Friday, February 28, 2014

Jambatan kedua P.Pinang ikon terbaru negara

Jambatan kedua P.Pinang ikon terbaru negara
  • Jambatan kedua P.Pinang Jambatan kedua Pulau Pinang - Foto Bernama
1 / 1
GEORGETOWN - Pulau Pinang, negeri yang terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka, mempunyai satu lagi mercu tanda menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar apabila Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka secara rasmi pada Sabtu malam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dijadual mula beroperasi untuk orang ramai mulai 12.01 tengah malam selepas perasmiannya, jambatan bernilai RM4.5 bilion itu dijangka dapat menarik sehingga 25 peratus daripada 100,000 kenderaan yang menggunakan jambatan pertama setiap hari, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan pertama.

Jambatan sepanjang 24km iaitu jambatan terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau, merupakan jambatan kedua merentangi laut menghubungkan kedua-dua bahagian negeri itu.

"Kami jangkakan 25,000 kenderaan sehari menggunakan jambatan ini terutama kenderaan dari selatan," kata Pengarah urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Dr Ismail Mohamed Taib.

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau dikenali sebagai (JK2PP), merupakan projek kerajaan persekutuan dalam usaha mengurangkan kesesakan aliran trafik di jambatan pertama terutama pada waktu puncak, turut dilihat bakal meningkatkan pembangunan dan ekonomi kawasan perindustrian di Batu Kawan dan Batu Maung serta merancakkan sektor pelancongan negeri.

"Jambatan itu bakal menjadi ikon baharu kepada industri pelancongan Pulau Pinang dan Malaysia," kata Pengerusi Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) cawangan Pulau Pinang, Johari Shafie.

Beliau berkata jambatan baharu itu mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing, selain dapat memberi nafas baharu kepada produk pelancongan di Batu Maung dan Bayan Lepas seperti Muzium Perang, Akuarium Batu Maung dan Tokong Ular.

"Selain itu, jambatan yang unik strukturnya ini dapat menarik perhatian pelancong asing dan pelancong tempatan, yang ingin cuba laluan jambatan terutama pada waktu malam kerana ia dihiasi lampu warna-warni," katanya.

Johari berkata jambatan baharu itu juga dapat memberi peluang perniagaan kepada penduduk setempat jika industri pelancongan dapat mewujudkan produk pelancongan kepada pelancong pada waktu malam untuk bergambar serta menghayati pemandangan di situ.

JK2PP, projek mega hasil perancangan kerajaan persekutuan itu, turut memberi rangsangan ekonomi kepada kerajaan negeri pimpinan DAP dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar, sekali gus menguntungkan rakyat Pulau Pinang.

Kawasan Batu Kawan di tanah besar, yang sebelum ini agak kosong dan sunyi kini mula membangun dengan projek-projek perumahan, malah gedung perabot terkenal dari Sweden, Ikea, akan membuka cawangan keduanya di kawasan itu.

Limpahan ekonomi itu jelas dapat dilihat apabila Ikano Pte Ltd iaitu syarikat francaisee bagi Ikea di Malaysia, Singapura dan Thailand bergabung dengan syarikat tempatan, Aspen Vision untuk membangunkan kompleks beli-belah serta kawasan perniagaan dan kediaman di Batu Kawan.

Bagi memenuhi hasrat itu Aspen Vision telah membeli tanah seluas 98 hektar berharga RM483.95 juta daripada agensi negeri, Penang Development Corporation.

Naib Presiden Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) Dr Ooi Eng Hock berkata jambatan baharu itu akan merancakkan kawasan industri di Bayan Lepas dan Batu Kawan di seberang.

"Jambatan baharu itu bukan sahaja akan menarik lebih banyak kilang-kilang baharu di zon perindustrian Bayan Lepas dan Batu Kawan, malah pengilang yang sedia ada dapat menikmati kemudahan selesa dari segi logistik dan pengangkutan.

"Jambatan itu harus dilengkapi aspek keselamatan kerana ada lori-lori yang membawa muatan berharga dan jambatan itu dapat memendekkan masa perjalanan," katanya.

Pelan untuk membina JK2PP itu terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan pada 12 Nov 2006, upacara penanaman cerucuk besi Jambatan Kedua Pulau Pinang dilakukan oleh Tun  Abdullah Ahmad Badawi, yang merupakan perdana menteri pada ketika itu.

Walaupun Pulau Pinang kini di bawah pemerintahan DAP, kerajaan persekutuan tetap komited untuk melaksanakan pembangunan demi kepentingan rakyat negeri itu.
  
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata jambatan baharu itu merupakan usaha kerajaan persekutuan untuk memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada penduduk setempat dan pelabur.

"Apa yang kita lihat di Pulau Pinang hari ini adalah hasil usaha pentabdiran sebelum ini iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya.
  
Dr Sivamurugan berkata hakikat bahawa kerajaan BN tetap meneruskan projek jambatan kedua itu walaupun Pulau Pinang tidak lagi di bawah BN, menunjukkan kerajaan pusat mahu Pulau Pinang terus menikmati pembangunan lebih baik supaya rakyat mendapat manfaat daripadanya.
  
Beliau berkata kerajaan negeri Pulau Pinang perlu memberi penghargaan kepada BN dalam usaha merancakkan sektor pelancongan dan perindustrian, demi faedah rakyat.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata Jambatan Kedua Pulau Pinang juga dijangka menaikkan harga hartanah di kawasan seperti Bayan Baru, Batu Kawan dan Nibong Tebal kerana ia terletak dalam kawasan jaringan pembangunan.  
  
Projek pembinaan jambatan usaha sama antara China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd dan UEM Builders Bhd itu bermula pada 2008. Jambatan itu mempunyai empat lorong dengan dua lorong motosikal dan enam persimpangan lebuh raya serta dilengkapi 29 CCTV.

Sepanjang 17km dari jambatan itu akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai, 1.5km berada di kawasan Batu Maung, manakala 6km di kawasan Batu Kawan.
  
Jambatan itu juga mengaplikasikan penggunaan Bearing Getah Redaman Tinggi (HRDB) dalam pembinaannya, yang berkeupayaan menahan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala Richter. - Bernama

Thursday, February 27, 2014

Khasiat berwuduk sebelum tidur

Khasiat berwuduk sebelum tidur

April 12th, 2013 | 8:35 pm | Ibadah | 10 responses
WP Greet Box icon
X
Assalamualaikum! Kami menyediakan perkhidmatan menghantar setiap artikel terus ke email anda secara PERCUMA! KLIK di sini untuk perkhidmatan tersebut!
Print Friendly
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!. 1 in 3 women face urinary incontinence after giving birth. You can avoid this. Click here to find out more.

Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.
Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Khasiat berwuduk sebelum tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Iddah bagi wanita yang bercerai atau kematian suami

Iddah bagi wanita yang bercerai atau kematian suamiPosted on Thursday, February 27 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


Agama Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami

Tujuan


Garis Panduan Ber`iddah Bagi Wanita Yang Bercerai atau Kematian Suami disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dalam kalangan wanita berkaitan batas hukum dan adab semasa berada dalam tempoh `iddah menurut tuntutan syarak.

Pendahuluan

2. Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap telah menyusun secara terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan nikah, cerai dan rujuk sebagai satu panduan hukum yang wajib dipatuhi oleh umat Islam. Bagi isu yang melibatkan perceraian, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian seperti nafkah `iddah, mut`ah, hak penjagaan anak dan pembahagian harta sepencarian. Selain daripada itu, satu lagi perkara penting bagi seorang isteri yang diceraikan ialah tempoh `iddah yang wajib ditempuh oleh mereka.

3. Dalam perkara ini, `iddah turut tidak terkecuali bagi seorang wanita yang kematian suami dan Islam menetapkan bahawa mereka wajib menempuh tempoh `iddah tertentu dan berkabung atas kematian tersebut.

4. Dengan berlakunya peredaran masa dan zaman, wanita Islam yang berada dalam tempoh `iddah sering berhadapan dengan pelbagai persoalan yang memerlukan penjelasan terperinci khususnya dalam hal yang melibatkan batas hukum dan adab bagi seorang wanita ber`iddah atau berkabung. Tambahan pula, dengan tuntutan kerjaya, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini, ia turut memberi impak dan cabaran terhadap cara dan gaya hidup masyarakat. Dibimbangi, sekiranya tidak dibimbing dan dipandu dengan sebaiknya, masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita tidak dapat memahami dan menghayati konsep `iddah dan berkabung yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam, bahkan menganggapnya sebagai perkara remeh dan menyusahkan.

Kandungan Garis Panduan

5. Garis panduan ini memberi penjelasan mengenai batas hukum yang perlu dipatuhi oleh seorang wanita yang sedang berada dalam tempoh `iddah supaya kehidupan mereka sepanjang tempoh tersebut selari dengan tuntutan Islam dan mengelakkan berlakunya sebarang fitnah serta tohmahan yang tidak diingini. Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara seperti yang berikut:

a. Tafsiran.

b. Hukum `iddah dan berkabung.

c. Dalil-dalil pensyariatan `iddah.

d. Dalil-dalil pensyariatan berkabung.

e. Hikmah `iddah.

f. Jenis dan tempoh `iddah.

g. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah talak raj`ie.

h. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah talak ba’in.

i. Batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah kematian suami.

j. Kesimpulan.

Tafsiran

Tafsiran bagi beberapa istilah yang berkaitan dengan garis panduan ini ialah seperti yang berikut:

i. Ajnabi
Tidak mempunyai hubungan kerabat. Orang asing.

ii. Berkabung (Ihdad)
Meninggalkan perhiasan dan seumpamanya bagi wanita yang sedang ber`iddah kerana kematian suami.

iii. Fasakh
Pembubaran perkahwinandengan kuasa pihak pemerintah.

iv. `Iddah
Tempoh tertentu yang ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami.

v. Istihadhah
Darah yang mengalir daripada faraj wanita dan ia bukan darah haid atau nifas.

vi. Mut`ah
Pemberian sagu hati oleh suami kepada isteri yang diceraikan.

vii. Rujuk
Suami kembali semula kepada isteri yang diceraikan bukan secara talak ba’in, tanpa memerlukan kepada akad baharu.

viii. Suami Hilang (Mafqud)
Terputus hubungan dengan suami dan tidak diketahui sama ada masih hidup atau mati.

ix. Talak Raj`ie
Talak yang memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh `iddah.

x. Talak Ba’in
Talak yang tidak memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu. Talak ba’in terbahagi kepada dua iaitu ba’in baynunah sughra dan ba’in baynunah kubra.
Ba’in baynunah sughraialah perceraian yang berlaku sebelum berlaku persetubuhan sama ada secara talak satu atau dua.
Ba’in baynunah kubraialah perceraian secara talak tiga dan suami tidak boleh kembali rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali selepas isteri tersebut berkahwin dengan lelaki lain.

Hukum `Iddah dan Berkabung

i. Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.

ii. Hukum berkabung menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang kematian suami.

Dalil-Dalil Pensyariatan `Iddah

Terdapat beberapa dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang mensyariatkan kewajipan `iddah. Antara dalil-dalil tersebut ialah:

i. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

ii. Dalam Surah al-Talaq ayat 1, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan `iddahnya, dan hitunglah masa `iddah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan sesudah itu sesuatu perkara (yang lain).

iii. Firman Allah SWT dalam Surah al-Talaq ayat 4 yang bermaksud:

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh `iddah mereka) maka `iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga `iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh `iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

iv. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, daripada Aisyah r.a., katanya yang bermaksud:

Rasululah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber`iddah dengan tiga kali haid.

Dalil-Dalil Pensyariatan Berkabung

Terdapat beberapa dalil daripada hadith Nabi SAW yang mensyariatkan kewajipan berkabung. Antara dalil-dalil tersebut ialah:

i. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud:

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung lebih daripada tiga hari, kecuali berkabung kerana kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari.

ii. Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Ummu `Atiyyah r.a., katanya yang bermaksud:

Kami dilarang berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari kecuali berkabung atas kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. Kami dilarang bercelak mata, dilarang memakai wangi-wangian dan memakai pakaian berwarna-warni.

iii. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Nasa’ie bermaksud:

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung kerana kematian lebih daripada tiga hari, kecuali berkabung kerana kematian suami, mereka tidak boleh bercelak mata, tidak boleh berinai dan memakai pakaian berwarna-warni.

Hikmah `Iddah

Terdapat beberapa hikmah pensyariatan `iddah kepada wanita Islam. Antara hikmah tersebut ialah:

i. Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu dikahwininya.

ii. Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku. Di samping itu, ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepadaisterinya.

iii. Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu. Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya. Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.

Jenis dan Tempoh `Iddah

Secara keseluruhannya, sebab wajib `iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu `iddah disebabkan perceraian semasa hidup dan `iddah dengan sebab kematian suami. Setiap bahagian `iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh `iddah yang perlu ditempoh sama ada panjang atau pendek. Pengiraan `iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

i. `Iddah dengan kiraan suci (quru’);
ii. `Iddah dengan kiraan bulan; dan
iii. `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.

Perincian berhubung jenis dan tempoh `iddah adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Jenis dan Tempoh `Iddah



BIL


JENIS `IDDAH

ADA HAID / TIADA HAID/

SEDANG MENGANDUNG


TEMPOH `IDDAH[1]


KETERANGAN


i.


