Thursday, May 19, 2016

Sejarah Kota Melayu Melaka Yang Disembunyikan

Sejarah Kota Melayu Melaka Yang Disembunyikan



Semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh Portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka.

Lakaran menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah Portugis. Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan oleh tentera Acheh.

Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.
Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum Islam.
Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu jugamenunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal Portugis. Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.
Lakaran Portugis juga turut merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis dengan Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka. Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah bangunan yang mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota pelabuhan Melaka.
Lakaran diatas adalah menunjukkan serangan armada Portugis terhadap Kota Melaka. Banyaknya bilangan kapal dalam lakaran menunjukkan bukan sahaja askar Portugis yang terlibat dalam penyerangan tersebut, malahan mungkin juga askar upahan.
Jika anda semua perhatikan betul-betul lakaran penyerangan armada Portugis ini, anda akan dapat melihat dari kejauhan di pelabuhan Melaka deretan bangunan-bangunan yang besar, bertingkat-tingkat dan juga berkubah serta mempunyai beberapa menara. Mungkinkah ini bentuk Istana atau masjid Melaka yang sebenar?
Peristiwa peperangan Melaka juga ada dirakam dengan lakaran yang dibuat oleh orang Portugis. Lakaran tersebut menunjukkan strategi serangan orang Portugis terhadap Bandar Melaka dan juga bagaimana strategi orang Melaka mempertahankan bandar mereka yang memperlihatkan barisan pejuang dan hulubalang malahan gajah-gajah perang. Dalam konteks ini, suatu alat berupa carriage diikat pada gajah-gajah tersebut dan ditempatkan hulubalang-hulubalang untuk melakukan serangan terhadap askar-askar Portugis yang sedang bersedia untuk menghadapi serangan orang Melaka. Lakaran ini juga memperlihatkan bagaimana perbezaan strategi serangan yang digunakan oleh Portugis dan orang Melaka. Pihak Portugis kelihatan menggunakan taktik serangan manakala orang Melayu lebih bersifat bertahan. Berdasarkan lakaran tersebut juga kita dapat lihat persenjataan yang digunakan oleh kedua-dua pihak. Portugis menggunakan lebing panjang yang lazimnya digunakan di Eropah, manakala orang Melayu mengunakan lembing atau tombak yang lebih pendek. Apa yang menarik ialah kelihatan tembok kota Melaka yang telah dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti batu bata dan laterit. Reka bentuk tembok tersebut juga menunjukkan struktur pembinaan yang dilengkapi dengan tempat-tempat peninjau pada sudut-sudut tertentu. Manakala bahagian dalam kota kelihatan senibina rumah-rumah Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan saudagar.
 
Lakaran menunjukkan peristiwa penyerangan tentera Portugis keatas kota Melaka. Lakaran sebegini adalah julung-julung kalinya ditemui oleh sejarawan kita. Selama ini kebanyakan lakaran yang kita dapati hanyalah gambaran pelukis. Namun lakaran ini dipercayai adalah lakaran sezaman dengan peristiwa sebenar. Oleh itu kita dapat mengandaikan bahawa lakaran ini adalah gambaran seorang pelukis yang berada diwaktu tersebut.
Terdapat sebuah lagi lakaran yang berjaya diperolehi oleh mahaguru saya dari arkib dan peprustakaan di Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil pedagang Portugis iaitu Lopez De Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka disambut menurut adat kebesaran tetamu kenamaan dari negeri luar ada dilakarkan. Dalam lakaran ini beliau telah diberi penghormatan untuk menunggang gajah yang menjadi salah satu pengangkutan resmi kerajaan Melayu. Dalam perarakan menuju ke istana Melaka, De Sequera diiringi rombongan Portugis. Lakaran ini juga memperlihatkan senibina tembok kota dan pintu gerbang istana sultan Melaka yang diperbuat daripada bahan-bahan binaan yang kukuh. Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan binaan tembok adalah daripada batu putih tempatan. Manakala Istana Sultan Melaka juga diperbuat daripada bahan binaan yang sama. Oleh itu istana Melaka yang terdapat di Melaka sekarang tidak menepati senibina istana asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan tersebut menarik perhatian sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan kedatangan Portugis. Dalam lakaran tersebut juga memperlihatkan pengawal-pengawal dan hulubalang yang berada di luar pagar Melaka membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka juga memakai pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang dengan lain bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom. Istana Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah yang menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang dikatakan dalam Sejarah Melayu.
 
