KURIKULUM TAKMIR,
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
MATA PELAJARAN : TAFSIR AYAT AL QURAN
MINGGU : KE- SEMBILAN
1. Matapelajaran : Tafsir Ayat al Quran
2. Tajuk : KETAATAN YANG DIPERINTAHKAN
3. Ayat : Ayat 59, Surah al Nisa'.
يأيها الذين ءامنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم فان تنزعتم فى شئ فردوه الى الله والرسول ان كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر ذلك خير وأحسن تأويلا
4. Terjemahan :
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “uli’l Amri ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah ( berselisih ) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada ( kitab ) Allah ( al Quran ) dan (Sunnah ) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik ( bagi kamu ), dan lebih elok pula kesudahannya.[1]
5. Mafhum : a. Orang Islam hendaklah mentaati Allah, Rasul dan Ulil
Amri.
b. Islam memberikan panduan agar sebarang pendebatan /
perselisihan pendapat dalam sesuatu perkara dirujuk kepada
al Quran dan al Hadis.[2]
6. Asbabun Nuzul :
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan Abdullah bin Hudzafah bin Qais yang pada ketika telah diutuskan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk memimpin suatu pasukan.
( Diriwayatkan oleh al Bukhari dan perawi lainnya dari Ibnu Abbas dengan riwayat yang ringkas )
Menurut pendapat Imam ad Dawudi riwayat tersebut menyalah gunakan nama Ibnu Abbas kerana cerita mengenai Abdullah bin Hudzafah itu adalah sebagai berikut: “Ketika Abdullah marah kepada pasukannya, dia menyalakan unggun api dan memerintahkan pasukannya untuk terjun ke dalam api tersebut. Pada waktu itu, sebahagian di antara mereka menolak dan sebahagian lagi hamper melakukan apa yang diperintahkan.”
Sekiranya ayat ini turun sebelum kisah Abdullah bin Hudzafah mengapa ayat ini dikhususkan untuk mentaati Abdullah sahaja sedangkan pada lain tidak. Akan tetapi jika ayat ini turun selepas peristiwa tersebut, maka berdasarkan kepada hadis yang telah mereka ketahui, perkara yang wajib ditaati adalah di dalam perkara maaruf ( kebaikan ) dan tidak boleh dikatakan kepada mereka mengapa tidak taat.
Manakala menurut pendapat Ibnu hajar peristiwa Abdullah Bin Huzaifah ini boleh dijadikan alas an munasabah berhubung sebab penurunan ayat ini kerana di dalam kisah ini dituliskan adanya batasan untuk taat kepada pemimpin dan menolaknya dengan tidak terjun ke dalam api. Sesungguhnya pada waktu itu mereka memerlukan petunjuk dengan apa yang harus mereka lakukan.
Maka penurunan ayat ini member petunjuk kepada mereka, apabila mereka berbantah-bantahan hendaklah kembali kepada Allah dan RasulNya.
Menurut pendapat Ibnu Jarir, penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan Ammar bin yasir yang melindungi seorang tawanan tanpa perintah dari Panglimanya ( Khalid bin Walid ) sehingga mereka berselisih faham.[3]
7. Mufradhat :
a.
أطيعوا
- Taatlah kalian
b.
وأولى الأمر
- Dan Ulil Amri ( pemegang kekuasaan )
تنزعتم
c.
- Kalian berselisih
فردوه
d.
- Maka kembalikan ia
خير
e.
- Lebih baik/utama
وأحسن
f.
- Dan sebaik-baik
تأويلا
g.
- Kesudahan / akibatnya[4]
8. Huraian :
Ayat ini Allah S.W.T menjelaskan bahawa orang Islam hendaklah mentaati Allah, Rasul dan Ulil
Amri sekiranya terdapat sebarang pendebatan / perselisihan pendapat dalam sesuatu perkara hendaklah dirujuk kepada al Quran dan al Hadis.
