Zaman Penjajahan :
Apabila dunia Eropah telah mulai terdedah aktiviti
penjajahan dan penerokaan, maka Tanah Melayu tidak terlepas dari menjadi
tumpuan kuasa-kuasa barat ini. Tanah Melayu mula dikuasai barat dengan penaklukan
Portugis ke atas kerajaan Melayu Melaka.
Tanah Melayu pernah dijajahi oleh Portugis (
1511-1641 ), Belanda ( 1641 – 1824 ), British ( 1824 – 1941 ), Jepun ( 1941 –
1945 ) dan British sekali lagi ( 1945 – 1957 ).
Penjajahan Portugis :
Kejayaan
Portugis menakluki Kerajaan Melaka pada tahun 1511 dan Sultan Mahmud Syah dan
anaknya telah melarikan ke selatan. Penjajahan Portugis ini telah bermula era
penjajahan di Tanah Melayu. Portugis telah menduduki Melaka dari tahun 1511
hingga 1641 selama 130 tahun. Alfonso de Albuquerque merupakan wizurai (
gabenor ) yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka
dan membina sebuah kota ‘A Farmosa’ untuk melindungi Melaka daripada sebarangan
terutamanya dari Sultan Mahmud Syah yang melarikan diri. Pentadbiran di Melaka
berbentuk ketenteraan dan ketuanya bergelar kapten Kota Melaka.
Dalam
proses pentadbiran, Kapten Kota dibantu oleh tiga Majlis Penasihat iaitu Majlis
Penasihat Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta Majlis
penasihat orang tempatan yang terdiri daripada Bendahara, Temenggung dan
Syahbandar. Di antara sistem pentadbiran perdagangan yang dilaksanakan ialah
kapal pedagang diwajibkan membayar cukai 6% hingga 10% daripada hasil dagangan,
mendapatkan pas kebenaran berdagang, mendiskriminasikan pedagang islam dan
memonopoli barang dagangan utama dengan membeli barang harga murah dan menjual
harga mahal.
Portugis
cuba meluaskan pengaruhnya untuk pengembangan agama kristian ke Naning dan
Rembau tetapi gagal. Kesan peninggalan Portugis ialah kelahiran masyarakat
Serani ( perkahwinan campuran antara Portugis dan penduduk tempatan ), tulisan
roman dan penyerapan perkataan Portugis ke bahasa Melayu seperti almari, jendela,
tuala, garfu dan palsu.
Di zaman
Portugis menduduki Melaka, rantau Melayu menyaksikan era peperangan tiga
penjuru iaitu antara Portugis di Melaka, Aceh dan Johor untuk menguasai
perdagangan Kepulauan Melayu. Disebabkan dasar Portugis yang tidak disenangi
oleh pedagang-pedagang, maka pedagangan di Pelabuhan Melaka menjadi merosot dan
akhirnya jatuh ke tangan Belanda.
Penjajahan
Belanda :
Ekspedisi
Belanda yang terawal di Kepulauan Melayu pada tahun 1559. Ramai pedagang
Belanda telah datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan rempah ratus, buah pala dan
kayu cengkih. Pedagamg Belanda ini telah menubuhkan Syarikat Bersatu hindia
Timur ( V.O.C ) untuk menguasai perdagangan rempah dan biji timah di Kepulauan
Melayu. Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa
dan menjadikannya sebagai pelabuhan alternatif. Belanda telah beberapa kali
melancarkan serangan dan akhirnya pada tahun 1641, Belanda telah berjaya
mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan Kesultanan Johor yang merupakan
warisan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1824, melalui Perjanjian
Inggeris-Belanda ( Perjanjian London), Melaka menjadi wilayah penguasaan
Inggeris ( British ) secara rasmi.
Penjajahan
Inggeris ( British ) :
Kedatangan
Inggeris ke Tanah Melayu :
Pedagang
Inggeris telah sampai ke Tanah Melayu, sejak abad ke 16 lagi. Pedagang Inggeris
telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1600 untuk
menguruskan perdagangan mereka di Asia Tenggara dan Negara China. Pada
peringkat awalnya, kedatangan pedagang Inggeris ini hanya memonopolikan hasil
ekonomi sahaja tetapi penguasaan mereka itu telah terganggu akibat perebutan
tahta dan daerah di kalangan putera raja dan kongsi gelap Cina ( Ghee Hin dan
Hai San ) untuk menguasai kawasan perlombongan bijih timah.
