Friday, March 7, 2014

Rahsia Sujud Di Dalam Solat

Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat un...tuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…
See More
— with Osmann Kad, Payros Norazizi, Syarifah Norfarizan Ghulam Mohamad, Nczuka Alya, Ros Mohd Nor, Hannie Yew Reez, Mokhtar Aziz, Princess Whk, Caesario D Kriiss, Nizam Baiduri, Muzaini Muhiyuddin, Mazura Ali, Secawan Kopi, Felizah Saidi, Nadiah Nur, Normah Ahmad, Aszme Idris, Shamm Abd, Iskandar Ahmad, Roslina Abu Talib, Tinie Zia, Sinar Jangan Menangis, MekNor Kelate, Nur Qhaira, Temoe Green, Alif Zikri, Fyda Pidot, Beli Borong Lebih Untung, Mohd Rizuan Shah, Hafiz Ahmad, Taat Hidayat, Juma Imtiyaz, Yayah Haeriyah, Rokiah Ahmad, Hussein Abu Talib, Ayah Zul AL-Ahmadi Jamaludin, Tok Janggut, Akhi Tinta Khalifah, Laila Hannani, Mohammad Ilyas Omr, Akulah Kekasihmu, Akhi Yusri Idham, Siti Ida M M, Nurzie Ma, Alies Furqan, Lea Baiduri, Hajah Yusof, Wan Tie, Bunga Zakura, Mohammad Raffi and Sue Ayu.

Thursday, March 6, 2014

PANDUAN SOLAT SUNAT




PANDUAN SOLAT SUNAT
CARA NABI S.A.W.
 
Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
 
 Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain

 
 
SOLAT ISTISQA’
 
Istisqa’ bermaksud meminta siraman air. Istisqa’ juga bermakna doa meminta hujan kepada Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat Istisqa’. Oleh itu solat sunat Istisqa’ adalah solat yang dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim kemarau. Kejadian kemarau ini merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai balasan terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak menurut perintah-Nya. Sebagai contohnya telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
...وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ
 
وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ...
 
…Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit… – Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab al-Fitan, no: 4009
 
 Justeru itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajar umatnya agar mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hamba-Nya. Hukum solat Istisqa’ ini adalah sunat dan tidak wujud satu dalilpun yang mewajibkannya.
 
 
v  TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT ISTISQA’
 
q  Penampilan Fizikal Dan Mental Untuk Bersolat Istisqa’
Mereka yang mengerjakan solat Istisqa’ ini hendaklah menuju ke tempat perlaksanaan solat tersebut dengan penampilan sederhana, tawadhu’ (merendah hati), tadharru’ (bersungguh-sungguh dalam memohon) dan tamaskun (menunjukkan benar-benar perlukan permintaan tersebut)
 
فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ مَا مَنَعَهُ أَنْ يَسْأَلَنِي خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً
 
مُتَخَشِّعًا مُتَضَرِّعًا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَمَا يُصَلِّي فِي الْعِيدَيْنِ وَلَمْ يَخْطُبْ خُطْبَتَكُمْ هَذِهِ.
 
Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar untuk bersolat Istisqa’) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa’, no: 1504.
 
q  Solat Istisqa’ Dikerjakan Secara Berjemaah Sebanyak Dua Rakaat.
 
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ بِالنَّاسِ يَسْتَسْقِي
 
فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ بِالْقِرَاءَةِ فِيهَا.
 
Maksudnya:
Daripada ‘Abbad bin Tamim daripada pakciknya (‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat Istisqa’. Baginda bersolat dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 510.
 
q  Tidak Dilaungkan Azan Atau Iqamah Sebelum Solat Tersebut.
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِي
 
فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ
 
Maksudnya:
Abu Hurairah radhiallahu’ anh berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari untuk mengerjakan solat Istisqa’, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau iqamah…- Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush Shalaah was Sunnah Fiiha, no: 1258.
 
q  Dilaksanakan Sebagaimana Solat Hari Raya.
Solat Istisqa’ dikerjakan sama sebagaimana solat Hari Raya yakni dengan melakukan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua.
 
فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ مَا مَنَعَهُ أَنْ يَسْأَلَنِي خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً
 
مُتَخَشِّعًا مُتَضَرِّعًا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَمَا يُصَلِّي فِي الْعِيدَيْنِ وَلَمْ يَخْطُبْ خُطْبَتَكُمْ هَذِهِ.
 
Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar untuk bersolat Istisqa’) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa’, no: 1504.
 
q  Waktu Perlaksanaan Solat Istisqa’.
Solat sunat Istiqa’ boleh dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan untuk bersolat.
 
q  Bacaan Dalam Solat Istisqa’ Adalah Secara Jahar (Kuat).
 
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ بِالنَّاسِ يَسْتَسْقِي
 
فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ بِالْقِرَاءَةِ فِيهَا.
Maksudnya:
Daripada ‘Abbad bin Tamim daripada pakciknya (‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat Istisqa’. Baginda bersolat dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 510.
 
Sebagaimana solat Hari Raya  dianjurkan juga untuk membaca surah Qaf atau surah al-Qamar pada rakaat pertama dan bacaan semasa rakaat kedua sama ada surah al-A’laa atau al-Ghaasyiah.
 
q  Tempat Perlaksanaan Solat Istisqa’.
Tidak dikerjakan di dalam masjid tetapi di musolla iaitu di tanah yang lapang seperti padang atau halaman masjid yang luas.
 
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: شَكَا النَّاسُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
قُحُوطَ الْمَطَرِ. فَأَمَرَ بِمِنْبَرٍ فَوُضِعَ لَهُ فِي الْمُصَلَّى وَوَعَدَ النَّاسَ يَوْمًا يَخْرُجُونَ فِيهِ.
 