Firman Allah S.W.T :
يأيها الذين ءامنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم
Ertinya, “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “uli’l Amri ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.” Al Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas tentang firman Allah ini, ia berkata, “Ayat ini turun tentang Abdullah bin Hudzafah bin Qais bin’Adi, ketika diutuskan oleh Rasulullah S.A.W pada sebuah pasukan.Inilah yang dikeluarkan oleh seluruh jamaah kecuali Ibnu Majah. Dan at Tirmizi mengatakan : “Hadis hasan gharib”[5]
Firman Allah S.W.T :
أطيعوا الله
Ertinya, “Taatlah kamu kepada Allah.” Iaitu ikutilah KitabNya.[6]
Firman Allah S.W.T :
وأطيعوا الرسول
Ertinya, “Dan taatlah kamu kepada Rasulullah.” Iatu berpeganglah kepada Sunnahnya.[7]
Firman Allah S.W.T :
وأولى الأمر منكم
Ertinya, “Dan kepada “uli’l Amri ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.” Iaitu apa yang mereka perintahkan kepada kalian, selama dalam rangka taat kepada Allah, bukan dalam maksiat kepadaNya. Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam maksiat kepada Allah.[8]
Firman Allah S.W.T :
فان تنزعتم فى شئ فردوه الى الله والرسول
Ertinya, “Kemudian jika kamu berbantah-bantah ( berselisih ) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada ( kitab ) Allah ( al Quran ) dan (Sunnah ) RasulNya.” Mujahid dan banyak ulama salaf berkata: “Ertinya, kepada Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Ini perintah Allah S.W.T, bahawa segala sesuatu yang diperselisihkan manusia, baik tentang usuluddin ( pokok-pokok agama ) mahupun furu’-furu’nya ( cabang-cabangnya ), maka wajib dirujuk kembali kepada al Kitab dan as-Sunnah.”[9]
Firman Allah S.W.T :
ان كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر
Ertinya, “Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.” Maksudnya, hendaklah kalian kembalikan berbagai pertengkaran dan ketidaktahuan kalian kepada Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Berhu7kumlah kalian kepada keduanya, pada berbagai hal yang kalian sengketakan, jika kamu beriman kepada Allah dan hari Akhir. Ertinya, orang yang tidak berhukum kepada al Kitab dan as Sunnah dalam setiap pertikaian, serta tidak merujuk pada keduanya, maka ia tidak termasuk orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhir.[10]
Firman Allah S.W.T :
ذلك خير
Ertinya, “Yang demikian adalah lebih baik ( bagi kamu ).” Iaitu berhukum kepada Kitabullah dan Sunnah rasulNya, serta merujuk kepada keduanya dalam memutuskan segala perselisihan adalah lebih baik.[11]
Firman Allah S.W.T :
وأحسن تأويلا
Ertinya, “ Dan lebih elok pula kesudahannya..” Yakni sebaik-baik akibat dan sebaik-baik rujukan, sebagaimana dikemukakan oleh as Suddi dan yang lainya.[12]
9. Hukum :
a. Wajib :
· Diwajibkan setiap muslim beriman dengan ayat-ayat Allah adalah benar.
· Diwajibkan mentaati dengan ayat-ayat Allah S.W.T zahir dan batin.
10. Pengajaran :
a. Ilmu itu adalah pembimbing bagi manusia.
b. Ayat-ayat keterangan yang benar itu dari Allah S.W.T.
c. Orang yang berilmu sentiasa di bawah bimbingan Allah.
d. Orang-orang yang berilmu akan dapat mengenal yang haq dan batin.
e. Allah S.W.T sentiasa memimpin orang beriman ke jalan yang lurus.
11. Kesimpulan :
Ayat tersebut menjelaskan ilmu dapat membimbing seseorang mengenali dan mentaati
perintah Allah.Disamping itu, Orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan akan
sentiasa berada di bawah bimbingan Allah.
12. Rujukan :
i. Sheikh Abdullah Basmeih; Tafsir Pimpinan Ar Rahman kepada Pengertian al Quran, Kuala Lumpur; Darulfikr, 2001; Cetakan ke-12,
ii. Kurikulum Kelas Pengajian Takmir Masjid dan Surau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya; 2007.
iii. Imam Jalaluddin As sayuthi, Asbabun Nuzul ( terjemahan ), Kuala Lumpur: Victory Agence, 2004: Cetakan Kedua.
iv. Yayasan Penyelenggara penerjemahan/Penafsir al Quran,Syaamil al Quran The Miracle 15 in 1, Bandung : PT Sygma Examedia Arkanleema, Tahun 2009.
v..Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama.
[1] Sheikh Abdullah Basmeih; Tafsir Pimpinan Ar Rahman kepada Pengertian al Quran, Kuala Lumpur; Darulfikr, 2001; Cetakan ke-12, Mukasurat 200.