 
Lakaran menunjukkan perarakan utusan Portugis ke Istana Melaka dengan disaksikan oleh penduduk Melaka. Apa yang menariknya keadaan penduduk melaka yang hairan melihat Benggali Putih ini turut dicatatkan dalam Sejarah Melayu. Yang lebih menarik perhatian ialah binaan Istana Sultan Melaka.

sumber:lokalgenius

10 Penemu Muslim

Inilah 10 Penemu Muslim yang Harus Anda Ceritakan pada Anak

konsultan sistem imun transfer factor di hidup-seimbang.com


Siapakah penemu dan innovator yang anak Anda kenali? Adakah tokoh muslim di dalamnya?

Kalau  mendengar peradaban Islam, banyak yang membayangkan sesuatu yang kuno dan ketinggalan zaman. Imej modern bagi banyak orang itu ada di Barat. Apa akibatnya bagi anak Anda?
Bisa jadi ia merasa agamanya tidak keren, kuno, dan ketinggalan zaman. Mungkin alam bawah sadarnya akan berpikir seperti ini, “Kalau mau selamat di akhirat ya harus belajar agama Islam, tapi kalau mau sukses di dunia harus ngekor ke Barat.”
Kebanggaan akan agama dan identitasnya yang sejati menjadi terkikis karena tak mengenal penemu-penemu keren dari peradaban Islam.
Namun tahukah kalau Islam punya banyak penemu keren? Orang-orang ini adalah peletak fondasi peradaban modern saat ini. Ceritakan biografi tokoh besar Islam pada anak. Hasilnya mereka akan bangga pada agamanya dan termotivasi untuk berkarya seperti para penemu ini.
Berikut ini 10 penemu Islam yang perlu Anda kenalkan pada anak.
1

Abbas bin Firnas, Orang Pertama yang Terbang di Udara

Abbas bin Firnas Tokoh Muslim Penerbang Pertama
WikiPedia
Siapakah manusia pertama yang berhasil terbang? Kebanyakan akan menjawab Wright Bersaudara. Namun lebih dari 1000 tahun sebelum Wright Bersaudara menciptakan pesawat, Abbas bin Firnas sudah berhasil terbang di udara.
Abbas bin Firnas senang memperhatikan ciptaan Allah di langit. Ia memperhatikan betapa menakjubkannya kebesaran Allah yang menerbangkan burung-burung di udara. Ini yang memotivasi Abbas bin Firnas untuk bisa memahami kebesaran Allah di langit.
Abbas bin Firnas berhasil terbang selama lebih dari 10 menit. Jauh lebih lama dari penerbangan pertama Wright Bersaudara 1 milenium kemudian yakni 12 detik.
Abbas bin Firnas bukan hanya berkarya dalam penerbangan. Ia dikenal juga sebagai ahli sastra, musik, dan astronomi.
Di Cordoba, Spanyol, masih berdiri patung Abbas bin Firnas untuk menghormati karya dan dedikasi beliau terhadap dunia kedirgantaraan.
Jika anak Anda menyukai burung, pesawat, dan angkasa, menceritakan kisah Abbas bin Firnas menjadi satu keharusan. Siapa tahu kelak ia bisa seperti BJ Habibie.
2

Al Jazari, Sang Insinyur Mesin

jam gajah ciptaan Al Jazari untuk menentukan waktu shalat
islamiccontemporer.net
Ketepatan waktu dalam Islam sangatlah penting. Sebagai seorang insinyur mesin, Al Jazari mengembangkan jam yang bisa digunakan untuk menentukan waktu shalat, puasa, dan haji.
Karya besarnya adalah jam gajah yang bisa mengukur waktu dengan akurat. Ia mempelajari  bagaimana air yang mengalir bisa digunakan untuk menggerakkan jam dengan akurasi yang cukup tinggi.
Al Jazari juga ingin mempermudah umat Islam berwudlu. Ini mendorongnya untuk membuat mesin pompa air. Berkat Al Jazari, dalam catatan sejarah orang-orang di Turki abad ke-12 mampu beribadah dengan lebih nyaman.


Jika anak Anda ingin menjadi ahli permesinan, kenalkanlah Al Jazari. Karyanya membuat dia terkenal di dunia sekaligus menjadi bekal amal di akhirat.

