Oleh -oleh satu :
Pada peringkat awal kedatangan aku, pada tanggapan kami transkrip diminta adalah untuk menyelesaikan masalah transkrip pelajar aku yang belum dikeluarkan lagi tetapi apabila dimaklumkan ianya bertujuan untuk MOA, maka dipersetujui untuk diberikan kepada pihak yang berkenaan. Kami beria-ia untuk tidak diberikan kerana kami merasakan ianya bukan bertujuan MOA tetapi menyelesaikan transkrip pelajar yang telah bergraduat di sini. Kami telah didesak beberapa kali dan akhirnya dengan permintaan tersebut dengan alasan untuk dimasukan dalam MOA.
Apabila setelah dapat , aku menghubungi dengan sms sebanyak dua kami untuk mendapatkan deraf MOA sehingga kini sms aku tidak dijawab langsung.
Oleh -oleh dua :
Pendek umur rupanya aku ini. Apabila aku berjumpa Ibu Dahlia di Medan ini dia menyatakan bahawa ianya telah menerima sms menyatakan aku telah meninggal dunia. Aku menyatakan bahawa sms itu dahulu untuk memaklumkan kematian orang tua perempuan aku yang telah meninggal dunia. Ini merupakan kali kedua orang yang menerima sms memaklumkan aku sudah mati. Sebelum dari ini, dari Pak Yah ( Zakaria Baharom - Kulim ) juga memberitahu aku bahawa dia juga menerima sms memaklumkan aku sudah mati. Semoga Allah memanjangkan umur dengan iman dan ibadat kepadaNya.
Oleh-oleh tiga :
Apabila aku sampai di Pavilion Pulau Pinang, Pekanraya Sumatera Utara, aku diberitahu barang-barang Pulau Pinang tidak dilepaskan oleh Pejabat Kastam Airport Polinia. Berbagai usaha dilakukan tetapi tidak dilepaskan walaupun menggunakan saluran daripada pejabat kansul jeneral Malaysia, pejabat Gobenur Sumatera utara dan kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini menunjukan kekerasan kepala pegawai berkenaan walaupun dengan perbincangan antara kerajaan. Pegawai berkenaan tetap dengan perdiriannya tanpa pertimbangan budibicara dan menghormati hubungan antara dua negara melalui konsul jeneral. Ini menunjuk pegawai tersebut tidak belajar waqi'ah pentadbiran negara luar. Dia tetap dengan perdiriannya.
Oleh-oleh empat :
Aku pergi ke kedai 24 jam untuk 100 gram kacang. Oleh kerana kacang itu perlu ditimbang, maka panggil staf kedai tersebut untuk ditimbang. Dia pun mengambil dan ditimbang ditempat kaunter pembayaran. Selepas ditimbang, aku tanya harganya beberapa kali tetapi tidak dijawab. Akhirnya, aku disuruh beratur untuk membayarnya tanpa mengetahui harga. Aku mahu tahu harganya dahulu tetapi tetap tidak diberitahunya. Sebaliknya, aku disuruh beratur. Mereka tetap berkeras tidak mahu beritahu harganya sehingganya aku keluar dari kedai itu tanpa membelinya. Macamana aku hendak beratur kalau tidak tahu harganya untuk membayarnya.
Inilah oleh-oleh yang aku dapat yang menunjukkan kekerasan kepala generasi Indonesia sejak akhir-akhir ini. Kurang memahami suasana di laur lengkongan. Di samping itu, aku terjumpa pergaduhan kecil, pemuda bermotor dan berbaju hitam secara kumpulan di jalanraya ke sana ke sini di waktu malam dan peminta sederkah berkeliling dari satu kedai makan ke satu kedai makan lain.
Saturday, March 19, 2011
PEKANRAYA SUMATERA UTARA KE 40
Pada 17 Mac, 2011, aku telah berangkat ke Medan untuk mneyertai Pekanraya Sumatera Utara ke 40 di Tepian Daya, Jalan Gatot Subroto, Medan. Aku tiba jam 10.30 pagi di sambut oleh Pak Tunas Den, super Pak Prof Ramli, Pembantu 4, Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan. Kemudian ke hotel bumi Malaya setelah daftar masuk, kami berjumpa dengan Pak Prof Ramli di kamarnya. Perbincangan bermula, aku menyerahkan contoh transkrip nilai, kurikulum Diploma Syariah dan Diploma Tahfiz al Quran sebagaimana Pak Ramli minta. Beliau maklumkan kepada aku bahawa transkrip nilai itu diperlukan untuk dimasukan dalam draf MOA.
Selanjutnya, Pak Ramli memberikan data Dosen Usluddin untuk aku. Kemudiannya, Pak Jamil Dekan Fakultas Syariah membawa aku CV dan dosen fakultasnya sebagaimana dikehendaki oleh Rektor KITAB.
Akhir perbincangan, Pak Ramli mohon program menandatangani MOA dibuat di KITAB atas tanggungan KITAB untuk Rektor, Pembantu Rektor 1, Pembantu Rektor 4, Dekan Fakultas Syariah dan Dekan Fakultas Usuludin dari IAIN SU Medan.
Pada hari berikutnya, 18 Mac, 2011, aku telah ke Pavilion Pulau Pinang di Pekanraya Sumatera Utara, Tepian Daya, Jalan Gatot Subroto untuk buka booth tetapi malangnya diberitahu oleh Encik Shaari, pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang bahawa semua barang Pulau Pinang telah telah tidak dikeluarkan dari bandara ( airport ) kerana ditahan oleh Kastam. Pelbagai rundingan telah dibuat antara wakil konsul Jenderal Malaysia Medan dan wakil kerajaan negeri Pulau Pinang tetap juga gagal walaupun perlibatan pegawai dari Jabatan Gabenor dan Panitia Pekanraya Sumatera Utara.
Lebih kurang jam 7.00 malam WIB, TKM1, YB Malik dan Dato Fariza ( SUK baru 2 hari dilantik ) mengadakan satu taklimat ringkas mengenai kegagalan ini.
Semasa makan malam, Pak azhar daripada Konsul Jeneral Malaysia Medan memaklumkan usaha yang dilakukan untuk mengatasi kegagalan ini kepada kami semua ( Pak Syed-Dewan Pernigaan Melayu Pulau Pinang, Pak Ghafor- IMTGT, Us. Faisal KPP JAIPP, Encik Shaari - Hab Halal Penang dan dua lagi tidak aku kenali ).
Sehingga kini, barang-barang dari Pulau Pinang tidak dapat dipamerkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)