Maksudnya:
Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.... - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 992.
 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai ketua negara umat Islam telah turun bersama-sama rakyat untuk mengerjakan solat Istisqa’ ini. Lantaran itu pada masa kini terdapat beberapa negara-negara Islam di timur tengah yang mana para pemerintah tertinggi sesebuah negara itu turut turun bersama rakyat jelata untuk mengerjakan solat Istisqa’ ini di musolla. Kita ternanti-nanti bila sunnah ini akan diamalkan pula oleh pemerintah di Malaysia.
 
q  Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Istisqa’.
Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Istiqa’
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)    Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak enam kali
5)      Membaca surah al-Fatihah
6)      Membaca Surah al-Qur’an
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)   Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak empat kali
2)      Membaca surah al-Fatihah
3)      Membaca Surah al-Qur’an
4)      Rukuk
5)      Iktidal
6)      Sujud
7)      Duduk antara dua sujud
8)      Sujud kali kedua
9)      Duduk untuk tahiyyat akhir
10)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri
 
q  Bacaan Khutbah Untuk Solat Istisqa’.
Khutbah ringkas dilakukan sebelum atau sesudah solat Istisqa’ di atas mimbar yang disediakan. Namun Imam al-Nawawi rahimahullah lebih mengutamakan khutbah dikerjakan setelah solat sebagaimana khutbah untuk solat Hari Raya. Berbeza dengan khutbah ketika solat Hari Raya, khutbah untuk solat Istisqa’ adalah ringkas sahaja. Dalilnya adalah hadis berikut:
 
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: شَكَا النَّاسُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُحُوطَ
 
الْمَطَرِ. فَأَمَرَ بِمِنْبَرٍ فَوُضِعَ لَهُ فِي الْمُصَلَّى وَوَعَدَ النَّاسَ يَوْمًا يَخْرُجُونَ فِيهِ.
 
قَالَتْ عَائِشَةُ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ بَدَا حَاجِبُ الشَّمْسِ فَقَعَدَ عَلَى
 
الْمِنْبَرِ فَكَبَّرَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَمِدَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ ثُمَّ قَالَ:
 
  إِنَّكُمْ شَكَوْتُمْ جَدْبَ دِيَارِكُمْ وَاسْتِئْخَارَ الْمَطَرِ عَنْ إِبَّانِ زَمَانِهِ عَنْكُمْ
 
  وَقَدْ أَمَرَكُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ تَدْعُوهُ وَوَعَدَكُمْ أَنْ يَسْتَجِيبَ لَكُمْ,
 
ثُمَّ قَالَ:
 
  الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ.
 
  اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ. أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً
 
  وَبَلاَغًا إِلَى حِينٍ.
 
ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَلَمْ يَزَلْ فِي الرَّفْعِ حَتَّى بَدَا بَيَاضُ إِبِطَيْهِ ثُمَّ حَوَّلَ إِلَى النَّاسِ ظَهْرَهُ وَقَلَبَ أَوْ حَوَّلَ
 
رِدَاءَهُ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ وَنَزَلَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ
 
فَأَنْشَأَ اللَّهُ سَحَابَةً فَرَعَدَتْ وَبَرَقَتْ ثُمَّ أَمْطَرَتْ بِإِذْنِ اللَّهِ …
 
Maksudnya:
Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.
Menurut ‘Aishah ketika matahari telah naik, baginda pun keluarlah lalu duduk di atas mimbar, bertakbir serta memuji Allah dan bersabda: Kamu semua mengeluh sebab keringnya negerimu, sedang Allah telah menyuruhmu semua agar berdoa serta Dia menjanjikan pasti akan mengabulkan permohonanmu itu.
Baginda meneruskan: “Alhamdulillaahi rabbil’aalamiin. Arrahmaanirrahiim, Maliki Yaumiddiin” Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan berbuat sekehendak-Nya. Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang Maha Kaya sedang kami adalah kaum fakir. Turunkanlah hujan kepada kami serta jadikanlah hujan itu menjadi kekuatan serta mencukupi kami sampai habis masanya.
Selanjutnya baginda mengangkat kedua tangannya dan berdoa sampai kelihatan putih ketiaknya, kemudian membalikkan diri dan menghadap ke arah kiblat, selendangnya dibalikkan letaknya sambil mengangkat kedua tangannya itu, lalu menghadap kepada semua manusia dan turun dari mimbar terus bersolat dua rakaat. Di saat itu Allah Ta’ala menampakkan segumpal awan, terdengarlah suara guruh dan petir dan kemudian turunlah hujan dengan izin Allah Ta’ala… - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 992.
 
Menerusi hadis di atas dapat difahami bahawa setelah khutbah maka Imam hendaklah menghadapkan wajahnya ke arah kiblat lalu mengangkat tangannya tinggi-tinggi ke langit lalu berdoa dengan bersungguh-sungguh bersama-sama dengan para makmum. Disunnahkan juga untuk menterbalikkan tapak tangan ketika berdoa di mana bahagian belakang tapak tangan tersebut di hadapkan ke arah langit.
 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَسْقَى فَأَشَارَ بِظَهْرِ كَفَّيْهِ إِلَى السَّمَاءِ.
 
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik (radhiallahu’ anh) bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu ketika memohon hujan sedangkan punggung kedua tapak tangannya itu diangkat ke atas langit. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Solat al-Istisqa’, no: 896.
 
Bagi mereka yang memakai selendang di atas kepala (syal yang dipakai oleh lelaki) maka disunatkan untuk mengalihkan bucu selendang di bahu kanan ke bahu kiri dan yang di bahu kiri ke kanan dengan membuka dan menterbalikkan tudung tersebut lalu memakainya semula. Ada yang berpendapat bahawa tindakan mengalihkan selendang ini sebagai tafa’ul atau mengharapkan adanya perubahan keadaan dari kemarau kepada hujan
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِي
 
فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ ثُمَّ خَطَبَنَا وَدَعَا اللَّهَ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ نَحْوَ الْقِبْلَةِ رَافِعًا يَدَيْهِ.
 
