Monday, March 31, 2014

Pengurusan Jenazah Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA)

Pengurusan Jenazah Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA)Posted on Monday, March 31 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Artikel


Apabila seseorang ODHA telah meninggal dunia, masih ramai yang mengandaikan bahawa kononnya jenazah mereka akan dimandikan dengan cecair sodium hypochloride (Clorox) yang akan menyakitkan dan mengaibkan jenazah, serta mendatangkan aib kepada ahli keluarga.

Mungkin mereka membayangkan bahawa jenazah ODHA akan dimandikan dengan cecair sodium hypochloride semata-mata atau jenazah akan dicelup ke dalam tong sodium hypochloride tersebut.


Itu SILAP besar. Campuran cecair sodium hypochloride tidak mampu membunuh virus. Ianya cuma berfungsi untuk membasmi kuman.

Salah faham tersebut adalah antara faktor yang menyebabkan ODHA yang baru didiagnos merasa sangat tertekan, enggan menjalani rawatan, dan seboleh mungkin merahsiakan status kesihatan mereka.

Mari fahami bahawa pengurusan jenazah ODHA dikategorikan sebagai PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO.


Apakah yang dimaksudkan sebagai PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO?

Pengurusan Jenazah Berisiko lebih kepada Standard Of Procedure (SOP) langkah-langkah pencegahan terhadap jangkitan kuman dan bakteria melalui cecair badan dan udara. SOP PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO bukanlah susah dan tidak khusus kepada ODHA sahaja.


Contoh jenazah berisiko?

Antara beberapa contoh JENAZAH BERISIKO adalah jenazah yang telah beberapa hari dijumpai mati disebabkan oleh kes-kes jenayah, kemalangan jalan raya, bunuh diri, mati terbakar, dan memerlukan bedah siasat (post mortem). Jenazah begini biasanya perlu diuruskan dan dikebumikan dengan segera.


Maaf, visual ini terpaksa dipaparkan untuk tujuan pendidikan


Selain itu, terdapat juga jenazah yang meninggal dunia disebabkan oleh pelbagai jangkitan yang tersebar melalui udara dan cecair badan. Kesemuanya memerlukan SOP yang sama.

Ianya juga bertujuan untuk memelihara aib jenazah, keselamatan pihak yang menguruskan jenazah, kesihatan awam, dan memudahkan ahli kariah menguruskan pengkebumian.


Maaf, visual ini terpaksa dipaparkan untuk tujuan pendidikan


Jangan kita fikir semua keadaan jenazah adalah sempurna dan sama sahaja. Jika kita mempunyai pengalaman menguruskan jenazah ahli keluarga yang telah dibedah siasat, meninggal dunia semasa menjalani pembedahan besar dan akibat kemalangan ngeri di jalan raya , tentu kita tahu keadaan tubuh jenazah sebegini. Sekalipun luaran kelihatan sempurna, organ dalamannya berkemungkinan telah mereput dan terdapat lelehan cecair badan.


Maaf, visual ini terpaksa dipaparkan untuk tujuan pendidikan


Selain itu, JENAZAH BERISIKO ada yang telah terbiar selama berminggu-minggu, berbau, berkudis, mereput, berulat, dan keadaan fizikal yang mengerikan. Ianya juga adalah untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar.


Maaf, visual ini terpaksa dipaparkan untuk tujuan pendidikan


Maksudnya, jenazah ODHA berisiko menjangkitkan HIV kepada orang lain?

SOP PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO bukan disebabkan oleh risiko jangkitan HIV. Virus akan mati apabila ODHA telah meninggal dunia dan jangkitan HIV cuma boleh berlaku dari dalam tubuh ke dalam tubuh orang yang masih hidup. HIV tidak akan berjangkit jika virus berada di luar tubuh.

Masalah timbul apabila ada sebahagian ODHA meninggal dunia dalam keadaan imuniti tubuhnya lemah dan berisiko terhadap jangkitan penyakit bawaan pathogen.

Lebih-lebih lagi jika ODHA tersebut meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan penyakit influenza, kencing tikus (leptospirosis), adenovirus (virus yang mudah tersebar melalui sentuhan dan udara), dan jika terdapat lelehan cecair badan yang boleh dan mudah menyebabkan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh pathogen. 

Sebahagian kecil ODHA pula ada yang terbiar dan meninggal di jalanan dan telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit opportunistic. Oleh itu SOP tersebut perlu dilaksanakan.

Apa yang dimaksudkan dengan pathogen?

Pathogen adalah organisme atau mikroorganisme. Ianya merupakan agen yang menyebabkan berlakunya jangkitan kepada organism lain. Secara perubatannya, pathogen berkemampuan menyebabkan seseorang dijangkiti penyakit-penyakit tertentu. Penyakit-penyakit akibat pathogen diistilahkan dengan pathogenesis.

Situasi ini turut berlaku di hospital-hospital di seluruh dunia tanpa kita sedari. Petugas perubatan yang bergerak daripada seorang patient ke patient lain menyediakan ruang kepada pathogen untuk berjangkit. Ini yang dinamakan Hospital Acquired Infection (HAI).

Contoh agen pathogen adalah bakteria, virus, fungus/kulat, parasit, prion, dan pelbagai lagi mikroorganisme. Jika jangkitan berlaku di luar hospital, kita istilahkannya sebagai nosocomial.

Jangkitan nosocomial yang paling kerap ditemui ialah pada urinari (berkaitan saluran kencing) dan pelbagai jenis pneumonia (radang paru-paru).


Itu tujuan sebenar SOP JENAZAH BERISIKO?

Ya, kerana jangkitan melalui udara, najis manusia atau haiwan, sentuhan, dan cecair badan bawaan pathogen lebih mudah tersebar. Diulang sekali lagi, walaupun dalam jenazah atau mayat ODHA terdapat HIV sebelum kematian, ianya tidak tersebar selepas kematian dan di luar tubuh.
Apabila seseorang sentiasa terdedah kepada pathogen, ianya mendedahkan diri mereka sendiri kepada risiko jangkitan pelbagai jenis penyakit, dan menjadi agen penyebar jangkitan kerana individu tersebut bebas bergerak, bersin, terbatuk dan mungkin menghampiri atau menyentuh mana-mana individu lain yang ketahanan badan atau sistem imunnya rendah. Maka kemungkinan risiko jangkitan sentiasa berlaku.



  
Info tambahan:

Mikroorganisme pathogen mengandungi pelbagai bakteria atau virus merbahaya yang boleh hidup di dalam tubuh manusia selepas kematian dan boleh berjangkit melalui pelbagai cara yang disebutkan tadi.


