Islam sebagai cara
hidup yang lengkap dan unik itu mempunyai tiga perkara yang utama iaitu Islam,
Iman dan Ihsan.
Islam itu hukum-hukum
dan keterangan-keterangan yang terdiri dari suruhan dan teghan serta meliputi
segala bidang kehidupan umat manusia itu mempunyai lima perkara yang asas
seperti yang dapat difahami dari hadith Rasulullah SAW ketika Jibrail AS dating
bertanya Baginda tentang Islam:-
“ ……………… ceritakan pada ku ( wahai
Muhammad ) tentang Islam?” Baginda menjawab, “ Engkau mengaku bahawa tiada
tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad itu hamba dan pesuruhNya,
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan
menunaikan haji ke Baitullah jika engkau mampu…….”
(
mafhum hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )
Lima perkara asas
tersebut iaitu :
1. Kalimah Tauhid :
Kalimah Tauhid itu
ialah suatu pertuturan kata yang memelihara dan menyelamatkan seseorang dari
perkara-perkara yang membahayakan serta memberikan manfaat untuk kebahagiaan
hidup di dunia dan akhirat. Kalimah Tqauhid itu ialah dua kalimah syahadah
merupakan kalimah al Taqwa. Ia merupakan anak kunci seseorang untuk menjadi
seorang Islam dan memisahkaan Muslim dan Kafir. Ia menjadikan seseorang itu
mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat.
2.
Solat :
Dalam solat
seseorang itu akan dilatih menggunakan segala anggota untuk berusaha dan
mengerjakan sesuatu perkara dengan cara yang teratur. Ia menanamkan semangat
melakukan amal bakti sama ada yang diw2ajibkan atau digalakan untuk diri
sendiri dan masyarakat. Ia mendidik seseorang itu mengenang budi dan mensyukuri
nikmat-nikmat dengan melakukan segala kebaikan dan menjauhkan perkara-perkara
yang merosakan. Ia mendidik seseorang itu dengan penuh kesedaran untuk
mengingati Allah SWT dan berdoa untuk memohon taufik dan hidayahNya ke jalan
yang diredhaiNya.
3.
Zakat :
Membantu dan
menolong orang-orang yang fakir miskin dan orang kesusahan merupakan satu
kebajikan dalam Islam terutama dalam pengorbanan harta benda. Harta benda
adalah merupakan asas bagi segala urusan dan keperluan dalam kehidupan manusia
di dunia. Lantaran itu, pengorbanan harta seperti yang dianjurkan dalam ibadat
zakat adalah amat digalakkan sehingga menjadi satu dari rukun Islam.
4.
Puasa :
Puasa menjadikan
manusia itu hidup sentiasa aman kerana ia dapat menyekat dan menentang runtunan
hawa nafsu serta ia melatih diri seseorang itu mengingati bahawa dirinya berada
dalam pengawasan Allah SWT. Apabila hawa nafsu dapat dikawal dari melampaui
batas larangan Allah SWT, maka diri seseorang itu membawa keharmonian dalam
hidup seseorang, keluarganya dan masyarakatnya.
5.
Haji :
Hidup memencilkan
diri atau mengasingkan diri dari sebarang perhubungan manusia tidak seharusnya
berlaku. Perjumpaan, perundingan, persidangan dan perbincangan merupakan cara
terbaik menyelesaikan masalah. Lantaran itu, menghadiri perhimpunan untuk
kebajikan amat digalakan seperti yang terdapat dalam amalan haji.
Iman dari segi
Bahasa berasal daripada perkataan Arab
( ) yang bermaksud aman
atau membentuk keadaan amann dan tenteram. Dalam Ilmu tauhid, imann itu membawa
maksud bahawa membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan beramal akan
ajaran-ajaran yang disyariatkan oleh Allah SWT yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW.
Iman itu mempunyai
enam rukun sepereti yang dapat difahamji dari hadith RasululLah SAW ketika
Jibrail AS datang bertanya Baginda tenteang :
“……………… Ceritakan padaku ( Wahai
Muhammad ) tentang iman. Baginda menjawab,”Engkau beriman kepada Allah,
Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-Rasul, Hari Kiamat dan Qada’ dan Qadar …………...”
(
Mafhum hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )
Enam rukun Iman
itu ialah :
1.