3

Ibnu Sina, Bapak Kedokteran

Ibnu Sinna sang dokter peletak ilmu kedokteran
kevjnlim.com
Anak Anda ingin jadi dokter? Ceritakan kisah Ibnu Sina pada anak Anda.
Ibnu  Sina  mampu  melakukan berbagai operasi bagi orang yang sakit. Salah satu yang terkenal adalah  operasi tulang. Padahal ia hidup di abad ke-11 saat teknologi belum semaju sekarang.
Karyanya Al Qanun fi at-Tibb menjadi rujukan bagi dunia kedokteran sampai akhir abad ke-19. Buku ini diterjemahkan menjadi Canon of Medicine dan menjadi dasar bagi kedokteran Barat saat ini.
Ibnu Sina tidak membatasi dirinya hanya dalam bidang kedokteran saja. Ia sangat prihatin melihat takhayul dan mitos yang ada di masyarakat.
Ini yang mendorongnya untuk mempelajari logika sains di balik fenomena alam. Ia mempelajari asal-muasal air dan pembentukan awan. Ia membuat buku tentang batu dan mineral serta meteorology. Ia mencari tahu bagaimana gunung terbentuk dan juga penyebab gempa bumi.
Apakah anak Anda banyak bertanya tentang alam di sekitarnya? Ceritakanlah kisah Ibnu  Sina padanya.

4Life Transfer Factor

4

Al Zahrawi, Sang Dokter Bedah

Az Zahrawi bapak dokter bedah
mediosphere.com
Anak ingin jadi dokter bedah? Tahukah dia siapa yang merancang pisau bedah, bor, gunting, dan 200 lebih alat bedah yang masih digunakan sampai sekarang?
Al Zahrawi adalah dokter bedah yang merancang banyak peralatan bedah pada abad ke-10. Hasil temuannya ini masih digunakan hanya dengan sedikit perubahan.
Buku Al Zahrawi yang berjudul Al Tasrif diterjemahkan oleh Barat dan menjadi panduan operasi di sekolah-sekolah kedokteran selama berabad-abad.
Belum lengkap rasanya anak ingin jadi dokter tapi tidak kenal penemu besar Islam yang satu ini. Al Zahrawi.
5

Fathimah Al Fitri, Ibu Pendiri Universitas

tandapagar.com
tandapagar.com
Emansipasi wanita baru ada di Barat abad 19. Sementara sejak Islam lahir, kaum wanita sudah menjadi orang yang terpelajar dan terpandang. Contohnya saja Aisyah binti Abu Bakar. Beliau merupakan salah satu orang yang paling banyak ditanya tentang masalah kehidupan sehari-hari.  Bukan hanya oleh wanita, banyak laki-laki yang mengonsultasikan masalah padanya.
Tidak heran kalau 200 tahun kemudian, Fathimah Al Fitri bisa membuat universitas modern pertama di dunia. Universitas ini ada di kompleks masjid Al Qawariyin di Fez, Maroko. Sementara adiknya Maryam membuat universitas di Andalusia, Spanyol.
Kedua universitas ini menjadi kiblat bagi  dunia pendidikan modern. Bahkan pakaian mahasiswa ala Fathimah Al Fitri masih dipakai sampai sekarang. Toga yang berbentuk segi empat merupakan simbol dari Kabah.
Ingin anak perempuan Anda rajin belajar? Ceritakanlah kisah Fathimah Al Fitri sebelum ia tidur.

Inilah 10 Penemu Muslim yang Harus Anda Ceritakan pada Anak

konsultan sistem imun transfer factor di hidup-seimbang.com


6

Ibnu Al Haytham, Penemu Cara Kerja Optik

Camera Obscura Ibnu Haytham

Pernahkah anak Anda bertanya bagaimanakah kita bisa melihat? Bagaimanakah Allah membuat mata kita bisa bekerja? Pertanyaan ini yang berhasil dijawab oleh Ibnu Al Haytham. Hasil penelitiannya ini yang menjadi dasar kerja kamera yang ada di ponsel Anda saat ini.
Karya besarnya, Al Manazir, diterjemahkan ke bahasa Inggris menjadi berjudul Book of Optics. Ibnu Al Haytham dikenal di Barat dengan nama Alhazen. Ia sangat memengaruhi pola pikir ilmuwan-ilmuwan Barat seperti  Roger Bacon, Leonardo Da Vinci, dan Keppler. Bahkan sampai sekarang isi bukunya masih sering dikutip oleh professor-profesor sebagai karya yang masih akurat.
Penemuannya adalah camera obscura. Cahaya yang menyinari lubang kecil di ruangan gelap akan memproyeksikan film negatif, seperti kamera dan film di bioskop. Camera sendiri berasal dari bahasa Arab “Qamara” yang berarti kamar.
Anak Anda senang fotografi dan film? Ceritakanlah kisah hidup Ibnu Al Haytham, Sang Bapak Optik Dunia.
7