Apakah hak-hak pengendali jenazah menjaga keselamatan diri dan dan orang lain?


"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah al-Baqarah, ayat 195)

“Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh pula membahayakan diri orang lain.
(al-Hadith)


Apakah antara SOP pengendalian atau PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO?

Antara SOPnya ialah pihak yang memandikan jenazah mesti memakai sarung tangan (gloves), penutup mulut, dan boot getah, menjirus jenazah dengan bilasan air bercampur cecair sodium hypochloride 10%. Secara mudah, nisbah campurannya adalah 1/10.

Masukkan jenazah ke dalam beg plastik khas jika perlu seperti apabila terdapat cecair badan yang meleleh tanpa henti dengan banyak seperti darah, nanah, mayat reput atau relai, bau yang terlalu kuat, dan banyak anggota badan yang telah teruk bersepai.

Perlu difahami bahawa semasa memandikan jenazah (sama ada ODHA atau bukan ODHA), memang SOP inilah yang sebaik-baiknya digunakan untuk membasmi kuman yang mungkin terdapat pada setiap jenazah.

Pihak yang menguruskan JENAZAH BERISIKO adalah terlatih dan dipantau oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri. Di samping mesti berhati-hati menjaga kebajikan diri mereka, pengurus jenazah perlu tahu menjaga adab-adab pengurusan jenazah dan tidak akan mendedahkan aib.

Jika JENAZAH BERISIKO dibenarkan untuk diuruskan oleh ahli kariah, pengurus terlatih mewakili pihak KKM akan hadir memantau hingga selesai urusan pengkebumian.

Bagi jenazah ODHA dalam keadaan sempurna dan meninggal dunia atas sebab-sebab biasa seperti diabetes, kegagalan fungsi jantung, dan darah tinggi, SOP PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO tidaklah terlalu ketat. Tiada masalah untuk disentuh, dilihat, atau dicium oleh ahli keluarga rapat buat kali terakhir.
SOP JENAZAH BERISIKO dapat melindungi maruah ODHA kerana bukan semestinya jenazah ODHA sahaja diuruskan sedemikian.

Masyarakat mesti JELAS dengan maksud "PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO". Kewajiban memelihara aib dan tanggungjawab fardhu kifayah bukan mainan. Apa hukumnya memfitnah jenazah yang tidak mampu membela diri?

ODHA pula tidak perlu paranoid.




Bukti atau Statistik?

Setakat ini, belum ada statistik menunjukkan pengendali jenazah yang terkena
jangkitan bawaan pathogen daripada jenazah yang berpenyakit. Apatah lagi jangkitan HIV yang kononnya berpunca daripada atau kerana pernah menguruskan  jenazah ODHA. Namun begitu, sekecil mana pun risiko jangkitan akibat pathogen, kita perlulah mengambil segala langkah berhati-hati.


PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM SECARA UMUM

Fardhu kifayah bagi menyempurnakan jenazah termasuk:

* Memandikan
* Mengkafankan
* Menyembahyangkan
* Mengkebumikan

Penyediaan peralatan pengendalian jenazah:

* 2 pasang sarung tangan getah (surgical gloves)
* Sarung tangan kain
* Apron plastik
* Alat pelindung hidung dan mulut
* Kasut but getah (digalakkan)

Alatan memandikan jenazah:

* Air mutlak
* Bekas air / baldi
* Takungan mandian jenazah
* Kain penutup jenazah
* Gunting atau pisau
* Air mawar
* Kapur barus
* Daun bidara
* Serbuk cendana
* Kapas
* Penapis atau kain kasa
* Putik kapas / sugi
* Beberapa gayung
* Dulang

Peralatan mengkafan jenazah:

* Kain putih
* Pakaian jenazah
* Tali
* Gunting
* Kapas
* Serbuk cendana / kapur barus / minyak wangi
* Piring / dulang
* Tikar

Cara memandikan jenazah:

* Menggunakan sarung tangan.
* Disalinkan dengan kain yang mencukupi.
* Pastikan air diratakan diseluruh badan jenazah dan tiada halangan seperti plaster, pewarna kuku dan sebagainya.
* Diwudhukkan.
* Disunatkan didahulukan dimandikan dari sebelah kanan.
* Dimulakan dengan air bidara dan gosok pada setiap anggota badan.
* Bersihkan najis pada rongga yang terbuka.
* Jirus dengan air mutlak ke seluruh badan dan ratakan.
* Pastikan air mandian dialirkan ke longkang.
* Lapkan jenazah dan salinkan dengan kain yang bersih dan dibawa ke tempat mengkafan.

Mengkafankan jenazah:

* Letakkan jenazah di tempat yang telah disediakan kain kafan.
* Letakkan kapas pada bahagian anggota tubuh terutama di bahagian anggota sulit.

(Jenazah yang ada luka ditambah kapas pada bahagian tersebut. Bagi jenazah yang mengalami luka yang berdarah, elok dilapiskan dengan plastik nipis.)


PROSEDUR PENGENDALIAN JENAZAH BERISIKO TINGGI

Persediaan terbahagi kepada 3 peringkat:

* Persediaan tempat dan kakitangan yang terlibat dalam urusan pengendalian sebelum terima jenazah.
* Prosedur semasa mengendalikan / memandikan jenazah.
* Prosedur selepas jenazah disempurnakan.

Prosedur pengendalian mayat berisiko tinggi:

* Pastikan status kita mestilah sihat. (Mereka yang tidak sihat kemungkinan mendapat jangkitan pathogen adalah tinggi).
* Pastikan anggota badan terutama tangan tidak ada luka atau cedera.
* Sebaik-baik mereka yang mengendalikan jenazah telah mendapat imunisasi.
* Pastikan kuku sentiasa pendek supaya tidak mencederakan jenazah atau boleh mengumpulkan kotoran daripada jenazah tersebut.
* Menggunakan Personal Protective Equipment (PPE).
* Jumlah mereka yang terlibat hendaklah dikurangkan.
* Semua pakaian dan apa-apa bahan yang terlekat di badan hendaklah ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam bekas plastik yang dikhaskan.
* Siramkan mayat dengan air yang bercampur dengan sodium hypochloride 10% di seluruh badan.
* Cucian pada rongga yang terbuka hendaklah menggunakan peralatan khas seperti forceps atau putik kapas.
* Rongga tersebut hendaklah ditutup dengan kapas yang telah direndam dengan sodium hypochloride 10%.
* Jika ada kudis atau luka, hendaklah ditutup dua lapis dengan kapas atau gauze yang telah direndam dengan sodium hypochloride 10%.
* Setiap lapisan kain kapan hendaklah disembur dengan sodium hypochloride sebanyak 10%.
* Jika perlu boleh ditambah dengan 1 lapisan plastik bagi lapisan kedua terakhir.
* Setelah selesai hendaklah dimasukan ke dalam beg plastik khas.