Bercerai talak raj`ie/ba’in


Ada haid


Tiga kali suci
a. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.

b. Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.

c. Jika ditalaq semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddah tamat apabila datang haid yang keempat.


ii.


Bercerai talak raj`ie/ba’in
Tiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain)


Tiga bulan



iii.


Bercerai talak raj`ie/ba’in


Sedang mengandung


Sehingga bersalin atau kandungan gugur
Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.


iv.
Bercerai talak raj`ie/ba’in dan belum pernah disetubuhi
Ada haid atau tiada haid


Tiada `iddah



v.


Bercerai talak raj`ie/ba’in dan menghidap istihadhah
a. Haid tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya.

b. Haid tidak menentu dan tidak mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah.


Tiga kali suci

Tiga bulan



vi.
Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak raj`ie dan tidak mengandung


Ada haid atau tiada haid


Empat bulan sepuluh hari
Kiraan `iddah baru bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu `iddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat.


vii.
Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak ba’in dan tidak mengandung


Ada haid atau tiada haid


Tiga kali suci atau tiga bulan
Kekal `iddah talak ba’in sama ada dengan kiraan tiga kali suci atau tiga bulan dan `iddah tidak bertukar kepada `iddah kematian suami.


viii.
Kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi dan tidak mengandung


Ada haid atau tiada haid


Empat bulan sepuluh hari
Wanita yang kematian suami bukan sahaja wajib ber`iddah, tetapi juga wajib berkabung.


ix.


Kematian suami


Sedang mengandung


Sehingga melahirkan anak atau kandungan gugur
Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.


x.


Suami hilang


Ada haid, tiada haid atau sedang mengandung
Isteri wajib menunggu selama empat tahun. Selepas tempoh tersebut, isteri wajib pula ber`iddah dengan `iddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.
Bagi kes suami hilang, isteri boleh mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan kematian suami atau membuat tuntutan fasakh.

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Raj`ie

Wanita yang sedang menjalani `iddah talak raj`ie mempunyai batas hukum yang perlu dipatuhi sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Ini kerana hubungan atau pertalian perkahwinan antara suami isteri yang bercerai secara talak raj`ie masih wujud. Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi ialah:

i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

ii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

iii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.

iv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini, suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan, bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Talak ayat 1 yang bermaksud:

…Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata…

Namun, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.

v. Tidak boleh berkabung. Bahkan mereka dituntut untuk bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula.

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Ba’in

Bagi wanita yang sedang menjalani `iddah talak ba’in, mereka juga mempunyai batas hukum tertentu sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh mereka ialah:

i. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

ii. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

iii. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Termasuk dalam larangan keluar rumah juga ialah keluar untuk bermusafir walaupun untuk menunaikan ibadat fardu haji. Justeru dalam hal ini, keluar rumah tanpa keperluan yang penting dan mendesak adalah tidak dibenarkan sama sekali.

iv. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Ini kerana, sepanjang tempoh `iddah dengan talak ba’in, bekas suami masih berkewajipan menyediakan tempat tinggalnya dandilarang daripada menghalau keluar isteri yang diceraikan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.

v. Disunatkan berkabung dan meninggalkan amalan berhias kerana dibimbangi dengan berhias itu boleh mendorong kepada maksiatdan kerosakan serta membawa kepada fitnah.

Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Kematian Suami

i. Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami,Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjangmereka berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah:

a) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

b) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

c) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan, membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun, pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor, jururawatdan sebagainya. Bagi larangan bermusafir, ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah.

d) Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.

e) Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu, sepanjang dalam tempoh tersebut, mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan. Termasuk dalam larangan berhias ini ialah:

i) Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang;

ii) Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin, gelang, rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas, perak dan permata;

iii) Memakai wangi-wangian pada anggota badan, rambut dan pakaian; dan

iv) Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat.

ii. Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk hiasan tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya.

iii. Justeru, walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias, ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah, mereka wajib menjaga kebersihandan kekemasan diri, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh `iddah dan berkabung itu.

Kesimpulan

Islam bukan hanya menjaga dan memelihara kebajikan dan hak-hak wanita semasa mereka masih berada dalam tempoh perkahwinan, malah berterusan sehingga terbubarnya perkahwinan tersebut sama ada kerana perceraian hidup mahupun perceraian mati. Sudah pasti terdapat hikmah yang besar disebaliksetiap perkara yang disyariatkan oleh Islam yang mungkin tidak mampu dijangkau oleh akal manusia. Begitu juga dengan pensyariatan `iddah dan berkabung oleh Allah SWT ke atas kaum wanita. Justeru, sebagai hamba-Nya yang beriman, kita wajib patuh dan taat serta mengambil berat terhadap tuntutan tersebut tanpa sebarang persoalan atau menghadapinya dengan perasaan dan jiwa yang berkeluh-kesah. Bahkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT itu merupakan satu tanda pengabdian diri dan kepatuhan hamba-Nya terhadap Pencipta Yang Maha Agung.

Dalam era wanita Malaysia yang berkerjaya, peranan ahli keluarga dan anggota masyarakat juga tidak kurang pentingnya. Mereka perlu sentiasa dididik dan diberi kesedaran supaya dapat menghayati dan menghormati situasi wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung serta membantu mereka agar dapat menjalani tempoh tersebut mengikut landasan syarak. Ini penting kerana dengan pemahaman yang jelas berhubung hal ini, perkara-perkara yang ditegah oleh Islam dapat dihindari seterusnya mengelakkan berlakunya fitnah, tohmahan dan unsur-unsur yang kurang menyenangkan terhadap wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung.

Penutup

Garis panduan ini diharap dapat memberikan panduan kepada masyarakat Islam khususnya dalam kalangan wanita Islam yang sedang menjalani tempoh `iddah dan berkabung supaya dapat melalui detik-detik tersebut dengan lebih mudah dan tenang. Ia juga diharap dapat membantu masyarakat untuk lebih memahami dan menghayati konsep `iddah dan berkabung menurut tuntutan Islam yang sebenar.

RUJUKAN


TERJEMAHAN AL-QURAN

Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Cet. 12. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

KAMUS

Muhammad Rawas QalÑah Ji.2006. MuÑjam Lughah al-Fuqaha’.Cet. 1. Beirut: Dar al-Nafa’is.

BAHASA ARAB

`Abd al-Karim Zaidan. 2000. Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bait al-Muslim fi al-Shari`ah al-Islamiyyah. Juz. 9. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Ibn al-Jauzi, Imam Jalal al-Din Abi al-Farj. 1998. Ahkam al-Nisa’. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.

Saleh bin ÑAbd al-ÑAziz bin Muhammad bin Ibrahim. 2000.MawsuÑah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah. Cet. 3. Arab Saudi: Dar al-Salam.

Wahbah al-Zuhaily. 1997.Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Juz. 9. Beirut: Dar al-Fikr.

