TASAWWUR
ISLAM : KEISTIMEWAAN DAN CIRI-CIRINYA.
Tasawwur Islam adalah menjelaskan bahawa Islam
sebagai al-Deen yang lengkap dan
sempurna meliputi segala bidang kehidupan sama ada mengenai hubungan manusia
dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Ia mempunyai
prinsip-prinsip umum yang memberi ruang kepada manusia untuk menyesuaikan. Ia
menjelaskan bahawa Islam itu mengandungi aqidah, ibadah, syari’at, akhlak,
budaya, ilmu, ekonomi, politik, dakwah, mua’amalah, jenayah dan munakahat.
Ciri-ciri keistimewaan
Tasawur Islam itu menjelaskan bahawa Islam
mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri yang membezakan dengan agama lain.
Ciri-ciri terpenting itu ialah :
1. Rabbaniyyah ( Ajaran dari Ilahi )
Dimaksudkan dengan Rabbaniyyah ialah sumber
ajaran Islam dan peraturannya adalah datang daripada Allah S.W.T dan bukan
ciptaan Manusia. Ia merupakan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan
lafaz dan makna iaitu al-Quran atau dengan makna tanpa lafaz iaitu al-Sunnah.
Ia bukan dilahirkan dari pemikiran dan falsafahg manusia yang banyak kelemahan.
Lantaran itu, ia sukar untuk dicabar, diganngu-gugat dan merubahnya kerana ia
datang langsung daripada Allah S.w.T.
Apabila ajaran Islam itu datang Allah S.W.T
sudah tentu adalah sempurna dan serasi dengan manusia. Allah S.W.T yang
menciptakan, tentu Allah S.W.T mencioptakan ajaran yang sesuai dengan fitrah
manusia sama ada yang telah berlaku, sedang ataupun yang akan berlaku.
ii. Thabat wa al Murunah ( Teguh dan Anjal )
Dalamk hari ini menjelaskan bahawa Islam itu
mempunyai sifat yang teguh dan kuat dalam perkara prinsip. Ia teguh sepanjang
zaman tanpa dinasakh ( pembatalan ) dan tiada perubahan. Ia bukan mengikut
kehendak atau kemahuan manusia dan logic aqal tetapi merupakan ajaran yang
teguh tanpa boleh digugat oleh kehendak atau pemikiran manusia walaupun mungkin
kehendak atau pemikiran manusia itu pada
zahirnya mempunyai kebaikan atau esejahteraan. Ia tidak boleh ditukar ganti. Ia
merupakan penutup syari’at sanawi hingga hari Kiamat. Keteguhan nilai dalam
Islam kerana ia ditetapkan oleh Allahy S.W.T yang mengetahui segala kebaikan
untuk manusia. Keteguhan nilainya tidak dapat dipermain-mainkan oleh mana-mana
kuasa di dunia ini untuk menghalakan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T dan
begitu juga sebaiknya.
Disamping itu, menjelaskan bahawa Islam itu
bersifat anjal. Ia sesuai untuk semua masa dan tempat sama ada zaman jahiliah
atau zaman sains dan teknologi. Ia dapat memenuhi segala keperluan yang
dihajati oleh manusia. Islam dapat memberi penyelesaian dalam setiap
permasalahan yang timbul dalam ap acara sekali pun. Ia dapat menerima perubahan
tetapi tetap teguh dalam prinsip.
iii. Waq’iyyah ( Realistik ) :
Ajaran Islam bersesuaian dengan kehidupan
nmanusia di alam nyata. Kewujudan ala mini menjelaskan tentang kewujudan dan
kebenaran Allah S.W.T. Ia dapat memenuhi keperluan manusia sehingga manusia
merasai kesukaran dalam menghadapi cabaran hidup di dunia ini. Ia dapat
digunakan selari dengan kemaslahatan manusia dalam kemajuan teknologi moden. Ia
sesuai dengan fitrah kejadian manusia.
iv. Tawazun ( keseimbangan )
Islam menggalakan keseimbangan dalam pelbagai
aspek kehidupan. Islam menggabungkan urusan akhirat dan duniawi, kerohanian
dengan kebendaan, melaksanakan tanggunjawab beribadat dengan mencari keperluan
asas bagi diri insan dan kebenaran wahyu dengan logic aqal. Dalam keseimbangan
Islam menunjukkan ia merupakan menggabungkan dua prinsip yang berbeza.
Konsep keseimbangan dapat difahami melalui
firman Allah S.W.T dalam surah al Jumaat ayat 10 :
“ ……………………… Apabila selesai menunaikan solat,
maka bertebaranlah kamu di muka bumi, carilah kurniaan Allah S.W.T dan ingatlah
Allah S.W.T sebanyak-banyaknya agar kamu sentiasa beruntung ……………”
( Mafhum ayat )
v. Syumuliah ( Menyeluruh ) :
Islam itu adalah suatu sistem ajaran yang
lengkap semua aspek kehidupan dari sekecil kecil perkara seperti adab masuk
tandas hingga aspek urusan negara. Ia menjelaskan kepada manusia tentang jalan
keimanan, dasar aqidah, mengatur hubungan insan dengan ilahi melalui sistem
ibadat, membersihkan jhiwa insan melalui sistem akhlak atau tasawuf dan
mengatur hubungan manusia sesame manusia melalui sistem muamalat, munakahat,
jenayah dan politik.
vi. ‘Alamiyyah ( Sejagat ):
Islam adalah ad Deen mempunyai keistemewaan
dengan sifat ‘Alamiyyah sesuai untuk semua orang dan tempat. Ia menjadi rahmat
ke seluruh alam, pertunjuk seluruh manusia dan menjadi peraturan hidup manusia
sejagat pada semua masa dan tempat. Ia merupakan peraturan hidup yang
diturunkan untuk semua manusia di mana-mana mereka berada tanpa membezakan batasan warna kulit,
Bahasa,bangsa, kabilah, sejarah, geografi dan negara. Ia bukan untuk satu zaman
tetapi Islam adalah sesuai untuk setiap dan sepanjang zaman.
Ini dapat difahamkan melalui firman Allah S.W.T
dalam surah al Anbia, ayat 107: “
………………………….. Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau ( wahai Muhammad ) menlainkan
untuk mnenjadi rahmat sekalian alam”.
( mafhum ayat )
vii. Wasatiyyah ( Kesederhanaan )
Islam menghendaki manusia hidup dengan sempurna.
Oleh itu, ia menetapkan peraturannya dapat dicapai dan dilaksanakan dengan
kemampuan manusia. Sebab itu, segala peraturan Islam adalah sederhana.
Dalam Ibadat, Islam menetapkan dalam ajarannya
terdapat perkara wajib dan sunat. Dalam mengerjakan yang wajib, Islam tidak
menggalakan mengerjakannya sehingga merosakan badan. Dalam mengerjakan wajib
juga, Islam tidak melupakan tanggungjawab menjaga kesihatan badan dan nafkah
anak isteri. Dalam berbelanja, Islam melarang bersikap boros tetapi melarang bersifat
kikir dan kedekut.