10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR
Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :
1). Para Nabi-Nabi... 2). Para Ahli Jihad Fisabilillah 3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH. 4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam. 5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an. 6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah. 7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan. 8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah. 9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama. 10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)
SubhanAllah..
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin
Sekarang anda mempunyai Dua pilihan 1. Biarkan Tulisan ini berada di page ini supaya orang lain tidak membaca. 2. menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik 'Bagikan' supaya orang lain ikut terinpirasi dan Inysaallah mendapat pahala.See More
Antara 3 Calon, Siapa Bakal Dipilih Sebagai Sultan Perak Yang Baru?
By Editorial May 28, 2014 : 8:08 pm
Di sebalik kesedihan ekoran kemangkatan Sultan Perak ke-34, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi, ramai mula tertanya-tanya siapakah yang bakal dipilih menduduki tahta pemerintahan kerajaan negeri Perak.
Ini kerana sekiranya dirujuk kepada undang-undang tubuh kerajaan, sistem pemerintahan beraja negeri Perak mempunyai keunikan yang tersendiri.
Berikut adalah antara senarai calon yang dipilih melalui mesyuarat yang akan diputuskan oleh Dewan Negara negeri Perak.
1) Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah ibni Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah
2) Duli Yang Amat Mulia Raja Dato’Seri Ja’afar bin Raja Muda Musa
3) Yang Amat Mulia Raja Dato’Seri Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
Berikut adalah maklumat ringkas berhubung pemilihan bakal Sultan :
Secara asasnya negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai sembilan daerah besar dan lapan daerah kecil. Hirarki sistem pemerintahan berajanya berlainan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Setiap bakal sultan akan melalui tangga-tangga raja bergelar sebelum menduduki tahta utama negeri.
Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara Perak.
Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya.
Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga diRaja yang memerintah secara giliran. Keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah.
Kebiasaannya sekiranya seorang Sultan pemerintah mangkat, bakal pemerintah menggantinya adalah daripada keluarga yang berikutnya, dan keluarga Sultan yang mangkat terpaksa menunggu akan giliran mereka untuk memerintah Negeri mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh Dewan Negara.
Oleh itu apabila seseorang Sultan itu mangkat, seluruh keluarga baginda terpaksa mengosongkan Istana didalam masa 100 hari, dan Istana tersebut akan didiami pula oleh keluarga Sultan yang baru.
Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas.
Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali.
Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidal akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.
Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemetintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama.
Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara.
Satelah Raja Pemerintah dimashyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan itu ialah Raja Muda dan Raja diHilir.
Gelaran Raja Bendahara telah dihidupkan semula kepada gelaran biasa iaitu Y.A.Bhg. Orang Kaya-Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Y.A.M. Tuanku Raja Bendahara, Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir.
Perlantikan Bakal Sultan adalah berasaskan syarat-syarat sebagaimana yang diwajibkan bagi seorang Raja Pemerintah.
Sebelum dilaksanakan haknya atau menjalankan tanggung-jawabnya, Bakal Sultan dikehendaki mengangkat dan menandatangani sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara.
Sumpah itu mengandungi perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang yang dilantik. Kemudian barulah gelaran itu dianugerahkan mengikut adat Melayu.
Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-Raja Bergelar. Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja Bergelar adalah seperti berikut,
1. Raja Kecil Bongsu. 2. Raja Kecil Tengah 3. Raja Kecil Sulong 4. Raja Kecil Besar 5. Raja Di Hilir 6. Raja Muda 7. Sultan dan Yang DiPertuan.
Pada kebiasaannya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah satelah mangkatnya Raja Pemerintah (Sultan) dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat ayng dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Kecil Besar dan seterusnya sehingga kejawatan Raja Kecil Bongsu menjadi kosong.
Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kecil Bongsu kepada putera sulong Baginda.
Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah
KUALA LUMPUR: Pemilihan dan perlantikan Raja bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara.
Dipetik laman web rasmi Pejabat DYMM Sultan Perak, sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya.
Berikut adalah petikan daripada laman web tersebut.
Raja Pemerintah
Pemilihan dan perlantikan Raja bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya.
Mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh badan dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun menurun sehingga yang akhir sekali. Undang-undang Tubuh tidak sekali membenar dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada seorang zuriat daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidup seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai sesuatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidak akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.
Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemerintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang pertama. Walau bagaimanapun sekiranya tiada zuriat daripada benih Sultan yang Pertama yang difikirkan harus dipilih, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai Raja Pemerintah seseorang lelaki daripada zuriat Sultan yang kelapan belas yang daripada tanah (ibu). Apabila menimbangkan lantikan itu seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang telah mangkat akhir sekali, dan jikalau sekiranya tiada seorang pun yang demikian itu, maka hendaklah diutamakan seorang lelaki atau cucu lelaki daripada seorang anak perempuan Raja Pemerintah yang mendahului Raja Pemerintah yang tersebut.
Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dan lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara. Setelah Raja Pemerintah dimasyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan ialah Raja Muda dan Raja Di Hilir. Gelaran Raja Bendahara telah dihidupkan semula kepada gelaran biasa Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Yang Amat Mulia Tuanku Raja Bendahara, Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir.
Perlantikan Bakal Sultan adalah berasaskan syarat-syarat sebagaimana yang diwajibkan bagi seorang Raja Pemerintah. Sebelum melaksanakan haknya atau menjalankan tanggungjawabnya, bakal Sultan dikehendaki mengangkat dan menandatangani sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara. Sumpah itu mengandungi perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang yang dilantik. Kemudian barulah gelaran dianugerahkan mengikut adat Melayu.
Walau bagaimanapun sebelum seseorang dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-raja Bergelar. Gelaran yang diberikan kepada Raja-raja Bergelar ialah Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah, Raja Kechil Bongsu, tetapi sekiranya berlaku di mana putera Raja-raja Pemerintah menaiki takhta Kerajaan setelah mangkatnya Raja Pemerintah ini adalah kerana putera itu memegang jawatan Bakal Sultan yang terkanan.
Pada kebiasanya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah setelah mangkatnya Raja Pemerintah dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat yang dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Bergelar Raja Kechil Besar dan seterusnya sehingga jawatan Raja Kechil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kechil Bongsu kepada Putera sulong Baginda.
Walau bagaimanapun, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbang seseorang daripada peringkat atau peringkat am daripada mereka harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.
Dewan Negara
Dewan Negara, yang dianggotai oleh Bakal-bakal Sultan, seseorang wakil Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan dan Mufti sebagai ahli-ahli rasmi dan sebelas orang tua dan seorang yang bukan Melayu sebagai ahli-ahli bukan rasmi, adalah ditubuhkan bagi membantu dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara tugas-tugas lain Dewan Negara ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam perlantikan Bakal-bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar.
Persidangan Dewan Negara hanya boleh bersidang apabila dititah oleh Raja Pemerintah dan Raja Pemerintah dengan kadar seberapa yang boleh, hendaklah berangkat menghadiri dan mempengerusikan persidangan itu. Sekiranya Baginda tidak berangkat hadir, maka Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu atau Orang Besar Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa Bakal Sultan yang hadir.
Tetapi sekiranya persidangan Dewan Negara itu akan membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah atau pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan Jemaah Pemangku Raja atau apa-apa perkara lain yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah atau persidangan itu mengagap adalah berfaedah Baginda tidak bersama, maka tidaklah boleh Baginda berangkat hadir dan mempengerusikan persidangan itu. Begitulah juga dengan Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Yang Bergelar.
Orang Besar Negeri Perak
Dewan Negara, selain daripada menasihati Raja Pemerintah dalam perlantikan Bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar, juga menasihatkan Raja Pemerintah dalam perlantikan Orang Besar Negeri yang turut membantu Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas hariannya.
Orang Besar Negeri yang dilantik oleh Raja Pemerintah adalah terdiri:-
Orang Besar Empat yang mempunyai gelaran-gelaran dan fungsi-fungsi tersendiri dan orang-orang lelaki yang lain dengan gelaran Toh Muda Orang Kaya Bendahara diberi.
Orang Besar Delapan yang mempunyai gelaran-gelaran dan fungsi-fungsi tersendiri dan orang-orang lelaki yang lain kecuali gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan dan Orang Kaya-Kaya Mahakurnia dengan syarat-syarat sebagaimana termaktub dalam Seksyen 38 (1) dan (2).
Orang Besar Enam Belas dan memegang gelaran-gelaran tertentu dangan syarat-syarat sebagaimana termaktub di dalam Seksyen 47(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan. Orang Besar Enam Belas yang dilantik hendaklah terdiri daripada orang lelaki yang berjasa kepada negeri.
Orang Besar Tiga Puluh Dua memegang gelaran-gelaran yang telah ditetapkan oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara dan
Tertib kedudukan bagi Orang Besar kecuali Toh Muda hendaklah mengikut tertib kedudukan:-
Orang Besar Negeri mengikut taraf tetapi disyaratkan bahawa Toh Puan bagi Orang Besar Negeri itu hendaklah mengambil tingkat kedudukannya yang hampir di bawahnya.
