Tuesday, December 4, 2018

Kenapa Mereka Berdua Tidak Boleh Diangkat Menjadi Sultan Melaka?

Sebelum kita bahas mengapa mereka berdua ini tidak boleh diangkat menjadi Sultan, kita perlu tahu dulu kenapa dan bagaimana negeri Melaka pada hari ini kehilangan Sultan.
Sultan terakhir Melaka yang memerintah secara de jure ialah Sultan Mahmud Shah. Kuasa dan kedaulatan Sultan Mahmud di Melaka telah hilang apabila penjajah Portugis menakluk Melaka pada tahun 1511. Melaka dulu negerinya besar bukan seperti saiz Melaka kini. Hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian Sumatera serta kepulauan Riau adalah kerajaan Melaka suatu ketika dahulu. Portugis hanya menguasai kawasan sekitar perlabuhan Melaka yang menjadi pusat pemerintahan Sultan Mahmud pada ketika itu sahaja. Kawasan yang dipanggil “Kota Melaka” itu bukanlah mewakili seluruh wilayah besar kerajaan Melaka.
Sultan Mahmud terpaksa membuat serangan balas sambil berundur hinggalah baginda sampai di Pagoh (kini sebahagian dari negeri Johor) untuk bersemayam di sana. Sultan Mahmud melantik puteranya Sultan Ahmad sebagai Sultan Melaka secara de facto untuk mengambil semula Melaka dari Portugis. Namun, Sultan Ahmad gagal menjalankan tugas tersebut lalu Sultan Mahmud membunuh puteranya ini pada tahun 1513.
Sultan Mahmud terus berundur ke selatan sehinggalah tiba ke Kampar, Riau, Sumatera(kini sebahagian dari negara Indonesia) pada tahun 1526. Pada tahun 1528, Sultan Mahmud mangkat di Kampar namun dua orang puteranya mewarisi pemerintahan di saki baki wilayah baginda. Sultan Alauddin Riayat Shah putera Sultan Mahmud mengasaskan kesultanan Johor manakala Sultan Muzaffar Shah putera Sultan Mahmud mengasaskan kesultanan Perak. Kini, zuriat Sultan Melaka yang masih wujud hanya dari jurai Kesultanan Perak. Kerana itulah Kesultanan Perak menjadi penyimpan kepada Keris Taming Sari dan Cura Si Manjakini. Manakala dari jurai Kesultanan Johor telah terhenti. Kesultanan Johor kini adalah keturunan Temenggung.
Memang ada cubaan mengambil semula Melaka dari tangan Portugis seperti yang dilakukan oleh Kesultanan Johor dan Acheh dalam Perang Tiga Segi. Namun mereka tidak berjaya menerobos kota A Famosa. Melaka tetap dikuasai oleh Portugis. Yang berjaya mengalahkan Portugis bagi mengambil Melaka adalah Belanda (VOC) iaitu pada tahun 1641. Johor yang nak memenangi Perang Tiga Segi ini meminta bantuan Belanda iaitu salah satu kuasa besar eropah untuk bekerjasama melawan Portugis. Tapi setelah menang, Belanda mungkir janji apabila Melaka tidak diserahkan kepada Johor sebaliknya Belanda yang kuasai.
Pada tahun 1824, Belanda dan British membuat perjanjian untuk membahagi kawasan pemerintahan dimana kawasan Malaysia kini dibawah taklukan British manakala kawasan Indonesia kini dibawah taklukan Belanda. Melaka dijadikan Negeri-Negeri Selat (NNS) yang diperintah British melalui SHTI mula pada tahun 1826. Kemudian pada tahun 1867, SHTI menyerahkan pemerintahan NNS terus kebawah Ratu England selaku Koloni Mahkota British. Melaka selaku NNS diperintah oleh seorang Gabenor iaitu pemerintah tertinggi di Melaka.
Pentadbiran Gabenor di Melaka berterusan sehinggalah ke zaman Malayan Union. NNS bersama Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) dan Negeri Melayu Bersekutu (NMB) membentuk Persekutuan Tanah Melayu. NMTB dan NMB memiliki Sultan masing-masing. Namun NNS tidak memiliki Sultan sebaliknya Gabenor. Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, perlembagaan negara menyatakan Melaka selaku NNS ditadbir oleh wakil Persekutuan selaku ketua dan pemerintah bagi Negeri Melaka yang dikenali sebagai Yang Di-Pertua Negeri atau dahulunya disebut Gabenor.
Yang di-Pertua Negeri Melaka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Melaka sebagaimana Perlembagaan Negeri Melaka. Yang Di-Pertua Negeri merupakan ahli Majlis Raja-Raja. Yang Di-Pertua Negeri di NNS menjalankan fungsi yang sama dengan Sultan-Sultan di NMTB atau NMB. Bahkan, Yang Di-Pertua NNS boleh memberi pingat kebesaran sepertimana yang dilakukan oleh Sultan-Sultan negeri lain. Namun, Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja. Ini kerana kedudukan Yang Di-Pertua NNS tidak sama dengan kedudukan para Sultan walaupun mereka semua ahli Majlis Raja-Raja.
Kerana itulah Ketua Negeri di NNS digelar Yang Di-PerTUA bukannya Yang Di-PerTUAN. Panggilan YDP NNS pula adalah Tuan Yang Terutama (TYT) bukannya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) atau Duli Yang Teramat Mulia (DYTM). Mereka yang bertaraf Yang Di-PerTUAN adalah seperti Raja-Raja Negeri Melayu. Kebanyakkan Raja di negeri Melayu digelar Sultan kecuali Perlis digelar Raja dan Negeri Sembilan digelar Yang Di-PerTUAN Besar atau dahulunya Yamtuan Besar. Antara lain yang juga setaraf ialah Yang Di-PerTUAN Besar Negara Brunei iaitu Sultan Brunei yang merupakan satu-satunya sultan Melayu yang berdaulat tetapi tidak menyertai Persekutuan Malaysia.
Walaubagaimanapun, kedudukan Yang Di-Pertua Melaka ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan kedudukan Raja-Raja Melayu di Indonesia kini yang hanya menjadi Ketua Adat Melayu tanpa sebarang daulat, kuasa politik mahupun pengaruh sehinggakan darjah kebesaran yang mereka kurniakan tidak terpakai atau diakui di Malaysia.
Sekarang baru boleh kita nilai sama ada dua orang dia atas boleh diangkat sebagai Sultan Melaka atau tidak.
Syarat nak jadi Sultan di Negeri Melayu selalunya mestilah Lelaki, Melayu, Islam, Berketurunan Raja Melayu, Tidak Gila dan mungkin ada beberapa syarat khusus lagi mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing. Sebagai contoh Sultan Perak yang mempunyai Sistem Giliran dan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang mempunyai sistem Undang Berempat.
Walaupun seseorang itu memang sah keturunan Sultan Melaka sekalipun, tetapi jika tidak memenuhi syarat dalam peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri, maka tetap orang itu tidak boleh ditabal. Apatah lagi ianya bercanggah dengan Perlembagaan Negara yang menyatakan bahawa Melaka adalah NNS bukan Negeri Melayu yang Beraja. Sebaliknya Melaka diketuai oleh wakil perseketuan yang digelar Yang Di-Pertua Negeri. Hal ini telah termaktub jelas. Walaupun seseorang itu ada sijil pengiktirafan dari Mahkamah Dunia sekalipun, orang itu tetap tidak boleh diangkat.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak mempunyai hak untuk mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Melaka. Isu tuntutan takhta Sultan Melaka berada di bawah tatacara Perlembagaan dan undang-undang negara ini bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa sehingga ia perlu dibicarakan di ICJ. Jika memang ada pengiktirafan Mahkamah dunia pun tetap tidak valid, apatah lagi jika sijil pengiktirafan itu palsu. Bahkan, apatah lagi jika ianya hanyalah sekadar pengakuan diri sendiri tanpa sebarang bukti. Setakat nak gebang di Facebook boleh lah.
Nak jadi Sultan Melayu ni hendaklah seseorang itu diper-Tuan-kan oleh rakyat Melayu. Ianya ada kaitan dengan Konsep Ikatan Daulat sepertimana yang dipersembahkan oleh Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Seseorang itu jika benar merupakan seorang Raja yang sah, sudah pastu mempunyai tanda-tanda yang akan terzahir. Individu yang mengakui sebagai Sultan Melaka kini bukan sahaja tiada tanda-tanda tersebut, bahkan mereka tidak mewarisi atau memiliki sebarang regalia kerajaan Melayu silam pun sama ada Keris Kerajaan, Cokmar atau sebagainya.
Bahkan, Sultan-Sultan Berdaulat di Malaysia tidak mengurniakan mereka sebarang regalia bagi simbolik membolehkan mereka mengasaskan institusi Kesultanan Melaka Moden. Bahkan, mereka tidak memiliki apa-apa gelaran kekerabatan atau darjah kebesaran sebagai tanda pengakuan terhadap kedudukan orang yang mendakwa diri mereka Sultan Melaka ini. Oleh itu, mereka tidak boleh diangkat menjadi Sultan Melaka sama ada secara de jure mahupun de facto atau sebagai Ketua Adat.
Kedudukan Raja Melayu di Indonesia lebih terakui jika dibandingkan dengan individu yang mengakui sebagai Sultan Melaka. Ini kerana setidaknya Raja Melayu di Indonesia tetap diakui sebagai pewaris raja walaupun tanpa sebarang kuasa. Tetapi, individu yang mengakui sebagai Sultan Melaka ini susur galur mereka sendiri pun boleh dipertikai.