Perhatian:
Waris dibolehkan melihat tetapi tidak digalakkan untuk menyentuh atau mencium mayat. (Bergantung kepada kondusi kesihatan jenazah sebelum kematian).


PROSEDUR DAN INFO UMUM YANG PENTING

Seksyen 329: Kewajipan Pegawai Polis Menyiasat Kematian

Tiap-tiap Ketua Polis yang menerima maklumat:
(a) Bahawa seseorang itu telah membunuh diri;
(b) Bahawa seseorang itu telah dibunuh oleh orang lain atau dibunuh oleh binatang, atau jentera atau mati kerana kemalangan;
(c) Bahawa seseorang yang telah mati dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah bahawa orang lain telah melakukan suatu kesalahan;
(d) Bahawa mayat dijumpai tetapi tidak diketahui akan sebab-sebab kematiannya atau; bahawa seseorang telah mati secara mengejut, hendaklah seberapa segera menyampaikan maklumat ini kepada Ketua Polis Daerah.

Seksyen 328: Erti Kematian

Sebab kematian termasuklah bukan sahaja sebab kematian yang nyata yang boleh ditentukan melalui pemeriksaan atau post mortem terhadap badan si mati itu, tetapi juga semua perkara yang perlu untuk membolehkan suatu pendapat dibuat bagaimana si mati itu menemui ajalnya dan sama ada kematiannya disebabkan atau dipercepatkan oleh perbuatan atau kecuaian yang menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh mana-mana orang lain.

(AHP Pie - Contoh kes: Si A dijumpai mati terbakar di dalam kereta akibat kemalangan jalan raya. Tetapi setelah bedah siasat dijalankan, didapati sebab sebenar si A mati adalah kerana beliau menjadi mangsa pembunuhan sebelum kejadian kemalangan.)



  
Pembuangan sisa buangan

Semua bahan buangan hendaklah dimasukan ke dalam beg plastik (kuning). Seelok-eloknya dua lapisan dan diikat, dibakar atau ditanam.

Semasa memandikan jenazah:

* Lakukan secara lembut dan jangan tergopoh-gapah.
* Pastikan tiada percikan cecair jenazah atau mayat terkena pada bahagian anggota badan mereka yang mengendalikan jenazah.
* Jangan terlalu ramai mengendalikannya dan jika terkena percikan, tidak perlu panik, cuma perlu dicuci dengan segera.


Kesimpulan

Jenazah ODHA memang dikategorikan dalam kumpulan JENAZAH BERISIKO, tetapi anda perlu faham maksud JENAZAH BERISIKO dengan tepat terlebih dahulu untuk mengelakkan stigma, diskriminasi, judgemental, paranoia, dan fitnah.

Salah faham menyebabkan semua ahli kariah menanggung dosa dan akibatnya menyebabkan jangkitan HIV semakin meningkat apabila ODHA enggan menjalani rawatan akibat pelbagai tekanan yang sepatutnya tidak berlaku. Tekanan dan aib turut ditanggung oleh ahli keluarga dan sahabat-sahabat mereka (affected people).

Pembaca juga perlu faham perbezaan antara PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO dengan PENGURUSAN JENAZAH BERISIKO TINGGI. Jika masih kabur, aku sarankan ahli keluarga atau waris kepada ODHA meminta pihak hospital menguruskan jenazah. Pihak KKM sedia maklum SOP tersebut dan setelah selesai, barulah jenazah dibawa pulang untuk disembahyangkan dan dikebumikan.
Berdasarkan pengalaman peribadi, para pengendali jenazah sendiri biasanya terus sahaja menyembahyangkan jenazah tersebut di bilik mandi mayat hospital setelah selesai urusan memandikan. Hebat dan besar sungguh ganjaran pahala untuk mereka.

Simple, bukan? Itu sahaja. Moga ada manfaatnya kepada semua.

Sumber: Pelbagai carian daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, The Malaysian Bar, laman web JAKIM, dan Jabatan Forensik HKL. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua, khususnya kepada Tuan Haji Abu Bakar bin Lajis.

Sharing ini disediakan oleh aku, orang awam yang hidup sebagai seorang ODHA, bukan oleh seorang medical practitioner. Mohon teguran dan pandangan melalui mereka yang pakar dan berpengalaman.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:
http://www.positivewarriors.org/

