Thursday, October 7, 2021

Larangan Arak di Singapura

 Fikir2kan :


*Larangan Arak di SINGAPURA*


Sebagai sebuah negara yang termaktub Islam sebagai agama Persekutuan dalam perlembagaan dan mempunyai penduduk majoriti Melayu dan Islam, Malaysia sepatutnya malu dengan tindakan proaktif dan realistik kerajaan Republik Singapura yang memperkenalkan undang-undang baru melarang pengambilan alkohol di tempat-tempat awam selepas *10.30 malam hingga 7.00 pagi*.


Lebih daripada itu, Singapura juga telah mewartakan dua “liquor control zones” iaitu di Little India dan Geylang.


Di kedua-dua kawasan ini pengambilan alkohol tidak dibenarkan pada SEMUA masa pada hujung minggu dan cuti am.


Melalui undang-undang yang baru diluluskan oleh Parlimen negara itu awal tahun ini juga, hukuman bagi kesalahan menjual dan meminum arak dalam waktu larangan di tempat awam akan dikenakan denda sebanyak *SG$ 1,000*.


Manakala bagi kesalahan berulang pula dikenakan denda *SG$ 2,000* dan boleh dipenjarakan sehingga tiga bulan.


Bagi penjualan alkohol di luar waktu dagangan yang ditetapkan dalam lesen pula, mereka boleh dikenakan denda sehingga *SG$ 10,000*.


Malangnya Malaysia yang mempunyai 56.4% rakyat berbangsa Melayu dan 61.3%  beragama Islam telah disenaraikan oleh World Health Organisation (WHO) dalam laporannya pada 2011 sebagai *negara pengguna alkohol yang ke-10 terbesar di dunia* walau pun saiz dan populasi penduduknya kecil berbanding negara-negara lain.


Statistik oleh sebuah badan antarabangsa juga mendapati rakyat Malaysia berbelanja lebih daripada *AS$ 500 juta (RM 2 bilion) setiap tahun* untuk alkohol dengan pengambilan per kapita sebanyak 7 liter.


Walau pun angka ini adalah rendah berbanding negara-negara barat yang lain, namun ia adalah tinggi bagi negara-negara Asia.


Penggunaan arak di Malaysia pula ialah sebanyak *11 liter per kapita*.


Angka ini dikira sebagai tinggi dan dikatakan hampir sama dengan negara-negara Eropah.


Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia.


Sekiranya Singapura yang hanya mempunyai 14% rakyat berbangsa Melayu dan 14.9%  beragama Islam boleh meluluskan dan menguatkuasakan undang-undang seumpama ini, Malaysia sepatutnya boleh dan perlu melakukan lebih daripada itu.


Tanggungjawab ini juga wajib dilaksanakan selaras dengan roh syariat Islam yang mengharamkan arak demi memelihara akal manusia dan kerana arak juga adalah ibu segala maksiat.


Sekiranya penjualan dan pengambilan arak ini berjaya dibendung secara sewajarnya, nescaya pelbagai masalah sosial dan jenayah dapat dibanteras.


Data-data berikut dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan:


(i) Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alkohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.


(ii) Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk merasai mabuk.


(iii) Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alkohol tidak mungkin boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.


(iv) Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol adalah penyakit kardiovaskular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.


(v) 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alkohol.


(vi) Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga adalah berpunca daripada alkohol manakala 4.5 peratus kes penderaan kanak-kanak.


(vii) Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes.


(viii) Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.


(ix) Menurut satu statistik di UK, alkohol telah menyebabkan 45 hingga 46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga.


Oleh itu, saya menye


ru dan mendesak kerajaan Malaysia agar segera memulakan inisiatif untuk menguatkuasakan larangan penjualan arak di dalam kapal terbang dan penjualan secara terbuka di kedai-kedai runcit.


Saya juga ingin mengingatkan Kerajaan dengan amaran dan peringatan daripada Allah SWT seperti dalam firman-Nya berikut yang bermaksud :


“Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang."


“Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil... ?”

200 Tahun Pengajian Pondok di Kelantan

 MEMPERINGATI 200 TAHUN PENGAJIAN PONDOK DI KELANTAN


Pendidikan merupakan satu mekanisme dakwah yang terpenting dalam membentuk kefahaman masyarakat terhadap agama. Islam sejak awal lagi menekankan kepentingan ilmu melalui kisah penciptaan Adam AS dan juga perintah membaca. Bahkan, Nabi SAW sendiri pun menggerakkan dakwahnya melalui halaqat ilmu di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam, sebelum Masjid Nabawi mengambil peranan besar kemudiannya.


Kajian Wan Mohd Saghir Abdullah mengatakan Islam dibawa ke Kelantan oleh seorang pendakwah yang bernama Sheikh Ali Abdullah. Beliau masuk ke Kelantan melalui Langkasuka (Pattani) pada tahun 1050M. Tarikh ini tidak jauh dari dakwaan Wan Hussein Azmi yang mengatakan Islam sampai ke Kelantan menjelang tahun 1000M. Berdasarkan dinar emas yang ditemui di Kota Kubang Labu, bahawa pada tahun 577H (1181M) telah berdiri kerajaan Islam di Kelantan. WA Graham yang menulis pada 1908M mengatakan Islam sudah berkembang di Kelantan sekitar tahun 1200M.


Perkembangan Islam di Pantai Timur Semenanjung boleh dikatakan mulai pesat pada abad ke-16 apabila wujudnya pusat-pusat pengajian Islam. Di Nusantara, pusat pengajian Islam pertama dibuka ialah Dayah Cot Kala di Aceh yang dibuka sekitar 1012M. Pada 1399, seorang lulusan sebuah dayah (pondok) di Aceh, Maulana Malik Ibrahim telah membuka pasentren di Gerisik, Jawa. Tetapi di Tanah Melayu pondok yang pertama dikatakan dibuka oleh Faqih Wan Musa bin Sheikh Salleh al-Laqihi di Kampung Sena, Pattani pada abad ke-16, iaitu Pondok Kampung Sena.


Setelah pondok berkembang pesat di Pattani sehingga abad ke-18M, Kerajaan Pattani telah jatuh ke tangan Siam pada 1786M, menyebabkan para ulamak mula berhijrah ke Kelantan. Salah seorang dari mereka ialah Tuan Guru Haji Hashim yang terkenal dengan gelaran Tok Soraf. Beliau berhijrah ke Kelantan bersama tiga anaknya, iaitu Faqih Abdullah, Faqih Abdul Rahmat dan Faqih Ali. Mereka membuka kampung dan bermastautin di Kampung Bukit (sekarang Pulai Chondong). Tok Soraf menjadi imam dan mengajar agama bersama anak-anaknya di Surau Kampung Bukit pada awal zaman pemerintahan Long Yunus (1765-1795M).


Anak kepada Faqih Abdullah, Abdul Samad (1792-1873M) telah dilahirkan di sini. Beliau mendapat pendidikan agama dari keluarganya sendiri sehingga berumur 16 tahun. Setelah itu, beliau dihantar belajar di Mekah pada 1808M. Selepas 10 tahun di Mekah, Abdul Samad telah kembali ke Kampung Bukit dan dilantik menjadi Imam Surau Kampung Bukit. Beliau mulai mengajar di sini beberapa ketika, sebelum mencari tapak baru sekitar 1820 untuk membuka surau yang lebih selesa.