Tuesday, November 20, 2018

TIPS MENCARI KERJA UNTUK FRESH GRADUATE

Sudah beratus kali saya fikir pasal perkongsian ini. Saya terperangkap antara dianggap poyo atau manfaat yang banyak pada fresh graduate yang lain. Saya gagahkan jua untuk berkongsi kerana saya yakin manfaatnya besar buat kawan-kawan diluar sana (exclude UTP student, sebab setahu saya career advisor bagus-bagus)
Jadi insyaAllah ini perkongsian saya untuk fresh grad yang nak cari kerja. Posting ini panjang. Rajin-rajinlah membaca.
Okay, untuk mencari kerja perkara pertama yang nak kena buat adalah sediakan Curriculum Vitae (CV). Ahh. Ini nasihat biasa. Semua orang tahu. Haha. Okay, yang menjadikan anda berbeza dengan orang lain adalah Impressive CC. jadi anda haruslah menyediakan Impressive CV. Apa yang perlu anda ada dalam CV tersebut. Disini saya lampirkan CV saya ( Saya maklum yang CV ini adalah private and confidential, tapi pada saya, ianya adalah perkara yang kita dah buat dan kawan-kawan saya pun tahu apa yang saya buat. Jadi, perkara ini tak lah rahsia sangat, ilmu yang nak dikongsikan adalah lebih penting untuk manfaat orang lain. Satu lagi macam tak kena kalau saya attach CV orang lain sebab itu memerlukan kebenaran, tak semua orang ingin berkongsi)
Okay sambung. Apa yang perlu ada didalam package CV?
1) Surat Permohonan Kerja (Gambar 1)
2) CV, Minimum Satu Page, Maksimum Tiga Page( Gambar 2-4)
3) Recommendation Letter dari Industri ( Gambar 5)
4) Recommendation Letter dari Lecturer ( Gambar 6).

