Thursday, June 7, 2018

Asas-asas Syariat - Aqidah


ASAS-ASAS SYARIAT

Syariah dalam Bahasa Arab berarti aliran dan jalan yang lurus. Syari’ah Islamiyyah menurut istilah syara’ ialah hukum-hukum yang disyara’kan oleh Allah SWT untuk sekalian manusia sama ada yang berkaitan dengan aqidah, akhlak, mua’amalat dan lain-lain sistem-sistem kehidupan bagi menjamin kebahagian di dunia dan di akhirat.

Syari’at Islam mempunyai asas yang kukuh dan teguh. Ia meliputi hubungan dengan Allah SWT, manusia dan makhluk Allah SWT yang lain. Ia mempunyai tiga asas yang menjadi tunggak Islam. Tiga asas ini menjadikan Islam berwibawa berbanding dengan agama lain. Tiga asas itu ialah aqidah, syari’ah dan akhlak.

AQIDAH

Aqidah adalah berkaitan hubungan dengan Allah SWT dari segi kepercayaan atau pun keyaqinan. Ia merupakan iktiqat atau kepercayaan atau keyaqinan seseorang mengenai ketuhanan iaitu mengesakan Allah SWT dengan tegas, teguh dan tetap. Ia merupakan pengiktirafan seseorang kepada Allah SWT sebagai tuhan yang memiliki, mencipta segala-galanya, berhak diibadatkan dengan ikhlas, mempunyai sifat kesempurnaan dan suci bersih dari segala sifat kekurangan. Seseorang itu beriktiqat tentang keesaan Allah SWT pada Rububiyah, Uluhiyyah, Sifat-sifat yang sempurna dan Nama-nama yang mulia.

1. Tauhid Rububiyyah :

Dari segi Bahasa, perkataan Rububiyyah itu berasal dari perkataan Arab’Rab’ yang bermaksud pemilik dan pengurus. Secara umumnya, tauhid Rububiyyah itu bermaksud menyaqini dan mempercayai dengan tegas, teguh dan tetap bahawa Allah SWT adalah pemilik dan pengurus bagi segala sesuatu dan tiada yang lain daripadaNya. Pada istilah syara’, ia merupakan keesaan Allah SWT pada penciptaan, pemilikan dan pentadbiran hidup makhluk.

Tauhid Rububiyyah ini merupakan satu kepercayaan, keyaqinan dan pengakuan bahawa Allah SWT sahaja yang menjadi pencipta, pemilik, menghidup, mematikan, pemberi manfaat, pemberi mudharat, memperkenankan doa, penguasa penuh terhadap diri makhluk, pengurniaan sesuatu, kepunyaan segala urusan  makhluk dan suruhan seperti dalam firman Allah SWT dalam surah al’araf ayat 45,

“………… Ingatlah, kepunyaan Allah segala makhlak dan segala titah perintah, Maha berat Allah, tuhan sekalian alam,”
( Mafhum ayat )

Termasuk juga dalam tauhid Rububiyyah ini, dengan menyaqini dan mengaku bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah dalam kekuasaan dan kehendak Allah SWT. Ia merupakan pencipota mutlak bagi ala mini dalam mengadakan, mentadbir, mengubah, mengurus, menambah, mengurang, pemberi rezeki, mengidup dan mematikan tanpa pengkongsiaan kuasa dengan mana-mana pihak. Kebanyakan manusia bertauhid pada Rububiyyah Allah SWT tetapi tidak pada tauhid Uluhiyyah atau pada tauhid Sifat-sifat dan Nama-nama Allah SWT.

2. Tauhid Uluhiyyah :

Dari segi Bahasa, kalimah Uluhiyyah berasal dari Bahasa Arqab ‘ilah’ yang bererti yang disembah. Secara ringkasnya, Uluhiyyah itu bermaksud tunduk dan merendah diri. Pada istilah syara’ pula, tauhid uluhiyyah itu adalah kepercayaan atau keyakinan yang tegas, teguh dan tepat kepada Allah SWT dengan ikhlas semata-mata untukNya pada zahir dan batin dalam segala kegiatan peribadatan.