ثُمَّ قَلَبَ رِدَاءَهُ فَجَعَلَ الأَيْمَنَ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرَ عَلَى الأَيْمَنِ.
 
Maksudnya:
Abu Hurairah radhiallahu’ anh berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari untuk mengerjakan solat Istisqa’, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau iqamah, kemudian menyampaikan khutbah serta berdoa kepada Allah, lalu berpaling ke arah kiblat sambil mengangkat kedua tangannya. Selanjutnya dibalikkan selendangnya yang kanan diletakkan di kiri dan yang kiri di kanan.
- Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush Shalaah was Sunnah Fiiha,Solat Istisqa’
 
SOLAT ISTISQA ( PANDANGAN KEDUA )
 
Solat istisqa’: atau solat minta hujan. Iaitu solat yang disyari’atkan ketika hujan tidak turun atau mata air kekeringan. Ia disunatkan ketika berlaku sebabnya. Tuntutan melakukannya akan luput apabila sebab tersebut hilang seperti turunnya hujan atau mata air mula mengalir.

Cara melaksanakannya.
1. Tiga hari sebelum melaksanakan solat istisqa’ imam atau ulama’ atau pemerintah memerintahkan kepada kaumnya agar berpuasa dahulu selama 4 hari dan menganjurkan juga agar mereka melakukan amal baik, seperti sedekah, taubat dari segala dosa, mengusahakan perdamaian antara orang-orang yang bermusuh dan melepaskan diri dari kezaliman.

2. Pada hari yang keempat puasa keluar beramai-ramai dengan memakai pakaian yang lusuh ke padang yang kering kontang dengan penuh khusyuk dan tawaddhuk merendah diri kepada Allah s.w.t. dan melakukan solat dua rakaat berjamaah. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya : ”Rasulullah s.a.w. telah keluar dalam keadaan tawaddhuk, menghina diri kepada Allah, khusyuk dan merendah diri. Kemudian baginda solat dua rakaat sebagaimana solat pada hari raya”.


Maknanya: Sahaja aku solat sunat Istisqa’ dua rakaat mengikut Imam kerana Allah taala”.

3. Setelah selesai solat Imam hendaklah berkhutbah dengan dua khutbah seperti khutbah hariraya, kecuali kedua-duanya hendaklah dimulai dengan istighfar 9 kali pada khutbah pertama dan 7 kali pada khutbah kedua sebagai ganti kepada takbir. Kerana firman Allah s.w.t.: Nuh 10-11.

10. "Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. 11. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
Lafaz istighfar:
Apabila khutbah kedua bermula dan berlalu satu pertiga daripada khutbahnya, khatib hendaklah berpaling ke belakang dan menghadap kiblat dan menukarkan kedudukan kain selendangnya dari kanan ke kiri, sebagaimana hadits riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah, katanya:

"Rasulullah s.a.w. telah keluar pada hari meminta hujan, lalu baginda solat bersama-sama dengan kami dua rakaat tanpa azan dan iqamah. Kemudian baginda berkhutbah kepada kami dan berdoa kepada Allah serta mengubah wajahnya (berpaling) ke arah kiblat dalam keadaan mengangkat kedua tangannya. Kemudian baginda menukar kedudukan kain dengan dijadikan bahagian kanan ke bahagian kiri dan bahagian kiri ke bahagian kanan”.

Khatib disunatkan membaca doa dengan nyaring dan orang ramai juga disunatkan mengikuti khatib berdoa sebagaimana dilakukan oleh khatib dan disunatkan banyak beristighfar, bertaubat dan tunduk menghina diri kepada Allah s.w.t.

Di sunatkan juga membawa kanak-kanak kecil, orang-orang tua, binatang-binatang ternakan ke tempat solat kerana musibah yang berlaku adalah menimpa mereka semua.

Doa Solat Istisqa’Setelah selesai solat dan khutbah maka berdoalah dengan doa berikut:

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah ia (air hujan yang akan turun) sebagai rahmat kepada kami. Janganlah Engkau jadikannya sebagai azab, penghapus, bala’, kehancuran dan banjir kepada kami. Ya Allah turunkanlah hujan ke atas bukit-bukit kecil, batu-batu besar, tempat tumbuh pepohon dan diperut-perut lembah. Ya Allah, turunkanlah ia disekitar kami, bukan ke atas kami. Ya Allah siramkanlah kami dengan hujan yang menyelamatkan kami dari kesusahan, yang menyedapkan kami, yang menyubur dan membesarkan (tanaman), juga hujan yang menembusi tanah, yang banyak dan menyeluruh serta berterusan hingga hari akhirat. Ya Allah, siramkanlah kami dengan hujan dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang-orang yang berputus asa. Ya Allah sesungguhnya hamba-hambaMu dan negeri ini sedang menghadapi kesusahan, kelaparan dan kesempitan yang kami tidak mengadu melainkan kepadaMu. Ya Allah, tumbuhkanlah bagi kami tanaman dan perbanyakkanlah bagi kami susu, dan turunkanlah ke atas kami keberkatan-keberkatan langit dan tumbuhkanlah bagi kami daripada keberkatan-keberkatan bumi. Hindarkanlah kami daripada bala yang mana bala itu tidak dapat dihindarkan melainkan olehaMu. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keampunanMu, sesungguhnya Engkau tuhan yang Maha Pengampun, maka kirimkanlah kepada kami langit (yang mengandungi) banyak (air).(HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, As-Syafi’e dan lain-lain). no: 1258.



