Sunday, May 10, 2015

Pengenalan Ringkas Fiqh Enam


Wednesday, October 19, 2011

Pengenalan Ringkas Fiqh Enam

Pendahuluan

Fiqh bermakna kefahaman daripada perkataan dasarnya. Fiqh bermaksud mengetahui sesuati perkara, subjek, ilmu dan sebagainya dengan jalan yang lebih mendalam dan terperinci. Begitulah yang dimaksudkan apabila kita berbicara tentang fiqh ibadah, fiqh jenayah, fiqh mu'amalat dan lain-lain. Fiqh-fiqh yang disebutkan tadi merupakan antara fiqh asas yang menjadi dasar dan asas dalam perbincangan kehidupan seseorang muslim. Maka, jika mahu disandarkan fiqh ini kepada ilmu-ilmu lain, boleh jadi ia akan melahirkan fiqh perundangan, fiqh kejuruteraan, fiqh ekonomi, fiqh kenegaraan, fiqh perubatan, fiqh kemasyarakatan dan lain-lain.

 

Islam menjadikan cara hidup atau pegangan hidup seseorang manusia sentiasa bermakna dan menuju kebaikan. Kefahaman dan perincian (fiqh) dalam sesuatu perkara sangat diperlukan lebih-lebih lagi perubahan masa dan keadaan memerlukan penyesuaian setempat selari dengan kehendak syariat.

 

Berdasarkan situasi ini, masyarakat Islam semakin memerlukan kefahaman yang lebih mudah, menyeluruh dan saling kait-mengait antara satu isu dengan isu yang lain. Apabila berbicara tentang solat, ia pasti berkait dengan kebersihan dan tempat menunaikan solat. Berkait tentang kedudukan tempat solat (masjid) yang hendak dibina. Berkait dengan azan, iqamah dan bacaan quran. Penggunaan teknologi juga mengubah suasana, maka berkait pula dengan speaker masjid, sensitiviti masyarakat non-muslim. Bila berbicara tentang masjid secara khusus, ia melibatkan pula sebagai pusat ibadah, mengumpulkan masyarakat, penyebaran ilmu, pemusatan pentadbiran. Jika dalam perang, masjid dijadikan pula kawasan selamat untuk orang ramai dan ia perlu dipertahankan.

 

Apabila berbicara tentang politik Islam, ia berkait terus dengan sistem pemerintahan dan sistem kehidupan masyarakat. Malah hakikatnya ia berhubungan terus dengan hubungan antara Allah dan hamba-hambaNya. Apabila berbicara tentang hudud, ada yang memperlekeh akan kesyumulan dan kesesuaian hukum Islam dalam mentadbir dan mengurus manusia. Tidak seiring arus perdana, perundangan kolot dan jumud, perlu meraikan masyarakat yang majmuk dan sebagainya. Penyebaran dan penerangan susunatur ilmu-ilmu Islam perlu diperluas dan diperkukuh kepada masyarakat. Agar masyarakat faham akan tuntutan Islam yang sebenarnya. Bukan hanya melihat Islam dalam erti solat, penceraian, nikah, perwarisan dan kematian sahaja.

 

Fiqh enam bukanlah satu subjek baru dalam ilmu-ilmu Islam. Bukan satu bid'ah baru lebih-lebih lagi mazhab baru. Ia hanya merupakan suatu sinergi keilmuan atau sinergi fiqh Islami yang diadun bersama daripada pelbagai cabang fiqh yang disusun oleh cendiakawan Islam agar lebih mudah difahami. Istilah fiqh khamsah (lima) telah dirintis. Ia membicarakan suatu fiqh atau perbincangan terkini yang diperlukan masyarakat dalam konteks sesuai dengan tuntutan masa dan tempat. Fiqh lima sepertimana yang disusun oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi melibatkan:

1) Fiqh Maqasid (Fiqh Tujuan Syariat),

2) Fiqh Awlawiyat (Fiqh Keutamaan),

3) Fiqh Muwazanat (Fiqh Pertimbangan),

4) Fiqh Ikhtilaf (Fiqh Perbezaan) dan

Fiqh Sunan (Fiqh Tabiat Alam dan Sosial). Penulis memecahkan Fiqh Sunan kepada

5) Fiqh Waqi' (Fiqh Setempat atau Semasa) dan

6) Fiqh Taghyir (Fiqh Perubahan).

