Saturday, September 13, 2014

Ukuran jari tanda kesuburan lelaki

 

Cuba lihat pada jari-jemari anda. Dilihat dari segi jumlah memang nampak sama dengan orang lain, namun ukuran, bentuk dan saiz berbeza-beza.
Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak ‘rahsia’ tentang diri yang anda sendiri tidak menduganya lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki.
Ini kerana sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikel (buah zakar).
Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.
Kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University Hospital, Korea Selatan.
Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang lebih panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikel yang lebih besar.
Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manis, mereka mempunyai testikel lebih kecil.
Kajian awal tersebut telah mengandaikan bahawa kadar atau nisbah jari kedua dan keempat mempunyai kaitan dengan sistem reproduktif.
Ini berasaskan pada penemuan bahawa gen Hox, yang membantu membentuk bentuk badan seseorang, mengawal perkembangan jari dan perkembangan alat sulit ketika peringkat embrio.
Kajian terdahulu juga mengandaikan bahawa saiz testikel ada hubung kait dengan jumlah air mani yang dihasilkan.
Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi.
Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta.
Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakar mereka.
Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, membawa maksud jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikel besar dan sebaliknya.
Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikel, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yang ketara
Apa lagi rahsia pada jari anda
Kajian terbaharu mendedahkan bahawa saiz jari telunjuk dan jari manis lelaki dan wanita membawa petunjuk sejauh mana individu tersebut tertarik pada individu berlainan jantina.
Mengikut penemuan itu, wanita yang jari telunjuknya lebih panjang berbanding jari manis kemungkinan mempunyai semetri wajah yang lebih sempurna (sama kedua-dua belah) dan lebih menawan.
Bagi lelaki, ia berlawanan pula, iaitu sesiapa yang jari manis mereka lebih panjang berbanding jari telunjuk kemungkinan besar lebih menarik di mata wanita.
Penemuan ini dibuat oleh Bernhard Fink dari Universiti Vieena, yang mengukur jari 100 wanita dan lelaki serta mengambil gambar muka mereka menggunakan kamera digital.
Beliau menggunakan program di dalam komputer untuk mengetahui raut setiap wajah.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140909/kn_02/Ukuran-jari-tanda-kesuburan-lelaki#ixzz3DD3wDwCp
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, September 11, 2014

Elak Beri Anak Nama-Nama Ini

TENTU kita pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’ bukan? Telah terbukti bahawa nama amat penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu/insan.Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pes...akit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya
Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua.
Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. [SUMBER]Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut.
Info: http://iniblogberita.blogspot.com/2014/09/elak-beri-anak-nama-nama-ini.html?m=1

Cara Brunei 'Mengajar' Cina

Posted on Thursday, September 11 @ 17:46:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Kontra Artikel 


Oleh : Helen Ang

Negara jiran kita Brunei tidak menerima sebahagian penduduknya yang berketurunan Cina sebagai warga. Orang Cina ini hanya diberikan taraf pemastautin tetap (PR)

Sungguhpun golongan orang Cina ini sudah generasi kedua atau ketiga lahir di Brunei, mereka masih lagi PR sahaja (bermakna tidak memegang paspot Brunei).

Brunei agak luarbiasa. Ia mempunyai sistem pemerintahan beraja di mana Sultan Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang agama rasminya Islam. Akan tetapi taburan penduduk Muslimnya sekadar 51.9 peratus sahaja, mengikut anggaran oleh Pew Research Center pada tahun 2008.

Hampir separuh (kira-kira 48 peratus) daripada penduduk di Brunei bukan Muslim kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.

Kebanyakan penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak mempunyai hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. – laporan tahun 2012 oleh badan hak asasi Freedom House 

Penduduk bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di Brunei. Mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai penuh oleh kesultanan kaya-raya itu. Mereka tidak layak mendapat pendidikan percuma tahap pengajian tinggi. – laporan amalan hak asasi oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (24 Mei 2012).

Brunei adalah sebuah negara kecil yang jumlah penduduknya pun kecil, iaitu 390,000 orang: Melayu (67%), Cina (15%), pribumi (6%) and Lain-lain (12%).

Jumlah stateless people 21,000 orang (5.4%) dan seperti yang disebut tadi, kebanyakan mereka Cina. Kewarganegaraan tidak diberikan secara automatik.

Sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei dikehendaki lulus ujian yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami budaya dan bahasa Melayu.

Jus sanguinis

Kewarganegaraan Brunei ditentukan melalui prinsip jus sanguinis (mengikut kerakyatan ibubapa). Istilah tersebut adalah bahasa Latin dan bermaksud “right of blood” atau hak keturunan.

Talian ‘darah’ amat mustahak bagi banyak negara bangsa.

In Brunei, seorang menjadi warga mengikut operasi undang-undang sekiranya dia Melayu — merangkumi Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut dan Melayu Tutong (sumber sini).

Pada lumrahnya, manusia mementingkan etnik.

Ambil contoh United Kingdom yang terdiri daripada Ireland Utara, Scotland, England dan Wales.

Orang British menggelar diri mereka orang Irish, orang Scot, orang English dan orang Welsh, lebih kurang macam orang Malaysia menggelar diri kita Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Kita di Malaysia berlainan agama dan berbeza warna kulit.

Orang asal Irish, Scot, English dan Welsh sama agama (Kristian) dan sama warna kulit (putih). Namun mereka masih lagi nekad untuk membeza-bezakan diri mereka.

Seorang Irish, misalan kata, enggan dikenali sebagai orang English.

Dua tahun kelak, Scotland akan mengadakan referendum untuk menentukan sama ada orang Scot mahu keluar daripada UK dan seterusnya negeri tersebut menjadi sebuah republik berdikari.

Perkembangan ini membayangkan betapa kuatnya jatidiri orang Scot, yang lebih Scot daripada British. Untuk sekian lama, gerila IRA telah berperang saudara berhasrat akan pemisahan Ireland Utara daripada Great Britain – pulau besar terdiri England, Scotland dan Wales – supaya boleh bergabung semula dengan Ireland kerana jati diri mereka ialah sebagai orang Irish.

Di serata dunia, pengenalan diri mengikut etnik adalah begitu mendalam. Contohnya orang Kurd mahu menubuhkan sebuah negara Kurdistan khusus untuk etnik mereka. Jadi kepada Cina Malaysia ataupun DAP khususnya, jangan 'macekeyo' kononnya memfitnah MALAYSIA ni tak adil dalam urusan kaum. Tanya kepada NEGARA ASAL KETURUNAN kamu sendiri, adakah mereka cukup adil dengan kaum-kaum minoriti di negara kaum asal kamu?


.....
http://helenang.wordpress.com/