Beliau telah memilih satu kawasan di pinggir kampungnya untuk membuka surau baru. Berhampiran tapak surau itu terdapat sebarang pokok pulai yang tumbuh condong. Di situlah (sekarang Kampung Bilal Talib) didirikan sebuah surau baru. Surau ini mula dikunjungi para pelajar yang dekat dan jauh. Yang jauh memudiki Sungai Kelantan, kemudian melalui Sungai Bagan untuk ke surau tersebut bagi mengikuti pengajian bersama Haji Abdul Samad. Akhirnya, di bawah pokok pulai itu, tumbuh pondok-pondok sebagai penginapan pelajar seperti mana kampus pondok di Teluk Manuk dan Pauh Bok di Pattani.


Sejak itulah, pondok-pondok itu disebut Pondok Pulai Chondong. Akhirnya nama beberapa kampung di situ seperti Kampung Bukit, Kampung Bilal Talib dan Kampung Tok Mat telah tenggelam, sebaliknya yang masyhur ialah Kampung Pulai Chondong, sempena nama pondok tersebut. Menurut Prof Mohamad Abu Bakar, "Tarikh tepat penubuhan pondok di Kelantan tidaklah diketahui, tetapi adalah dipercayai bahawa persekolahan pertama bermula dalam tahun 1820, apabila Tuan Haji Abdul Samad mempelopori pembentukan rumah-rumah pondok di Pulai Chondong  yang terletak di Jalan Kuala Kerai-Kota Bharu."


Sejak berdirinya Pondok Pulai Chondong pada 1820, Haji Abdul Samad mula dikenali dengan gelaran Tok Pulai Chondong (1792-1873), dan sejak itu juga sistem pengajian pondok mulai tumbuh di Kelantan dari generasi ke generasi sehingga lahirnya Tok Kenali (1870-1933) sebagai tokoh ulamak terbesar di Kelantan pada abad ke-20. Sedangkan


pada abad ke-19, tokoh ulamak Kelantan yang paling masyhur ialah guru Tok Kenali, iaitu Tok Wan Ali Kutan (1820-1913), murid Tok Pulai Chondong yang mengajar di Mekah.


Kerana hubungan ilmu tiga generasi ini - Tok Pulai Chondong, Tok Wan Ali Kutan dan Tok Kenali - nama Kelantan telah masyhur di seluruh Alam Melayu sebagai Serambi Mekah. Pada tahun ini, saat Kelantan sedang menyambut 30 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) di bawah kepemimpinan ulamak, sebenar juga adalah ulang tahun ke-200 sistem pendidikan pondok di Kelantan. Peranan Kelantan sebagai pusat keilmuan Islam sewajarnya diperkatakan demi mengekalkan Kelantan sebagai negeri tadahan wahyu untuk generasi akan datang.

Sultan Murad Mengurus Wali Allah

 Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.

Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.


Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu,


"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"


Mereka berkata:


"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."


Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.


Sultan membalas,


Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.


Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.


Melihat suaminya meninggal,


Dalam tangisnya si isteri berkata,


"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."


Sultan terkejut!


Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.


Si isteri menjawab,


"Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;


"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."


Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;


"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."


Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;


"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."


Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.


Aku pernah berkata kepada suamiku;


"Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.


Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;


"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."


Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;


"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.

Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."


Subhanallah! 


* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah...moga Allah meredhai hidup kita semua. 


Aamiin Allahumma Aamiin..

Orang Kedah Berpengalaman Membuat Terusan

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159168642778319&id=596018318


Kami orang Kedah sangat berpengalaman dalam pembinaan sungai buatan, mengalih aliran sungai atau membina terusan


Pengalaman kami


1. Membina terusan paling tua dalam sejarah negara. 


Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Dhiauddin Al Mukarram Shah, Sultan Kedah yang ke 15 (1661-1687) bersemayam di Kota Kayang, Perlis, baginda menitahkan satu terusan dibina dari Sungai Perlis ke Bukit Pinang di Kedah. Terusan buatan manusia itu sepanjang 70 kilometer, lebar 20 kaki dan sedalam 8 kaki terus ke Sungai Kedah. Selain fungsi untuk pertanian dan pengangkutan, tujuan utama terusan dibina ialah memudahkan Tuanku Sultan berulang alik ke rumah isteri mudanya di Bukit Pinang.