Wazarah al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah.1993. Al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah.Juz. 2. Kuwait: Wazarah al-Awqaf wa al-Syu`un al-Islamiyyah.
__________________________________________. Al-Mawsu‘ah al-Fiqhiyyah.Juz. 29. Kuwait: Wazarah al-Awqaf wa al-Syu`un al-Islamiyyah.

AKTA

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303). 2005. Petaling Jaya: International Book Services.

[1]Bagi `iddah dengan kiraan bulan, pengiraannya adalah berdasarkan kalendar hijrah dan bukannya mengikut kalendar masihi.

sumber





Nikah Mutaah: Penipuan untuk menghalalkan zina

Nikah Mutaah: Penipuan untuk menghalalkan zina
MOHD YAAKOB MOD YUNUS
26 Ogos 2013
  • Manisnya Iman Manisnya Iman oleh MOHD YAAKOB MOD YUNUS
  • Manisnya Iman Manisnya Iman oleh MOHD YAAKOB MOD YUNUS
1 / 2

Nikah Mut’ah: Satu Tipu Daya Menghalalkan Zina
Soalan:
Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan mut’ah yang diamalkan oleh penganut Syiah. Dan mengapa Ahli Sunnah Wal Jamaah sangat menentang perkahwinan bentuk ini? Sekian.
 
Jawapan:
Islam amat menitikberatkan kesucian institusi kekeluargaan melalui konsep perkahwinan yang dapat memelihara kehormatan, hak-hak kaum wanita, nasab keturunan dan membanteras budaya jahiliah seperti pengamalan seks bebas serta pelacuran.

Namun, kehadiran fahaman Syiah yang sering dikaitkan sebagai salah satu aliran mazhab dalam Islam telah menggugat institusi kekeluargaan serta mencemar kehormatan kaum wanita yang dilayan tidak ubah seperti pelacur jalanan dengan menghalalkan nikah mut’ah (kontrak).

Apa itu nikah mut’ah? Ia adalah satu proses di mana seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan bayaran tertentu untuk jangka waktu tertentu.

Pernikahan ini berakhir apabila berakhirnya tempoh tersebut tanpa perlu adanya perceraian. Juga tiada kewajipan memberi nafkah dan tempat tinggal kepada isteri serta tiada waris-mewarisi di antara keduanya apabila salah seorang meninggal dunia sebelum berakhirnya tempoh pernikahan.

Pernikahan ini juga tidak mensyaratkan adanya saksi dan tidak disyaratkan mendapatkan keizinan wali. Status wanita yang melakukan nikah mut’ah ini sama dengan wanita sewaan atau hamba abdi.

Menurut ajaran Syiah, nikah mut’ah ini merupakan satu perkara yang boleh menentukan keimanan penganutnya. Menolak konsep nikahmut’ah ini menyebabkan seseorang itu menjadi kafir atau murtad. Lihatlah riwayat palsu yang dinamakan atas Imam Ja’afar al-Sadiq seperti yang termaktub dalam kitab-kitab mereka. Ja’afar al-Sadiq berkata:
 
Bukan daripada kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah (kebangkitan semula para imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut’ah kita. (Rujuk Man Laa Yahdhuruhu al-Faqih, jil. 3, ms. 458)
Daripada Imam Ja’afar al-Sadiq lagi:
Bahwa mut’ah adalah sebahagian daripada agamaku dan agama nenek moyangku. Barang siapa yang mengamalkannya, bererti dia telah mengamalkan agama kami. Dan yang mengingkarinya bererti (dia telah) mengingkari agama kami. Bahkan, dia boleh dianggap beragama dengan selain agama kami. Anak yang dilahirkan menerusi perkahwinan mut’ah ini lebih utama daripada anak yang dilahirkan melalui nikah yang tetap. Dan orang yang mengingkari nikah mut’ah, maka dia kafir dan murtad. (Rujuk Minhajul Qashidin karya Fathullah al-Kasyani, ms. 356)
 
Bukan sekadar anak yang lahir hasil pernikahan kontrak ini dianggap lebih mulia berbanding anak yang lahir daripada pernikahan tetap, nikah mut’ah ini turut menjanjikan ganjaran pahala yang besar oleh ALLAH.
 
Abu Abdillah (Ja’afar al-Sadiq) pernah ditanya: “Apakah nikah mut’ah itu memiliki pahala?” Maka, beliau menjawab: “Bila dia mengharapkan wajah ALLAH (ikhlas), maka tidaklah dia membicarakan keutamaan nikah tersebut kecuali ALLAH menulis baginya satu kebaikan. Apabila dia mula mendekatinya, maka ALLAH ampuni dosanya. Apabila dia telah mandi (iaitu mandi wajib setelah berjimak ketika nikah mut’ah), maka ALLAH ampuni dosanya sebanyak air yang mengalir pada rambutnya.” (Rujuk Man Laa Yahdhuruhu al-Faqih, jil. 3, ms. 366)
 
Pernikahan secara mut’ah ini tidak memerlukan majlis-majlis rasmi sebagaimana majlis perkahwinan yang biasa kita lihat. Memadailah ia dilakukan berduaan tanpa saksi mahupun keizinan wali. Setelah itu, pasangan tersebut dibenarkan untuk melakukan persetubuhan sebagaimana suami isteri yang sah.
 
Ja’afar al-Sadiq pernah ditanya seseorang: “Apa yang aku katakan kepada dia (wanita yang akan dinikahkan) bila aku telah berduaan dengannya?” Maka, beliau menjawab: “Engkau katakan: ‘Aku bernikah dengan­mu secara mut’ah berdasarkan kitabullah dan sunnah Nabi-NYA, namun engkau tidak mendapat warisan daripadaku dan tidak pula memberikan warisan apapun kepadaku selama sehari atau setahun dengan upah senilai dirham demikian dan demikian.’ Engkau sebutkan jumlah upah yang telah disepakati sama ada sedikit mahupun banyak.” Apabila wanita tersebut mengatakan: “Ya” bererti dia telah redha dan halal bagi lelaki tersebut untuk menggaulinya. (Rujuk al-Kulaini, Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 455)
 
Ja’afar al-Sadiq berkata:
 
Tidak mengapa bernikah dengan seorang wanita yang masih perawan bilamana dia redha walaupun tanpa izin kedua orang tuanya. (Rujuk at-Thusi di dalam Tahdzibul Ahkam, jil. 7, ms. 254)
 
Nilai mahar atau mas kahwin yang perlu dibayar adalah berdasarkan persetujuan pasangan tersebut. Bahkan menurut ajaran Syiah, ia boleh dibayar dengan hanya segenggam makanan seperti gandum atau buah kurma.
 
