Monday, June 4, 2018

KESULTANAN MELAYU MELAKA


Penubuhan Kerajaan Melayu Melaka :

Kerajaan Melayu Melaka merupakan kerajaan melayu yang tertua di Tanah Melayu. Pada zaman pra-Islam telah wujud kerajaan lain seperti Kedah Tua dan Kerajaan Perak. Kerajaan melayu Melaka merupakan warisan dari kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara dari abad ke 7 hingga 13 Masehi. Kerajaan ini merupakan kerajaan maritim yang mengendalikan perdagangan antara India, Asia Barat hingga Negara Cina. Pada peringkat awalnya, Kerajaan ini menjadi anutan hindu-budha dan pengajian Bahasa Sanskrit.

Pada 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit ( Jawa ) yang menyebabkan putera Raja Palembang bernama Parameswara melarikan diri ke Temasik ( Singapura ). Parameswara menaiki tahta kerajaan Temasik setelah menewaskan menantu Raja Siam Sang Aji. Oleh kerana, Temasik berada berada naungan kerajaan Ayudhya, Siam, maka kerajaan Siam kemudiannya telah menyerang balas dan menyebabkan Parameswara melarikan diri ke Muar, Senin Hujung, Bertam dan Melaka.

Melaka diambil dari pokok Melaka atau bahasa Arab bermaksud perlindungan. Bermula dari Parameswara, Melaka telah berkembang menjadi pusat perdagangan.

Perkembangan Awal Politik Melaka :

Parameswara telah menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan bagi membolehkan Melaka berkembang sebagai perdagangan antarabangsa. Melaka telah mendapat pengiktirafan dari sebuah kuasa perdagangan antarabangsa iaitu Maharaja Ming, Negara Cina. Negara Cina telah menghantar dutanya, Yin Ching ke Melaka sebagai pengiktirafan terhadap Melaka. Pada 1405, utusan Melaka telah mengiringi Yin Ching pulang ke Negara Cina. Dengan ini, Melaka telah diiktiraf secara rasmi dan Parameswara sebagai raja. Pada 1409, Laksamana Cheng Ho telah menghadiahkan Parameswara dengan kelengkapan diraja. Hubungan baik Melaka dan Negara Cina ini telah mengukuhkan kedudukan dan prestijnya.

Sistem Pemerintahan Kerajaan Melaka :

Sejak tahun 1400 Masehi hingga 1513 Masehi, Melaka telah diperintah oleh Sembilan orang raja iaitu Parameswara, Sultan Iskandar Syah, Sultan Muhammad Syah, Sultan Abu Syahid, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Mahmud syah dan Sultan Ahmad Syah. Dalam pemerintah kerajaan Melaka, raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi dan mempunyai kuasa mutlak. Apabila memeluk agama Islam, rajanya digelar sultan dengan gelaran syah diakhir Namanya.  Sultan yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Iskandar Syah.

Raja dibantu oleh Sistem Pembesar Empat Lipatan iaitu Sultan, Pembesar Empat, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua, Empat pembesar utama ialah Bendahara bertindak sebagai Perdana Menteri, Penghulu Bendahari sebagai pengawal perbendaharaan negara, Temenggong sebagai penasihat undang-undang dan Laksamana sebagai Ketua Angkatan Tentera.

Sistem pentadbiran kerajaan Melaka berdasarkan wilayah iaitu Kota Melaka, Wilayah Pegangan, Wilayah Taklukan dan Jajahan Taklukan. Wilayah ini dipertanggungjawab kepada para pembesar utama ; Bendahara di Bentan, Muar, Laksamana di Siantan, Sungai Raya, Penghulu Bendahari di Kampar, Senin hujung dan Seri Bija Diraja di Singapura. Terdapat juga wilayah kecil yang dipertanggungjawabkan kepada penghulu yang bergelar Mandulika iaitu Kelang dan Jeram di Selangor. Manakala, Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga diberikan autonomi.