Maka kesemua fiqh tersebut menjadi enam dan kerana itulah diletakkan Fiqh Enam.

 

Siyasah Syar'iyyah

Perbicaraan kesemua fiqh ini adalah sebagai suatu landasan untuk mencapai makna politik Islam yang sebenar. Apabila kita berkata mengenai politik mengikut terjemahan Barat, lantas kita mendapati wujudnya pemisahan antara agama dan urusan kehidupan yang dikenali sebagai sekularisme. Wujudnya halangan agama mendasari sistem kehidupan manusia dan memencilkan istilah agama hanya dari sudut ibadah ritual semata.

 

Tetapi, apabila kita sebagai muslim mahu berbicara tentang politik Islam mahu atau tidak kita perlu melibatkannya dengan tuntutan dan kaedah yang telah syariat gariskan. Islam telah menjadikan tauhid dan iman sebagai asas dalam membuat penyelidikan dan membangunkan teori. Bukan menjadi seperti lembu dicucuk hidung, bernaung di bawah sistem jahiliyah dan mengikut sistem batil membabi buta.

 

Politik Islam atau siyasah syar'iyyah bermaksud ilmu pengurusan negara dan masyarakat serta hubungan antara negara - ia merupakan satu kefardhuan, mendirikannya dengan sistem khalifah Islam yang berlandaskan hukum Allah dan ianya menjadi pegangan pemerintah bagi umat atau masyarakat tersebut. Pemerintah tersebut menjadi ketua terhadap perkara-perkara dunia dan agama, mendirikan negara dengan memelihara agama serta mentadbir negara dengan agama. Ini kerana Islam merangkumi agama dan dunia. Siayasah syar'iyyah aplikasinya bertunjangkan sesuatu kebaikan yang tidak disebut di dalam Quran. Perkataan politik tidak disebut secara terus di dalam Quran, namun ia menaungi kebanyakan perlaksanaan hukum Islam itu sendiri.

 

Seorang pemikir Maghribi, Muhammad Abid Jabari ketika membicarakan dualisme antara agama dan negara, beliau berkata "Pada dasarnya jika hubungan tersebut dikembalikan kepada makna asal, dengan sendirinya akan mengarah pada Eropah sebagai negara pertama yang menginginkan dikotomi ini. Tetapi jika hubungan agama dan negara dikaitkan dengan tradisi keislaman klasik, maka usaha memisahkan agama dan negara dianggap sebagai rancangan memusuhi Islam atau usaha untuk melawan Islam secara terang-terangan."

 

Sejak awal penurunan risalah sehingga kelangsungan silih berganti khilafah Islam, Islam tidak pernah mengenal negara tanpa agama atau agama tanpa negara. Disebabkan cerminan negara pada hari ini adalah politik, iaitu aktiviti paling jelas yang mampu meletakkan Islam sebagai pemutus, pentadbir dan penghukum di dalam sesebuah negara mahupun muka bumi ini.

 

Dalam usaha merealisasikan politik Islam, keperluan seseorang muslim terhadap Fiqh Enam ini adalah dituntut. Agar persoalan dan perjalanan membawa hukum Tuhan ini berjalan dengan seadilnya di atas muka bumi. Mereka yang menjadi pentadbir atau pemerintah segala urusan manusia adalah mereka yang Allah teguhkan kedudukannya di dunia. Firman Allah SWt yang bermaksud "(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, meunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf fan menegah daripada perbuatan yang mungkar" (Surah al-Hajj:4)

 

Fiqh Maqasid (Fiqh Nusus)

Siyasah Syar'iyyah bukanlah satu percakapan atau omongan kosong yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Malah ia hakikatnya adalah gabungan daripada kefahaman syariat (Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Qias) dalam mentadbir urusan umat Islam khasnya dan bukan Islam amnya supaya sentiasa selari dengan tuntutan syariat Islam. Manhaj ini perlu diambil daripada perkara usul dan mengambil hukum-hukum dari sumbernya yang sebenar dengan menggunapakai faedah daripada fiqh klasik (turath) Islam.