Orang Besar Enam Belas
Toh Muda Orang Besar Negeri mengikut tertib kedudukan Orang Besar Negeri yang mengenainya. Gelaran-gelaran yang tiada ditentukan tertib kedudukan dalam bahagian ini mengikut tarikh lantikan bagi mana-mana gelaran yang demikian itu.
Selain daripada menjadi Ahli-ahli tetap Dewan Negara, Raja-raja Bergelar, Orang Besar Negeri, Orang Besar Enam Belas atau Toh Muda kepada Orang Besar Negeri, di atas nasihat Dewan Negara, Raja Pemerintah boleh melantik di antara mereka menjadi Orang-orang Besar Jajahan yang mempunyai fungsi-fungsi berikut:-
Menyempurnakan apa-apa tanggungan dan menggunakan apa-apa hak yang harus diamanahkan kepadanya oleh Raja Pemerintah atau oleh Raja Pemerintah dalam Dewan Negara;
Menyempurnakan apa-apa tanggungan dan menggunakan apa-apa hak yang diberikan kepada seseorang Orang Besar Jajahan oleh mana-mana undang-undang yang berjalan; dan
Menyempurnakan apa-apa tanggungan dan menggunakan apa-apa hak yang harus diberikan kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berjalan kuatkuasanya pada masa hadapan dalam negeri ini.
Orang-orang Besar Jajahan yang dilantik bertanggungjawab kepada Raja Pemerintah dalam Dewan Negara menerusi Raja Di Hilir bagi kesempurnaan apa-apa tanggungan yang diamanahkan kepadanya dan bagi kegunaan yang betul apa-apa hak yang diberi kepadanya.
ORANG BESAR EMPAT
Y.A Bhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Y.A Bhg. Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja Y.A Bhg. Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Y.A Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan
ORANG BESAR DELAPAN
Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di-Raja Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Seri Panglima Bukit Gantang Seri Amar di-Raja Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Setia Bijaya di-Raja Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Y.Bhg. Orang Kaya Kaya Mahakurnia Indera di-Raja
ORANG BESAR ENAM BELAS
Y.D.H Toh Seri Maharaja Lela Y.D.H Toh Paduka Indera Y.D.H Toh Maharaja Dewa Y.D.H Toh Maharaja Indera Y.D.H Toh Shahbandar Ulu Y.D.H Toh Tan Dewa Paduka Y.D.H Toh Paduka Setia Y.D.H Toh Sedewa Raja Y.D.H Toh Paduka Raja Y.D.H Toh Perdana Indera Y.D.H Toh Indera Jaya Y.D.H Toh Seri Bijaya Y.D.H Toh Seri Lela Paduka Y.D.H Toh Amar Seri di-Raja Y.D.H Toh Raja di-Raja Y.D.H Toh Seri Wangsa
TOH MUDA ORANG BESAR EMPAT
Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Besar Maharaja di-Raja Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
TOH MUDA ORANG BESAR DELAPAN
Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksmana Raja Mahkota Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di-Raja Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar di-Raja Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera Y.D.H Toh Muda Orang Kaya Kaya Setia Bijaya di-Raja Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Kaya Mahakurnia Tidak ada Toh Muda Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan
ORANG BESAR TIGA PULUH DUA
Y.D.H Toh Tan Dewa Sakti Y.D.H Toh Kamar Lela Y.D.H Toh Seri Indera Lela Y.D.H Toh Sakna Bongsu Y.D.H Toh Tan Dewa Raja Y.D.H Toh Rakna Sakti Y.D.H Toh Purba di-Raja Y.D.H Toh Jana Pahlawan Y.D.H Toh Sa Indera Lela Y.D.H Toh Bahagia Negara Y.D.H Toh Amar Pahlawan Y.D.H Toh Mangku di-Raja Y.D.H Toh Dewa Mahkota Y.D.H Toh Sakna Menteri Y.D.H Toh Demang Perwira Y.D.H Toh Indera Wangsa Y.D.H Toh Mekong Y.D.H Toh Lela Indera Y.D.H Toh Mahkota Lela Y.D.H Toh Amar Di Wangsa Y.D.H Toh Pekerma Wati Y.D.H Toh Johan Pahlawana Y.D.H Toh Pendewa Sakti Y.D.H Toh Kelana Perkasa Y.D.H Toh Kelana di-Raja Y.D.H Toh Kohor Alam Y.D.H Sukar Di Lawan Y.D.H Toh Pendekar Alam Y.D.H Toh Bijaya Wati Y.D.H Toh Puspa Wati Y.D.H Toh Bahtera di-Raja Y.D.H Toh Suri Wati