Okay bila dah ada semua ni. Compile details dalam Word dan save file tersebut dalam PDF atas nama dan no telefon bimbit anda. Contoh (Kamarul Fitri Bin Asyraf Megat_0123456789). Selesai satu hal. Jadi package CV ini adalah senjata ada untuk cari kerja. Okay?
Okay, bila dah ada senjata. Strateginya juga kena ada. Jadi ini beberapa strategi yang saya rasa applicable untuk semua.
Set dulu position apa nak apply, at least ada tiga. Contoh:-
- Electrical Engineer
- Project Engineer
- Sales Engineer

Bukan taknak fokus satu bidang sahaja. Semua maklum ekonomi sekarang macam mana kan. Okay sambung.
1) Print CV and drop CV dekat booth career fair. Satu career fair drop 20 CV. pergi 10 Career Fair dah 200 application. Focus on numbers. Pergi career fair ni kos nya tinggi juga. tapi apa nak buat, hadap jelah. (Lupa nak cakap, kaedah yang saya sebut ni ialah untuk CV itu dibuat based on skills or knowledge yang kita ada. Satu kaedah lain lagi yang dipanggil Customized CV. Maksudnya cari position dulu, baru buat CV. Kaedah ni ambil masa sikit, tapi chances nak dapat iv tinggi. Saya jenis malas, jadi saya buat kaedah pertama)
2) Pergi Career Fair kan? Jangan lupa untuk pergi setiap booth untuk dapatkan email untuk apply job. sama ada email recruitment or website comp tersebut. Bila sampai rumah, buat application thru email satu-satu. Boleh rujuk gambar 7-10 untuk application thru Email.
3) Last sekali, application thru Jobstreet. yang ini sangat competative. Kita boleh tengok, satu position. beratus yang appy. bahkan beribu. Ini berapa tips untuk jobstreet application.
- setup account jobstreet. masukkan semua data yang diperlukan based on CV kita pun dah cukup baik. jangal tinggal kosong. sebab bila kita apply position. details kita akan naik dekat newsfeed bagi penerima (sama ada comp direct atau recruitment firm). Kalau tak isi, nampak kita tak bersungguh.
- setting gaji. ini perkara yang paling crucial. jangan letak gaji terlalu tinggi. jangan letak terlalu rendah. cukup dengan apa yang kita rasa logic dengan fresh grad. letak RM 2000- 2500. atau RM 2500-3000. Ini untuk mendapatkan chances yang tinggi untuk interview. kalau letak setting RM 5000. bukan tak boleh. silakan. cuma saya nak cakap good luck. 😁😁 . rujuk gambar 12.
- cari kerja perlu berfokus. set 3 position yang kita nak. itu lebih memudahkan. macam yang saya cakap tadi. boleh rujuk gambar 13
- jangan lupa untuk attach impressive CV yang kita buat. nanti penerima akan buka. CV impressive. Chances nak dapat IV tinggi.
- ayat pitching perlu sesuai. tak kurang, tak over. boleh tengok contoh gambar 14. (jobstreet kita boleh apply 200jobs/month) insyaAllah ada yang sangkut punya.
wallahualam. itu saja perkongsian saya tentang tips mencari kerja untuk fresh grad. good luck jika anda dapat iv nanti. bab iv. lain pulak cerita dia.
beberapa konklusi yang saya boleh rumuskan.
1) Sabar. Cari kerja ni kena sabar. Susah memang susah. insyaAllah yakin dengan Allah yang ada rezeki terbaik untuk kita.
2) saya banyak share pasal engineering, tapi applicable je untuk kos lain. cuma perlu tukar keyword je.
3) nak seribu daya. tak nak seribu dalih. ilmu ni insyaAllah applicable untuk mereka yang memilih untuk bekerja. (untuk usahawan atau sponsored student tak applicable)
4) jika anda masih belun temui pekerjaan, jangan give, cuba usaha untuk berniaga, saya pun pernah buat masa saya belajar. insyaAllah ada rezeki kita.
itu saja dari saya. good luck. stay positive. kerja ada. cuma tak banyak. masa yang sesuai akan tiba untuk kita. yakinlah dengan rezeki Allah.
Amir Aiman DK atau Ainunul Khalilah boleh buatkan CV kalau malas.
Nasihat IV boleh dapatkan dari Nik Akmal atau DR Job Nor Idham Che Ghani.
yang ikhlas,
Aizuddin Kamel.
Junior Career Coach.

Pensyarah Cina UKM temui hasil kajian kaum Cina diskriminasikan bangsa Melayu di alam pekerjaan

INI RAHSIA TERBUKA.
Pensyarah cina UKM temui hasil kajian kaum cina diskriminasikan bangsa Melayu
1.BANGI, UKM – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.
2.Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen *kajian selama tiga tahun* yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.
3.Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar *“Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia”* anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
4.Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana *jawatan tinggi di pegang oleh kaum cina*. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.
5.Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan *42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu* yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.
6.Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan *resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina* untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.
7.Beliau bagaimana pun mengingatkan *mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman* kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD.
Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara *asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan cina*.
8.Beliau mengakui *wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu* dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.
9.Kajian mereka juga mendapati *hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi* dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.
10.Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.
11.Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan *syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.*
12.Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.
13.Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat cina dan calon cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain “kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan”. Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum cina.
14.Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.
Ceritakan pengalaman anda bekerja dengan cina di ruangan comment supaya dapat kita menguatkan kajian ini bahawa ini benar benar terjadi sejak dahulu lagi.