 

Fiqh Nusus dalam perspektif Fiqh Maqasid membincangkan bagaimana meletakkan sesuatu hukum dengan kaedah dan tempat yang paling sesuai, merangkumi situasi semasa, perbezaan masa dan tempat, bertujuan mengambil kemaslahatan dan menolak sebarang mudharat. Di dalam perbincangan awal Fiqh Maqasid, 'ulama telah meletakkan apakah sumber pengambilan hukum yang mesti digunakan. Ia adalah:

1) Sumber yang disepakati oleh kesemua 'ulama Islam iaitu Al-Quran dan As-sunnah,

2) Sumber yang disepakati oleh jumhur 'ulama iaitu ijma' dan Qias, dan

3) Sumber yang diperselisih oleh para 'ulama.

 

Perkara yang diperbincangkan di dalam Fiqh Maqasid ialah ketetapan langkah yang perlu dilalui apabila seseorang mahu mengeluarkan hukum daripada ayat-ayat Al-Quran. Ia merangkumi:

1) Pemahaman mengenai ayat-ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat,

2) Kaedah pentakwilan ayat Al-Quran,

3) Kaedah meletakkan nas sesuai dan tepat pada tempatnya,

4) Pemahaman terhadap nasakh dan mansukh,

5) Penguasaan terhadap hadith Nabi SAW dan athar para sahabat, serta

6) Pegangan terhadap penafsiran Israiliyyat.

 

Manakala panduan dan ketetapan dalam memahami sunnah dan mengeluarkan hukum daripada sunnah Nabi SAW ialah:

1) Memahami sunnah dalam lingkungan Al-Quran,

2) Menghimpunkan hadith-hadoth dalam satu skop perbincangan,

3) Menghimpun dan menjelaskan di antara hadith yang berbeza,

4) Memahami hadith dalam lingkungan sebab-sebab dan tujuannya, dan

5) Membezakan antara laluan atau cara yang berubah dan tujuan yang tetap bagi sesuatu hadith.

 

Di dalam Fiqh Maqsid ini juga diterangkan keperluan memahami Maqasid Syariah. Maqasid Syariah bermakna tujuan atau maksud sesuatu hukum atau syariat itu ditetapkan, iaitu memberikan maslahah (kebaikan) terhadap kehidupan manusia. Ia mempunyai lima kepentingan atau pemeliharaan terhadap lima perkara iaitu:

1) Pemeliharaan agama,

2) Pemeliharaan nyawa,

3) Pemeliharaan akal,

4) Pemeliharaan keturunan, dan

5) Pemeliharaan harta.

 

Manakala peringkat maslahah pula ada tiga seperti yang disebutkan oleh Imam Al-ghazali dan Imam Asy-Syatibi iaitu

1) Dharuriyyat (sesuatu yang kita tidak berupaya untuk hidup kecuali dengan kewujudannya),

2) Hajiyyat (kehidupan tetap boleh diteruskan tanpa perkara tersebut tetapi akan mengalami kesukaran dan kesengsaraan),

3) Tahsiniyyat (sesuatu yang dipergunakan untuk menghias dan mencantikkan kehidupan juga seringkali disebut sebagai al-Kamaliyyat (penyempurna)).

 

Maka pertimbangan yang perlu dilakukan ialah mendahulukan dharuriyyat ke atas hajiyyat dan tahsiniyyat serta mendahulukan hajiyyat ke atas tahsiniyyat.

 

Contoh mudah, manusia memerlukan sebuah rumah yang boleh melindunginya daripada kepanasan, kesejukan, hujan, taufan, kejahatan haiwan mahupun manusia. Tanpa rumah kemungkinan seseorang itu menempah maut kerana tiada tempat perlindungan. Maka ia adalah dharuriyyat. Pintu, tingkap, bekalan air, elektrik, dapur, tandas, itu semua boleh dikatakan sebagai hajiyyat. Tanpa kesemua ini hidup seseorang akan mengalami kesukaran.

 

Zaman kini, handphone dan laptop boleh dikatakan hajiyyat sekiranya hidup seseorang sehariannya memerlukan kedua alat ini. Manakala tahsiniyyat seperti langsir, pasu bunga, televisyen, radio, astro, internet, karpet, hiasan dinding, handphone jenis i-Phone, i-Pad dan lain-lain. Namun, kadang-kadang perkara tahsiniyyat boleh berubah kepada hajiyyat, hajiyyat kepada dharuriyyat dan sebaliknya. Ia berubah mengikut keadaan, keperluan dan tempat.