Facebook Fan Page:
https://www.facebook.com/ppwmfanpage?ref=hl

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com


Sunday, March 30, 2014

TUJUH SYARAT BERCINTA DALAM ISLAM

TUJUH SYARAT BERCINTA DALAM ISLAM

October 16, 2011 at 4:08pm
TUJUH SYARAT BERCINTA DALAM ISLAM
Terdapat sekurang-kurangnya tujuh panduan/larangan dari Quran dan Sunnah mengenai perhubungan lelaki perempuan, iaitu
- Tidak mendedahkan aurat (QS Nur 31)
- Menundukkan pandangan (QS Nur 30-31)
- Berurusan hanya sekadar keperluan (QS Al-Ahzaab 53)
- Tidak melunakkan suara bagi wanita (QS Al-Ahzaab 32)
- Tidak bertabarruj/bersolek untuk menarik perhatian
- Tidak boleh berdua-duaan tanpa mahram (Hadis)
- Tidak boleh bersentuhan (Hadis)
Perkara-perkara di atas adalah wajib dipatuhi, sama ada oleh pasangan bercinta mahupun muamalah biasa antara lelaki dan wanita. InshaAllah, saya akan cuba kupas dalam artikel yang akan datang.
Menilai Tujuan Ta’abudiyyah dan Hikmah
Sebelum saya mengorak lebih lanjut mengulas secara teknikal, ingin saya sentuh terlebih dahulu mengenai tujuan syariat. Yelah, kadang-kadang kita manusia ini, kena tahu sebab (reason) terlebih dahulu untuk membuat sesuatu. Tidaklah menjadi kesalahan, malah sikap ini juga sebenarnya penting bagi mengelakkan kita mempercayai sesuatu secara membuta tuli.
Adapun dalam melibatkan perkara syariat, iaitu rules dan guideline yang Allah berikan, ulama’ mengkategorikan sesuatu syariat itu kepada dua, iaitu dipanggil “ta’abbudiyyah” dan “hikmah”. Ta’abbudiyyah ini bermaksud syariat yang kita perlu ikut secara total, tanpa keharusan mencari hikmah dan logik di sebaliknya.
Contoh syariat ta’abudiyyah adalah apa-apa sahaja ibadah sama yang kita dapat mahupun gagal untuk jelaskan dari akal logik, menjustifikasikannya atau merasionalkannya dengan kepala kita. Persoalan-persoalan yang dianggap taboo seperti “kenapa solat kena sujud?”, “kenapa kena lontar jamrah?” “kenapa kena tutup aurat?” dan sebagainya mungkin timbul akibat mengorientasikan bahawa semua syariat mestilah sesuai dengan logik akal, sedangkan dalam syariat ta’abudiyyah, kita tak boleh menunggu adanya logik baru nak menjalankannya. Ini bersesuaian dengan ungkapan Saidina Ali kwj yang mengulas mengenai persoalan khuf:
Ali R.A. yang telah berkata: “Jikalaulah urusan agama hanya berdasarkan akal semata-mata, nescaya tapak kaki khuf lebih utama untuk disapu daripada atasnya.” (H.R. Abu Daud, hadis no. 162).
Tak semua ibadah kita boleh menjustifikasikannya dengan logik akal. Di sinilah terletaknya ujian keimanan kita, iaitu sama ada untuk “sami’na wa ata’na” (kami dengar dan kami taat) atau mungkin kita nak persoalkan terlebih dahulu syariat tersebut? Nauzubillah.
Apabila kita menganggap sesuatu syariat itu sebagai ta’abudiyyah, iaitu terus kita mematuhinya tanpa perlu menunggu “logic reason”, maka itulah kemuncak ikhlas dalam beribadah. Ikhlas itu bukannya “menunggu hidayah”, “tunggu dah tua sikit” dsb. Sebaliknya ikhlas itu bermaksud “ta’abud (patuh) kepadaNya.” Sebagaimana seorang askar menerima arahan kaptennya tanpa soal, atau seorang bibik menerima arahan dari majikannya, atau seorang anak menerima arahan daripada ibubapanya. Malahan, ia lebih dari itu, kerana kita HAMBA menerima arahan dari TUHAN, dan jika kita dapat melakukannya tanpa perlu fikir “sebab apa”, maka itulah IKHLAS. (Rujuk penulisan di sini, “Korban dan Ikhlas”)
Atas sebab itu, saya sering memperingatkan mengenai ta’abudiyyah ini kerana seolah-olah telah menjadi trend zaman sekarang, masyarakat cuba menjadikan ibadah tidak lagi berdasarkan ta’abudiyyah, sebaliknya mengwujudkan/mengadakan “sebab” untuk kita mematuhi ibadah tersebut, selain dari lillahitaala. Contohnya, penemuan-penemuan yang saya kira pseudo-sains, seperti “Berpuasa untuk menyihatkan badan”, “Solat berjemaah menyeimbangkan cas badan” dan sebagainya. Aspek-aspek sebegini, jika diulas dengan berhati-hati, boleh dikira sebagai mencari Hikmah dalam syariat, namun dalam ketaksuban mengikat logik akal dengan syariat, dirisaukan pemikiran sebegini boleh melarikan konsep ta’abudiyyah itu sendiri dalam melaksanakan syariat. (Rujuk penulisan di sini, “Monolog I”)
Hikmah?
Aspek kedua mengenai syariat, ialah aspek Hikmah. Hikmah, adalah terbit dari suatu perlaksanaan/perbuatan, bukannya menjadi asbab @ reason kepada perbuatan tersebut. Itu prinsip utama yang perlu difahami dan dibezakan. Jika “sebab”, maka ia menjadi sandaran ke atas perlaksanaan sesuatu ibadah. Tanpa “sebab”, ibadah itu gugur. Kerana itu “sebab” mestilah kerana Allah (Lillahitaala = lambang ta’abudiyyah) menurut syariat yang Allah gariskan. Manakala hikmah pula, bukan sandaran ibadah. Tanpa “hikmah”, ibadah masih lagi tidak gugur.
Jika ta’abudiyyah tadi meliputi aspek syariatullah, kepatuhan kita terhadap suruhan Allah, maka hikmah ini, meliputi aspek sunnatullah. Ia (Hikmah) adalah apa yang kita dapat fikirkan, sama ada melalui logik akal, melalui kajian, melalui pengalaman dan sebagainya. Ianya tidak terhad semata-mata khusus kepada kita orang Muslim, sebaliknya hikmah itu boleh didapati oleh sesiapa sahaja pun. Sains adalah hikmah (orang yang berpuasa, terbukti lebih sihat). Pemerhatian adalah hikmah. (Orang yang bersolat jemaah, lebih menyayangi kariah/jiran tetangganya). Semua itu adalah “benefit” yang boleh terbit dari perlaksanaan sesuatu syariat.
Saya teringat satu ungkapan dalam artikel Ustaz Hasrizal, mungkin tidak sama dengan apa yang kita bincangkan namun mungkin ia boleh mencerahkan kefahaman:
“Usrah bukan untuk berukhuwwah, tetapi salah satu manfaat usrah adalah terjalinnya ukhuwwah”
Perlaksanaan “usrah” itu adalah bersifat taabudiyyah, manakala ukhuwwah yang terjalin darinya, itulah hikmah. Tidak semestinya kena ada “nak tingkatkan ukhuwwah” baru kita nak berusrah. Tak semestinya bila ukhuwwah dan mantap, maka usrah boleh ditinggalkan. Begitulah contoh yang saya kira sesuai untuk memudahkan kefahaman kita berkenaan bab ini.
Kita diharuskan mencari hikmah di sebalik syariat-syariat yang Allah gariskan ini, kerana tentunya syariat yang selari dengan logik akal dan pemikiran kita pasti menambahkan ketaatan dan ketenangan dalam melaksanakan ibadah tersebut. Namun begitu, haruslah kita ingat bahawa bermacam-macam jenis hikmah kita boleh fikirkan tetapi hakikatnya hanya Allah yang mengetahui apa hikmah sebenar disetiap ketetapan syariatNya.
Kita boleh kata – faedah berpuasa, faedah solat, faedah haji dan sebagainya, namun hendaklah kita pulangkan segalanya kepada Allah yang Maha Mengetahui, lazimnya ditandakan dengan kalimah “Wallahua’lam”. Hindarilah dari berperasaan taksub dan terlalu berorientasikan kepada hikmah, kerana dirisaukan kita mungkin terabaikan “taabudiyyah” tadi.
Ta’abudiyyah dan Hikmah dalam Syariat Pergaulan
Sengaja saya sentuh dengan agak panjang lebar mengenai dua aspek di atas terlebih dahulu, sebelum memasuki topik utama artikel ini. Ini kerana, pemikiran yang jernih perlu diwujudkan terlebih dahulu.
Soal pergaulan adalah antara persoalan yang sering mendapat resistance/tentangan daripada umum. Ini kerana kefahaman terhadap syariat, terutamanya mengenai taabudiyyah dan hikmah itu belum jernih. Pandangan yang tidak jelas ini lah yang menjadi cabaran dalam melaksanakan syariat ini, kerana memang lazimnya fitrah manusia adalah menentang/menjauhi sesuatu yang tidak difahami/jelas.
Akibat dari mengabaikan ta’abudiyyah, kita sendiri boleh menjumpai ramai yang memberi alasan – “Ala, dengan kawan-kawan sendiri sahaja”. “Bukan sembang benda 18SX pun” dsb. Ini kerana apabila sesuatu syariat itu dijustifikasikan hanya dengan logik akal (hikmah) tanpa ditimbangkan dari sudut ta’abudiyyah, ianya boleh membawa padah apabila logik akal itu sendiri berpaling dari hakikat syariat tersebut.
Dalam perlaksanaan syariat, sering disebut-sebut “setiap amalan bergantung kepada niat” untuk menjustifikasikan perbuatan masing-masing. Niat yang baik atau sekurang-kurangnya tidak salah, dijadikan “penghalal” untuk menilai perbuatan yang dilakukan, atau mungkin untuk menghilangkan rasa berdosa/bersalah. Sedangkan, niat itu baru meliputi aspek akidah, masih terdapat aspek syariat dan akhlak yang perlu dipertimbangkan dalam menilai setiap perbuatan kita. Niat yang baik namun syariat yang tidak selari, turut bertentangan dengan apa yang diajar dalam Islam dan mengundang murka Allah.
Atas sebab itulah, dalam melaksanakan syariat berkenaan pergaulan ini, haruslah kita faham bahawa perlaksanaan syariat ini pertama-tama sekalinya adalah kerana ta’abudiyyah. Untuk melahirkan IKHLAS dalam hati kita.
Manakala hikmah di sebaliknya, seperti dapat menghindarkan zina, dapat menjaga hati, dapat ketenangan, menghindarkan fitnah dan sebagainya itu, kita pulangkan kepada Allah. Sungguh jika itu benefit yang Allah berikan kepada kita dalam melaksanakan syariat tersebut secara ta’abudiyyah, maka kita bersyukur kepada Allah. Dan jika setelah/sedang melaksanakan pun kita tidak mendapati hikmah tersebut, maka kita tetap masih melaksanakan syariat itu, serta bersabar. Bak ungkapan dalam AAC, IKHLAS dan SABAR, itulah Islam.
7 Syarat
Alhamdulillah, sekarang baru saya rasa tenang untuk menjelaskan mengenai 7 syarat pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. 7 Syarat ini dikupas oleh saya, ketika dalam perbincangan di ILuvIslam. Fokus awalnya, mudah tapi agak kontroversial – Bagaimana Ber”Kapel” Dalam Islam. Ya, secara tak langsung, 7 syarat inilah menjadi syarat asas bercinta dalam Islam. 7 syarat inilah mekanisma yang Allah gariskan di bawah skop “menjauhi zina”. Kerana pelanggaran kepada 7 syarat ini boleh membawa kedua-dua lelaki dan perempuan tersebut kepada mukadimah zina. Saya tak kata mesti, tapi saya kata “boleh”.
Kenapa tujuh? Tujuh syarat ini, adalah yang dapat saya fikirkan berdasarkan pengetahuan saya lah. Sebab itu saya sebutkan, “sekurang-kurangnya tujuh”. Dan tujuh yang ini adalah spesifik bab pergaulan lelaki-perempuan, berdasarkan alquran dan hadis.
Saya ceritakan mengenai tujuh ini secara superficial sahaja. Kerana kalau nak diikutkan, setiap satunya boleh dijadikan satu artikel jika diulas dan digarap dengan baik. Saya akan tinggalkan persoalan-persoalan untuk kita sama-sama sendiri mencari jawapannya, iaitu dengan bertanyakan kepada ustaz yang lebih berusia dan berkelayakan, inshaAllah.
Apa tujuh itu?