Hal ini telah diriwayatkan daripada Abu Ja’afar dan anaknya Ja’afar iaitu (nilai upah nikah mut’ah adalah) sebanyak satu dirham atau lebih, (ataupun) gandum, makanan ruji, tepung gandum atau kurma sebanyak satu tapak tangan. (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 457)
 
Nikah mut’ah ini bukan sekadar memberi keringanan kepada pengamalnya dengan nilai mas kahwin yang begitu murah, malah tempoh perkahwinan tersebut juga bergantung pada apa yang telah dipersetujui oleh pasangan tersebut seperti setahun, sebulan atau sehari. Bahkan, ia boleh berada dalam tempoh amat singkat iaitu sekadar sekali persetubuhan.
 
Diriwayatkan daripada Abu Hassan Ali bin Muhammad al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya tentang tempoh minimum jangka waktu mut’ah. Apakah diperbolehkan mut’ah dengan kesepakatan jangka waktu sekali persetubuhan? Beliau menjawab: “Ya, tidak mengapa tetapi setelah selesai hendaklah memalingkan muka dan tidak memandang lagi (kepada wanita itu).” (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 460)
 
Islam membataskan seorang lelaki hanya boleh memiliki empat isteri dalam satu-satu masa, namun nikah mut’ah Syiah ini membenarkan penganutnya bernikah dengan ramai wanita tanpa batasan. Diriwayatkan daripada Ja’afar al-Sadiq bahawa dia berkata:
 
Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sehingga 1000 orang kerana mereka itu termasuk di antara wanita yang disewakan. (Rujuk Tahdzibul Ahkam, jil. 7, ms. 259)
 
Konsep nikah mut’ah ini turut membenarkan seseorang itu untuk bernikah dengan wanita yang sama beberapa kali. Diriwayatkan daripada Imam Ja’afar al-Sadiq yang berkata:
 
Tidak mengapa. Seseorang boleh melakukan mut’ah dengan seseorang wanita seberapa banyak yang di­kehendakinya. (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 460)
Untuk lebih memudahkan lagi proses nikah mut’ah, lelaki Syiah tidak perlu menyelidiki status wanita yang ingin dinikahi itu, sama ada sudah bersuami atau masih perawan.  Daripada Aban bin Taghlab yang berkata:
 
“Aku bertanya pada Abu Abdullah bahawa aku sedang berada di sebatang jalan lalu aku ternampak seorang wanita cantik dan aku takut sekiranya dia telah bersuami atau barangkali dia adalah seorang pelacur.” Beliau menjawab: “Ini bukan urusanmu, percayalah kepada pengakuannya.” (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 462)
 
Bahkan, kemudahan untuk melakukan nikah mut’ah ini tidak terhenti setakat itu. Di dalam kitab-kitab Syiah yang lain, penganutnya dibenarkan untuk bernikah secara mut’ah dengan wanita beragama Kristian, Yahudi, Majusi dan penganut agama lain. Bukan sekadar itu, penganut Syiah juga membenarkan perbuatan meminjamkan kemaluan seperti menyerahkan isteri atau ibunya kepada lelaki lain.
 
Sayid Hussain al-Musawi seorang tokoh ulama Syiah yang telah bertaubat dan kembali kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah menceritakan tentang amalan meminjamkan kemaluan di sisi penganut Syiah. Menurut beliau:
 
Jika seseorang lelaki hendak bermusafir, dia meninggalkan isterinya kepada jirannya, kawannya atau kepada sesiapa sahaja yang dipilihnya. Dia membenarkan orang tersebut untuk membuat apa sahaja yang dia suka (kepada isterinya itu) selama dia berada dalam musafir. Alasannya sangat jelas iaitu agar si suami berasa tenang hingga isterinya tidak melakukan zina selama dia ditinggalkan. Jika salah seorang datang sebagai tetamu dan sebagai usaha untuk memuliakan tetamu, maka tuan rumah akan meminjamkan isterinya kepada tetamu tersebut selama dia tinggal di rumahnya. (Rujuk Lillahi Tsumma Li at-Tarikh dalamedisi terjemahanMengapa Saya Keluar Dari Syi’ah, Pustaka al-Kautsar, ms. 61-62)
 
Di dalam buku yang sama, Sayid Hussain al-Musawi turut memaparkan fatwa pelik yang dikeluarkan oleh pengarang kitab al-Muraja’at (edisi terjemahan dengan tajuk Dialog Sunnah - Syi’ah), Sayid Abdul Husain Syarafuddin al-Musawi.

Seorang pemuda yang sedang belajar jurusan perubatan di London telah mengadu masalah untuk mencari pasangan hidup di sana kerana dia tidak boleh bernikah dengan penganut Kristian mahupun Yahudi.

Malah, dia juga gagal mencari pasangan Muslimah untuk bernikah walaupun secara mut’ah. Hanya perbuatan zina sahaja yang dilihat akan dapat mengeluarkan pemuda tersebut daripada masalah yang dihadapinya. Maka, Sayid Abdul Husain Syarafuddin al-Musawi pun berkata:
 
Sesungguhnya keadaanmu betul-betul darurat. Namun aku ingat, aku pernah membaca satu riwayat daripada Ja’afar al-Sadiq jika datang seorang lelaki yang sering bermusafir, sementara dia tidak dapat ditemani oleh isterinya serta tidak boleh melakukan nikah mut’ah di sebuah negara yang dikunjunginya, sehingga dia merasakan penderitaan sebagaimana yang kamu rasakan, maka Abu Abdillah (Ja’afar al-Sadiq) berkata kepadanya: “Maka kahwinilah lelaki.” Inilah jawapan atas pertanyaanmu. (Rujuk Lillahi Tsumma Li at-Tarikh, ms. 69-70)
 
Beginilah caranya Syiah menghalalkan perbuatan homoseksual yang keji. Sungguh memalukan fatwa daripada pengarang al-Muraja’at yang masyhur ini. Seterusnya penganut Syiah turut dibenarkan untuk bernikah mut’ah dengan kanak-kanak perempuan dalam lingkungan umur 10 tahun.
 