 

Pemahaman sesuatu perkara tidak boleh hanya disandarkan kepada teori atau pecahan yang dibuat. Pemahman perlu dikaitkan dengan sejarah atau sirah para Nabi, sahabat dan para 'ulama. Ini kerana dengannya kita mampu menilai sejauh mana kesesuaian dan perlaksaan ini memenuhi kaedah dan tuntutan agama.

 

Fiqh Nusus merupakan kunci utama dalam memahami fiqh-fiqh yang lain. Setiap hukum yang disebutkan di dalam nas Al-Quran mahupun hadith terdiri daripada perkara yang berubah (mutaghaiyirat) dan tetap (thawabit). Manakala perkata ijtihadiyyah (ijtihad) atau khilafiyyah (perselisihan atau perbezaan) yang berlaku di kalangan 'ulama adalah hanya sekitar perkara-perkara mutaghaiyirat. Perbincangan fiqh lima atau fiqh enam ini banyak tertumpu pada maqasid syariah berdasarkan hubungan antara perkara yang tetap (thawabit) dan berubah (mutaghaiyirat).

 

Dalam memahami fiqh Nusus, kita perlu mengetahui bahawa setiap ayat (nas) Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW mempunyai maqasid syariah (tujuan syara'). Ia merangkumi lima pemeliharaan yang telah disebutkan di dalam perbincangan Fiqh Maqasid sebelum ini. Maqasid syariat juga dikenali dengan maslahah. 'Ulama telah membahagikan maslahah kepada tiga kategori iaitu:

1) Al-Maslahah al-Mu'tabarah iaitu maslahah yang yang diiktibar, seperti haram seseorang berjudi untuk menjaga hartanya,

2) Al-Maslahah al-Mulghah iaitu maslahah yang tidak dikira atau tidak diiktibar, seperti mengeluarkan lesen judi untuk mencari statistik pengamal judi,

3) Al-Maslahah al-Mursalah iaitu sesuatu kebaikan yang tidak disebut di dalam Al-Quran, seperti pembinaan balai bomba dan jabatan agama Islam mengeluarkan sijil nikah serta kewajipan memilikinya.

 

Maslahah yang diterima oleh syara' ada tiga iaitu:

1) Zat al-Maslahah iaitu maslahah yang disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah seperti pengharaman babi,

2) Nau' al-Maslahah iaitu qias seperti haram dadah kerana memabukkan dan sekiranya dadah tidak memabukkan maka tidak haram,

3) Jins al-Maslahah iaitu Masalih al-Mursalah itu sendiri.

 

Manakala maslahah bagi sesuatu keadaan terbahagi kepada tiga iaitu, 1) Dharuriyyat, 2) Hajiyyat dan 3) Tahsiniyyat seperti yang telah diterangkan sebalum ini.

 

Kefahaman terhadap Fiqh Nusus juga memerlukan seseorang mengetahui pembahagian dalil-dalil Al-Quran mahupun hadith iaitu sama ada dalil tersebut bersifat qath'iyyah atau dzanniyyah. Dalil qath'ie iaitu dalil yang tidak mempunyai makna yang kedua padanya atau tiada pilihan makna yang lain. 'Ulama telah bersepakat berkenaan hukum yang ada pada dalil tersebut dan tidak berlaku sebarang perselisihan pendapat. Kebiasaan dalil ini melibatkan perkara usul dalam agama seperti orang lelaki dan perempuan yang mencuri perlu dipotong tangannya.

 

Dalil dzonni iaitu dalil yang mempunyai lafaz yang boleh diertikan dengan pelbagai makna. Pelbagai pandangan diberikan terhadap istilah dalil Dzonni ini. 'Ulama berselisih pendapat mengenai hukum yang terdapat dalam dalil tersebut sama ada bersifat takhsis (pengkhususan), atau taqyid (perkaitan), atau majaz (perlambangan) atau lain-lain. Contohnya perkataan 'quru'' di dalam ayat mengenai haid wanita. Adakah ia tiga kali suci atau tiga kali keluar haid?

 

Sebagaimana dalil qath'ie dan dzonni, maslahah juga terbahagi kepada maslahah qath'iyyah dan maslahah dzonniyyah. Maslahah qath'iyyah ialah kebaikan yang pasti akan berlaku seperti mengharamkan pusat pelacuran dan maslahah dzonniyyah ialah kebaikan yang tidak pasti sama ada ia akan berlaku ataupun tidak seperti mewujudkan sekolah mengandung.