Pertamanya, perempuan tidak boleh mendedahkan aurat kecuali kepada mahram. Boleh rujuk surah Nur ayat 31. Maka, “kapel” yang menampakkan/menunjukkan aurat kepada pasangan yang belum berkahwin, adalah kapel yang dilarang. Persoalan yang boleh dibincangkan, adalah bab aurat. Aurat tidak semestinya hanya pakaian. Dan tidak semestinya hanya dengan apa yang terzahir.

Kedua, dalam Alquran ada suruhan Allah untuk menundukkan pandangan bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Boleh rujuk surah Nur ayat 30 dan 31. Maka, kapel yang tidak menjaga pandangan (asyik tengok, renung tak kiralah di alam nyata ke, melalui webcam ke), adalah kapel yang dilarang. Pandangan, boleh diambil secara literal, atau boleh juga diambil secara simbolik/metafora. Perkataan “menundukkan” itu penting, untuk dibezakan dengan “menutup” atau “melindungi” atau “menghalang”.

Ketiga, dalam alquran ada suruhan Allah agar lelaki berurusan dengan wanita di sebalik tabir. Boleh rujuk surah al-Ahzaab, ayat 53. Maksud ayat ni adalah, berhubung hanya berdasarkan keperluan. Dalam ayat ni menceritakan bahawa jika ingin meminta sesuatu dari perempuan, cukuplah untuk meminta dari sebalik tabir (maksudnya, kalau just nak mintak, dari sebalik tabir pun boleh. takyah la lebih2. lebih kurang camtu la, berdasarkan kefahaman saya. wallahua’lam). So, kuncinya adalah berhubung sekadarnya berdasarkan kepada keperluan. Justeru itu, kapel yang berhubung tanpa batasan serta tanpa keperluan (untuk sembang yang entah pape, habiskan masa bersama), itu adalah kapel yang dilarang.

Keempat, dalam alquran ada larangan Allah kepada wanita agar tidak melunakkan suara. Boleh rujuk surah al-ahzaab, ayat 32. So, kapel tak boleh melunakkan suara, tak kiralah sama ada bercakap depan-depan atau melalui telefon. So kalau bermanja-manja dengan suara, itu adalah kapel yang dilarang. Larangan ini bukanlah larangan untuk “bersuara” terus, tidaklah dilarang bercakap lelaki-perempuan, tapi kata kuncinya adalah pada “melunakkan suara”. Apa yang dimaksudkan dengan “melunakkan” itu? Siapa “orang yang berpenyakit hatinya” yang dimaksudkan dalam ayat tersebut?

