PANDANGAN SEMESTA ISLAM
Hak-hak Allah S.W.T :
i. Hak-hak Allah S.W.T bagi diriNya kepada manusia.
- Hak dan kuasa yang mutlak mencipta manusia :
· tanpa paksaan atau kehendak sesiapa
· melainkan kehendak dan kekuasaanNYa.
· Penciptaan manusia ini sebagai bukti bahawa Allah S.W.T itu bersifat maha kaya, berkuasa dan bijaksana.
- Menjadikan peraturan dan perundangan yang lengkap untuk manusia dan alam ini.
· Peraturan dan perundangan ini dalam bentuk sunatullah dan wahyu.
· Sunatullah ini menunjukkan Allah S.W.T ini sebagai pentadbir dan pengurus manusia dan alam ini.
· wahyu merupakan panduan yang menolong manusia menjalani kehidupan mereka
· wahyu ini akan menjamin kebahagian dan kesejahteraan dalam kehidupan manusia itu.
- Memberikan kebebasan memilih jalan kehidupan sama ada baik ataupun buruk.
· Telah mengutuskan para rasul memandu manusia ke arah yang diredhaiNya.
· Dengan aqal dan para rasul, manusia dapat memikirkan dan mempertimbangan sesuatu perkara sebelum membuat pilihan.
Hak-hak hamba :
Diantara hak-hak yang dipertanggunjawab itu ialah :
i. Mengiktiraf Allah Sebagai Pencipta.
- wajib mengiktiraf Allah S.W.T sebagai Pencipta
- manusia sentiasa merasakan diri mereka sentiasa tertakluk kepada kekuasaan dan kehendak Allah S.W.T.
ii. Melaksanakan ibdah untuk Allah S.W.T
- mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melaksanakan ibadah untukNYa.
- sebagai hamba kepada Allah S.W.T untuk patuh perintahNya dan meninggalkan larangNya.
iii. Mengamalkan peraturan dan undang-undang Allah S.W.T
- Telah diciptakan peraturan dan undang-undang untuk dipatuhi dan diikuti oleh makhlukNya
- Disampaikan melalui wahyu kepada para rasul
- Dengan aqal, bertanggungjawab untuk mempelajari dan mengamalkannnya dengan penuh keikhlasan.
iv. kebebasan memilih.
- kebebasan untuk memilih kebaikan
- kebebasan berfikir dan bersuara
- kebebasan beragama
- kebebasan ini bukan dikuasai oleh hawa nafsu tetapi berlandaskan al Quran dan al Sunnah.
v. bertanggungjawab di Hari Akhirat.
- perlu bertanggungjawab terhadap setiap pilihan
- Ganjaran yang akan diberikan kepada pilihan yang baik.
KONSEP ILMU :
Dalam Islam, ilmu dapat diperolehi dengan tiga cara iaitu :
i. Melalui perkhabaran yang benar dan dipercayai.
ii. Melalui percubaan.
iii. Melalui aqal dan undang-undang logic.
Sumber Ilmu :
Dua sumber iaitu sumber Ilahi dan sumber insani.
Sumber Ilahi itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
i. Wahyu.:
Wahyu itu mengandongi segala firman Allah S.W.T, hadith Qudsi dan al Sunnah.
ii. Ilham.
Ilham ini meliputi ilmu laduni ( Ilmu Gharib ), Karamah ( perkara luar biasa yang diperolehi tanpa dipelajari ) dan kashaf ( Keizinan Allah S.W.T agar terungkap tirai bagi perkara-perkara di alam gharib )
Sumber insani terbahagi kepada tiga sumber iaitu :
i. Aqal.
- kurniaan Allah S.W.T kepada manusia
- untuk berfikir
- sumber pengetahuan.
- menjadi keistimewaan manusia
- dipengaruhi oleh unsur dalaman dan luaran seperti keturunan, persekitaran, pemakanan dan niat.
ii. Pancaindera.
- merupakan sebahagian sumber ilmu
- melalui pancaindera meliputi pengalaman, pengamatan, pembacaan, penglihatan dan deria.
iii. Naluri.
- Ilmu naluri merupakan ilmu yang diperolehi melalui warisan genetic atau pengalaman perasaan semula jadi seperti makan ketika lapar.
KONSEP NILAI :
Hierarki Nilai.
tiga tahap iaitu :
i. Nilai Mahmudah.