SS Mufti Selangor menulis: Memahami ancaman liberalisme

(1) APAKAH yang dikatakan dengan Islam Liberal?
Liberal merupakan sesuatu yang bebas dan terbuka. Secara mudah untuk memahami konsep ini, aliran ini bersifat condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang dikatakan demokratik. Manakala aliran Islam Liberal merujuk kepada aliran yang memiliki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang ada dalam syariat Islam yang asli lagi tulen.
Dalam konteks kini aliran ini merupakan serangan pemikiran dan kebudayaan di mana bentuk-bentuk serangan yang secara tidak langsung dilakukan bagi meruntuhkan pegangan agama masyarakat Islam serta boleh memberi kesan kepada keruntuhan Islam.
(2) Apakah yang diperjuangkan oleh Islam Liberal ini?
Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini telah mula memperjuangkan pelbagai isu bertujuan menyebarkan idea liberalisme secara lebih meluas. Antara agenda golongan ini ialah memperjuangkan fahaman pluralisme agama dengan menyamatarafkan semua agama, agar kedudukan agama Islam sebagai agama yang paling benar dapat dihapuskan.
Secara tidak langsung kedudukan agama Islam di Malaysia dapat direndahkan sehingga boleh mengundang kepada gejala murtad. Perkara ini selari dengan salah satu tuntutan IFC atau Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Commission) supaya membenarkan orang Islam untuk murtad tanpa dikenakan apa-apa halangan dan tindakan.
Selain itu, golongan Islam Liberal juga berusaha untuk menghapuskan kedaulatan agama Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kedudukan agama Islam di Malaysia sebagai agama bagi Persekutuan, atau Islam sebagai agama negara, sengaja ditafsirkan dengan Islam sekadar agama rasmi sahaja.
Tujuan mereka menyatakan demikian adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Sekular berpaksikan demokrasi liberal yang tidak terikat dengan agama Islam. Dengan sebab inilah mereka turut menentang pemerkasaan terhadap Mahkamah Syariah dan Undang-Undang Syariah. Mereka juga berhasrat untuk menghapuskan Institusi-institusi Agama Islam di Malaysia.
(3) Apakah usaha yang boleh dilakukan dalam mendepani atau mengelakkan diri dari terjebak kepada ketaksuban aliran Islam Liberal ini?
Pelbagai pendekatan, usaha dan strategik dakwah boleh dilakukan oleh agensi-agensi agama serta pendakwah masa kini dalam menangani serta menangkis ancaman aliran pemikiran tersebut sama ada di peringkat kawasan penempatan sehinggalah ke peringkat nasional.
Bagi pihak masyarakat, mereka perlu mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam daripada guru-guru agama yang mempunyai tauliah dan berautoriti. Dengan itu, dapatlah menjadi benteng daripada terpedaya dengan corak pemikiran Islam Liberal tersebut.
Masyarakat juga perlu memainkan peranan yang efektif, sikap akauntibiliti pada agama dan ambil tahu bukan sekadar untuk diri sendiri malah saling mengingatkan antara satu sama lain tentang bahayanya gerakan ini dan betapa pentingnya untuk kembali dan memahami ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 208 bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamuke dalam agama Islam secara keseluruhan (dengan mematuhi segala hukum hakamnya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
Sumber:

Monday, November 12, 2018

Beginilah Sejarah “Bid’ah” Tanda Baca Al Qur’an Yang Harus Anda Tahu

Mushaf al-Qur’an yang kita baca saat ini sebenarnya merupakan hasil inovasi (baca: “bid’ah”) yang dilakukan sepeninggal Nabi. Tidak ada pengumpulan al-Qur’an pada masa Nabi dalam satu susunan mushaf. Selain dihafal, ayat al-Qur’an itu dicatat secara sporadis dalam potongan kulit atau tulang atau lainnya. Baru kemudian berturut-turut pada masa tiga khalifah pertama al-Qur’an dikodifikasi dan –singkat cerita– jadilah Mushaf Utsmani.
Tapi bentuk penulisannya masih belum ada tanda baca. Ini menyulitkan buat orang-orang non Arab, padahal Islam sudah tersebar keluar jazirah Arab. Maka muncullah “bid’ah” berikutnya:
Khalifah Muawiyah menugaskan Abu al-Aswad Ad-du’ali untuk meletakkan tanda baca pada tiap kalimat dalam bentuk titik untuk menghindari kesalahan membaca. Kemudian pada masa Khalifah Abdul Malik bin Marwan ditugaskan Al Hajjaj bin Yusuf untuk memberikan titik sebagai pembeda antara satu huruf dengan lainnya. Misalnya, huruf ba dengan satu titik di bawah, huruf ta dengan dua titik di atas, dan tsa dengan tiga titik di atas. Baru kemudian, pada masa pemerintahan Dinasti Abbasiyah, diberikan tanda baris berupa dhamah, fathah, kasrah, dan sukun untuk memudahkan umat Islam dalam membaca Al-Qur’an.
Kemudian, pada masa Khalifah Al-Makmun, para ulama selanjutnya “ber-inovasi” untuk semakin mempermudah orang untuk membaca dan menghafal Alquran, khususnya bagi orang selain Arab, dengan menciptakan tanda-tanda baca tajwid yang berupa isymam dan mad. Sebagaimana mereka juga membuat tanda lingkaran bulat sebagai pemisah ayat dan mencantumkan nomor ayat.
Sampai di sini pengkodifikasian dan penulisan tanda baca al-Qur’an sudah melampaui apa yang ada di masa Nabi. Tidak ada contohnya dari Nabi. Untunglah “bid’ah” semacam ini diterima oleh semua umat Islam. Kata Lajnah Da’imah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta Saudi Arabia, meski tidak ada dalil khusus yang memberi perintah seperti itu, namun pengkodifikasian dan pemberian tanda baca itu masuk dalam dalil umum untuk menjaga al-Qur’an. Oke deh syekh bro…ini masuk kategori bid’ah yang hasanah kali yah..
Tapi persoalan belum selesai, karena gara-gara perbedaan tanda waqaf, bisa timbul perbedaan penafsiran yang bahkan dalam sejarah Islam berujung pada kafir mengkafirkan.
Contohnya ayat di bawah ini:
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آَيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آَمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
Artinya: Dialah yang menurunkan al-Kitab (al-Qur’an) kepadamu. Diantara (isi) nya ada ayat-ayat muhkamat, itulah ummul Qur’an dan yang lain ayat-ayat mutasyabihat. Adapun orang-orang yang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya mengatakan : “kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu berasal dari Tuhan kami”. Dan tidak dapat mengambil pelajaran darinya kecuali orang-orang yang berakal (Q.S. Al Imran : 7).
Kelompok salaf berhenti sejenak membaca potongan ayat ini:
وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ
“Tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah”
Sedangkan lafazh berikutnya dianggap merupakan permulaan kalimat baru. Sehingga menurut golongan ini, ayat mutasyabihat diserahkan saja maksudnya kepada Allah Ta’ala, tanpa ditakwil maknanya.
Sedangkan ulama Khalaf meneruskan membacanya dengan lafazh selanjutnya:
وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ
“Tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya”.
Gara-gara bahasa Arab klasik tidak mengenal titik dan koma, maka tidak jelas penggalan ayat di atas dibacanya sampai mana. Maka persoalan boleh tidak kita menakwil ayat mutasyabihat menjadi persoalan klasik yang tak pernah usai.
Nadirsyah Hosen,
Dosen senior di Monash Law School.
Sumber: dutaislam.com

Wednesday, September 26, 2018

Industri 4.0 ubah cara kerja, hidup Oleh Profesor Madya Dr Afandi Ahmad

PADA 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain.
Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan.
Perkara yang sangat luar biasa dan syabas kepada Gordon Moore menerusi hukumnya yang diilhamkan pada 1965.
Pengasas dan pengerusi eksekutif WEF, Klaus Schwab, menerusi bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan hidup. Perubahan ini dipacu tiga domain teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal yang merentasi sembilan tonggak Industri 4.0, merangkumi simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi.
Mendepani cabaran Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat, pelajar di universiti mesti keluar daripada kebiasaan. Forum Ekonomi Dunia (WEF) menggariskan pentingnya penguasaan elemen 4C iaitu Critical Thinking & Problem Solving, Communication, Collaboration dan Creativity pada semua peringkat pengajian, termasuk di menara gading. Jika di sekolah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menjadi nadi, pelajar di universiti usahlah leka berdiam diri.
Kemahiran 4C mesti diasah setiap penjuru kehidupan, di kolej kediaman, dewan kuliah, merentasi aktiviti kesukarelawanan dan keusahawanan dan juga di padang sukan. Sebagai persiapan menghadapi cabaran Industri 4.0, pelajar di universiti perlu mempertimbangkan tindakan berikut.
Tajamkan kemahiran penyelesaian masalah kompleks
Sembilan teras Industri 4.0 boleh dirumuskan dengan satu perkataan, iaitu kompleks.
Apakah itu masalah yang kompleks? Masalah yang kompleks diukur menerusi kelebaran julat konflik yang terlibat, kedalaman analisis dan pengetahuan diperlukan, keterlibatan isu yang unik, keperluan mematuhi piawaian ditetapkan, kehendak pengguna dan pemegang taruh pelbagai, impak penyelesaian terhadap pelbagai aspek seperti ekonomi, persekitaran, sosial, politik, etika, kesihatan dan kelestarian.
Justeru, jelaslah siswa tidak lagi terikat dengan bidang pengajian dan peperiksaan semata-mata. Kebolehlenturan kognitif amat diperlukan agar masalah kompleks ditangani secara agresif dan holistik.
Kemaskan kemahiran komunikasi lisan, bertulis
Dengan IoT sebagai nadi, keupayaan berkomunikasi dengan efisyen secara lisan dan bertulis adalah kritikal. Suatu masa dahulu, mesyuarat bersemuka, tetapi hari ini diskusi kita di mana-mana.
Banyak konflik akibat komunikasi, andai aspek bahasa dan seni komunikasi tidak diteliti. Dengan salah faham, terencatlah kerja berpasukan, kepemimpinan dan proses penyelesaian masalah.
Maka, menjunamlah produktiviti organisasi, soal kualiti dan kuantiti. Selain teknologi, ketidakupayaan berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa Inggeris tidak lagi boleh dijadikan sempadan.
Dengan lebih banyak kompetensi bahasa dimiliki, pelajar akan berdiri megah di arena globalisasi.
Kukuhkan diri sebagai pemimpin dan ahli pasukan
Penyelesaian masalah kompleks merentasi disiplin secara tuntas memerlukan kerjasama berpasukan cemerlang, sebagai ketua dan ahli pasukan yang berkesan. Selain pengetahuan teknikal, karisma dan kepemimpinan berinovasi adalah resipi kejayaan kerja berpasukan.
Memimpin dan menjadi ahli pasukan yang baik memerlukan ilmu dan kemahiran. Di universiti, pelbagai peluang ditawarkan misalnya menerusi projek berkumpulan, selain kegiatan di kolej kediaman dan badan beruniform yang semuanya adalah peluang seluas lautan.
Kayakan diri dengan kepintaran emosi
Untuk Industri 4.0, bijak sahaja tidak memadai. Pekerja cemerlang bukan sahaja perlu mahir tindakannya dan penuh hikmah penuturannya, malah perlu pintar emosinya.
Kepintaran emosi adalah keupayaan mengenalpasti dan mengurus emosi diri dan pihak lain dengan tiga teraju utama iaitu kesedaran, jaringan dan kawalan emosi.
Kepintaran emosi kunci kejayaan hubungan sosial dan profesional. Bertegas tidak semestinya bermaksud seorang ketua perlu membaling fail, tidaklah juga bermaksud seorang ketua sunyi kata-kata apabila anak buah bermasalah.
Soalnya, bagaimana dalam ketegasan tetap berupaya memacu semangat kerja adalah ibadah dan memupuk rasa kepunyaan tinggi kepada organisasi? Kepintaran emosi itu pasti.
Manfaatkan semua peluang, sentiasa kreatif
Peluang pada era Industri 4.0 adalah umpama emas yang bertaburan di jalanan, hanya menunggu siapa yang datang mengutipnya. Dengan Industri 4.0 menekankan misalnya aspek pembuatan pintar maka sumber manusia yang bakal mengisinya mestilah bijak merebut peluang, kreatif dan berinovatif dalam mengemukakan cadangan dan berani ambil risiko.
Rumusannya, dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan dan demi Malaysia yang dicintai, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menjadi induk kepada pelajar jelas begitu proaktif dengan pelbagai strategi ke arah menyediakan pendidikan terbaik bertaraf dunia.
Ini tidak lain agar anak-anak di universiti tidak mati langkah untuk bersilat dengan cabaran Industri 4.0. Dunia yang kompleks hanya dapat kita tawan dengan memiliki generasi masa depan yang penuh dengan ilmu dan akhlak. Demi Malaysia yang kita cintai, berusahalah agar hari ini lebih baik daripada semalam dan esok akan jauh lebih bersinar daripada hari ini.