[2] Kurikulum Kelas Pengajian Takmir Masjid dan Surau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya; 2007, Mukasurat 83
[3] Imam Jalaluddin As sayuthi, Asbabun Nuzul ( terjemahan ), Kuala Lumpur: Victory Agence, 2004: Cetakan Kedua. Mukasurat 219-220.
[4] Yayasan Penyelenggara penerjemahan/Penafsir al Quran,Syaamil al Quran The Miracle 15 in 1, Bandung : PT Sygma Examedia Arkanleema, Tahun 2009. Mukasurat 171.
[5] Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama; Mukasurat 562.
[6] Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama; Mukasurat 565.
[7] Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama; Mukasurat 565.
[8] Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama; Mukasurat 565.
[9] Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama; Mukasurat 565.
[10] Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama; Mukasurat 566.
[11] Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama; Mukasurat 566.
[12] Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama; Mukasurat 566.
Sunday, August 22, 2010
Kurikulum Takmir JAIPP- Tafsir al Quran ,Minggu ke- 8
KURIKULUM TAKMIR,
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
MATA PELAJARAN : TAFSIR AYAT AL QURAN
MINGGU : KE- LAPAN
1. Matapelajaran : Tafsir Ayat al Quran
2. Tajuk : ILMU PERISAI FITNAH
3. Ayat : Ayat 54, Surah al Hajj.
وليعلم الذين أوتوا العلم انه الحق من ربك فيؤمنوا به فتخبت له قلوبهم وان الله لهاد الذين ءامنوا الى
صرط مستقيم
4. Terjemahan :
Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk ta’atlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.[1]
5. Mafhum : a. Ilmu dapat membimbing seseorang mengenali dan mentaati
perintah Allah.
b. Orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan akan
sentiasa berada di bawah bimbingan Allah.[2]
6. Mufradhat :
a.العلم
- Ilmu Pengetahuan
b.الحق
- Benar
فتخب
c.
- Maka tunduk
قلوبهم
d.
- Hati mereka
لهاد
e.
- Sungguh memimpin
صرط
f.
- Jalan
مستقيم
g.
- Yang Lurus[3]
8. Huraian :
Ayat ini Allah S.W.T menjelaskan bahawa orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Allah S.W.T dan mereka beriman kepadanya sehingga tunduk ta’atlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus
Firman Allah S.W.T :
وليعلم الذين أوتوا العلم انه الحق من ربك
Ertinya, “Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu.” Maksudnya agar orang-orang yang telah diberi ilmu yang bermanfaat dapat membedakan antara yang haq dan yang bathil. Juga agar orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya mengetahui bahawa apa yang Kami wahyukan kepadamu itu adalah kebenaran dari Allah S.W.T. Dia telah menurunkannya dengan ilmu dan penjagaan serta pengawasanNya, sehingga tidak tercampur dengan selainnya. Bahkan al Quran adalah Kitab yang banyak mengandung hikmah.[4]
Firman Allah S.W.T :
فيؤمنوا به
Ertinya, “ Lalu mereka beriman kepadanya.” Maksudnya membenarkan dan patuh kepadanya.[5]
Firman Allah S.W.T :
فتخبت له قلوبهم
Ertinya, “Tunduk ta’atlah hati mereka mematuhinya.” Maksudnya hati mereka tunduk dan patuh kepadaNya.[6]
Firman Allah S.W.T :
وان الله لهاد الذين ءامنوا الى صرط مستقيم
Ertinya, “Dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.” Maksudnya di dunia dan akhirat. Adapun di dunia, Allah memberinya petunjuk kepada kebenaran dan mengikutinya, serta memberikan taufiq untuk menentang, kebathilan dan menjauhinya. Sedangkan di akhirat, Allah memberikan mereka petunjuk kepada jalan yang lurus yang dapat mengantarkan mereka pada tingkatan-tingkatan Syurga, dan menghindarkan mereka dari azab yang pedih serta kehinaan.[7]
9. Hukum :
a. Wajib :
· Diwajibkan setiap muslim beriman dengan ayat-ayat Allah adalah benar.
· Diwajibkan mentaati dengan ayat-ayat Allah S.W.T zahir dan batin.