 
  
 
 
 

Akibat maksiat secara umum

Selain merebaknya maksiat secara umum, banyaknya orang yang enggan membayar zakat serta banyak kecurangan dalam jual beli, menjadi penyebab khusus atas terjadinya kekeringan dan masa-masa sulit. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
يا معشر المهاجرين: خمس إذا ابتليتم بهن وأعوذ بالله أن تدركوهن: لم تظهر الفاحشة في قوم قطُّ حتى يعلنوا بها إلاَّ فشا فيهم الطاعونُ والأوجاعُ التي لم تكن مضت في أسلافهم الذين مَضَوا.ولم ينقصوا المكيال والميزان إلا أُخذوا بالسنين وشدة المؤونة وجَوْر السلطان عليهم. ولم يَمْنعوا زكاة أموالهم إلا مُنعوا القطرَ من السماء، ولولا البهائمُ لم يُمطروا. ولم ينقضوا عهد الله وعهد رسوله إلا سلّط الله عليهم عدوًّا من غيرهم فأخذوا بعض ما في أيديهم. وما لم تحكم أئمتهم بكتاب الله ويتخيروا مما أنزل الله إلا جعل الله بأسهم بينهم

Wahai sekalian kaum muhajirin, kalian akan diuji dengan lima perkara dan aku memohon perlindungan Allah agar kalian tidak ditimpa hal-hal tersebut.
  1. Ketika perbuatan keji merajalela di tengah-tengah kaum hingga mereka berani terang-terangan melakukannya, akan menyebar penyakit menular dan kelaparan yang belum pernah mereka alami sebelumnya.
  2. Ketika orang-orang gemar mencurangi timbangan, akan ada tahun-tahun yang menjadi masa sulit bagi kaum muslimin dan penguasa berbuat jahat kepada mereka
  3. Ketika orang-orang enggan membayar zakat, air hujan akan ditahan dari langit. Andaikata bukan karena hewan-hewan ternak, niscaya hujan tidak akan pernah turun.
  4. Ketika orang-orang mengingkari janji terhadap Allah dan Rasul-Nya, Allah akan menjadikan musuh dari selain mereka berkuasa atas mereka, kemudian mengambil sebagian apa yang ada di tangan mereka,
  5. Ketika para penguasa tidak berhukum dengan Kitab Allah dan mereka memilih selain dari apa yang diturunkan oleh Allah, Allah akan menjadikan kehancuran mereka dari diri mereka sendiri
(HR. Ibnu Maajah no.3262. Dihasankan oleh Al Albani dalam Shahih Ibni Maajah)
Sebagai perenungan akan masalah ini, silakan simak artikel Akibat Perbuatan Maksiat.

Wednesday, March 5, 2014

Kesahihan Riwayat Tabaruk di Makam Imam Bukhari

Banyak sekali fakta adanya para ulama mutaqaddimin yang melakukan tabarruk di makam seorang ulama, baik melakukan dengan cara membaca al-Quran di samping makamnya, atau berdoa. Ini semua tercantum dalam kitab-kitab tarikh para ulama mu’tabar.

1476762_10201216862329647_2027166840_n
Namun entah kenapa fakta ini luput dari pandangan wahabi atau mereka enggan mengakui fakta ini meskipun mereka kadang membacanya dalam kitab-kitab tarikh. Dari sekian banyak puluhan bahkan ratusan yang menyebutkan jumhur ulama melakukan tabarruk dan berdoa di makam seorang shalih, salah satunya adalah kisah yang disebutkan al-Hafidz adz-Dzahabi sebagai berikut :

وقال أبو علي الغساني: أخبرنا أبو الفتح نصر بن الحسن السكتي السمرقندي: قدم علينا بلنسية عام أربعة وستين وأربع مئة. قال: قحط المطر عندنا بسمرقند في بعض الاعوام، فاستسقى الناس مرارا، فلم يسقوا. فأتى رجل صالح معروف بالصلاح إلى قاضي سمرقند، فقال له: إني رأيت رأيا أعرضه عليك. قال: وما هو ؟ قال: أرى أن تخرج ويخرج الناس معك إلى قبر الامام محمد بن إسماعيل البخاري، وقبره بخرتنك، ونستسقي عنده، فعسى الله أن يسقينا. قال: فقال القاضي: نعم ما رأيت.
فخرج القاضي والناس معه، واستسقى القاضي بالناس، وبكى الناس عند القبر، وتشفعوا بصاحبه، فأرسل الله تعالى السماء بماء عظيم غزير، أقام الناس من أجله بخرتنك سبعة أيام أو نحوها، لا يستطيع أحد الوصول إلى سمرقند من كثرة المطر وغزارته، وبين خرتنك وسمرقند نحو ثلاثة أميال.
Dan telah berkata Abu ‘Aliy Al-Ghassaaniy : Telah mengkhabarkan kepada kami Abul-Fath Nashr bin Al-Hasan As-Sakatiy As-Samarqandiy : “Kami datang dari negeri Valencia (Spanyol) pada tahun 464 H. Selama beberapa tahun hujan tidak turun pada kami di negeri Samarqand. Orang-orang melakukan istisqaa’ (shalat meminta hujan) beberapa kali, namun hujan tidak juga turun. Maka, seorang laki-laki shalih yang dikenal dengan keshalihannya mendatangi qaadly negeri Samarqand. Ia berkata : “Sesungguhnya aku mempunyai satu pendapat yang hendak aku sampaikan kepadamu”. Qaadliy berkata : “Apa itu ?”. Ia berkata : “Aku berpandangan agar engkau keluar bersama orang-orang menuju kubur Al-Imaam Muhammad bin Ismaa’iil Al-Bukhaariy. Makam beliau ada di Kharantak. Lalu kita melakukan istisqaa’ di sisi kuburnya, semoga Allah menurunkan hujan kepada kita”. Qaadliy berkata : “Ya, aku setuju”.

Maka, sang Qaadliy pun keluar dan diikuti oleh orang-orang bersamanya. Qaadliy tersebut melakukan istisqaa’ bersama orang-orang. Orang-orang menangis di sisi kubur dan meminta syafa’at kepada penghuni kubur (Al-Imaam Al-Bukhaariy). Setelah itu, Allah ta’ala mengutus awan yang membawa hujan sangat lebat. Orang-orang tinggal di Kharantak selama kurang lebih tujuh hari. Tidak seorang pun yang dapat pulang ke Samarqand karena derasnya hujan yang turun. Jarak antara Kharantak dan Samarqand sekitar tiga mil” [Siyaru A’laamin-Nubalaa’, 12/469].

