A.
MUKADIMAH
Allah SWT yang
maha berkuasa telah mencipta berbagai-bagai jenis makhlukNya. Di antara makhluk
ciptaan Allah SWT ialah manusia. Manusian adalah merupakan satu makhluk yang
paling istimewa jika dibandingkan dengan makhluk Allah yang lain. Manusia itu
diberikan satu amanah yang amat tidak mampu dipikul oleh makhluk Allah SWT yang
lain seperti bumi, langit,bukit-bukau dan haiwan-haiwan.
Dengan
keistuimewaan diberikan aqal dan nafsu, Allah SWT telah memberikan satu amanah
yang amat besar dan tidak mampu dipikul oleh makhluk Allah SWT yang lain.
Manusia telah dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini berkewajipan untuk
menanggung amanah Allah SWT.
Menurut Jumhur
Ulama, amanah yang diberikan kepada manusia adalah Islam. Din al Allah yang
disebut Islam adalah satu amanah yang telah dibentangkan oleh Allah SWT kepada
makhluk-makhlukNya dan kesemua makhluk itu menolak amanah tersebut tetapi
manuysia telah sanggup menerimanya. Amanah yang dipertanggung-jawab ini bukan
sahaja untuk dirinya tetapi untuk keluarga, masyarakat dan negara.
PENGERTIAN
ISLAM
Dari segi Bahasa,
Islam berasal daripada perkataan Arab mempunyai berbagai makna. Perkataan Islam
itu adalah nama terbitan dan kata kerjanya ialah perkataan ‘salam” yang bermaksud
selamat dan sejahtera atau kedamaian. Ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk,
patuh dan taat. Ia juga bermaksud tulen dan suci daripada kecacatan zahir dan
batin.
Pengertian Islam
dari segi istilah atau syara’ pula ialah kepatuhan secara jujur hati,
penyerahan diri dan mentauhidkan Allah SWT dengan penuh kesedaran dan kerelaan
untuyk mengikuti peraturan hidup yang bersifat intergral dan berakhlak
mulia sebagaimana yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad SAW.
PENGERTIAN
AGAMA
Dari segi Bahasa
berasal daripada Bahasa Pali yang bermaksud pergi, menuju, atau dating atau
dalam Bahasa Arab bererti penyerahan diri, ketundukan dan perhitungan. Agama
juga boleh didefinasikan sebagai kepercayaan kepada sifat-sifat dan kekuasaan
tuhan serta menerima ajaran dan perintahNya.
PENGERTIAN
AL DIN
Secara umumnya al
Din membawa maksud suatu cara hidup tetapi dalam bentuk khusus al Din merupakan
suatu cara hidup yang sistematik dan teratur telah ditetapkan oleh Allah SWT
yang disampaikan melalui Nabi Muhammad SAW untuk dilaksanakan oleh seluruh
umatNya.
PERBEZAAN
AGAMA DAN AL DIN
Agama adlah lebih
bersifat sesuatu yang hubungannya hanya terbatas antara manusia dengan tuhannya
dan kadang-kadang merupakan ciptaan dan khayalan yang dicetuskan oleh pemikiran
manusia itu sendiri. Sedangkan al Din adalah system atau peraturan yang
mencakupi segenap aspek kehidupan manusia dan hubungannya mempunyai tiga
dimensi antarta tuhan, manusia dan alam. Al Din juga meliputi aspek jasmani dan
rohani manusia serta bersesuaian dengan fitrah dan pemikiran logik manusia.
No comments:
Post a Comment