Campu
Tangan Inggeris dalam politik Negeri-Negeri Selat :
Secara
rasminya penglibatan Inggeris di Tanah melayu ialah selepas Perjanjian Pangkor
yang ditandatangani pada 20 Januari, 1874, namun penglibatan secara tidak
langsung bermula lebih awal dari itu.
Pada 11 Ogos, 1786, Inggeris telah menguasai Pulau
Pinang di mana Francis Light telah berjaya mengambil alih Pulau Pinang setelah
dianugerahkan oleh Sultan Abdullah, Sultan Kedah kerana Francis Light telah
membantu baginda dalam pertelingkahan dengan kerajaan Siam mengenai ufti dan
juga kumpulan Bugis dari Selangor dan Johor mengenai tuntutan hutang. Sultan
Abdullah telah mendapat pampasan berjumlah 30 ribu dolar Sepanyol.
Manakala, Stamford Raffles telah berjaya menduduki
Singapura pada 6 Februari 1819 dengan pembukaan pangkalan tentera dan
perdagangan di Singapura. Ini berlaku setelah Stamford Raffles melantik Tengku
Husin sebagai Sultan di Singapura. Peristiwa ini adalah hasil campur tangan
Stamford Raffles dalam urusan pertikaian antara Sultan dengan Yang Dipertuan
Muda Kerajaan Johor. Dalam peristiwa, Yang dipertua Muda, Raja Jaafar telah
melantik adik Sultan Husin; Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor-Riau
menggantikan ayahandanya; Sultan Mahmud yang mangkat.
Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda, Kawasan ke
utara Kepulauan Melayu ( termasuk Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei ) telah diberikan hak kepada Inggeris ( British ).
Apabila Inggeris berjaya menduduki negeri-negeri di
Tanah Melayu dan membuat petempatan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka,
mereka menyatukan wilayah ini di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai
Negeri-Negeri Selat. Negeri-negeri Selat ini telah diwujudkan pada tahun 1826
dan diletakan di bawah unit pentadbiran Presiden Negeri-Negeri Selat. Pulau Pinang menjadi pusat pertama Negeri-Negeri
Selat.
Gabungan ini diketuai oleh seorang Gabenor
Negeri-Negeri Selat dan setiap negeri ini diketuai oleh seorang Residen
Konsular. Gabenor Negeri-Negeri Selat yang pertama ialah Robert Fullerton. Pada
tahun 1830, Negeri-Negeri Selat dijadikan pula sebuah residensi dan diletakkan
di bawah Presidensi Benggala. Akhirnya pada 1 April 1867, pentadbiran
Negeri-Negeri Selat telah diletakan secara rasmi di bawah kawalan pejabat tanah
jajahan di London ekoran status Negeri-Negeri Selat yang dijadikan wilayah pentadbiran
Tanah Jajahan Mahkota ( Crown Colony ). Melalui sistem ini, gabenor dibantu
oleh dua majlis iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Undangan.
Campur Tangan Inggeris di Negeri-Negeri
Melayu dan Pengenalan Sistem Residen :
Ada dua faktor-faktor yang menyebabkan campur
tangan Inggeris di Tanah Melayu, di
antaranya ialah :
1. Faktor Ekonomi :
Bagi memastikan usaha memonopoli hasil-hasil
dagangan utama sepeerti bijih timah terutama perkembangan revolusi perusahaan
pada persetengahan abad ke 19 dengan aktiviti mengetin makanan.
2. Faktor Politik :
Bagi mengelakkan persahabatan dan hubungan
perekonomian dengan raja-raja melayu dengan kuasa-kuasa lain.
Campur tangan Inggeris di Perak :
Campur tangan Inggeris di Perak disebabkan
perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap
Cina.
Pada tahun 1857, bermulalah perebutan takhta di
perak apabila Sultan Abdullah mangkat dan diganti oleh Sultan Jaafar. Dalam
masa yang sama, Raja Ismail dilantik Raja Bendahara ( jawatan pewaris takhta
yang kedua kanan sebelum Raja Muda ) tetapi jawatan itu sepatutnya diberikan
kepada Raja Yusof. Apabila Sultan Jaafar
mangkat pada tahun 1865, Raja Abdullah ( putera sultan Abdullah ) dilantik Raja
Muda bukan Raja Yusof. Ini telah menimbulkan perbalahan antara Raja Yusof, Raja
Ismail dan Raja Abdullah.