Abu Ja’afar telah ditanya tentang umur minimum wanita yang boleh dilakukan mut’ah. Beliau menjawab: “Iaitu kanak-kanak yang tidak tertipu.” Berkata perawi, aku pun bertanya: “Semoga ALLAH mendamaikan engkau. Berapakah umur minimum wanita yang tidak tertipu?” Beliau menjawab: “10 tahun.” (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 463)
 
Pemimpin revolusi Iran iaitu Imam Khomeini berpendapat dibenarkan untuk melakukan nikah mut’ah sekalipun dengan anak kecil yang masih menyusu. Dia berkata:
 
Tidak mengapa melakukan mut’ah dengan anak yang masih menyusu melalui pelukan, himpitan paha (meletakkan zakar di antara dua pahanya) dan ciuman. (Rujuk Tahrir al-Wasilah, jil. 2, ms. 241)
 
Beginilah martabat seorang wanita di sisi ajaran Syiah yang tidak ubah seperti pelacur jalanan yang dijadikan objek pemuas hawa nafsu kaum lelaki. Apa yang lebih memburukkan lagi keadaan, wanita yang dinikahi secara mut’ah ini tidak berhak mewarisi apa jua harta daripada pasangan lelakinya. Menurut Ayatullah Ali al-Sistani:
 
Nikah mut’ah tidak mengakibatkan hubungan warisan di antara suami dan isteri. Dan jika mereka berdua sepakat, berlakunya kesepakatan itu masih dipermasalahkan. Tetapi, jangan sampai mengabaikan asas berhati-hati dalam hal ini. (Rujuk Minhajus Salihin, jil. 3, ms. 80)
 
Pihak lelaki juga tidak diwajibkan untuk memberi sebarang bentuk nafkah kepada pasangannya mahupun zuriat yang dilahirkan hasil daripada pernikahan mut’ah tersebut. Ayatullah Ali al-Sistani berkata:
 
Lelaki yang bernikah secara mut’ah dengan seorang wanita tidak wajib untuk memberi nafkah kepada isteri mut’ahnya walaupun dia sedang hamil hasil perbuatannya. Suami tidak wajib menginap di tempat isterinya kecuali telah disepakati pada akad mut’ah atau akad lain yang mengikat. (Rujuk Minhajus Salihin, jil. 3, ms. 80)
 
Adakah layak dikatakan konsep nikah mut’ah sebegini rupa dianggap sebagai satu ajaran yang menepati al-Quran dan sunnah Rasulullah? Sungguh mengaibkan untuk meletakkan sistem perkahwinan sejelik ini sebagai sesuatu yang bersumber daripada wahyu.
 
Pada zaman awal kedatangan Islam, nikah mut’ah sememangnya dibenarkan:
 
Daripada Jabir bin ‘Abdullah dan Salamah bin al-Akwa’, keduanya berkata: “Kami berada dalam suatu pasukan (tentara dalam peperangan), lalu utusan Rasulullah datang kepada kami dan mengatakan: ‘“Sesungguhnya telah diizinkan bagi kamu untuk bernikah mut’ah, maka bernikahlah secara mut’ah.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.
 
Menurut Imam Al-Muzani yang berkata:
 
Telah sah bahawa nikah mut’ah pernah dibenarkan pada awal-awal Islam. Kemudian datang hadis-hadis yang sahih bahawa nikah tersebut tidak diperbolehkan lagi. Kesepakatan ulama telah menyatakan keharaman nikah tersebut. (Rujuk Imam al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim)
 
Ini sebagaimana sabda baginda:
 
Wahai manusia! Sesungguhnya aku duhulu pernah mengizin­kan kamu untuk melakukan nikah mut’ah. Namun sekarang ALLAH telah mengharamkan nikah tersebut sampai hari kiamat. - Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya.
 
Namun begitu, konsep nikah mut’ah pada zaman tersebut sama sekali tidak menyerupai amalan golongan Syiah kini. Nikah mut’ah pada masa itu hanya dibenarkan bagi mereka yang berada dalam keadaan musafir yang lama kerana peperangan.

Dalam situasi tersebut, mereka terpaksa hidup membujang atau tidak dapat melakukan hubungan kelamin dalam jangka waktu yang agak lama. Ini kerana isteri tidak turut serta bersama mereka.

Situasi sebegini amat menyeksakan bagi sesetengah umat Islam pada masa tersebut kerana mereka masih berada dalam tempoh peralihan dari zaman jahiliah kepada Islam.

Perzinaan pada masa jahiliah merupakan satu perkara biasa yang diamalkan secara meluas. Tahap keimanan di kalangan para sahabat pada masa itu berbeza kekuatannya.

Ada yang kuat dan ada juga yang agak lemah. Dikhuatiri bagi yang lemah imannya akan terjerumus semula dalam perbuatan zina sebagaimana ketika zaman jahiliah. Maka, sebagai alternatif,  Rasulullah membenarkan nikah mut’ah pada masa itu.

Dapatlah kita fahami bahawa dihalalkan nikah mut’ah pada zaman awal kedatangan Islam adalah ketika keadaan darurat atau terpaksa, bukannya dalam situasi senang-lenang untuk memuaskan nafsu sebagaimana amalan golongan Syiah. Hal ini dapat kita perhatikan dalam sebuah riwayat daripada Abu Jamrah yang berkata:

Aku mendengar Ibnu Abbas ditanya tentang bernikah dengan perempuan secara mut’ah lalu beliau membolehkannya. Maka, maula (hamba) beliau berkata kepadanya: “Sesungguhnya yang demikian itu hanya dalam keadaan yang terpaksa dan saat jumlah wanita sedikit atau sepertinya.” Maka, Ibnu Abbas menjawab: “Benar.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.

Tambahan pula, nikah mut’ah pada zaman itu perlu memenuhi syarat sah akad nikah seperti memerlukan keizinan wali, perlunya dua orang saksi dan adanya mas kahwin. Setelah selesai tempohnya, wanita tersebut perlu memastikan bahawa dia tidak hamil sebelum melakukan nikah mut’ah yang lain.

Sekiranya hamil, maka anak itu akan dinasabkan kepada bapanya iaitu pasangan wanita dalam nikah mut’ah tersebut. Berkata Imam Ibu Athiyah:
 
Nikah mut’ah yang pernah dibenarkan adalah apabila seorang lelaki bernikah dengan wanita berserta dua orang saksi dan izin wali sampai batas waktu tertentu, hanya sahaja ia tanpa hak saling mewarisi antara keduanya, namun tetap harus dengan mahar atas kesepakatan keduanya. Dan apabila telah selesai tempoh masanya, maka dia tidak lagi mempunyai hak atas isterinya dan harusistibra rahimnya (mengosongkan rahim daripada janin dan boleh diketahui dengan datangnya haid atau setelah melahirkan anaknya), kerana anak yang lahir akan dinasabkan kepada pasangan lelakinya. Tetapi apabila tidak hamil, maka dia boleh bernikah dengan yang lainnya.
 
Pengharaman nikah mut’ah ini disepakati oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana hukumnya telah dimansuhkan oleh Rasulullah sendiri menerusi beberapa hadis baginda. Al-Khathabi berkata:
 
Pengharaman mut’ah juga bersandarkan ijmak, kecuali sebahagian pengikut Syiah. Tetapi, ia tidak sesuai dengan dasar mereka yang mengembalikan perkara yang diperselisihkan kepada ‘Ali dan ahli baitnya. Sebagaimana yang telah dinukilkan daripada Ali melalui jalur yang sahih bahawa hukum nikah mut’ah telah mansukh (dihapuskan). (Rujuk Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari)
 
Hadis yang dimaksudkan Imam al-Khathabi adalah daripada ‘Ali bin Abi Talib yang berkata kepada Ibnu Abbas:

Sesungguhnya Rasulullah melarang nikah mut’ah dan memakan daging khimar jinak pada waktu perang Khaibar. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.

