Pengertian agama dan Al Din adalah
berbeda. Pengertian agama adalah lebih sempit berbanding dengan pengertian al
Din. Pengertian al Din lebih luas dari agama.
Allah SWT menyebut Islam itu sebagai al
Din sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al Maidah, ayat 3 yang bermaksud,
“ ………Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu
Din kamu, dan Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan Aku redha Islam Din kamu.”
(
Terjemahan ayat )
Dasar
Islam :
Islam itu mempunyai dasar yang syumul berkait
rapat antara hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia dengan manusia
dan hubungan manusia dan alam. Ia tidak hanya hubungan manusia dengan Allah SWT
semata-mata seperti yang terdapat dalam pengertian agama itu. Din al Islam itu
lebih luas daripada agama. Din al Islam merupakan satu system yang teratur yang
disyariatkan oleh Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW. Ini bersesuaian dengan
amanah manusia itu sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah SWT ini.
Falsafah
:
Falsafah Islam itu mengatur hubungan
antara manusia dengan manusia dengan membentuk sistem munakahat untuk membina
hidup berumahtangga. Ia juga membentuk sistem muamalat yang mengujudkan
hubungan persahabatan, kejiranan, kepimpinan, kebudayaan, hubungan antara sesama
orang Islam dan dengan bukan orang Islam.
Dalam hubungan dengan Allah SWT pula akan
membentuk sistem beribadat untuk menjadikan manusia sebagai hamba Allah SWT dan
melaksanakan tanggungjawab dalam beribadat seperti sembahyang, puasa, zakat dan
haji.
Hubungan dengan alam pula, Islam akan
menganjurkan kepada manusia agar mentadbir alam ini dengan cara saksama,
mengikut fitrah dan adil. Alam ini bukan digunakan secara membazir, memberikan
kemudharatan dan merosakan alam tabie secara sewenang-wenangnya.
No comments:
Post a Comment