Di kalangan masyarakat Cina telah timbul perbalahan
di antara dua kumpulan kongsi gelap iaitu Ghee Hin dan Hai san sehingga
mencetuskan Perang Larut pertama pada tahun 1861, yang kedua pada tahun 1865
dan yang ketiga pada tahun 1872.
Perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan dua
kongsi gelap telah menyebabkan Inggeris membuat perundingan antara mereka
sehingga menghasilkan Perjanjian pangkor yang dimeterai pada 20 Januari, 1874
ini.
Di antara syarat utama dalam perjanjian ini ialah :
i. Raja Abdullah telah diserahkan takhta kesultanan
Perak.
ii. Raja Ismail diberikan sultan muda dan diberikan
pencen.
iii. Ngah Ibrahim, pembesar Larut telah berada di
bawah seorang penolong residen Inggeris sebagai penasihat.
iv. Sultan Abdullah telah bersetuju menerima
Residen Inggeris sebagai penasihat dalam hal ehwal pentadbiran kecuali dalam
aspek keagamaan dan adat istiadat melayu. Di samping itu, Residen Inggeris juga
berkuasa dalam urusan pentadbiran kewangan dan hasil ekonomi negeri.
v. Ketua puak Ghee Hin dan Hai San bersetuju untuk
berdamai, melucutkan senjata dan menubuhkan sebuah jawatankuasa Bersama untuk
menangani masalah Kawasan perlombongan.
Campur tangan Inggeris di Selangor:
Perbalahan antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi
telah menimbulkan Perang Klang kerana kedua-dua mereka ingin menguasai daerah
Klang yang kaya dengan bijih timah. Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku
Kudin untuk menyelesaikan maslah perbalahan ini akan tetapi Tengku Kudin telah
berpihak kepada Raja Abdullah dan anaknya Raja Ismail.
Disamping itu, dua pelombong Cina iaitu Kah Yeng
Chew dan Fei Chew telah menimbulkan perbalahan. Dalam pada itu, Yap Ah Loy seorang kapitan Cina telah memberikan
sokongan kepada Tengku Kudin manakala Chong daripada kumpulan Kah Yeng Chew
telah memberikan sokongan kepada Raja Mahadi.
Dengan dua isu ini, Sir Andrew Clarke telah
memberikan sokongan kepada Tengku Kudin dan secara tidak langsung telah
melibatkan Sultan Abdul Samad serta secara tidak langsung juga telah memberikan
peluang perlantikan Residen Inggeris di Selangor. Pada bulan Oktober, 1874,
J.G.Davidson telah dilantik sebagai Residen Inggeris yang pertama di Selangor
manakala Frank Swettenham telah dilantik sebagai Penolong Residen. Raja Mahadi
pula telah disingkirkan dan Tengku Kudin telah dilantik wizurai Selangor.
Campur Tangan Inggeris di Sungai Ujong :
Isu perbalahan di antara datuk Kelana dan Datuk
Bandar di Sungai Ujong dalam usaha menguasai kuasa kutipan cukai bijih timah di
sungai Linggi telah menyebabkan Inggeris masuk campur tangan. Pada 21 April,
1874, Datuk Kelana bersetuju untuk menerima perlindungan Inggeris dan dengan
itu, beliau telah diiktiraf sebagai pemerintah yang sah di Sungai Ujong. Datuk
Bandar telah membuat bantahan dan ancaman kepada Datuk Kelana. Pada 16
September, 1874, Datuk Kelana telah diberikan seorang Penolong Residen iaitu
W.I.Tatham. Akhirnya, Datuk Bandar tidak lagi masuk campur dalam hal ehwal
pentadbiran Sungai Ujong.
Campur Tangan Inggeris di Negeri Sembilan :
Melalui Sir Frederick Weld, daerah-daerah di Negeri
Sembilan telah diletakkan di bawah seliaan Inggeris kecuali daerah Tampin
sehingga menjelang tahun 1888. Pada tahun 1889, daerah Rembau dan daerah Tampin
bersetuju bergabung menjadi Seri Menanti dan menerima Residen Inggeris bernama
Martin Listert. Gabungan ini menjadi lebih besar dengan masuknya Sungai Ujong
dan Jelebu.