Kelima, dalam alquran ada larangan Allah terhadap perempuan agar tidak bertabarruj jahiliah (Al-Ahzaab, 33). Maksud tabarruj jahiliah ini (sesetengah pendapat), adalah wanita yang berhias/bersolek lalu berjalan di hadapan/khalayak orang ramai untuk menarik perhatian. Maka, kalau dalam kapel, perempuan dilarang mekap dan berhias cantik2 semata-mata nak menarik perhatian pasangannya. Perempuan yang pakai bagus bagus, mekap bagus bagus sebab nak tarik perhatian pasangannya, adalah kapel yang dilarang. Boleh digarap dan diulas dengan panjang lebar, bab “tabarruj jahiliah awal” ini, dan perlu dibezakan dengan “tabarruj” biasa.
Seterusnya, kalau dilihat pada hadis pula, juga ada banyak hadis yang Rasulullah sebutkan, yang berkaitan dengan perhubungan lelaki-perempuan ini.

Keenam, dalam hadis ada larangan Rasulullah bahawa lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak boleh berdua-duaan, kecuali dengan kehadiran mahram. So, kapel tidak boleh berdua-duaan, biarpun di tempat awam mahupun di tempat sulit (paggung wayang, contohnya), tanpa kehadiran mahram, ya’ni mahram dewasa yang bertanggungjawab dan berauthoriti (layak dan boleh/sanggup untuk menegur anda, contohnya bapa, abang, ibu). Kapel yang selalu berdating, biarpun dating “tak buat apa2 pun” serta berdating di tempat awam (shopping complex, taman bunga), adalah kapel yang dilarang.

Ketujuh, dalam hadis ada larangan Rasulullah bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh bersentuhan. Para ulama’ ada yang berselisih pendapat, namun umumnya hanya membenarkan dalam keadaan darurat DAN serta hendaklah tanpa syahwat. Lapik ke tak, tu lain kira. So, kapel yang berpegangan tangan, yang pegang pipi, walaupun (dikatakan) tanpa syahwat, tapi tidak ada keperluan. Apatah lagi dengan syahwat, atau yang berciuman, adalah kapel yang dilarang.

Tujuh di atas, adalah antara contoh yang dapat saya fikirkan lah. Selain 7 perkara di atas, ada banyak lagi perkara-perkara non-spesifik (tidak khusus kepada percintaan sahaja), tapi perlu kita jaga. Antaranya seperti tidak boleh melampaui batas (melebihi keperluan), tidak boleh mengabaikan yang wajib (tinggalkan solat dsb), tidak boleh membelakangi ibubapa, tidak boleh ada pembaziran dsb.
Bukan Untuk Yang Bercinta Sahaja!
Bahagian ini perlu ditegaskan! Sungguhpun saya menyebut 7 perkara di atas khusus untuk orang yang nak berkapel/bercinta, namun hakikatnya ketujuh-tujuh syarat tersebut bukanlah spesifik kepada orang yang ingin bercinta sahaja.
Sebaliknya, ia adalah asas kepada perhubungan setiap lelaki-wanita dalam Islam. Tak kira bercinta atau tidak. Tak kira “declare ke tak”. Ia adalah asas kepada perhubungan antara rakan-rakan sekelas/sekuliah. Ia adalah asas kepada perhubungan antara rakan-rakan dalam jemaah/persatuan masing-masing!
Ini kerana banyak berlaku, fenomena merasakan “tak apa” mengabaikan syarat-syarat di atas, atas alasan – “aku bukan bercinta/berkapel dengan dia pun”. Fenomena ini melanda dalam bentuk yang lain, dinamakan “abang-adik angkat”, “best-friend” dan sebagainya. Hakikatnya itulah permainan syaitan, dalam menggunakan logik akal manusia untuk mengalih dari fokus taabudiyyah, sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini.
Malahan, fenomena ini juga turut melanda para penggerak dakwah islamiah, yang kononnya berhubungan atas dasar jemaah/persatuan, untuk meminta tunjuk ajar, dsb. Hakikatnya, 7 Syarat di atas adalah universal – mana-mana lelaki dan perempuan bukan mahram, tak kisahlah siapa, hatta isteri nabi sekalipun, tetap tertakluk kepada syarat tersebut.
Ruang Keperluan dalam Keterbatasan
Mungkin ada yang kata, 7 Syarat di atas adalah terlalu ketat dan tidak relevan lagi di zaman sekarang. Lihatlah sendiri, zaman sekarang, perempuan bebas keluar kesana sini untuk bekerja, belajar dan sebagainya. Lelaki tidak lagi hanya berurusan sesama lelaki di tempat kerja/belajar.
Cabaran-cabaran zaman moden ini sering dijadikan “alasan logik akal” untuk menidakkan syarat-syarat di atas tersebut. Sedangkan kita tahu dan yakin, bahawa syariat-syariat Allah adalah sesuai untuk semua tempat dan semua zaman kepada semua manusia dalam apa jua keadaan. Menidakkan hakikat ini, boleh mencemarkan akidah kerana keyakinan kepada Allah dan malaikatNya dan RasulNya dan KitabNya yang mana syariat itu disampaikan melalui semua medium tersebut, adalah tergegar dan goyah dengan pemikiran sedemikian.
Islam membenarkan ruang dalam keterbatasan. Yang mana ruang ini haruslah dinilai oleh neraca syariat, bukanlah neraca hawa nafsu. Keperluan berhubung atas urusan belajar, merupakan satu ruang yang ada, dengan syarat selama mana ia masih berdiri atas keperluan tersebut. Apabila keperluan tersebut gugur, maka ruang tersebut juga gugur. Contohnya seperti apabila ada alternatif lain – bertanya kepada rakan sejantina, mencari jawapan di internet dsb.
Begitu juga dengan aspek komunikasi, contohnya. Ada sesetengah perkara perlu dibincangkan secara berdepan, dalam mesyuarat contohnya. Ada sesetengah perkara boleh dibincangkan melalui telefon atau YM. Ada sesetengah perkara cukup sekadar emel atau SMS. Keperluan ini berbeza-beza, dan ruang dalam keterbatasan ini bergantung kepada keperluan tersebut.
Seperti yang saya sebut – Hendaklah dinilai dengan NERACA SYARIAT. Maka tentulah pertama-tama yang perlu kita ketahui adalah syariat, disinilah letaknya peranan ilmu dan kefahaman terhadap agama. Hanya dengan adanya ilmu (supply) dan kefahaman (proses), syariat dapat diterjemahkan kepada perbuatan (output).
Tidak Diharamkan Melainkan Ada Yang Halal
Syeikh Yusuf AlQardhawi, ulama terkenal ada menceritakan, bahawa dalam Islam ini tidak ada perkara-perkara yang dilarang dan diharamkan, melainkan ada baginya alternatif lain yang halal. Contohnya, arak diharamkan, tapi ada alternatif lain seperti susu, jus buahan, dsb yang halal. Khinzir itu diharamkan, tapi ada alternatif lain iaitu daging lembu dan ayam yang disembelih dengan nama Allah.
Begitu juga dengan konsep larangan dalam syarat-syarat ini. Banyak yang diharamkan, tetapi Allah juga ada memberikan kita alternatif! Apa alternatifnya itu? Yaaa…..tidak lain dan tidak bukan, PERNIKAHAN. Itu alternatif yang Allah berikan. Hanya dengan PERNIKAHAN lah, 7 syarat-syarat tersebut akan terangkat antara dua insan tersebut.
Hikmah Syarat?
Akhirnya, setelah kefahaman-kefahaman asas dibina, barulah boleh dibincangkan mengenai hikmah kepada adanya syarat-syarat tersebut. Memikirkan “hikmah” tanpa kefahaman asas yang mantap, boleh menyebabkan orientasi kita terhadap sesuati perlaksanaan syariat itu berubah. Melaksanakan syariat bukan lagi kerana taabudiyyah, tetapi memikirkan hikmah semata. Ini suatu misconception yang berat.
Mungkin banyak yang boleh kita fikir mengenai hikmah syariat pergaulan lelaki dan perempuan ini diadakan. Namun yang paling saya suka untuk point-out, adalah syariat ini merupakan satu LATIHAN.
Anggaplah syariat ini satu bentuk test, “interview” untuk kita menilai kawalan keatas diri kita sendiri. Maksud saya, kalau benda yang dalam kawalan diri sendiri pun kita gagal mengawalnya (yakni “hilang kawalan”), maka susah lah untuk menanggung amanah dan tanggungjawab yang lebih besar, sebagai seorang ayah dan bapa, atau isteri dan seorang ibu! Kalau kita gagal mengawal diri kita untuk mematuhi syarat pergaulan tersebut, gagal membimbing perhubungan agar selari dengan syariat yang saya ceritakan di atas, bagaimana kita nak membimbing seorang isteri (atau mematuhi suami), mendidik anak, iaitu menjadi ketua keluarga?
Maka, Islam ni best sebenarnya kan? Ia tidak melarang, melainkan diberi solusi/alternatif. Larangan yang ada pula, bukanlah larangan yang membantutkan terus. Sebaliknya larangan yang bersifat membimbing (guidance), serta melatih dan mempersiapkan diri demi menempuh kehidupan akan datang.
Begitu juga dengan hikmah-hikmah yang lain, seperti menghindarkan zina, menjauhi fitnah etc etc. Semua itu adalah benefit yang mungkin/boleh Allah kurniakan kepada kita, inshaAllah.
InshaAllah, setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai topik ini. Sengaja saya kupas dengan panjang lebar, semoga Allah menyampaikan kefahaman kepada diri kita semua. Akhir kata, jika ada apa-apa persoalan, sudi-sudikanlah ajukan dalam ruangan komen, inshaAllah mana yang saya mampu perjelaskan, saya cuba.
Wallahua’lam.
al maulana

