Wednesday, December 23, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH HIDUPKU

Pada 19 Disember, 2009 yang lalu aku telah kemalangan bersama dengan anak sulongku dan anak ke-3 semasa perjalanan pulang bertugas menjadi imam solat zohor dari Masjid Prangin, George Town, Pulau Pinang. Kereta yang aku naik tidak ada kerosakan tetapi aku langgar dari belakang. Kereka Produa Viva rosak dekat nombor kereta. Dengan pertolongan rakanku, aku membawa kereta itu ke sebuah bengkel kereta Ah Yew no. tel : 0125642049 Jalan Perak dekat Masjid Wan Chik untuk diperbaiki. Aku lupa nombor kereta itu. Pemandu kereta itu ada hantar sms nombor telefonnya iaitu 0125417032 namanya Anilzahs Mirak dan nama ibunya Amsa. Nombor telefon bapanya ;0164362372. Oleh kerana aku tidak tuntut insuran, aku kena bayar RM550+.

Ayat 103, Surah al Taubah

KURIKULUM TAKMIR,
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

MATA PELAJARAN : TAFSIR AYAT AL QURAN

1. Matapelajaran : Tafsir Ayat al Quran
2. Tajuk : INSAN YANG BERSIH HARTA DAN BADAN
3. Ayat : Ayat 103, Surah al Taubah :

خذ من اْمولهم صدقة تطهرهم وتزكيهم بها وصل عليهم ان صلوتك سكن لهم والله سميع عليم

4. Terjemahan :
Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sederkah (zakat ), agar (supaya )dengannya ( sederkah ) ini engkau membersihkan ( dari dosa ) dan menyucikan mereka ( akhlak yang buruk ) serta selawatkanlah ( doakanlah ) untuk mereka, sesungguhnya selawat ( doa ) engkau itu mendatangkan ketenteraman hati bagi mereka. Dan Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

5. Mafhum:

Daripada ayat ini diwajibkan mengutip dari kalangan orang Islam kerana zakat itu banyak kelebihannya. Diantaranya zakat itu dapat membersihkan diri dan harta orang Islam daripada kekotoran zahir dan batin. Disamping itu, zakat itu dapat memberikan kebahagian kepada orang Islam. Setelah zakat itu diambil, hendaklah pemungut zakat itu mendoakan ke atas pemberi zakat itu. Sesungguhnya itu Allah itu Maha Mendengar akan orang berdoa lagi Maha Mengetahui akan sesuatu yang manusia tidak mengetahuinya akan sesiapa yang berhak atau sesuatu disebaliknya doa tersebut.

6. Asbabul Nuzul ;

Ayat itu diturunkan berkenaan dengan orang-orang yang tidak ikut berjihad kerana malas. Mereka merupakan kaum mukminin dan mereka pun mengakui dosa-dosanya. Jadi, setiap orang yang ada seperti mereka adalah seperti mereka juga dan hukum bagi mereka juga sama.

7. Mufradhat ;

اْمولهم :Harta mereka
صدقة :Sederkah ( zakat )
تطهر :Membersihkan
تزكي :Menyucikan
صل :Selawat ( doa )
سكن : Sakinah( tenteram/bahagia )

8. Huraian :

Allah S.W.T memerintahkan kepada RasulNya supaya baginda mengambil sederkah ( zakat ) dari sebahagian harta mereka untuk menyucikan dan membersihkan mereka. Ketentuan ini berlaku pula bagi orang yang mencampurkan amal soleh dengan amal buruk,

وصل عليهم
Firman Allah S.W.T : "Serta berdoalah bagi mereka" iaitu doakanlah mereka dan mintakanlah keampunan bagi mereka. Penafsiran ini sejajar dengan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahihnya dari Abdullah bin Abi Aufa, dia berkata, " Apabila Nabi S.A.W. menerima sederkah dari suatu kaum, maka Baginda mendoakan mereka. Ayahku pergi untuk menyampaikan sederkahnya ( zakat ). Maka Baginda berdoa, " Ya. Allah, semoga Engkau melimpahkan rahmat kepada keluarga Abi Aufa.

ان صلوتك سكن لهم
Firman Allah S.W.T :" Sesungguhnya selawat (doa ) engkau itu mendatangkan ketenteraman hati bagi mereka". Ibnu Abbas mentafsirkan ayat ini dengan, " Merupakan rahmat bagi mereka"

والله سميع عليم
Firman Allah S.W.T: " Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui," iaitu Maha Mendengar doa-doamua dan Maha Mengetahui siapa yang berhak mendapat doamu. Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Hudzaifah, "Sesungguhnya doa Nabi Muhammad S.A.W itu menjangkau seorang ayah, anaknya dan cucunya".

9. Hukum :

a. Wajib :
Setiap orang Islam diwajibkan mengeluarkan Zakat.
b. Sunnat :
Setiap orang Islam yang mengeluarkan zakat disunnatkan didoakan ke atas mereka.

10. Pengajaran :

a. Zakat adalah merupakan rukun Islam yang ditunaikan oleh setiap orang Islam.
b. Amil zakat disunatkan supaya mendoakan ke atas pengeluar zakat sebagaimana sunnah Rasulullah S.A.W.
c. Zakat dapat membesihkan kekotoran zahir harta yang dimiliki oleh seseorang Islam.
d. Zakat dapat menucikan kekotoran batin dalam diri seseorang Islam daripada akhlak buruk seperti kikir, takbur dan ria' yang bercampur dengan amal soleh.
e. Zakat ini melambangkan hubungan seseorang Islam dengan Allah untuk melaksanakan perintah Allah untuk mengeluarkan tetapi hubungan dengan manusia lain dengan memberikan bantuan harta dan membersihakn diri dari segala penyakit hati sesama manusia.
f. Zakat memberikan ketenangan dan kebahagian ke dalam diri dan keluarga mereka yang mengeluarkan zakat.

11. Kesimpulan :

Ayat ini merupakan perintah Allah S.W.T agar setiap orang Islam mengeluarkan zakat kerana zakat itu mengandongi banyak hikmah samada zahir dan batin terhadap harta dan diri seseoorang Insan.

12. Rujukan:

Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir, Jilid kedua, karangan Muhammad Nasib Ar-Rafai, terbitan Gema Insani, Jakarta, tahun 1999.

Pendaftaran Pelajar Baru KITAB sesi 2010

Pada pengambilan bulan Januari ini juga, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang juga menawarkan kursus Diploma Syariah Elektif Undang-undang untuk mereka yang sedang bekerja. Kelas akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.

Maklumat lanjut sila hubungi bahagian pendaftaran KITAB.


Terima Kasih kerana memilih KITAB untuk kerjaya anda.

Monday, December 14, 2009

PENDAFTARAN PELAJAR BARU KITAB SESI JAN 2010

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang akan mengambil Pelajar Baru pada Januari, 2009 ini. Semua pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM, STAM dan SPTM adalah ditawarkan merngikuti kursus-kursus peringkat Diploma di KITAB. Maklumat lanjut boleh menghubungi bahagian pendaftaran KITAB. Insyaaalah, Pendaftaran Pelajar Baru akan pada hari isnin, 11 Januari 2010,Jam 9.00pagi.

Terima Kasih kerana KITAB menjadi pilihan anda