Campur
Tangan Inggeris di Pahang :
Campur
tangan Inggeris diPahang bermula pada awal tahun 1800an lagi. Campur tangan
Inggeris bermula apabila timbul perbalahan pada tahun 1884 antara Bendahara Wan
Ahmad dengan adiknya; Wan Mansur di mana pada tahun Disember, 1884, Wan Ahmad
telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Pahang ( Sultan Ahmad Muazam Syah
) dan melantik puteranya; Tengku Mahmud sebagai pewaris takhta. Wan Mansur cuba
melancarkan serangan tetapi gagal dengan bantuan Inggeris. Pada bulan April,
1885, Frank Swettenham telah ke Pahang untuk menyelesaikan perbalahan antara
kedua-dua mereka dan mendesak untuk menerima Residen Inggeris tetapi tidak
diterima sehingga melalui Perjanjian 8 Oktober, 1887, barulah wakil Inggeris
diterima. Pada bulan Oktober, 1889, John Pickergill telah dilantik sebagai
Residen Inggeris di Pahang.
Perlaksanaan
Sistem Residen :
Dari
segi pelaksanaan, Residen Inggeris ini dilantik oleh Gabenor Negeri-Negeri
Selat dan bertanggungjawab untuk menasihati Sultan atau Yang Dipertuan Besar
dalam hal-hal pentadbiran negeri tetapi di setengah negeri, Residen Inggeris
sering bertindak sebagai pemerintah mutlak seperti di Perak. Sistem ini
mendapat tentangan yang hebat sehingga
berlakunya pembunuhan J.W.W Birch, Residen Inggeris pada tahun 1875.
Di Perak
ini, untuk mendapat sokongan masyarakat, Inggeris telah memperkenalkan Majlis
Mesyuarat Negeri yang dianggotai oleh Raja, Residen, Pembesar-Pembesar Melayu
dan wakil masyarakat Cina. Majlis ini telah berjaya dan kemudiannya
diperkenalkan di negeri-negeri lain.
Di antara
kesan Sistem Residen ini ialah :
i. Kemajuan Ekonomi Negeri :
Negeri-negeri
yang terbabit dalam sistem residen ini telah mencapai kemajuan dengan adanya
perkembangan perusahaan bijih timah dan tanaman ladang seperti getah dan kopi,
peningkatan kemasukan buruh asing dan munculnya penempatan baru yang menjadi
bandar. Namun terdapat kesan buruknya pula iaitu terdapat ketidakseragaman
pengagihan pembangunan antara negeri dan wilayah serta hasil ekonomi dikuasai
oleh barat sedang kaum peribumi telah ketinggalan.
ii. Sistem Politik :
Melalui
sistem residen ini, keamanan negeri-negeri telah berjaya dipulihkan. Walau
bagaimanapun sultan telah kehilangan kuasa mutlak dan peranan pembesar-pembesar
semakin berkurangan kerana telah diambil alih oleh Residen Inggeris dan
pegawai-pegawai Inggeris.
iii. Sistem Sosial :
Pembangunan
kemudahan awam negeri-negeri telah berjalan dengan baik seperti wujudnya jalan
raya, jalan keretapi, pusat kesihatan, bekalan air, bekalan elektrik,
perkhidmatan pos dan telegraf.
Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu :
Sejarah
Penubuhan :
Pada
tahun 1895, melalui Perjanjian persekutuan, Kerajaan Inggeris telah menubuhkan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang menggabungkan Negeri Perak, Negeri
Selangor, Negeri Pahang dan Negeri Sembilan. Penubuhan ini berkuatkuasa secara
rasmi pada 1 Julai, 1896.
