dalil al Quran, hadis sahih, hadis hasan, ijma, qiyas dan kitab mutabar.
  2. Sumber Ambilan Hukum :
    Pemikiran Usuliyyah Sheikh Ahmad al Fatani diimplementasikan dengan merujuk kepada sumber ambilan fatwa yang dikeluarkan menurut turutan dalil berserta dalil lain seperti uruf dan maslahah.  Turutan yang digunakan dimulai dengan al Quran, Hadis Nabi Muhamad SAW, Qiyas, Uruf dan Maslahah.
  3. Kaedah-Kaedah Usul dalam al Fatawa al Fataniyyah :
    Kearifan Sheikh Ahmad al Fatani dalam Ilmu Usul Fiqh terselah  penguasaannya dalam kitab ini. Di antara kaedah yang digunakan oleh beliau ialah :

  1. Penggunaan dalalat al alfaz.  Beliau telah menghuraikannya sehingga enam muka surat.
  2. Penggunaan kaedah muqaddimat al wajib yang dipetik daripada Ibnu Hajar.
    PENUTUP :
    Inilah kehebatan karya kearifan tempatan melayu Islam yang dapat ditonjolkan di peringkatan global yang dapat menandingi kehebatan dunia yang lain.

No comments:

Post a Comment