Riwayat ini oleh Abul jauza al-Wahhabi dilemahkannya dengan kaidah bid’ah yang dikarangnya :

Abul Jauza mengatakan :

Ada tiga orang yang mesti kita cermati sebagai titik krusial penilaian keshahihan riwayat ini, yaitu:

a.     Abu ‘Aliy Al-Ghassaaniy, namanya adalah : Husain bin Muhammad bin Ahmad, Abu ‘Aliy Al-Ghassaaniy; seorang imam yang tsiqah. Lahir pada tahun 427 H dan wafat tahun 498 H [Ash-Shillah, 1/233-235 no. 333].
b.     Adz-Dzahabiy lahir tahun 673 H dan wafat tahun 748 H.
c.      (Taajuddiin) As-Subkiy lahir tahun 727 H dan wafat tahun 771 H.

Riwayat tersebut terputus, karena antara Abu ‘Aliy Al-Ghassaaniy dengan Adz-Dzahabiy dan As-Subkiy rahimhumullah terpaut jarak yang cukup jauh. Dengan kata lain, riwayat ini tidak shahih.

Saya jawab :

Sejak kapan, jika ada ulama menyebutkan sebuah riwayat yang jaraknya terpaut lantas divonis riwayat tersebut tidak sahih ?? kaidah bid’ah dari mana ini wahai Abul Jauza ?? ini hanyalah jawaban dari orang yang terburu-buru menulis bantahan atau orang yang tak paham kaidah ilmu hadits yang benar.

Kaidah yang benar untuk menilai riwayat ini sahih atau tidak, adalah terlebih dahulu, Mengetahui asal-usul riwayat hadits yang akan diteliti, Mengetahui dan mencatat seluruh periwayatan hadits bagi hadits yang akan diteliti, Mengetahui ada tidaknya syahid dan mutabi’ pada mata rantai sanad..tapi metode tetap di kalangan ahli hadits ini justru dibuang mentah-mentah oleh Abul jauza…

Tuduhan Abul Jauza yang bersumber dari kaidah bid’ah karangannya tersebut tidaklah benar sama sekali. Kisah yang dibawakan oleh adz-Dzahabi dan as-Subuki sanad periwayatannya sahih, riwayat ini telah disebutkan sendiri oleh al-Hafidz Abu Ali al-Ghassani dalam kitabnya Taqyid al-Muhmal wa Tamyiz al-Musykal, beliau mengatakan :

أخبرني أبو الحسن طاهر بن مفوز ابن عبد الله بن مفوز المعافري صاحبنا رحمه الله، قال: أخبرني أبو الفتح وأبو الليث نصر بن الحسن التنكتي المقيم بسمرقند –قدم عليهم بلنسية عام أربعة وستين وأربعمة- قال: قحط المطر عندنا بسمرقند في بعض الأعوام، قال: فاستسقى الناس مرارا فلم يسقوا، قال: فأتى رجل من الصالحين معروف بالصلاح مشهور به إلى قاضي سمرقند، فقال له: إني قد رأيت رأيا أعرضه عليك، قال: وما هو؟ قال: أرى أن تخرج ويخرج الناس معك إلى قبر الإمام محمد بن إسماعيل البخاري رحمه الله- وقبره بخرتنك، ونستسقي عنده، فعسى الله أن يسقينا، قال: فقال القاضي: نعما رأيت. فخرج القاضي وخرج الناس معه، واستسقى القاضي بالناس، وبكى الناس عند القبر، وتشفعوا بصاحبه، فأرسل الله تبارك وتعالى السماء بماء عظيم غزير أقام الناس من أجله بخرتنك سبعة أيام أو نحوها، لا يستطيع أحد الوصول إلى سمرقند من كثرة المطر وغزارته، وبين خرتنك وسمرقند ثلاثة أميال أو نحوها.
“ Telah mengabarkan padaku Abul Hasan Thahir bin Mafuz Ibnu Abdillah bin Mafuz al-Mu’aafiri, sahihb kami –semoga Allah merahmatinya- ia berkata, “ Telah mengabarkan padaku Abul Fath dan Abu al-Laits Nashr bin al-Hasan at-Tankati yang bermukim di Samarqand, ia datang pada mereka di Valencia (Spanyol) tahun 464 H. Selama beberapa tahun hujan tidak turun pada kami di negeri Samarqand. Orang-orang melakukan istisqaa’ (shalat meminta hujan) beberapa kali, namun hujan tidak juga turun. Maka, seorang laki-laki shalih yang dikenal dengan keshalihannya mendatangi qaadly negeri Samarqand. Ia berkata : “Sesungguhnya aku mempunyai satu pendapat yang hendak aku sampaikan kepadamu”. Qaadliy berkata : “Apa itu ?”. Ia berkata : “Aku berpandangan agar engkau keluar bersama orang-orang menuju kubur Al-Imaam Muhammad bin Ismaa’iil Al-Bukhaariy. Makam beliau ada di Kharantak. Lalu kita melakukan istisqaa’ di sisi kuburnya, semoga Allah menurunkan hujan kepada kita”. Qaadliy berkata : “Ya, aku setuju”.