Faktor
yang menyebabkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan ialah :
i. Kekurangan Kewangan di Pahang :
Akibat
penentangan yang berterusan terhadap Inggeris di Pahang, menyebabkan banyak
kerosakan yang teruk telah berlaku dan memerlukan perbelanjaan yang besar dari
segi pembelian senjata dan bekalan makanan tentera untuk membanteras
pemberontakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tempatan. Justeru itu,
Negeri Perak dan Selangor diperlukan membantu kewangan tersebut.
ii. Pelaksanaan Sistem Residen Yang Lemah
:
Residen-Residen
Inggeris yang mengurus hal ehwal pertanian, perlombongan, sistem cukai dan lain-lain
isu dengan cara yang tersendiri di negeri masing-masing sehingga sampai mengatasi
kuasa Gabenor Inggeris ( British ) yang berpusat di Singapura. Melalui garis
panduan yang disediakan, penubuhan ini dapat mengawal kuasa Residen Inggeris di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
iii. Perbelanjaan Pentadbiran Dapat
Dikurangkan :
Melalui
sistem pemerintahan yang dibahagikan mengikut wilayah kecil akan menggunakan
perbelanjaan yang besar. Lantaran itu, dengan adanya penubuhan ini telah dapat
menggurangkan perbelanjaan, menyelaraskan pentadbiran dan mengeratkan sistem
perhubungan antara Negeri-negeri Bersekutu.
Pelaksanaan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896 :
Negeri-negeri
Melayu Bersekutu diketuai oleh Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala
Lumpur dan bertanggungjawab kepada gabenor di Negeri-negeri Selat. Manakala
gabenor bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di London. Residen
Inggeris di empat negeri tersebut dikekalkan tetapi tertakluk di bawah bidang
kuasa Residen Jeneral. Melalui Residen ini, Residen Jeneral bertanggungjawab
menasihati Raja-Raja Melayu dalam hal ehwal pentadbiran kecuali hal ehwal agama
Islam dan adat istiadat melayu. Kuasa pentadbiran dibahagikan antara kerajaan
pusat dan kerajaan negeri. Sebuah majlis yang dipanggil Durbar telah ditubuhkan
yang merupakan persidangan Raja-Raja Melayu bersama pegawai Inggeris ( British
) untuk membincangkan kepentingan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Kesan
Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu :
Dengan
adanya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, beberapa jabatan telah ditubuhkan
seperti Jabatan Kerja Raya, Kewangan dan Keadilan. Dengan ini pegawai Inggeris
bertambah ramai dibawa masuk. Disamping itu, kuasa raja dan pembesar tempatan
semakin merosot.
Residen
Jeneral semakin berkuasa dan raja Melayu perlu menerima nasihat daripada
Residen Inggeris di setiap negeri dan Residen Jeneral di peringkat pusat.
Dengan
pentadbiran yang tersusun ini telah menarik pelabur dan meningkatkan ekonomi.
Ini menyebabkan ramai buruh asing dari Cina dan India telah masuk ke Tanah
Melayu. Kemasukan ini menyebabkan persaingan ekonomi dan pengagihan kekayaan
yang tidak adil.
Sistem
pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menimbulkan rasa tidak puas
hati raja kerana pemusatan kuasa kepada Residen Jeneral. Durbar hanya dua kali
diadakan iaitu pada 1887 di Kuala kangsar dan pada 1903 di kuala Lumpur. Sultan
Idris dari Negeri Perak telah mengemukan dalam Durbar ini agar kuasa raja
dikembalikan semula pada raja.
Pada
tahun 1909, Majlis Mesyuarat Persekutuan telah ditubuhkan bagi menggantikan
Durbar. Keanggotaannya ialah :
i.
Pesuruhjaya Tinggi ( Gabenor Negeri-Negeri Selat )
di Singapura sebagai Presiden.
ii.
Residen Jeneral.
iii.
Empat orang Raja Melayu.
iv.
Empat Orang Residen Inggeris.
v.
Empat Orang Ahli yang dilantik mewakili peniaga.
Majlis
Mesyuarat Persekutuan yang pertama diadakan pada 11 Disember, 1909.
Kesan
Buruk Yang Timbul Dengan Penubuhan ini ialah :
i. Tiada wakil orang Melayu dalam pentadbiran negara
dan menghilangkan hak orang Melayu.
ii. Raja Melayu yang mewakili orang Melayu tidak dapat
berperanan langsung.
iii.Kuasa Raja semakin merosot kerana :
a.
Taraf raja dalam majlis ini hanya sebagai ahli
biasa.
b.
Mesyuarat boleh diadakan tanpa kehadiran raja.
c.
Tiada hak membuat keputusan.
iv. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai kuasa tertinggi dalam
:
a.