2. Ketika serangan Siam ke atas Kedah berlaku pada 12 November 1821, Sultan Ahmad Tajuddin berada di Pulau Tiga untuk meninjau projek terusan dari Sungai Simpor ke Sungai Merbok.


3. Terusan Wan Mat Saman yang masyhur dari Alor Setar (Sungai Kedah) ke kaki Gunung Jerai sepanjang 35 kilometer dibina pada 1885.


Dengan pengalaman pengalaman di atas, maka Kedah boleh sahaja menempa sejarah baharu dengan 


4. Cadangan: Terusan alihan Sungai Muda dari Pinang Tunggal ke Kuala Sungai Merbok (2021).


##SejarahKitaMaruahKita

Benarkah Orang Kafir Bertauhid Rububiyyah?

 Kesilapan besar bagi mereka yg mengatakan: "orang kafir turut bertauhid rububiyyah". Ini merupakan kata2 yg batil, serta tidak boleh dipegang sama sekali.


Para ulama muktabar tidak pernah membezakan antara tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah. Sesiapa yg bertauhid rububiyyah, maka dgn sendirinya ia turut bertauhid uluhiyyah.


Allah menyifatkan orang kafir sebagai musyrikin, justeru bagaimana utk didakwa bahawa mereka turut beriman dgn tauhid rububiyyah?


Orang yg mendakwa bahawa org kafir turut beriman dgn tauhid rububiyyah kemungkinan terkeliru dgn ayat ini iaitu firman Allah سبحانه وتعالى:


وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ


Maksudnya: Dan sekiranya kamu bertanya mereka siapakah yg menciptakan mereka, nescaya mereka akan menjawab: Allah. Justeru, bagaimana mereka boleh berpaling.


Berdasarkan ayat ini, ulama kalam dan tafsir menjelaskan bahawa jawapan org kafir sebegini merupakan ikrar secara spontan, yg mana mereka tidak dapat mengelak dari menjawab soalan sedemikian apabila berhadapan dgn hakikat yg sangat terang dan nyata. Mereka bukan membenarkan ketauhidan rububiyyah Allah, tetapi soalan sebegitu tiada jawapan lain yg dapat diberikan melainkan perakuan bahawa Allah lah Pencipta mereka.


Sebagaimana pada satu ketika dahulu, apabila ditanya kpd org kafir Quraysh sifat Nabi Muhammad, mereka mengelar baginda sbg al-Amin, sbg orang yg sangat beramanah. Pengiktirafan sebegitu adakah menandakan mereka beriman kpd Nabi Muhammad? Tidak juga. Mereka mengatakan begitu kerana sifat amanah yg ada pada Nabi Muhammad terlalu jelas dan nyata sehingga tiada siapa yg dapat menafikannya.


Satu ketika, Raja Namrud tercengang apabila Nabi Ibrahim bertanya, bolehkah kamu ubah peredaran matahari ini kerana Allah lah yg mengaturnya? Raja Namrud tercengang sbb dia tidak dapat lari dari kenyataan ttg kekuasaan Allah سبحانه وتعالى yg mengatur alam ini. Tidak semestinya dia beriman dgn tauhid rububiyyah, hanya kerana dia tidak dapat mengelak dari bukti yg sangat jelas dan nyata ttg kekuasaan Allah. 


Oleh yg demikian, mengaku dan beriman itu merupakan dua perkara yg berbeza. Seseorang itu mengaku sbb dia tidak dapat mengelak dari bukti yg terlampau jelas, tetapi tidak semestinya dia beriman. Berbeza dgn mereka yg beriman, kepercayaannya merupakan satu ketenangan di dalam hati, yg tiada syak dan ragu terhadap sesuatu kebenaran yg dibawa oleh para utusan Allah سبحانه وتعالى. 


Wallahu'alam.