Tauhid Uluhiyyah juga menghendaki seseorang itu beribadat dengan ikhlas dalam cinta, takut, harap, doa, tawakkal, ketaatan dan kepatuhan hanya untuk Allah SWT. Allah adalah awal-awal agamanya,penghabisannya, batinnya dan zahirnya. Ia juga tujuan dijadikan sekalian alam seperti firman Allah SWT dalam surah al Zariyat, ayat 56 yang bermaksud,

            “……….. dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaKU sahaja.”
( Mafhum ayat )

Tauhid Uluhiyyah ini juga menghendaki supaya mengadap kepada Allah SWT dalam setiap jenis dan bentuk ibadat di antaranya :

i. Kecintaan kepada Allah SWT:

Dalam hal ini, kecintaan kepada Allah SWT adalah mengatasi segala kecintaan yang lain. Secara fitrahnya, manusia diciptakan oleh Allah SWT mempunyai perasaan cinta kepada diri sendiri, ibubapa, anak-anak, negara dan harta benda. Kecintaan kepada Allah SWT tidak bererti menghapuskan tabiat tabiee kecintaan tersebut. Namun, kecintaan itu dituntut supaya mencintai yang tersebut selepas mencintai Allah SWT.

ii. Berdoa, bertawakkal, mengharap dan takut hanya kepada Allah SWT:

Termasuk juga dalam tauhid Uluhiyyah ini ialah berdoa, bertawakkal, mengharap dan takut hanya kepada Allah SWT semata-mata dan tidak kepada yang lain daripada Allah SWT. Seseorang itu melakukan ibadat tersebut langsung kepada Allah SWT dan tidak menyekutukan Allah SWT dalam ibadat tersebut.

iii. Ibadat badaniah dan qauliah untuk Allah SWT:

Setiap seorang muslim itu wajib mengerjakan ibadat badaniah seperti sujud, puasa dan sembelihan untuk Allah SWT semata-mata. Begitu juga melakukan ibadat qauliah seperti nazar, istifar dan bertahlil semata-mata kerana Allah SWT tanpa menyekutukannya dengan sesuatu pun.

3. Tauhid al Asma dan al Sifat Allah SWT :

Secara ringkasnya, tauhid sifat Allah SWT iaitu mempercayai atau menyakini dengan tegas, teguh dan tetap bahawa Allah SWT mempunyai sifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan suci sifat Allah SWT dari segala sifat-sifat kekurangan. Diwajibkan seseorang itu mempercayai atau menyakini bahawa sifat Allah SWT itu tidak menyerupai dengan sifat makhluk.
Manakala Tauhid al Asma Allah SWT itu pula iaitu mempercayai atau menyakini bahawa Allah SWT mempunyai nama-namaNya, makna yang ditunjukan oleh nama-nama tersebut dan kesan darinya.

Tauhid al Asma dan al sifat Allah SWT ini memberei maksud bahawa Allah SWT mempunyai nama-nama dan sifat-sifatNya yang Allah SWT sendiri yang menetapkanNya dalam al Quran dan al Hadith tanpa mengubah lafaz dan maknanya, tidak menafikan sebahagiannya dan tidak menetapkan hakikatnya.

Ada tiga asas dalam menentukan Tauhid al Asma dan al Sifat Allah SWT iaitu :
i.             Menyucikan Allah SWT dari menyerupai makhluk dan dari mana-mana sifat makhluk.
ii.            Beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang dijelaskan dalam al Quran dan al Hadith dengan tidak mengurangi, mengubah dan menafikan sebahagian yang lain.

iii.                Menghapuskan perasaan ingin tahu cara dan bentuk sifat-sifat Allah SWT.

No comments:

Post a Comment