Setelah Thalot mengejar Nabi daud AS tapi Nabi daud AS lebih dulu mengetahui bahawa Thalot mengejarnya dan hendak membunuhnya. Nabi Daud AS bersembunyi dan menunggu waktu malam. Apabila sampai waktu malam Nabi daud AS mehampiri Thalot tanpa disendiri oleh askarnya yang mengelilingnya. Lalu Nabi daud AS mengunting baju Thalot dan menunjukan cebisan guntingan itu kepada Thalot dengan menyatakan bahawa kalau Baginda AS hendak membunuh Thalot sudah tentu boleh tapi Baginda AS membiarkan sahaja Thalot berlalu pergi supaya Thalot dapat bertaubat.
Selepas peristiwa ini Thalot masih berhasrat untuk membunuh Nabi Daud AS. Thalot telah melakukan serangan kedua tapi Thalot kalah juga. Kali kedua ini Nabi Daud AS telah mengambil anak panah dan kendi di kaki Thalot yang sedang tidur. Askar Thalog gagal mengawalnya sehinggalah anak panah dan kendinya boleh dicuri oleh Nabi Daud AS. Thalot berundur. Pengaruh Thalot semakin berkurangan. Akhirnya Thalot melarikan diri.
Selepas peristiwa kali kedua, Nabi Allah Daud AS berjaya mengambil anak panah dan bekas air Thalout ketika dia dalam tidur. Peristiwa ini telah menyebab Thalot merasa kesal untuk membunuh Nabi Daud AS sedangkan dua peristiwa yang lalu itu menunjukan bahawa Nabi Daud AS berpeluang membunuh Thalot sedang tidur. Atas kesedaran ini Thalot melarikan diri. Akhirnya meninggal dunia. Dengan kematian Thalot ini Bani Israel telah ketiadaan raja. Maka kaum Bani Israel ini beramai-ramai mengangkat Nabi Daud AS sebagai raja. Pelantikan ini disepakati oleh kaum Bani Israel kerana jelas kehebatan Nabi Daud AS ketika menjadi panglima Thalot dan kegagalan dua kali Thalot untuk membunuh Baginda AS.Nabi Daud AS pun menjadi raja Bani Israel menggantikan Thalot.