Maka, sang Qaadliy pun keluar dan diikuti oleh orang-orang bersamanya. Qaadliy tersebut melakukan istisqaa’ bersama orang-orang. Orang-orang menangis di sisi kubur dan meminta syafa’at kepada penghuni kubur (Al-Imaam Al-Bukhaariy). Setelah itu, Allah ta’ala mengutus awan yang membawa hujan sangat lebat. Orang-orang tinggal di Kharantak selama kurang lebih tujuh hari. Tidak seorang pun yang dapat pulang ke Samarqand karena derasnya hujan yang turun. Jarak antara Kharantak dan Samarqand sekitar tiga mil”[1]

1. Abul Hasan Thahir bin Mafuz Ibnu Abdillah bin Mafuz al-Mu’aafiri. Beliau murid al-Hafidz Ibnu Abdil Barr, seorang imam yang terkenal dengan hafalan haditsnya dan kekuatan hafalannya yang kuat (mutqin). Lahir pada tahun 429 H dan wafat pada tahun 484 H.[2]
2. Abul Fath Nashr as-Samarqand adalah seorang syaikh yang agung lagi alim, ahli hadits yang tsiqah, beliau lahir pada tahun 446 H dan wafat pada tahun 486 H.[3]
Maka jelas sekali para perowi ini semuanya tsiqah dan saling bertemu, maka sanad ini tidak lah terputus bahkan bersambung dan saling mendengar dari gurunya.

Abul Jauza mengatakan :

Selain itu, isi riwayat bertentangan dengan nash dan atsar :
1.     Kubur Bukan Tempat untuk Shalat.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” الْأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلَّا الْمَقْبَرَةَ وَالْحَمَّامَ “
Dari Abu Sa’iid, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam “Bumi ini semuanya merupakan masjid (tempat sujud untuk shalat) kecuali kuburan dan WC” [Diriwayatkan oleh Ahmad 3/83, Abu Daawud no. 495, Ibnu Maajah no. 745, dan yang lainnya – takhrij selengkapnya silakan baca artikel ini].
عَن ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلَاتِكُمْ، وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا “
Dari Ibnu ‘Umar, dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda : “Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai tempat untuk shalat, dan jangan menjadikannya sebagai kuburan” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 432 & 1187].
Ibnu Hajar rahimahullah berkata:
اِسْتَنْبَطَ مِنْ قَوْله فِي الْحَدِيث ” وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا ” أَنَّ الْقُبُور لَيْسَتْ بِمَحَلٍّ لِلْعِبَادَةِ فَتَكُون الصَّلَاة فِيهَا مَكْرُوهَة
“Dari sabda beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits : ‘Dan jangan menjadikannya (rumah) sebagai kuburan’; dapat disimpulkan bahwa kuburan bukan tempat untuk beribadah, sehingga shalat di sana menjadi dibanci” [Fathul-Baariy, 1/529].
Saya jawab :
Hadits pertama yang dijadikan hujjah Abul Jauza, maka al-Hafidz Ibnu Hajar mengomentarinya sebagai berikut :
اْلحَدِيْثُ سِيْقَ فيِ مَقَامِ اْلِامْتِنَانِ فَلاَ يَنْبَغِي تَخْصِيْصُهُ
“ Hadits tersebut (yaitu hadits “ Seluruh bumi dijadikan layak sebagai masjid dan suci bagiku “) adalah dalam maqam imtinan, maka tidak sebaiknya mentakhsis hadits tersebut “. [4]
Artinya hadits tersebut tidak bisa membatasi keumuman hadits berikut :
 
جُعِلَتْ لِي الْأَرْض مَسْجِدًا وَطَهُورًا
“ Dijadikan bumi untukku layak sebagai tempat sujud dan bersuci “ (HR. Bukhari)
Lebih jelas imam an-Nawawi mengatakan :
فَإِنْ تَحَقَّقَ أَنَّ اْلَمقْبَرَةَ مَنْبُوْشَةٌ لَمْ تَصِحَّ صَلاَتُهُ فِيْهَا بِلاَ خِلاَفٍ إِذَا لَمْ يُبْسَطْ تَحْتَهُ شَيْءٌ، وَإِنْ تَحَقَّقَ عَدَمُ نَبْشِهَا صَحَّتْ بِلاَ خِلاَفٍ، وَهِيَ مَكْرُوْهَةٌ كَرَاهَةَ تَنْـزِيْهٍ
 
” Jika yakin pekuburan itu tergali, maka tidak sah sholatnya tanpa khilaf, jika dibawahnya tidak membentangkan sesuatu, namun jika yakin tidak tergali, maka sah solatnya tanpa khilaf, namun makruh tanzih hukumnya “. [5]
Syaikh Saqar, ketua badan Fatwa al-Azhar mengatakan :
والأئمة الثلاثة قالوا بصحة الصلاة وعدم كراهتها ، اللهم إلا إذا كان القبر أمام المصلى فتكون مكروهة مع الصحة .‏ أما أحمد بن حنبل فهو الذى حرم الصلاة وحكم ببطلانها -‏ ومحل هذا الخلاف إذا كان القبر فى المسجد ، أما إذا كان مفصولاً عنه والناس يصلون فى المسجد لا فى الضريح أو الجزء الموجود فيه القبر فلا خلاف أبدًا فى الجواز وعدم الحرمة أو الكراهة
“Ketiga Imam Madzhab berbedapat tentang keabsahan shalat (di masjid yang ada kuburannya) dan ketidakmakruhannya, kecuali jika kuburannya ada di depan orang yang shalat, maka makruh dan tetap sah. Sedangkan Ahmad bin Hanbal merupakan orang yang mengharamkan dan menghukumi batal shalat tersebut. Keberlakuan khilaf ini bila kuburan ada di dalam masjid, sedangkan bila terpisah darinya, sementara orang-orang shalat di dalam masjid, tidak di dalam area pemakaman atau bagian area yang ada kuburannya, maka tidak khilaf sama sekali dalam kebolehan dan ketidakharaman atau ketidakmakruhan shalat di tempat tersebut.”[6]
Madzhab Hanafiyyah mengatakan : makruh sholat di pemakaman sebab dikhawatirkan ada najis yang keluar dari kuburan, kecuali jika di pemakaman tersebut disediakan tempat sholat, maka hilanglah hokum makruh.[7]
Madzhab Malikiyyah mengatakan : Boleh sholat dipemakaman secara muthlaq, baik pekuburan itu bersih atau terbongkar (manbusyah), pekuburan muslim atau non muslim.[8]
Madzhab Hanabilah mengatakan : Tidak sah sholat di pekuburan yang baru atau pun yang  lama, berulang-ulang pembongkarannya atau pun tidak. Namun tidak mengapa sholat di area yang ada satu atau dua kuburan, karna yang disebut pekuburan adalah terdapat tiga kuburan atau lebih.[9]
Kemudian Abul Jauza mengatakan :
Tidak ada riwayat – sepanjang pengetahuan kami – beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam melakukan atau memerintahkan manusia shalatistisqaa’ di kubur.