Beriman dengan Allah SWT:
Mempercayai dengan
penuh keyakinan tentang kewujudan, keesaan atau tunggal dan tidak ada yang
menyerupaiNya. Beriman kepada Allah SWT bermaksud mempercayai bahawa Dialah
yang menghidupkan dan mematikan, pemberi rezeki, tempat pergantungan segala
yang di langit atau di bumi. Dia adalah pemilik kepada semua makhluk, menjadi
tuan dan pengatur perjalanan alam ini. Dialah tuhan untuk di sembah dengan
sebenar-benarnya. Kita melakukan segala
kegiatan hidup mengikut kehendak dan untuk Allah SWT.
2.
Beriman dengan Malaikat :
Mempercayai dengan
penuh keyakinan bahawa Allah SWT ada mencipta sejenis makhluk sebagaimana yang
dijelaskan dalam alQuran dan alHadith. Beriman dengan para malaikat termasuk
dalam mempercayai perkara yang ghaib. Malaikat ini tabiat dan tugas mereka yang
sangat berlainan dengan tabiat manusia. Malaikat adalah hamba Allah yang tidak
berkuasa mendatangkan sebarang manfaat atau keburukan kepada manusia.
3.
Beriman dengan Kitab-Kitab Allah SWT:
Wajib mempercayai
bahawa Allah SWT ada menjadi kitabNya yang mengandungi titah perintah,
larangan, panduan dan ikutan untuk dilaksanakan oleh umat manusia untuk
kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Kitab ini diturunkan kepada
Nabi-nabi dan Rasul-Rasul. Setiap orang muslim wajib percaya bahawa Allah SWT
ada menurunkan kitab yang terdahulu selain alQuran iaitu alZabur, alTaurat dan
alInjil. Kitab Allah ini merupakan panduan-panduan dan perundangan-perundangan
Allah SWT yang diwahyukan kepada hambaNya yang terpilih untuk memimpin manusia
ke arah keredhaan Ilahi.
4.
Beriman dengan Rasul-Rasul Allah SWT :
Mempercayai bahawa
Allah ada memilih seorang hambaNya sebagai rasul untuk menjalankan tugas untuk
mentauhidkan Allah SWT, menyampaikan segala hukum, peraturan, segala suruhan
dan laranganNya. Sebagai bukti kerasulannya, Allah SWT memberikan mereka mukjizat
untuk membenarkan kerasulannya. Dia menjadi petunjuk dan pendoman untuk
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
5.
Beriman dengan Hari Akhirat :
Menyakini bahawa
Allah SWT akan membangkitkan kembali manusia setelah dimatikan untuk memberikan
balasan yang setimpal dengan amalan manusia di dunia ini. Kebangkitan manusia
merupakan keadilan Allah SWT untuk mendapat ganjaran kesejahteraan hidup yang
baqa’ di akhirat dengan amalan baik mereka di dunia.
6.
Beriman dengan Qada’ dan Qadar :
Mempercayai bahawa
segala sesuatu yang terjadi dan peristiwa yang berlaku adalah menurut ketentuan
dan ketetapan Allah SWT. Manusia adalah makhluk ciptaan Allaqh SWT dan sudah
tentulah Allah SWT yang menentukan perjalanan gerak-geri dan kelakuan mereka.
Allah SWT yang berkuasa sepenuhnya ke atas mereka. Apa yang dilakukan oleh
manusia dalam batasan yang diizinkan oleh Allah SWT.
Ihsan seperti yang
dapat difahami dari hadith RasululLah SAW ketika Jibrail AS datang bertanya
Baginda tentang ihsan :
“ ………….Ceritakan padaku ( wahai
Muhammad ) tentang ihsan”. Baginda menjawab,” Engkau mengerjakan ibadat kepada
Allah SWT seolah-olah engkau melihatNya ( memerhatikan keadaanmu ), kiranya
engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa Allah SWT tetap
memerhatikan keadaanmu…….”.
(
mafhum hadith riwayat alBukhari dan Muslim)
Ihsan ialah cara
mengerjakan sesuatu ketaatan atau ibadah dengan sebaik-baiknya, lengkap segala
peraturannya serta ikhlas kepada Allah SWT. Ia dilaksanakan kepada Allah SWT
dengan keadaan seolah-olah dapat dirasai dalam pemerhatian Allah SWT pada zahir
dan batin atau hadirkan keyakinan bahawa Allah SWT sentiasa melihat, memerhati
dan mengawasi setiap ketaatan atau ibadah yang dilakukan. Sesungguhnya ihsan
ini menjadi pelengkap kepada Islam dan Iman. Tanpa Ihsan tidak sempurna Islam
dan Iman.