- mengandungi wajib, sunat dan harus.
- Wajib : mesti dilakukan, diberikan balasan pahala serta ditinggalkan berdosa.
- Sunat: dilakukan diberikan ganjaran pahala dan ditinggalkan tiada ganjaran.
- Harus: kebebasan melakukannya dan dilakukan atau ditinggalkan tiada apa-apa ganjaran.
ii. Nilai Makruhah.
- sesuatu yang disukai atau dibenci
- baik ditinggalkan
- ditinggalkan akan diberikan pahala.
iii. Nilai Mazmumah.
- merupakan sesuatu yang dilarang
- dilakukan diberikan dosa
- ditinggalkan mendapat pahala.
-
KONSEP JIHAD DALAM ISLAM
jihad itu mengandungi tiga ciri yang tabii iaitu :
i. Mempunyai kekuatan tenaga yang terpaksa dicurahkan.
ii. Mempunyai matlamat yang kudus untuk dicapai.
iii. Mempunyai penentangan daripada pihak musuh.
Unsur-unsur.
Banyak unsure-unsur yang perlu bagi mencapai pelaksanaan jihad dalam Islam itu, di antaranya :
i. Hijrah.
- bukan berpindah dari satu tempat kepada satu tempat lain
- perjuangan untuk kebaikan dengan meninggalkan keburukan,
- melaksanakan amar maaruf nahi mungkar,
- berubah dari kelemahan kepada kekuatan sama ada dengan hati, nafsu, pemikiran, harta dan nyawa sekalipun.
ii. Perjuangan.
- Perjuangan dengan aqal, jiwa dan harta
- untuk yang haq, maaruf dan diredhai oleh Allah S.W.T.
- Perjuangan segala daya usaha untuk mengatasi halangan
- bagi mencapai matlamat
iii. Pengorbanan.
- Untuk mencapai matlamat
- pergorbanan pemikiran, masa, harta, nyawa dan kenikmatan
iv. Syahid.
- Bersedia untuk menyaksikan atas kebenaran hakikat Allah S.W.T
- pembuktian melalui lisan, perkataan dan perbuatan
- pengorbanan harta, keluarga, anak-anak, diri dan nyawanya.
Kepentingan :
- untuk menyelamat dan mengawal agama Allah S.W.T, jiwa, aqal, keturunan dan harta dari mengalami kemusnahan dan kemudaratan.
- untuk menjamin dan memelihara kemaslahah dan kepentingan umum sama ada individu, masyarakat dan Negara.
- untuk mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian dunia serta kebahagian di akhirat.
Keutamaan :
- tidak dapat dipisahkan Islam dan dakwah.
- Pengabaiannya menjadi punca dan kelemahan yang hakiki umat Islam.
- merupakan tanggungjawab dan kewajiban setiap muslim.
- pendorong, tunggak dan teras untuk mengwujudkan masyarakat yang ideal.
- menjadi umat Islam terjamin teguh, kukuh dan utuh setiap masa.
ISLAM SEBAGAI PERADABAN DAN TAMADUN
Pengertian.
Dari segi bahasa, perkataan Tamadun berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘ maddana ‘ yang bererti ‘ kehalusan budi bahasa ‘ dan ‘ kesopanan tingkah laku ‘. Ia boleh juga diertikan pembukaan Bandar. Ia juga membawa maksud sama dengan perkataan civilization dalam bahasa Inggeris.
Menurut kamus dewan, perkataan tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Peradaban membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan dalam kehidupan dari aspek rohani dan jasmani bagi sesebuah bangsa atau masyarakat.
Tamadun juga menggambarkan kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam kehidupan mereka, khususnya dari segi kebendaan dan perkembangan pemikiran yang tinggi. Ia meliputi aspek pembangunan dan pencapaian dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan yang tinggi, halus dan sopan ke arah pembinaan individu dan masyarakat yang bersahsiah dan berbudi pekerti mulia.
Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun berasaskan wahyu yang merangkumi peradaban, kebuadayaan, kemajuan sama ada kebendaan dan kerohanian, sopan santun serta mempunyai sifat-sifat khusus dan tersendiri. Sifat-sifat yang terdapat dalam tamadun Islam ialah kesejagatan, keterbukaan, kewjudannya sepanjang zaman, ketolenransi terhadap agama serta budaya lain, kesatuannya dalam kepelbagaian dan keseimbanagn antara rohani dan jasmani.