Saya jawab :

Tidak mengetahui dalil terhadap sesuatu, bukan berarti sesuatu itu tidak memiliki dalil.  Tidak adanya sesuatu bukan berarti wujud sesuatu itu tidak ada.

Sesuatu yang wujudnya tidak diketahui dengan dalil tertentu (khusus), terkadang diketahui dengan dalil lainnya. Misal, tidak adanya dalil secara akal tentang sesuatu, bukan berarti sesuatu itu tidak ada, karena bisa saja sesuatu itu ada dengan dalil secara nash.
Dalil itu bersifat Thard (الطرد) yakni wujudnya dalil melazimkan wujudnya madlul (sesuatu) dan tidak adanya dalil tidak melazimkan tidak adanya madlul (sesuatu). Misal tentang taqdir, malaikat, jin, alam barzakh dan semisalnya. Dalil ini secara akal tidak bisa ditemukan sebab tidak bisa disaksikan secara fisik. Tapi bukan berarti taqdir, malaikat, jin dan alam barzakh itu tidak ada, karena bisa saja dalil secara akal atas semua itu ada pada orang lainnya, atau dalil secara nash, atau dalil secara penyaksian pada yang lainnya.
Contoh lainnya, Peringatan Maulid. Bagi wahabi tidak menemukan dalillnya secara khusus (meskipun faktanya ada dalil khsusunya yaitu peringatan Nabi sendiri terhadap hari kelahirannya), bukan berarti peringatan Maulid ini terlarang, karena bisa saja ada dalilnya secara umum yaitu dalil bersholawat di waktu kapan pun, dalil membaca sejarah Nabi, dalil membaca al-Quran, dalil memberi nasehat kepada muslimin, dalil berdzikir, dalil silaturahmi, dalil bersedekah dan lainnya.

Demikian juga dalil sholat istisqa di pekuburan, tidak menemukannya si Abul Jauzat terhadap riwayatnya bukan berarti hal itu tidak ada dalilnya, bisa saja Abul Jauza tidak mengetahuinya atau bisa saja menggunakan dalil-dalil umumnya yaitu sholat di manapun tempat yang suci sebagaimana hadits Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam :

جُعِلَتْ لِي الْأَرْض مَسْجِدًا وَطَهُورًا
“ Dijadikan bumi untukku layak sebagai tempat sujud dan bersuci “ (HR. Bukhari)

Ibnul Jauzi mengisahkan sebuah riwayat :

قال الواقدي : توفي أبو أيوب عام غزا يزيد بن معاوية القسطنطنية في خلافة أبيه معاوية سنة اثنتين وخمسين، وصلى عليه يزيد وقبره بأصل حصن القسطنطنية بأرض الروم، فلقد بلغنا أن الروم يتعاهدون قبره ويزورونه ويستسقون به إذا قحطوا
“ Al-Waqidi mengatakan, “ Abu Ayyub al-Anshari wafat di tahun saat berperangnya Yazid bin Mu’awiyyah di Konstatinopel pada masa khilafah Ayahnya Mu’awiyyah tahun 52 H, kemudian Yazid menyolatinya. Kuburnya berada di pusat benteng Konstantinopel di bumi Romawi. Sungguh telah sampai pada kami bahwa kaum Muslim Romawi memperhatikan kuburannya dan berziarah padanya dan juga melakukan sholat istisqa (dengan bertawassul dengannya) jika terjadi musim paceklik “.[10]

Abul jauza mengatakan :
‘Umar bin Al-Khaththaab radliyallaahu ‘anhu tidak pergi bertawassul ke kubur Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, padahal tidak diragukan lagi beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam lebih utama dibandingkan Al-‘Abbaas radliyallaahu ‘anhu. Tidak pula ada halangan bagi ‘Umar untuk hadir di kubur Nabi karena sama-sama di kota Madiinah. Namun ternyata ia malah mendatangi Al-‘Abbaas bertawassul melalui perantaraan doanya agar diturunkan hujan. Ini menunjukkan bertawassul minta turun hujan di kubur Nabi tidak disyari’atkan. Seandainya disyari’atkan, ‘Umar – atau para shahabat lain – tentu telah mendahului kita dalam hal ini.
Jika demikian, lantas bagaimana halnya dengan kuburan orang yang kedudukannya jauh di bawah kedudukan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam ?.

Saya jawab :

Umar bin Khaththab tidak bertawassul kepada Nabi bukan berarti itu sebuah larangan bertawassul kepada Nabi.

Al-Imam an-Nawawi mengatakan :

ثُمَّ يَرْجِعُ اِلىَ مَوْقِفِهِ اْلاَوَّلِ قُبَالَةَ وَجْهِ رَسُوْلِ للهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَتَوَسَّلُ بِهِ فيِ حَقِّ نَفْسِهِ وَيَتَشَفَّعُ بِهِ اِلىَ رَبِّهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالىَ
“ Dan kembali ke tempatnya semula menghadap wajah Rasullah shallahu ‘alaihi wa sallam dan bertawassul via Nabi untuk haq dirinya serta memohon syafa’at via Nabi kepada Allah Ta’aala “.[11]

Imam Nawawi juga menyebutkan kisah al-Utbi yang datang curhat ke makam Nabi dan bertawassul kepadanya. Kisah ini sangatlah masyhur disebutkan dalam banyak oleh para ulama di antaranya oleh imam Ibnu Asakir dalam Tarikhnya, Ibnul Jauzi dalam Mustir al-Gharam, Ibnu Quddamah al-Hanbali dalam Mughninya, al-Hafidz asy-Syakhawi dalam al-Qaul al-Badi’ fish shalah ‘alal Habib asy-Syafi’, al-Hafidz Ibnu Kastir dalam Tafsirnya di surat an-Nisa, al-Bahuti al-Hanbali dalam kitab Kisyaaful Qina’, dan banyak lagi yang lainnya.