Realitinya, nikah mut’ah ini hanya merendahkan martabat wanita dan menjadikan mereka seperti objek permainan seks kaum lelaki untuk kepuasan hawa nafsu mereka. Ia juga mencemar institusi kekeluargaan kerana semakin ramai anak yang tidak berbapa secara sah akan dilahirkan.

Bahkan, kemungkinan juga kerana terlalu kerap mengamalkan nikah mut’ah, para wanita tersebut tidak dapat mengenal pasti siapakah bapa sebenar kepada bayi mereka. Golongan wanita juga akan dibebankan dengan tanggungjawab yang lebih kerana mereka tidak akan menerima apa jua bentuk nafkah material daripada pasanganmut’ahnya. Senario ini diibaratkan seperti habis madu sepah dibuang.

Ketahuilah bahawa di antara kelompok Syiah yang menghalalkan nikah mut’ah ini adalah Syiah Imamiyah atau Ja’fariyah sebagaimana yang sedang giat disebarkan di beberapa buah negeri.

Tindakan tegas oleh pihak berkuasa amat dialu-alukan demi membendung tersebarnya kesesatan ajaran Syiah di negara ini yang telah menetapkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai aliran rasmi.

Pihak berkuasa juga perlu memperhebat usaha untuk menyebarkan bahan-bahan dakwah serta menganjurkan majlis-majlis penerangan tentang hakikat sebenar ajaran Syiah kepada semua umat Islam. Wallahu a‘lam.

Wednesday, February 26, 2014

Asas Pertimbangan dalam kenaikan pangkat atau jawatan utama sesuatu agensi :
 
1. Penrimaan : Diterima oleh ketua jabatan, rakan sekerja dan staf bawah. Tidak ketinggalan parti yang memerintah.
 
2. Kesesuaian : Sesuai dengan jawatan, pengalaman, pembaharuan yang dibuat atau kebolehan yang ada seperti kebolehan melaksanakan wawsan atau tranformasi yang akan dibuat oleh sesuatu agensi.
 
3. Senioriti : Lama perkhidmatan, umur dan pengalaman. 
 
 
Sumber : Dato Dr Hj Haron Hassan.

Tuesday, February 25, 2014

Batas aurat dalam perubatan

TUGAS seorang pengamal perubatan sungguh mulia. Membantu menyelamatkan nyawa manusia dan menghilangkan kesakitan kepada pesakit (dengan tidak dinafikan bahawa segalanya adalah ketentuan dari Allah jua).
Sesiapa yang menceburi bidang ini, sama ada doktor, jururawat atau seumpamanya adalah khusus bagi menolong kehidupan manusia sejagat. Inilah kemahiran yang sukar diperoleh. Malah untuk menjadi seorang doktor, sela masa yang lebih lama di universiti berbanding dengan profesyen lain.
Oleh kerana keistimewaan inilah tugasan yang diberikan amat besar. Justeru, tugasan ini tidak boleh diberikan kepada orang yang tidak khusus belajar mengenai hal ehwal merawat pesakit. Lebih besar lagi taklifan yang diberikan kepada para pengamal perubatan ini apabila ada di antara mereka menceburi bidang yang lebih spesifik dalam ilmu dan dunia perubatan.
Sebagai contohnya pembedahan jantung oleh pakar Jantung, hal-hal khusus sakit puan oleh pakar sakit puan. Ada yang mengambil kepakaran sakit tulang, sakit kanak-kanak, sakit berkaitan darah dan sebagainya. Pendek kata bukan calang-calang orang sahaja yang mengambil bidang yang penting ini.
Ilmu Allah ini juga tidak tertakluk kepada lelaki mahupun wanita. Ianya bergantung kepada kecenderungan masing-masing dan minat yang mendalam dalam sesuatu disiplin ilmu spesifik itu.

menjaga batas syariat
Tidak sihat seseorang itu boleh membawa kepada hidup tidak berkualiti. Kerja terganggu. Ibadah pun terbatas. Malah penyakit yang dialami boleh membawa maut jika tidak diurus dengan baik oleh perawat yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang penyakit tersebut.
Namun disana timbul satu isu apabila kita sebagai seorang muslim, perlu menjaga batas syariat yang ditetapkan dalam agama seperti menjaga aurat sepanjang waktu. Aurat lelaki antara pusat dan lutut bagi masyarakat umum. Manakala aurat wanita adalah muka dan tapak tangan boleh didedahkan.
Batasan aurat ini boleh terangkat hukumnya jika berlaku darurat. Apa yang dimaksudkan darurat di sini sebagai contohnya jika wanita yang sudah sampai waktu bersalin, wajib hadir disisinya seorang pembantu yang mahir dalam selok belok kelahiran dan membantu proses berkaitan dengan kelahiran agar terjamin nyawa ibu dan anak.
Penjagaan batas aurat ini tidaklah termasuk dalam lima perkara penting tujuan diturunkan syariat (maqasid syar'iyyah); iaitu untuk menjaga agama, akal, nyawa, maruah dan harta.
Penggunaan hukum darurat bagi menjaga aurat semasa merawat ini tidak terpakai secara langsung. Cuma hukum darurat ini digunapakai secara tidak langsung apabila ketidakhadiran orang yang mahir (sama ada lelaki atau wanita) boleh mengakibatkan nyawa siibu atau sianak yang akan dilahirkan terancam.