Hal Ehwal Pentadbiran dan bukan Sultan lagi.
b.
Melantik dan memberhentikan ahli tidak rasmi
mengikut budi bicara.
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu :
Pada tahun 1909, perjanjian Bangkok telah
ditandatangani antara Inggeris dan Siam di mana empat buah negeri di bawah
naungan Siam iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu telah diserahkan
kepada Inggeris dan setiap negeri tersebut diletakan seorang penasihat
Inggeris.
Kuasa raja di Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu
lebih besar berbanding dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu kerana kuasa
residen lebih luas berbanding kuasa penasihat. Inggeris gagal menggabungkan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu sehingga
selepas perang dunia kedua kerana mendapat tentangan hebat daripada raja-raja
Melayu.
Pengagihan Kuasa Pusat ( Disentralisasi 1920
-1941 ):
Rancangan ini telah dikemukakan oleh Pesuruhjaya
Tinggi Inggeris di Tanah Melayu disebabkan beberapa faktor :
1.Rasa
tidak puas hati sultan kerana :
i.
Pesuruhjaya Tinggi lebih berkuasa berbanding dengan sultan.
ii.
Sultan tiada kuasa pemutus dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan.
iii.
Majlis Mesyuarat Persekutuan boleh dijalankan tanpa kehadiran sultan.
2. Penggabungan Negeri-negeri Melayu :
Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu
dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu telah disatukan.
3. Kemelesetan Ekonomi Dunia :
Disebabkan kemelesetan dunia pada tahun 1920an,
Kerajaan Inggeris berhasrat mengurangkan perbelanjaan pentadbiran.
4. Perebutan Kuasa :
Telah wujud perebutan kuasa antara Residen Jeneral
dan Pesuruhjaya Tinggi dalam hal ehwal pentadbiran Tanah Melayu.
Sir Lawrence Gullermand telah mencadangkan beberapa
perubahan melalui rancangan ini ialah :
i.
Raja Melayu telah
dikeluarkan daripada Majlis Mesyuarat Persekutuan dan berhubng terus dengan
Pesuruhjaya Tinggi Inggeris.
ii.
Majlis mesyuarat Negeri
telah diberikan kuasa yang telah dalam pentadbiran negeri termasuk menguruskan
belanjawan negeri.
iii.
Beberapa buah jabatan
kerajaan di peringkat pusat telah dipindahkan ke peringkat negeri.
iv.
Jawatan Residen Jeneral
telah dihapuskan.
Pada tahun 1923, sebuah jawatankuasa telah
ditubuhkan untuk mengkaji pengagihan kuasa ini dan cadangan ini telah
diluluskan. Cecil Clement telah dilantik menggantikan Guillermand sebagai
Pesuruhjaya Tinggi Inggeris.
Kesan dari pelaksanaan disentralisasi ini ialah :
i. Kuasa raja dipulihkan iaitu
rang undang-undang hanya sah selepas ditandatangani oleh raja.
ii. Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Pendidikan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pertanian telah diletakan di bawah
kawalan kerajaan negeri.
iii. Kuasa Majlis negeri dalam
hal pentadbiran dan kewangan telah diperluaskan.
Walau bagaimanapun, penguasaan ekonomi Tanah Melayu
masih dikuasai oleh Inggeris dan usaha ini sebagai satu strategi Inggeris untuk
menguasai Tanah Melayu. Rancangan pengagihan kuasa berpusat ini tergendala
setelah Jepun menyerang Tanah Melayu.
Penjajahan Jepun :
Sejarah
Politik Jepun :
Sejak tahun 1932, golongan tentera telah pun
menguasai Jepun. Pada tahun 1937 pula, tentera Jepun telah menyerang Negara
Cina. Jepun telah bersekutu dengan Jerman dan Itali dalam perang Dunia Kedua
untuk menentang Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Inggeris ( British ) dan
Amerika Syarikat. Pada 8 Disember, 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu.
Pada pertengahan bulan Februari, 1942, Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh
ke tangan Jepun.
Di antara faktor Tanah Melayu dan Singapura jatuh
ke tangan Jepun ialah :
1. Kekurangan
persediaan dari pihak Inggeris ( British ) kerana mereka menyangka bahawa
serangan tentera Jepun adalah bermula dari Selatan Tanah Melayu tetapi berlaku
sebaliknya, serangan bermula dari utara Tanah Melayu.