Thursday, August 16, 2018

MAQASID AL-SHARI’AH ( TUJUAN-TUJUAN SYARI’AT )



Maqasid Syari’ah ialah matlamat-matloamat Syariah di dalam kesemua atau kebanyakan hukum-hukum syara’.

Sesungguhnya Syariah Islam diperuntukan bagi kepentingan umat di dunia dan juga di akhirat. Syariah Islam bertujuan untuk memberikan kebaikan atau menghalang kemudharatan ke atas mereka. Syariah Islam menuju ke arah membahagiakan individu dan masyarakat, menjaga sistem dan membangun dunia bagi membolehkan manusia sampai ke kemuncak kesempurnaan, kebaikan dan ketamadunannya.

Di antara maslahah dari sudut kesannya terhadap masyarakat ialah Dharuriah al Khamsah. Dharuriah al Khamsah ialah maslahah asasi yang merupakan perkara pokok untuk kehidupan beragama dan keduniaan manusia. Tanpa maslahah ini, nescaya berlakulah kepincangan hidup manusia di dunia dan kehilangan nikmat yang abadi serta mengalami keseksaan di akhirat nanti.

Dharuriah al Khamsah ini ialah agama, jiwa, aqal, nasab ( keturunan ) dan harta benda. Segala urusan keagamaan dan keduniaan dibina atas maslahah-maslahah ini dan hanya dengan memeliharanya, segala urusan individu dan masyarakat berjalan dengan baik.

Islam menjaga maslahah-maslahah ini di dalam dua segi iaitu mewujudkanya dan mengekalkannya. Yang pertama merupakan dari segi positif yang berkaitan dengan penjagaannya dari sudut wujud dan yang kedua merupakan segi negatif yang berkaitan penjagaannya dari sudut tidak ada.

Untuk merealisasikan agama, Allah telah mewajibkan perlaksanaan segala rukun Islam yang lima, jihad dan mengenakan seksa ke atas mereka yang keluar daripada Islam.

Bagi mententeramkan jiwa, Islam telah mensyariatkan perkahwinan untuk kesinambungan generasi manusia, mewajibkan makan, minum dan berpakaian serta mengenakan hukum ke atas pembunuhan iaitu qisas, diat dan kaffarat.

Untuk mewujudkan aqal yang sihat, Islam mengharuskan setiap perkara yang menjamin keselamatan aqal dan menyuburkannya dengan menuntut ilmu pengetahuan. Untuk menjaga aqal ini, Islam mengharamkan setiap perkara yang boleh merosakkan atau melemahkan kekuatan aqal seperti minum minuman yang memabukkan dan mengambil sesuatu yang boleh mengkhayalkan seperti dadah. Islam juga mengenakan hukuman yang menakutkan ke atas mereka yang mengambil sesuatu yang memabukkan atau merosakkan aqal.

Untuk mewujudkan keturunan, Islam telah mensyariatkan perkahwinan. Untuk menjaga keturunan ini, Islam mengharamkan zina dan qazaf serta mengenakan hukuman ke atas orang yang berzina dan membuat qazaf. Lantaran itu, keturunan manusia akan berterusan dan terpelihara dari bercampur aduk keturunan.