Ibnu Battuta, Sang Penjelajah Dunia

Perjalanan Ibnu Battuta
qausunquzah.wordpress.com
Anak Anda senang berjalan-jalan? Senang berpetualang? Kenalkanlah pada Ibnu Battuta.
Ibnu Battuta hidup pada abad ke-14. Pada usianya yang baru 21 tahun, Ibnu Battuta berkelana selama 29 tahun. Ia telah mengunjungi 44 negara, mulai dari  Afrika, Mesir, Suriah, Persia, Teluk Arab, Anatolia, Turkistan, Afghanistan, India, Maladewa, Srilanka, Bengal, Sumatera, Tiongkok, Sardinia, dan Spanyol.
Perjalanannya ini bertujuan untuk berdakwah. Bukan untuk menguasai dan menjajah daerah yang ia kunjungi. Ibnu Battuta menyebarkan kebenaran di tiap daerah yang ia kunjungi.


Dari petualangannya ini, Ibnu Battuta membuat buku berjudul Ar-Rihlah. Dengan membaca buku ini, kita bisa tahu sisi sejarah Islam yang sekarang sudah tertutupi.
8

Jabir Ibnu Hayyan, Pengembang Aroma Parfum

Ibnu Hayyan menyempurnakan pembuatan parfum
anthische.com
Anak Anda suka wangi parfum? Kenalkanlah dengan Jabir ibnu Hayyan. Sudah sejak abad ke-8 ia menyempurnakan proses pembuatan parfum.
Kalau anak Anda menyukai percobaan kimia, Ibnu Hayyan inilah yang membuat proses sublimasi, pencairan, kristalisasi, distilasi, pemurnian, oksidasi, dan berbagai percobaan kimia lainnya.

9

Koca Mimar Sinan Sang Arsitek

Masjid Selimiye punya menara tinggi anti gempa
turkish.com
Anak Anda ingin jadi arsitek? Kenalkanlah dengan Sinan, arsitek besar abad ke-16.
Sinan ini bernama lengkap Koca Mimar Sinan. Ia berasal dari keluarga Kristen Ortodoks Yunani namun mendapat hidayah dan masuk ke dalam agama Islam.
Sinan telah membangun lebih dari 470 bangunan megah di zaman Turki Utsmani. Karya besarnya adalah Masjid Selimiye di Edime. Masjid Selimiye ini memiliki menara antigempa tertinggi di Turki.
10

Laksamana Cheng Ho, Pelaut yang Menjelajah Dunia

laksamana cheng ho
zenshifu.com
Laksamana Cheng Ho ini sangat terkenal di Indonesia. Ia datang ke Nusantara dan 37 negara lainnya membawa pesan perdamaian. Berbeda dengan Vasco da Gama maupun Christopher Colombus yang datang untuk menjajah negeri yang didatangi. Justru negeri yang dikunjungi Cheng Ho menjadi lebih makmur karena pesan dakwah Islam yang menyebarkan kedamaian dan kebenaran.
Pemimpin kapal yang bernama asli Ma He ini (Ma diambil dari kata Muhammad) memiliki ukuran kapal yang sangat besar. Panjangnya lebih dari 130 meter dan dibuat tanpa besi. Ukuran kapalnya 5 kali kapal Vasco da Gama. Bahkan ilmu engineering saat ini masih belum bisa membuat ulang kapal laut milik Cheng Ho.
Berikut ini gambar perbandingan ukuran  kapal Cheng Ho dan Colombus ini mendeskripsikan betapa  besarnya kapal Cheng Ho ini.
* * *
Mengenalkan tokoh-tokoh besar Islam pada anak akan memberikan imej kepribadian unggul yang akan jadi teladan bagi anak. Anak akan menjadi termotivasi untuk mempelajari alam ciptaan Allah seperti tokoh-tokoh ini. Anak akan banyak berinisiatif untuk meneruskan tongkat  estafet menjadi pemimpin di muka bumi.
Anak menjadi terdorong untuk berkarya seperti para penemu ini. Orang-orang yang menjadi rahmatan  lil alamin. Kelak anak-anak akan bisa menggenggam dunia namun tetap menjaga agar hanya Allah yang ada  di dalam hatinya. Layaknya para tokoh besar Islam ini.