2. Kekurangan
kewangan pihak Inggeris yang menyebabkan tentera bantuan dari London dan India
lewat sampai di Tanah Melayu.
3. Kelemahan
tentera Laut Inggeris ( British ) terutamanya selepas tengglamnya dua kapal
perang utama Inggeris iaitu Prince of Wales dan Repulse dan serangan tentera
Jepun pula melalui Laut.
4. Maklumat
kubu kuat Inggeris ( British ), landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera
telah diketahui awal oleh pengintip Jepun bagi memudahkan tentera Jepun membuat
persediaan serangan.
5. Kualiti
tentera Jepun yang cukup baik seperti mempunyai latihan, pengalaman, semangat
tinggi dan taktik perang.
Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu :
Sistem yang dijalankan ialah pemerintahan tentera
dengan bermatlamatkan :
1. Memulihkan
ketenteraman awam disebabkan penentangan terhadap barat dan mewujudkan
pemerintahan ‘asia untuk orang Asia’.
2. Memonopolikan
sumber ekonomi di Tanah Melayu untuk pembiayaan ketenteraan seperti senjata,
makanan dan kemudahan ketenteraan.
Cara pentadbiran ketenteraan Jepun di Tanah Melayu
( Malai Baru ) terdiri dari :
1. Gunseikan ( Presiden Jepun ).
2. Syuchokan ( Gabenor Jepun )
3. Singapura ( Syonan ) ditadbir Bersama dengan Malai Baru dan
Sumatera.
4. Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah diserahkan kepada Negara
Thai pada bulan Ogos, 1943.
Kesan-Kesan Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
:
1. Kesan Sosial :
Orang Cina
telah ditindas oleh tentera Jepun. Ramai di kalangan pemuda telah dikerahkan
menjadi buruh paksa membina lantasan Keretapi Maut. Tanah Melayu telah
mengalami masalah kekurangan beras, kekurangan bekalan perubatan dan makanan
berzat. Di samping itu, penjajahan Jepun ini juga telah menimbulkan permusuhan
antara Orang Cina dan Orang Melayu kerana tentera Jepun memberi lebih peluang
pentadbiran kepada Orang Melayu.
2. Kesan Ekonomi :
Semasa
penjajahan Jepun di Tanah Melayu, ekonomi Tanah Melayu sangat merosot di
peringkat individu mahupun di peringkat keluarga. Hasil perusahaan bijh timah
dan ladang getah merosot kerana akibat kemusnahan serangan yang dilakukan oleh
tentera Jepun. Manakala harga barang keperluan seperti tekstil dan ubatan
menjadi mahal. Nilai mata wang negara jatuh teruk.
3. Kesan Politik :
Penjajah Jepun telah menimbulkan kesedaran
untuk mencapai kemerdekaan di kalangan pendudukan tempatan. Tambahan pun,
penjajah Jepun juga telah mempelopori propaganda ‘Asia untuk orang Asia’.
Mereka telah membuka peluang dan pengalaman pentadbiran kepada orang Melayu.
Kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu daripada Inggeris telah mencabar kekuatan
Inggeris ( British ) di Tanah Melayu. Disamping itu, penjajahan Jepun ini
menimbulkan semangat nasionalisme masyarakat tempatan. Orang Cina mula aktif
berpolitik dalam Parti Komunis Malaya (PKM ).
Pada 15 Ogos, 1945, Tentera Jepun telah
menyerah kalah di Tanah Melayu selepas berlakunya pengeboman Hiroshima dan
Nagasaki oleh Amerika Syarikat. Dengan kekalahan Jepun di Tanah Melayu ini,
Inggeris ( British ) telah mengambil masa 14 hari untuk kembali semula ke Tanah
Melayu. Dalam tempoh 14 hari ini, Parki Komunis Malaya ( PKM ) melalui Bintang
Tiga telah menguasai Tanah Melayu.
Pada bulan September, 1945, Inggeris ( British )
telah kembali semula ke Tanah Melayu dan berusaha memerangi kumpulan berideologi
komunis dengan mengisytiharkan darurat. Rancangan Briggs dan Rancangan Templer
telah diperkenalkan untuk memulihkan keadaan dan melemahkan PKM. Darurat telah
diisytiharkan tamat pada 31 Julai, 1960.