Tamadun Islam berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan al-Din sebagai asas dalam pembinaan tamadunnya berbanding dengan tamadun lain dibina oleh manusia sendiri.
Ciri-ciri
Setiap tamadun mempunyai ciri asas yang tersendiri. Ciri asas ini yang dikongsi bersama oleh setiap tamadun.
i. Penempatan masyarakat.
- Pembentukan kota dan Bandar yang diwujudkan
- penempatan sesuatu komuniti masyakarat di sesebuah kawasan
- penyatuan beberapa buah kawasan
ii. Peningkatan Kualiti Kehidupan.
- Perkembangan sains dan teknolgi diwujudkan
- peningkatan kualiti kehidupan yang positif dan sempurna
- memberikan keselesaan dalam kehidupan masyarakat.
iii. Sistem organisasi dan institut sosial.
- sistem organisasi dan institut sosial yang baik
- sistematik dalam bidang pentadbiran, politik, ekonomi dan sebagainya
iv. Bahasa dan Tulisan.
- bahasa yang serumpun
- tulisan yang tersendri
- alat dalam perkembangan ilmu dan komunikasi
v. Sistem undang-undang dan moral.
- Sistem undang-undang dan moral yang diwujudkan menjamin keutuhan
- Kewibawaan sistem ini mengatur ketertiban kehidupan masyarakat
Ciri-Ciri Tamadun Islam.
Tamadun Islam mempunyai cirri khususnya yang tersendiri. Ia disebabkan sifatnya menyeluruh, umum, ideal dan realistik.
i. Rabbani.
- empunyai nilai – nilai ketuhanan dan keagamaan.
- Sumber, matlamat, cara dan tujuan kehidupan ditentukan oleh Allah
- menggabungkan pelbagai tujuan duniawi dan akhirat.
- menjadikan tauhid kepada Allah sebagai teras dalam semua aspek
- menjadi tauhid falsafah sistem kehidupan dan asas dalam tamadunya.
ii. Syumul.
o panduan dan pedoman yang sempurna dan menyeluruh dalam aqidah, undang-undang, akhlak, politik, ekonomi dan kenegaraan.
iii. Umum.
- terbuka untuk setiap individu
- tanpa batasan sempadan, bangsa, geografi atau zaman.
- membentuk tamadun sejagat
- dapat bertahan merentasi sempadan, zaman dan geografi.
iv. Waqi’.
- berlangsung di dunia yang nyata dalam kehidupan manusia.
- menjadi simbolik tentang kewujudan dan kebenaran Allah S.W.T.
- merupakan idealistik, kesederhanaan dan kesempurnaan
- melalui pengawasan oleh undang-undang dan peraturan Allah S.W.T.
Sumber Tamadun :
Terdapat beberapa sumber yang melahirkan tamadun iaitu:
i. Penempatan.
- lahir dari kedudukan penempatan masyarakat yang strategi.
- Kedudukan ini membolehkan menggunakan sumber semula jadi
- Kemunculan dan perkembangan ekonomi di sesesuatu tempat
- seperti lembah Sungai Indus di India, Sungai Nil di Mesir dan pelabuhan di
selat Melaka.
ii. Keagamaan.
- menghayati nilai murni dalam kehidupan mereka.
- Nilai murni ini seperti kecintaan kepada ilmu, kreativiti, ketekunan,
kerajinan, berdisplin, berhemat, bertanggungjawab dan jujur
- merupakan nilai-nilai yang terdapat dalam tamadun.
- menuju ke arah kehidupan yang bertamadun.
iii. Pengalaman.
- Tekanan hidup menjadi lebih displin dan kreatif
- Menjadikan bertamadun seperti kebangkitan tamadun Jepun.
Sumber Tamadun Islam:
Tamdun Islam mempunyai dua sumber iaitu :
i. Naqal.
- adalah al Quran dan al Sunnah.
- merupakan khazanah tamadun yang paling berharga.
- mempunyai nilai ilmu, sains, teknologi, kebudayaan dan peradapan.
- untuk melahirkan sesebuah tamadun
ii. Aqal.
- Wahyu yang pertama sumber ilmu.
- melahirkan tamadun Islam.
- melahirkan ilmu dari perkembangan tamadunnya.