Untuk menghasilkan harta, Islam mewajibkan berusaha mencari rezeki yang halal dan mensyariatkan muamalat di antara manusia seperti berjual beli, sewa menyewa, hibah, syarikat dan pinjam meminjam.
Untuk memelihara harta, Islam mengharamkan mencuri, mengharamkan penipuan, khianat, riba dan memakan harta orang lain secara tidak sah. Islam mewajibkan hukum potong tangan dan ganti rugi ke atas harta-harta yang dimusnahkan.

Menurut syariat ada lima ragam perintah Allah SWT yang diistilahkan al ahkam al khamsah ( hukum yang lima ):
1.     Wajib atau fardhu; mesti dikerjakan. Kalau dikerjakan mendapat pahala dan ditinggalkan mendapat dosa.
2.     Sunat atau mandub; dianjurkan untuk dikerjakqan. Kalau dikerjakan mendapat pahala dan kalau ditinggalkan, tidak mendapat dosa.
3.     Jaiz atau mubah; terserah: boleh dikerjakan, boleh ditinggalkan. Kalau dikerja atau ditinggalkan tidak mendapat apa-apa.
4.     Makruh; dianjurkan untuk ditinggalkan. Kalau ditinggalkan mendapat pahala dan sekiranya dikerjakan, masih belum berdosa.
5.     Haram; dilarangkan mengerjakan. Kalau dikerjakan mendapat dosa dan kalau ditinggalkan mendapat pahala.

Semua perkara yang diwajibkan oleh Allah SWT adalah bagi pembinaan kesejahteraan manusia itu sendiri. Semua yang diharamkan Allah SWT adalah untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan aqidah atau agama, diri ( rohani dan jasmaniah ), kehormatan diri, keselamatan harta benda dan keselamatan dan kesejahteraan keturunan.

Setiap yang mengancam atau merosakan aqidah, diri, aqal, harta dan keturunan itu diharamkan oleh Allah SWT. Contohnya :
i.               Diharamkan syirik, bida’ah, khurafat dan mementingkan lain daripada Allah SWT kerana merosakan aqidah atau agama.
ii.              Diharamkan arak, heroin, membunuh dan makanan tertentu kerana ia merosakkan rohaniah atau jasmaniah.
iii.            Diharamkan cabul, membuka aurat, berkhinat, melanggar janji dan rogol kerana ia merosakan kehormatan.
iv.            Diharamkan judi, boros dan riba’ kerana ia merosakan harta benda.
v.              Diharamkan zina dan mendirikan keluarga tanpa nikah kerana ia merosakkan keturunan.
vi.             
Oleh itu, syari’at itu adalah jalan bagi mewujudkan keselamatan dan kesejahteraan naluri asasi manusia.

Monday, July 30, 2018

Perjuang Ulama di Tanah Melayu.