Cinta Kita Terhadap Rasullullah

“Jika hendak berbicara mengenai keindahan Cinta, renungilah kehidupan Sayyiduna Rasullullah Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam…”
“Semakin banyak kita mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam, semakin dekat Nabi Muhammad Salla-Allahu ‘Alaihi WaSallam dalam kehidupan kita.”
 
| Al-Habib Muhammad Abdul Rahman As-Saggaf |

Cinta Rasullullah Pada Umatnya

Cinta Rasullullah Pada Umatnya

Kamis, 19 April 20120 komentar



Bismilahirohmanirohim..
Cintahakikiindonesia.blogspot.com - Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut..
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya..
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap..

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah
dan cinta kasih-Nya. Maka taat dan bertakwalah kepada-Nya..
Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku..
Barangsiapa mencintai sunnahku, berarti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. ”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu..
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya..

Usman menghela nafas panjang, Dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam..
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba..
“ Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” Keluh hati semua sahabat kala itu..
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia..

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas Menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar..
Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana Pasti akan menahan detik-detik berlalu..
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup..
Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang berseru Mengucapkan salam..
“ Bolehkah saya masuk? “ tanyanya..
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “ Maafkanlah, ayahku sedang demam,”
Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu..
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata
dan bertanya pada Fatimah, “ Siapakah itu wahai anakku?”
“ Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,“ tutur Fatimah lembut..

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan..
Seolah-olah bagian demi bagian wajah anaknya itu hendak di kenang..
“ Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, Dialah yang memisahkan pertemuan di dunia..
Dialah malakul maut, “ kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya..
Malaikat maut datang menghampiri, Tapi rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya..

Kemudian dipanggilah Jibril Yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia Menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini..
“ Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? “ Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah..
“ Pintu-pintu langit telah terbuka, Para malaikat telah menanti ruhmu..
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril..

Tapi itu ternyata tidak membuat rasulullah lega, Matanya masih penuh kecemasan..
“ Engkau tidak senang mendengar khabar ini? “ Tanya Jibril lagi..
“ Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “ Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : 
" Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad yang telah berada di dalamnya, ‘ kata Jibril..

Detik-detik semakin dekat, saatnya izrail melakukan tugas..
Perlahan Rasulullah ditarik..
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbahpeluh, Urat-urat lehernya menegang..
“ Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. “ Perlahan Rasulullah mengaduh..
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin Dan Jibril memalingkan muka..

“ Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril ? “Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu..
“ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, “Kata Jibril..
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, Karena sakit yang tidak tertahankan lagi..

“ Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “ Badan Rasulullah mulai dingin, Kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi..
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya..

“ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antarmu. “ Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, Sahabat saling berpelukan..

Fatiman menutupkan tangan di wajahnya, Dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah, Yang mulai kebiruan..
“ Ummatii, ummatii, ummatii ?” “ Umatku, umatku, umatku” Dan, Meninggal lah kekasih mulia ALLAH yang memberi sinaran itu..

Kini, mampukah kita mencintai seperti Beliau mencintai kita?? 
Allahumma Sholli ‘ala Muhammad wa barik wa salim ‘alaihi
Betapa Mencintanya Rasulullah kepada kita..