 

Selian itu, kita perlu juga memahami situasi apabila berlaku pertembungan antara dalil (nas) dengan maslahah. Terdapat tiga syarat bagi sesuatu maslahah itu diterima oleh syara' iaitu:

1) Maslahah tersebut mestilah tidak bertembung atau bertentangan dengan dalil nas daripada Al-Quran, As-Sunnah atau Ijma' 'Ulama,

2) Maslahah tersebut mestilah bersifat hakiki atau realiti dan bukan bersifat wahamiyah atau keraguan,

3) Maslahah tersebut hendaklah bersifat umum atau melibatkan kebanyakan manusia. Bukannya berbentuk individu atau sekelompok kecil manusia sahaja.

 

Pertembungan antara dalil dan maslahah terbahagi kepada empat keadaan iaitu:

1) Apabila bertembung antara dalil dzonni dengan maslahah dzonni, maka perlu dilaksanakan dalil dzonni tersebut. Maslahah dalam keadaan ini tidak diterima oleh syara'.

2) Apabila bertembung dalil dzonni dengan maslahah qath'ie, maka perlu diutamakan maslahah tersebut. Ini kerana dalil tersebut yang bersifat dzonni dan lafaznya boleh diertikan dengan makna yang pelbagai. Hanya maslahah bentuk ini sahaja yang diterima syara' untuk diamalkan kerana bertembung dengan dalil yang bersifat dzonni.

3) Apabila bertembung antara dalil qath'ie dengan maslahah dzonni maka sudah tentu perlu mengamalkan dalil tersebut. Ini kerana maslahah tadi belum tentu boleh mendatangkan kebaikan jika diamalkan.

4) Pertembungan antara dalil qath'ie dengan maslahah qath'ie tidak akan berlaku sama sekali melainkan dalam keadaan dharurat sahaja. Maka dalam situasi ini, 'ulama bersepakat menggunakan kaedah 'Dharurat mengharuskan larangan'.

 

Fiqh Awlawiyat

Apa yang dimaksudkan dengan Fiqh Awlawiyat ialah meletakkan sesuatu pada kedudukannya dengan sewajarnya, sama ada dari segi hukum, nilai dan perlaksanaannya. Amalan yang mula-mula dikerjakan sewajarnya didahulukan berdasarkan penilaian syariat yang sahih, yang diberi petunjuk oleh cahaya wahyu dan diterangi oleh akal.

 

Sehingga sesuatu yang tidak penting tidak didahulukan melebihi sesuatu yang penting. Sesuatu yang penting tidak didahulukan melebihi sesuatu yang lebih penting. Sesuatu yang tidak diterima (marjuh) tidak didahulukan melebihi sesuatu yaang diterima (rajih). Sesuatu yang sewajarnya didahulukan mesti didahulukan dan yang sewajarnya dikemudiankan mestilah dikemudiankan. Sesuatu yang kecil tidak perlu diperbesar-besarkan dan sesuatu yang penting tidak boleh diabaikan. Setiap perkara mesti diletakkan di tempatnya dengan seimbang dan tepat, tidak lebih dan tidak kurang.

 

Jika kita kembali merujuk kepada lima maqasid syariat, kita akan mendapati bahawa agama termasuk di bawah perkara dharuriyyat berbanding yang lain. Walaubagaimanapun, dalam memberi pertimbangan terhadap pelbagai kepentingan tersebut kita mestilah menggunakan kaedah ini:

1) Mendahulukan kepentingan yang sudah pasti berbanding kepentingan yang baru dikenalpasti kewujudannya atau masih diragukan,

2) Mendahulukan kepentingan yang besar berbanding kepentingan yang kecil,

3) Mendahulukan kepentingan masyarakat berbanding dengan kepentingan individu,

4) Mendahulukan kepentingan yang banyak berbanding kepentingan yang sedikit,

5) Mendahulukan kepentingan yang berterusan berbanding kepentingan yang sementara atau tidak sengaja,

6) Mendahulukan kepentingan utama dan asas berbanding kepentingan yang hanya bersifat rasmi dan tidak penting,

7) Mendahulukan kepentingan masa depan yang utama berbanding kepentingan semasa yang kurang utama.