"SEJARAH ditulis oleh pemenang" ujar sang filosof, tetapi saya beranggapan tugas sarjana Muslim ialah meluruskan sejarah, kerana sejarah itu tidak pernah berbohong di langit yang paling sakral. Siapa pun tak mampu memadam sejarah ulamak dalam perjuangan membebaskan tanah leluhur ini.
Perjuangan kemerdekaan di setiap inci bumi umat islam adalah dipelopori oleh alim ulamak walaupun sejarah ini cuba dipadamkan oleh kelompok Sekular Pragmatis yang memerintah umat islam. Dalam negara tercinta ini juga, sejarah perjuangan ulamak dalam menentang penjajahan tidak didokumentasikan dengan baik sehingga pernah dituduh bahawa ulamak tidak memperjuangkan kemerdekaan.
Di tanah air kita yang tercinta ini, denai sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulamak membentengi aqidah umat Islam semenjak kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13. Ulamak kita yang berkubu di pusat-pusat pengajian Islam telah memancarkan kekuatan kepada umat Islam bagi berdepan dengan "ghazwatul fikri" penjajah Barat. Dalam cerminan sejarah ini, tersuluh kehebatan Tuan Guru Hj Hassan bin Munas (Tok Janggut) yang bangkit bermandi darah di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1915. Di Terengganu pula, ulamak tersohor Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong telah memimpin kebangkitan ummah, menentang kemaraan penjajah British yang cuba memijak kemuliaan Syariat Islam.
Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong atau nama lengkapnya Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid, beliaulah yang banyak memberi corak agama dalam pemberontakkan agama Terengganu ini. Sejak dari kebangkitan 1922, lalu kebangkitan 1925 dan seterusnya pemberontakan 1928, penglibatan jelas sekali apabila tokoh-tokoh tempatan dari Kuala Berang datang menemuinya untuk mendapatkan nasihat mengenai bagaimana sepatutnya diambil tindakan. Malah namanya turut tercatat dalam surat-surat kerahan agar berkumpul di Kuala Berang dan Telemong sebelum tercetusnya pemberontakan ini. Sebab itulah sebagai hukumannya, beliau dibuang negeri ke Makkah, dengan harapan agar penentangan terhadap British tidak lagi wujud di Terengganu.
Abdul Rahman Limbong telah berguru kepada banyak tokoh agama tetapi paling istimewa sekali ialah daripada Tok Ku Paloh, di mana beliau turut menjadi khadam di rumah tuan gurunya itu. Kemudiannya beliau mengajar di suraunya di Jonggok Tong, Beladau, dan dengan kematian Tok Ku Paloh, beliau meengajar di surau Sayyid Saggaf. Di samping itu beliau juga mengajar di tempa-tempat lain, iaitu di mana sahaja beliau singgah dalam pengembaraannya. Dalam pengajaran ini, di antara teks-teks yang digunakan ialah kitab-kitab tasawwuf karangan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, seperti Siyar al-Salikindan Hikayat al-Salikin serta karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari iaitu al-Durr al-Nafis.
Pada dekad 1920'an pula berlaku 'revolusi mental' yang digerakkan oleh ulamak-ulamak muda yang mendapat pendidikan tinggi di Universiti al-Azhar di Mesir. Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Abas Mohd Taha, adalah sebaris nama-nama yang berjasa besar meniupkan api perjuangan untuk pengislahan diri Bangsa Melayu yang serba terperuk akibat penjajahan dan kesalahfahaman terhadap Islam yang syumul.
Mereka mendapat tentangan sengit daripada penjajah British yang cuba menunggangi Istana (melalui pihak berkuasa agama negeri-negeri) untuk menyekat arus kesedaran yang digerakkan oleh ulamak-ulamak muda yang progresif ini. Perjuangan menuntut kemerdekaan juga bertambah rancak dengan kepulangan Dr Burhanurddin al-Helmi dari pengajiannya di India. Beliau merupakan tokoh tersohor yang mendapat pengalaman antarabangsa dalam perjuangan menentang imperialis Barat.
Sejarah juga tidak dapat memadamkan jasa gerakan Hizbul Muslimin dalam perjuangan kemerdekaan. Ditubuhkan pada Mac 1948 di Gunung Semanggol, Perak dan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Gerakan ini dengan jelas menyatakan matlamatnya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan asing dan menegakkan Darul Islam. Hizbul Muslimin telah diberi perhatian ketat oleh pihak risikan British kerana potensi mereka mampu menggugah kesedaran rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan :
"The development of this movement should be very closely watched, for its preachs nationalism as the religious duty of all the believers, and Islam has always been a militant creed. There can be no doubt that its propanganda is made to appeal to the young Malay intellectuals and progressives, since it strives to give scriptual authority to their efforts to modernize their society and economy and to their undoubtedly aspirations towards national independent. In the present relatively lethargic state of Umno, it may well draw away of the younger and more progressive minds. Its promoters have had bad political record, and it may well be that in the current crisis any extension of its activities will force goverment to consider the question of outlawing the party. Wheather Hizbul Muslimin moves to the right or to the left in step with its true paent, the Masjoemi (MASYUMI-penulis), it remains a menace to the British authority."
PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 oleh para alim ulamak dan guru-guru agama juga dengan tegas memperjuangkan kemerdekaan namun cuba dipadamkan sejarah citra dan nuansa ini dalam catatan sejarah. Sebahagian daripada pimpinannya telah mendekam dalam penjara British seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Khatijah Sidek (pernah menjadi calon PAS di Dungun) dan lain-lainnya. Perjuangan kemerdekaan oleh PAS dilihat sebagai tanggungjawab aqidah seperti yang diungkapkan oleh Prof Dr Zulkifli Mohamad :
"Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajahan asing oleh orang yang tidak seagama dengannya. Sebab itu umat Islam adalah diwajibkan oleh Tuhan-nya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajahan oleh orang-orang yang tidak seyakinan dengannya. Dan bagi PAS sebagai parti politik Islam bukan sahaja merupakan kewajipan politik semata-mata tetapi lebih dari itu merupakan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan."
PAS memainkan peranan yang besar menyedarkan masyarakat untuk menuntut kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan tanah leluhur ini berpandukan Syariat Islam. Ramai tokoh-tokoh besarnya mendekam di penjara kolonial seperti Dr Burhanuddin al-Helmi, juga alumni Hizbul Muslimin demi melihat Deenul Islam tertegak di atas Tanah Melayu ini.
Usaha untuk menulis kembali sejarah tanah air dengan memasukkan jasa kelompok Komunis adalah pengkhianatan pada perjuangan umat Islam mengusir penjajah. Perjuangan mereka bukan bertujuan memerdekakan Tanah Melayu tetapi untuk mewujudkan wilayah ke-19 Republik Komunis China. Setelah gagal dalam Rundingan Baling pada tahun 1955, PKM terus melancarkan pemberontakan di Malaya, Malaya dimerdekakan British pada tahun 1957, namun PKM terus melancarkan serangan bersenjata sehingga mengorbankan ribuan nyawa anak watan. Bukan kepalang jenayah Komunis pada negara ini, harta benda yang dimusnahkan, anggota keselamatan yang cedera dan terkorban, bahkan menjarakkan hubungan antara kaum Melayu dan Cina dalam tempoh yang panjang. Perjuangan bersenjata PKM hanya tamat pada pada tahun 1989 setelah ideologi Komunisme mengalami kegagalan di seluruh belahan dunia.
Buat anak-anak muda kail sejengkal, anda tidak mengenali sejarah Komunis dan cabang ideologi mereka. Di rantau ini juga mereka menumpahkan kezaliman sehingga membunuh ratusan ribu nyawa di Indonesia, Cambodia, Vietnam dan lain-lain wilayah. Keinginan menulis sejarah baru ini bagi saya adalah keterujaan merengkuh kuasa Malaysia baru yang seakan pernah melanda Indonesia pasca Reformasi Mei 1998, awas semua rakyat bermaruah akan reinkarnasi Komunisme di tanah air tercinta ini!
(Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pengerusi LESTARI) - HARAKAHDAILY 31/7/2018

Artikel asal bertajuk : Masukkan perjuangan ulamak, bukan komunis