Admin Cinta Hakiki

Wednesday, March 26, 2014

Russia Membuat andaian Pesawat Malaysia Airlines “dilari” oleh Tentera Laut Amerika

Russia Membuat andaian Pesawat Malaysia Airlines “dilari” oleh Tentera Laut AmerikaPosted on Wednesday, March 26 @ 14:17:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Berita



Tajuk berita asal ialah "Russia “Puzzled” Over Malaysia Airlines “Capture” By US Navy".
Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi


Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.
Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima "jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21
Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.

http://www.whatdoesitmean.com/index1753.htm


March 14, 2014 EU and US all rights reserved. Permission to use this report in its entirety is granted under the condition it is linked back to its original source at WhatDoesItMean.Com. Freebase content licensed under CC-BY and GFDL.

sumber alihbahasa
https://www.facebook.com/megatasnulkhanifah/posts/632410973481344


Cara Para Jurutera Membuat Rumusan MH370 Terhempas Di Selatan Lautan Hindi

Bagaimana Para Jurutera Membuat Rumusan MH370 Terhempas Di Selatan Lautan HindiPosted on Wednesday, March 26 @ 14:01:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Berita

LONDON: Para jurutera syarikat satelit United Kingdom, Inmarsat Plc bertungkus lumus selama beberapa hari dalam satu pencarian maraton untuk mengenalpasti titik terakhir laluan sebenar pesawat Penerbangan Malaysia MH370 menerusi data yang mereka perolehi hasil ‘komunikasi’ di antara pesawat malang itu dengan satelit Inmarsat selepas ia disahkan hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing 8 Mac lalu.
MH370 sepatutnya mendarat di ibu negara Republik Rakyat China itu pada awal pagi Sabtu tetapi ia tidak kunjung tiba manakala radar terputus hubungan dengan pesawat itu lebih kurang dua jam selepas ia berlepas dari KLIA.
Dua hari kemudian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan yang MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal sebagai hilang dan gerakan mencarinya sedang diperluaskan ke kawasan yang disyaki sebagai berpotensi untuk mendarat.
Dan dua minggu kemudian, Najib mengumumkan yang penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi – penemuan konklusi yang beliau rujuk kepada hasil analisis data yang diperolehi daripada satelit Inmarsat dan siasatan yang disahkan sebagai kukuh oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).
Namun begitu laporan awal yang diterima daripada salah sebuah satelit Inmarsat pada 11 Mac lalu iaitu tiga hari selepas pesawat berkenaan hilang adalah permulaan kepada konklusi ini dan membantu para jurutera dan pasukan siasatan antarabangsa untuk mengecilkan pusat pencarian kepada koridor utara dan selatan bermula dari tempat terakhir ia dikesan oleh radar tentera Malaysia di Butterworth.
Pada hari-hari berikutnya selepas data itu diperolehi, para jurutera telah menggunakan satu kaedah yang dianggap sebagai kiraan matematik yang tradisional tetapi ternyata berkesan berjaya menjuruskan carian ke selatan Lautan Hindi.
Jadi, bagaimanakah para jurutera ini mengenalpasti yang koridor selatan adalah laluan sebenar pesawat berkenaan?
Kesimpulan mereka adalah berasaskan penyelidikan yang dipanggil Kesan Doppler – satu teori yang dinamakan sempena saintis fizik bernama Christian Doppler yang mengesyorkan bahawa frekuensi sesuatu gelombang bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu objek berubah mengikut jarak daripada pemerhatinya.
Dalam kes unik ini, MH370 telah menghantar ‘ping’ sebanyak enam kali kepada satelit Inmarsat dalam tempoh enam jam ketika ia sedang terbang tanpa dikesan di atas Lautan Hindi dengan transponder di dalam pesawat itu tertutup.
Gelombang bunyi ‘ping’ itu – yang ditermakan sebagai tanda menjabat tangan – dihantar menerusi antena Boeing 777 tersebut kepada salah sebuah daripada 10 satelit Inmarsat. Sebagai respon, satelit yang menerima isyarat gelombang bunyi tersebut terus menghantar isyarat semula kepada pesawat MH370 setiap jam selagi ia masih berfungsi dan bergerak sebagai ‘tanda isyarat diterima.’
Isyarat ‘ping’ tersebut terhenti selepas jam yang keenam – menandakan yang pesawat berkenaan tidak lagi berfungsi dan mengeluarkan gelombang isyarat.
Hasilnya, para jurutera di Inmarsat membuat kiraan menggunakan teori “Gerakan Doppler” – yang bermakna mereka mula mengira kedudukan ‘ping’ yang terakhir berasaskan perubahan walau sekecil mana sekali pun frekuensi ‘ping’yang terhasil ekoran pergerakan pesawat itu dengan jarak ‘pemerhatinya’ iaitu satelit Inmarsat.
Para jurutera yang bertungkus lumus menganalisa bunyi ‘ping’ tersebut kemudiannya membuat perbandingan dengan data yang diperolehi daripada pesawat Boeing 777 lain yang keluar masuk di sekitar kawasan tersebut untuk melihat di manakah Kesan Doppler itu sepadan dengan data yang diperolehi dari MH370.
“Mereka bekerja tanpa henti selama enam hingga tujuh hari,”kata jurucakap Inmarsat, Chris McLaughlin, dengan pasukan penyiasat antarabangsa yang lain membuat kesimpulan hasil daripada penemuan luar biasa ini.
Rumusannya ialah gelombang bunyi ‘ping’ yang dihantar oleh antena Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia datang dari koridor selatan dan bukannya utara. Itu adalah rumusan muktamad hasil daripada data yang dikumpulkan oleh satelit Inmarsat dan disahkan kesahihannya oleh AAIB.
Hasil rumusan penemuan itu dicapai pada 21 Mac dan pegawai-pegawai AAIB memberi taklimat terus kepada perdana menteri dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kemudiannya menegaskan yang analisa menggunakan teori ini belum pernah dilakukan di dalam siasatan kemalangan pesawat.

-Mstar.

Monday, March 24, 2014

MH370: Kawasan Objek Yang Dikesan Adalah kawasan Laut Paling Ganas Di Dunia

MH370: Kawasan Objek Yang Dikesan Adalah kawasan Laut Paling Ganas Di Dunia.Posted on Monday, March 24 @ 17:38:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Berita Seorang pengkaji ilmu lautan menjangka usaha mencari dan menyelamat di kawasan yang dikesan pihak berkuasa Australia mungkin menemui kesukaran.

Profesor Chari Pattiaratchi dari University of Southern Australia berkata, kawasan berkenaan dikenali dengan keadaan laut bergelora dan kedalamannya mencecah lima kilometer.