10. Pengajaran :
a. Ilmu itu adalah pembimbing bagi manusia.
b. Ayat-ayat keterangan yang benar itu dari Allah S.W.T.
c. Orang yang berilmu sentiasa di bawah bimbingan Allah.
d. Orang-orang yang berilmu akan dapat mengenal yang haq dan batin.
e. Allah S.W.T sentiasa memimpin orang beriman ke jalan yang lurus.
11. Kesimpulan :
Ayat tersebut menjelaskan ilmu dapat membimbing seseorang mengenali dan mentaati
perintah Allah.Disamping itu, Orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan akan
sentiasa berada di bawah bimbingan Allah.
12. Rujukan :
i. Sheikh Abdullah Basmeih; Tafsir Pimpinan Ar Rahman kepada Pengertian al Quran, Kuala Lumpur; Darulfikr, 2001; Cetakan ke-12,
ii. Kurikulum Kelas Pengajian Takmir Masjid dan Surau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya; 2007.
iii. Imam Jalaluddin As sayuthi, Asbabun Nuzul ( terjemahan ), Kuala Lumpur: Victory Agence, 2004: Cetakan Kedua.
iv. Yayasan Penyelenggara penerjemahan/Penafsir al Quran,Syaamil al Quran The Miracle 15 in 1, Bandung : PT Sygma Examedia Arkanleema, Tahun 2009.
v..Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama.
[1] Sheikh Abdullah Basmeih; Tafsir Pimpinan Ar Rahman kepada Pengertian al Quran, Kuala Lumpur; Darulfikr, 2001; Cetakan ke-12, Mukasurat 855.
[2] Kurikulum Kelas Pengajian Takmir Masjid dan Surau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya; 2007, Mukasurat 83
[3] Yayasan Penyelenggara penerjemahan/Penafsir al Quran,Syaamil al Quran The Miracle 15 in 1, Bandung : PT Sygma Examedia Arkanleema, Tahun 2009. Mukasurat 673.
[4] Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama; Mukasurat 197.
[5] Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama; Mukasurat 197.
[6] Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama; Mukasurat 197-198.
[7] Syaikh Shafiyyurrahman Al Mubarakfuri; Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Bogor; Pustaka Ibnu Katsir, 2008; cetakan pertama, Jilid ke pertama; Mukasurat 198.

YA'JUJ DAN MA'JUJ
YA’JUJ DAN MA’JUJ:
قالوا يذا القرنين ان يأجوج ومأجوج مفسدون فى الأرض ..........
حتى اذا فتحت يأجوج وماجوج وهم من كل حدب ينسلون
Ertinya, “ ( Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj dan Ma’juj serta meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi”.[2]
Dari segi bahasanya, pokok kata kalimah Ya’juj dan Ma’juj iaitu,
اج تاجج
Yang bererti: Nyala, menjulang, dipakai bumi api.
Demikianlah secebis kisah Ya’juj dan Ma’juj di dalam al Quran.
[1] Sheikh Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran, Kuala Lumpur: Darul Fikr, Tahun 2001: Cetakan Ke-12, Mukasurat 741.
[2] Sheikh Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran, Kuala Lumpur: Darul Fikr, Tahun 2001: Cetakan Ke-12, Mukasurat 830-831.
Kisah Ya’juj dan Ma’juj disebut oleh Allah S.W.T di dalam al Quran di dalam dua surah iaitu pertamanya dalam surah al Kahfi, ayat 94:
قالوا يذا القرنين ان يأجوج ومأجوج مفسدون فى الأرض ..........
Ertinya, “Mereka berkata, “Wahai Zu’l Qarnain, sesungguhnya kaum Ya’juj dan Ma’juj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; ………”[1]
Keduanya dalam surah al Anbiya’, ayat 96:
حتى اذا فتحت يأجوج وماجوج وهم من كل حدب ينسلون
Ertinya, “ ( Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj dan Ma’juj serta meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi”.[2]
Di dalam al Quran tidak disebut secara langsung keturunan dan bangsa Ya’juj dan Ma’juj ini maka timbul perselisihan pendapat tentang keturunannya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa mereka dari keturunan Yafist Bin Nuh, setengah yang lain menyatakan bahawa Ya’juj dari Yurkeq dan Ma’juj dari suku Jaili dan Bailam.
