Monday, June 4, 2018

PENGERTIAN ISTILAH



1. Pengertian Kenegaraan ;
Secara umumnya merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal negara.

2.  Pengertian Negara :
Merujuk kepada sebuah unit politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggunjawab suatu kuasa untuk menjalankan pemerintahan sendiri.

3.  Pengertian Ras, etnik dan Bangsa :
Dari sudut bialogi, ras merujuk kepada satu kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi fizikal seperti warna kulit, bentuk kepala, mata, hidung, bibir, telinga dan lain -lain lagi.
Etnik pula merujuk anggota masyrakatnya yang mempunyai rasa kekitaan atas ciri-ciri persamaan bagi membezakan antara mereka dan orang lain.
Konsep bangsa nerujuk kepada kumpulan anggota masyarakat yang mendiami satu ruang wilayah yang mempunyai sempadan dan satu kerajaan yang sama serta mentaati satu undang-undang yang sama.

4.  Konsep negara bangsa :
Merujuk kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan dengan ikatan yang sempit seperti kaum, keturunan, agama, Bahasa, budaya, daerah dan sebagainya yang boleh membawa perpecahan.

5. Masyarakat Majmuk :
Konsep masyarakat majmuk membawa maksud kumpulan manusia berbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam tersendiri dan menetap bersama-sama  di sesuatu tempat dengan mengikuti aturcara dan cara yang tertentu.

6. Politik :
Satu proses manusia berhubung sesama mereka atau sebagai perhubungan manusia  yang melibatkan kuasa.

7. Kebudayaan :
Merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi lain melalui proses pembelajaran.

8. Ideologi :
Iaitu idea-idea yang disusun secara teratur untuk mengujudkan satu sistem hidup atau satu sistem politik baru. Terdapat tiga fungsi penting idealogi iaitu memberi pengesahan kepada pengagihan kuasa dan struktur politik dalam sesuatu pemerintahan, memainkan peranan dalam proses perubahan politik dan menjadikan alat pemerintahan dan kepimpinan untuk memobilisasikan rakyat.

No comments:

Post a Comment