 Keagungan Kerajaan Melayu Melaka :

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka di kurun ke 15 di seluruh dunia sebagai pusat perdagangan, kekukuhan empayar yang besar, penyebaran agama Islam dan Ilmu pengetahuan. Zaman kegemilangan ini terutamanya pada masa pemerintahan Sultan Mansur Syah ( 1459* -1477 ) dan Bendahara Paduka Tun Perak ( 1456 – 1498 ).

Kegemilangan ini disebabkan beberapa faktor-faktor :-

a. Faktor Semula Jadi dan Geografi :

Kedudukan Melaka yang terlindung dari tiupan angina kencang dan di tempat pertembungan tiupan Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya dapat membantu pedagang-pedagang dari atau ke timur atau barat. Pelabuhan Melaka yang dalam sangat sesuai untuk kapal berlabuh. Peranan Orang Laut yang tinggal di pesisiran pantai dapat membantu keselamatan perairan dan pelabuhan Melaka.

b. Faktor Ekonomi :

Kedudukan Melaka di tengah-tengah jalan perdagangan danGugusan Kepulauan Melayu menjadikan ianya sebagai pelabuhan utama. Sumber asli serantau seperti rempah, rotan, damar, bunga cengkih, lada hitam, kelapa, gambir dan gading yang diperlukan oleh para pedagang diperolehi di sini. Banyak kemudahan telah disediakan di sini seperti sistem mata wang, harga barang yang rendah dan sistem pungutan cukai yang rendah dan teratur yang diuruskan oleh syahbandar.

c. Faktor Politik dan Pentadbiran :

Hubungan Melaka dan Negara China telah memberikan perlindungan polotik dari ancaman Siam yang kuat pada masa itu. Keselamatan dan ketenteraan yang cekap dengan penglibatan orang-orang Laut dan tokoh-tokok kerajaan. Kewujudan sistem undang-undang yanga adil dan saksama di Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berlandaskan undang-undang Islam dan merupakan undang-undang bertulis pertama di negeri-negeri Melayu.

Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan yang tersusun dengan adanya sistem cukai dan jualbeli dengan menggunakan mata wang emas, perak dan timah telah memberikan kemudahan kepada pedagang. Bahasa Melayu yang digunakan sebagai Bahasa perantaraan membolehkan proses perdagangan di sini berjalan dengan lancar.

Namun demikian, kerajaan Melayu Melaka semakin merosot di akhir abad ke 15 pada tahun 1511, semasa pemerintahan Sultan Mahmud syah ( 1488-1511 ) dan Bendahara Paduka Tuan ( 1510 -1511 ) apabila Melaka diserang oleh Portugis.

Di antara penyebab kemerosotan itu ialah :

a. Faktor Dalaman :

Pemerintahan Sultan Mahmus Syah yang tidak mengambil berat pentadbiran negeri. Disamping itu, Sultan gagal mengawal tindak tanduk pembesar. Selain itu, rasuah berleluasa, fitnah-memfitnah dan perpecahan di kalangan pembesar dan rakyat. Tambahan pula, Bendahara Tun Puteh dan Bendahara Paduka Tuan sudah terlalu tua untuk mentadbir. Manakala, Bendahara Tun Mutahir mengamalkan pilih kasih dalam pentadbirannya.

Sultan Mahmud syah dan Bendahara Tun Mutahir telah mengenakan cukai yang tinggi menyebabkan para pedagang pergi ke tempat lain. Para pembesar pula lebih mementingkan kroni sahaja. Tun Mutahir lebih mementingkan kaum India Muslim yang menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu sehingga berlaku pergaduhan dan perpecahan di kalangan rakyat. Para pengganti Tun Perak tidak mempedulikan Orang Laut yang menyebabkan banteng pertahanan menjadi lemah dan memudahkan Portugis mengalahkan Melaka.

b. Faktor Luar :

Pada tahun 1488, Bartholomew Diaz telah menemui jalan laut melalui Tanjung Harapan di Afrika yang memendekkan di antara barat dan timur.  Semasa Portugis yang diketuai oleh Alfonso De Alquequa, para pedagang Cina dan India telah membantu Portugis. Disamping itu, tentera Portugis mempunyai kelengkapan ketenteraan yang moden. Portugis Berjaya menawan Melaka pada 25 Ogos, 1511.

No comments:

Post a Comment