Al-Imam Abul Husain al-Imrani (w 558 H) berkata :

وَيُسْتَحَبُّ اَنْ يَسْتَسْقِىَ بِاَهْلِ الصَّلاَحِ مِنْ اَقْرِبَاءِ رَسُوْلِ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا رُوِيَ اَنَّ عُمَرَ اِسْتَسْقىَ بِالْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ اْلمُطَّلِبِ
“ Dan dianjurkan melakukan istisqa dengan bertawassul dengan orang shaleh dari kerabat Rasulullah shallahu ‘alaihi wa salam, karena ada riwayat bahwa Umar bertawassul kepada Abbas bin Abdul Muththlib “[12]

Imam Sufyan bin Uyainah juga pernah mengatakan berkata :

رَجُلاَنِ صَالِحَانِ يُسْتَسْقىَ بِهِمَا اِبنُ عُجْلاَن ، وَيَزِيدْ بنْ يَزِيْد بنْ جَابِرْ
“ Dua orang yang shalih yang akan turun hujan dengan sebab keduanya yaitu Ibnu Ujlaan dan Yazid bin Yazid bin Jabir “[13].
 
Ini adalah nyata-nyata tawassul dengan dzat kedua orang shalih tersebut.

Dan pada hakekatnya karomah al-Abbas, Ibnu ‘Ujlan, Yazid bin Yazid atau ulama shalih lainnya merupakan bagian dari mu’jizat Nabi shallhu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana penjelasan al –Imam al-Hafidz Ibnu Sholah berikut ini :

وَذَلِكَ أَنَّ كَرَامَاتِ اْلأَوْلِيَاءِ مِنْ أُمَّتِهِ وَإِجَابَاتِ اْلمُتَوَسِّلِيْنَ بِهِ فيِ حَوَائِجِهِمْ وَمَغُوْثَاتِهِمْ عَقِيْبَ تَوَسُّلِهِمْ بِهِ فيِ شَدَائِدِهِمْ بَرَاهِيْنُ لَهُ صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَوَاطِعُ وَمُعْجِزَاتٌ لَهُ سَوَاطِعُ وَلاَ يَعُدُّهَا عَدٌّ وَلاَ يَحْصُرُهَا حَدٌّ أَعَاذَنَا اللهُ مِنَ الزَّيْغِ عَنْ مِلَّتِهِ وَجَعَلَنَا مِنَ اْلمُهْتَدِيْنَ اْلهَادِيْنَ بِهَدْيِهِ وَسُنَّتِهِ
“ Demikian itu bahwa karamah para wali Allah dari umatnya, dan terkabulnya hajat-hajat orang-orang yang bertawassul dengan mereka ketika dalam keadaan susah, merupakan bukti yang kuat dan mu’jizat yang terang, yang tidak mampu dihitungnya, kita berlindung kepada Allah dari menyimpang dari ajarannya dan menjadikan kami termasuk orang yang mendapat hidayat dengan petunjuknya dan sunnahnya “[14]


Shofiyyah an-Nuuriyyah
Kota Santri, 05-03-2014





[1] Taqyid al-Muhmal wa Tamyiz al-Musykal, al-Ghassani : 1/44
[2] Lihat kitab Tadzkirah al-Huffadz, adz-Dzahabi : 4/1222
[3] Lihat Siyar A’lam an-Nubala : 19/90
[4] Fath al-bari : 1/533
[5] Al-Majmu’: 3/158
[6] Sumber : majdah.maktoob.com/vb/majdah45810/
 
[7]  Lihat Hasyiah Ibnu Abidin : 1/380
[8]  Pendapat madzhab Malikiyyah :
لا بأس بالصلاة في المقابر ، وبلغني أن بعض أصحاب النبي - صلى الله عليه وسلم - كانوا يصلون في المقبرة و هو المذهب
[9] Lihat al-Mughi, Ibnu Quddamah : 2/67)
و لكن هذا قول عند احمد و ليس هو المذهب، بل مذهب الحنابلة كما نص عليه ابن قدامة نفسه في المغني، التالي : تحرم الصلاة غير الجنائزة بالمقبرة . وبهذا قال أحمد في رواية عنه ، وهي المذهب
Abu Bakar al-Atsram berkata :
 سمعت أبا عبد الله يعني أحمد يُسأل عن الصلاة في المقبرة ، فكره الصلاة في المقبرة ، فقيل له : (المسجد يكون بين القبور ، أيصلى فيه ؟) ، فكره ذلك . قيل له : (إنه مسجد ، وبينه وبين القبور حاجز) ، فكره أن يصلى فيه الفرض ، ورخص أن يصلى فيه على الجنائز ، وذكر حديث أبي مرثد الغنوي عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لا تصلوا إلى القبور ، وقال : إسناد جيد
Aku mendengar Abu ‘Abdillah – yaitu Ahmad – ditanya tentang shalat yang dilakukan di kuburan (maqbarah), maka ia me-makruh-kannya. Lalu ditanyakan kepadanya : “Bagaimana tentang masjid yang berada di antara kubur ?”. Ia pun me-makruh-kannya hal itu juga” [Fathul-Baariy oleh Ibnu Rajab, 3/195].
[10] Shifat ash-Shofwah : 83
[11] Al-Iydhah, Imam Nawawi : 454
[12] Al-Bayan, al-Imrani : 2/677
[13] al-‘Ilal wa ma’rifatir Rijaal karya imam Ahmad bin Hanbal : 1/163
[14]  Aadab al-Muffti wa al-Mustafti : 1/210
Share Button