batasan hukum penjagaan aurat
Batasan hukum penjagaan aurat dalam bidang perubatan ini boleh diletakkan sebagai rukhsah. Rukhsah bermaksud keringanan yang dibenarkan syariat atas keadaan-keadaan tertentu.
Keringanan ini juga disebut sebagai 'takhfif' selain rukhsah. Ia adalah bentuk kemudahan yang diberikan oleh Islam bagi setiap hamba-Nya yang berada pada keadaan tertentu. Ibnu Nujaim menyebutkan bahwa rukhsah terdiri dari beberapa jenis:
Pertama: Menggugurkan (takhfif isqath), seperti pengguguran kewajiban solat Jumaat kepada orang yang sakit kronik.
Kedua: Mengurangkan (takhfif tanqish), seperti qasar solat empat rakaat menjadi dua ketika dalam keadaan musafir; dibolehkan solat sesuai dengan kemampuan bagi seseorang yang dalam keadaan sakit dan yang lainnya.
Ketiga: Menggantikan (takhfif ibdal). Misalnya mengganti wuduk air dengan tayamum menggunakan debu diakibatkan tidak adanya air yang digunakan untuk berwuduk.
Keempat: Mendahulukan (takhfif taqdim), seperti rukhsah jamak taqdim.
Kelima: Mengakhirkan (takhfif takhir). Ini termasuklah rukhsah jamak takhir, melewatkan solat Isyak dan lain-lain.
Keenam: Meringankan (takhfif tarkhish), seperti dibolehkan minum arak jika tercekik sesuatu apabila tiada minuman lain di sekelilingnya.
Ketujuh: Mengubah (takhfif taghyir). Misalnya perubahan bentuk perbuatan solat menjadi lebih ringan ketika terjadi peperangan. [Lihat Imam Musbikin, Qawa’id al-Fiqhiyah, Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada, 2001]
Dalam konteks yang dibincangkan ini, kehadiran perawat untuk merawat pesakit diringankan hukum melihat auratnya kerana kemahiran yang ada bagi perawat dan kemaslahatan yang timbul atas pesakit.
Jika digabungkan jenis rukhsah, takhfif tarkhish akan diguna pakai. Dengan sendiri isu perawat lelaki tidak timbul. Kehadiran perawat yang berkemahiran amat dituntut demi menjaga kemashlahatan nyawa pesakit.
Jika tidak melibatkan nyawa sekalipun seperti dalam pemeriksaan biasa, sentuhan dari perawat amat penting bagi menjamin kesinambungan penjagaan kesihatan yang berterusan. Lebih-lebih lagi perawat itu adalah lelaki yang lebih berkemahiran. Kerana aurat kemaluan wanita bukan sahaja lelaki ajnabi yang haram melihatnya, wanita pun haram melihatnya tanpa sebab yang khusus seperti berubat.
Namun dari satu sudut yang lain sifat dan naluri seorang manusia tidak boleh lari dari malu mendedahkan anggota sulit mereka kepada sesiapa sahaja. Disinilah perlunya satu etika khusus dalam berubat dan merawat. Iaitu tidak sewenangnya mengambil ruang rukhsah tersebut dalam mangambil kesempatan melihat aurat diluar dari batas yang sepatutnya.
____________________
Dr Suhazeli Abdullah ialah Pakar Perubatan Keluarga

Monday, February 24, 2014

Disebalik Rahsia Kopi Dan Islam

Disebalik Rahsia Kopi Dan IslamPosted on Monday, February 24 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Artikel
 

"

Kira-kira 1.6 juta cawan kopi diminum setiap hari di seluruh dunia. Berbilion-bilion orang bergantung kepadanya sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Namun, tidak ramai yang mengetahui kaitan minuman popular itu dengan masyarakat Islam. Menurut rekod sejarah, dalam tahun 1400-an, kopi menjadi minuman yang sangat popular dalam kalangan umat Islam di Yemen yang terletak di selatan Semenanjung Arab.

Legenda itu bermula apabila seorang gembala (ada yang mengatakan di Yemen, ada yang mengatakan di Ethiopia) menyedari bahawa kambingnya menjadi sangat bertenaga dan resah apabila memakan biji kopi dari sebatang pokok.

Penggembala itu memberanikan dirinya untuk merasai bahan itu dan ternyata, ia memberi rangsangan tenaga yang luar biasa. Lama-kelamaan, tradisi memanggang biji kopi dan merendamkannya di dalam air untuk menghasilkan minuman berkuasa itu telah wujud dan hasilnya, minuman kopi dilahirkan.

Tanpa mengira, sama ada kisah penggembala itu benar-benar berlaku atau tidak, budaya minum kopi telah meresap dari kawasan tanah tinggi di Yemen ke seluruh Empayar Uthmaniah iaitu empayar Islam yang terulung di abad ke-15 Masihi. Serentak itu, kedai-kedai yang khusus menjual minuman kopi telah muncul di beberapa buah bandar utama dalam dunia Islam iaitu seperti di Kaherah, Istanbul, Damsyik dan Baghdad.

Dari dunia Islam, minuman kopi telah menyelinap masuk ke Eropah melalui bandar tumpuan saudagar besar iaitu Venice. Walaupun pada mulanya, kopi itu dianggap sebagai sebagai “minuman Muslim” oleh pihak gereja Katolik, tetapi kini ia telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Eropah.

Kedai-kedai kopi pada era 1600-an telah menjadi tempat ahli-ahli falsafah bertemu dan membincangkan isu-isu seperti hak-hak manusia. peranan kerajaan dan demokrasi. Perbincangan itu telah melahirkan satu pergerakan intelektual yang paling berkuasa di dunia moden hari ini.

Daripada seorang gembala kambing di Yemen atau Ethiopia kepada pembentukan pemikiran politik masyarakat Eropah, minuman kopi yang kini mencatatkan lebih satu bilion cawan setiap hari itu merupakan satu inovasi Islam yang paling penting dalam sejarah kehidupan manusia hari ini.

http://silverheritage.blogspot.com/

Lain2 Artikel Menarik

1. Bagaimana-rumpun Melayu-bangun menentang penjajah?

2. Dakwah Khalid-bin Walid-ra-di-medan perang.

3. Peringatan! Asteroid-sebesar-3-padang-bola-lepasi Bumi."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
kamal_hasan
Posted on Monday, February 24 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Juruterbang Wanita Pertama di Dunia Berpurdah

Juruterbang Wanita Pertama di Dunia BerpurdahPosted on Monday, February 24 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Wanita
Kuasa media boleh menyembunyikan prestasinya, begitulah keadaan ummat Islam ketika ini. Mukmin yang soleh boleh menjadi tidak terkenal di mata orang ramai, namun sangat dikenali di kalangan makhluk langit, Insya Allah!

Kapten Shahnaz laghari adalah seorang juruterbang wanita pertama di dunia yang berpurdah ketika menjalankan tugas menerbangkan pesawat. Beliau mampu untuk mengendalikan kapal terbang secara solo dengan berpurdah penuh.


Beliau adalah pemegang rekod dunia "Guinness Book of World Record" sebagai pilot wanita pertama berpurdah penuh. Beliau juga merupakan muslimah pejuang hak asasi kemanusiaan di Pakistan yang memperjuangkan hak-hak wanita dan pernah bertanding dalam pilihan raya di Pakistan pada tahun 2012 sebagai wakil rakyat.

Selain menjawat sebagai pengurus Persatuan Pilot Wanita Pakistan, beliau juga menjalankan khidmat masyarakat dengan membuka pusat pendidikan percuma dan pusat latihan menjahit untuk kaum dhuafa Pakista .

Beliau turut aktif dalam menyertai program persatuan-persatuan komuniti Islam Pakistan. Semoga Allah SWT melimpahkan kekuatan baginya untuk istiqomah di jalan perjuangan dan meraih kejayaan Islam, aamiin yaa Robb.
 
bergambar dengan kapal terbangnya
Sebaik selesai penerbangan
Berucap dalam seminar Minhaj-ul-Quran Women League
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 *Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com