Menurut pendapat Ka’ab al anbar, seorang pendeta Yahudi yang masuk Islam bahawa terjadinya Ya’juj dan Ma’juj daripada mani Nabi Adam yang tertumpah ke bumi ketika baginda bermimpi bersetubuh tetapi ianya dinafikan oleh al Qutubi dengan berkata bahawa ‘ Nabi-Nabi tidak ada bermimpi bersetubuh’.
Menurut riwayat hadis bahawa Ibnu Abbas telah berkata bahawa tinggi Ya’juj dan Ma’juj ialah satu telapak tangan dan dua tapak tangan serta paling tinggi tiga tapak tangan. Mereka juga dari anak Adam.
Setengah ahli tafsir ada mengatakan bahawa Ya’juj dan Ma’juj ialah bangsa Monggol Tartar yang membunuh berjuta-juta umat Islam termasuk Khalifah al Musta’shim di sekitar tahun 656 H.
Setengah ahli tafsir ada mengatakan bahawa Ya’juj dan Ma’juj ialah bangsa Monggol Tartar yang membunuh berjuta-juta umat Islam termasuk Khalifah al Musta’shim di sekitar tahun 656 H.
Dari segi bahasanya, pokok kata kalimah Ya’juj dan Ma’juj iaitu,
اج تاجج
Yang bererti: Nyala, menjulang, dipakai bumi api.
Daripada kalimah ini dapat difahami bahawa zaman sekarang ini juga zaman Ya’juj dan Ma’juj kerana gaya hidup sekarang ini bersumberkan produk perindustrian yang dihasilkan daripada putran mesin yang menyalakan api sehingga dapat mencipta bom nuclear yang boleh membunuh berjuta-juta manusia.
Oleh kerana dalam al Quran tidak menjelaskan secara jelas bangsa dan keturunan Ya’juj dan Ma’juj, maka diambil kesimpulan dari ayat 94, surah al Kahfi dan ayat 96, surah al Anbiya bahawa segala pelakuan dan gerakan yang merusakan di dunia ini adalah Ya’juj dan Ma’juj apabila dibukakan pintu atau ruangan kepadanya.Ia mungkin boleh ditafsirkan segala fikiran-fikiran dan ideology-ideologi yang sesat.
Oleh itu, individu, keluarga, masyarakat dan Negara hendaklah membina kekuatan mental dan rohani sebagai benteng bagi menghalang turun Ya’juj dan Ma’juj dalam bentuk baru.
Menurut riwayat Ibnu Asahir, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa Ya’juj dan Ma;juj itu dari anak Adam juga dan sekiranya ianya dibiarkan bebas akan merusakkan hidup manusia. Kalau seorang daripada mereka mati, akan meninggalkan keturunan sehingga lebih daripada seribu orang. Di belakang mereka ini terdapat umat yang dipanggil Tawil, Tarir dan Mansak.

Akhirnya, menurut sebuah hadith yang diriwayatkan Zainab binti Jahny, isteri Rasulullah S.A.W meriwayatkan bahawa pada suatu hari bangunlah Rasulullah S.A.W dari tidur dan muka beliau merah lalu beliau mengucap La Ilaha Illallah telah dibuka hari ini dari tirai Ya’juj dan Ma’juj seumpama sebesar ini. Lalu beliau gelangkan ibu tangan dan telunjuk beliau. Aku bertanya sambung Zainab, “Apakah kita akan dibinasakan? Pada hal bersama-sama kita orang-orang salih?
Kata beliau,” "قال نعم اذا كثر الخبث.Ertinya “Tentu, apabila telah banyak kekejian”.
Kata beliau,” "قال نعم اذا كثر الخبث.Ertinya “Tentu, apabila telah banyak kekejian”.
Dapatlah difahami daripada hadith ini, baginda menyuruh kita berwaspada tentang kekejian dan keruntuhan akhlak kerana dinding Ya’juj dan Ma’juj telah terbuka. Al Qurtubi menjelaskan pula banyak kekejian itu ialah bertebarannya anak zina.
Demikianlah secebis kisah Ya’juj dan Ma’juj di dalam al Quran.
[1] Sheikh Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran, Kuala Lumpur: Darul Fikr, Tahun 2001: Cetakan Ke-12, Mukasurat 741.
[2] Sheikh Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran, Kuala Lumpur: Darul Fikr, Tahun 2001: Cetakan Ke-12, Mukasurat 830-831.
Subscribe to:
Posts (Atom)