 

Pada pertimbangan di antara sesuatu keburukan dan kemudharatan dengan keburukan dan kemudharatan yang lainnya, haruslah kita melihat tahap keburukan atau nilai bahaya yang terdapat dalam kemudharatan tersebut. Mudharat yang membahayakan harta tidak sama dengan mudharat yang membunuh jiwa. Serta mudharat terhadap harta dan nyawa tidak sama dengan mudharat terhadap agama atau akidah. Ini melambangkan bahawa setiap mudharat dan keburukan mempunyai tahap yang berbeza mengikut keadaan yang dikaikan dengannya.

 

Maka 'ulama telah menyusun kaedah yang perlu digunapakai dalam keadaan ini iaitu:

1) Tidak ada bahaya dan tidak boleh membahayakan,

2) Sesuatu bahaya atau mudharat seboleh-bolehnya wajar dihapuskan,

3) Sesutau bahaya tidak boleh dihapuskan dengan bahaya yang lebih besar,

4) Bahaya yang lebih ringan boleh dipilih berbanding bahaya lain yang lebih besar,

5) Bahaya boleh diambil hanya sekadar yang diperlukan,

6) Bahaya yang bersifat khusus boleh dilakukan untuk menolak bahaya yang bersifat lebih meluas dan umum.

 

Apabila dalam keadaan sesuatu perkara wujud manfaat yang lebih besar disamping keburukan kecil, maka manfaat itu boleh dilaksanakan. Sedangkan keburukan kecil yang wujud padanya bolehlah diabaikan. Kaedah penting di dalam situasi ini ialah:

1) Menolak keburukan perlu didahulukan berbanding mengambil manfaat,

2) Keburukan atau mudharat yang kecil diampuni untuk memperoleh kemaslahatan yang lebih besar,

3) Keburukan yang bersifat sementara diampuni demi kemaslahatan yang sifatnya berterusan,

4) Kemaslahatan yang pasti tidak boleh ditinggalkan (ditolak) hanya kerana terdapat keburukan yang baru dijangka.

 

Cara untuk kita mengetahui sesuatu kemaslahatan adalah berdasarkan kemaslahatan yang perlu dipelihara iaitu yang melibatkan kepentingan dunia dan kepentingan akhirat, atau kedua-duanya sekaligus. Begitu juga dengan keburukan. Setiap kemaslahatan dan keburukan dapat dikesan melalui akal fikiran yang waras atau melalui ketetapan agama atau melalui kedua-duanya secara bersama.

 

Di dalam mengetahui perbincangan Fiqh Awlawiyat, buku penulisan Dr, Yusuf Al-Qardhawi merupakan salah satu rujukan terbaik. Di dalam buku tersebut, beliau telah menyusun perbincangan bab-bab yang berkaitan dengan Fiqh Awlawiyat ini. Antara tajuk yang ditulis ialah:

1) Mengutamakan kualiti berbanding kuantiti,

2) Keutamaan ilmu berbanding amalan,

3) Mengutamakan persoalan ringan dan mudah berbanding persoalan berat dan sulit,

4) Mengutamakan pekerjaan yang bermanfaat dan lebih lama manfaatnya dan kekal kesannya berbanding pekerjaan yang merugikan dan dan bersifat jangka pendek,

5) Mengutamakan perkara yang diperintahkan yang bersifat asas dan fardhu berbanding perkara ceraian atau cabang dan bersifat sunat atau nawafil,

6) Keutamaan terhadap perkara yang dilarang dan membezakan antara kekufuran, kemusyrikan dankemunafikan yang besar mahupun kecil,

7) Mengutamakan pembinaan individu sebelum pembinaan masyarakat seta keutamaan perjuangan pemikiran,

8) Mengutamakan maslahah umum atau masyarakat berbanding maslahah khusus atau individu.

 

Fiqh Awlawiyat merupakan subjek yang sangat sinonim dalam kehidupan seseorang muslim khususnya. Keutamaan perlu diberikan sesuai dengan tempatnya dan masa tersebut. Sebagai contoh, seseorang mahasiswa perlu tahu antara kepentingan menghadiri mesyuarat dengan menuntut ilmu. Jika kita pengarah di dalam masjlis tersebut, akibat ketiadaan kita maka mesyuarat tidak dapat dijalankan, maka perlulah menghadiri mesyuarat. Ini kerana ia melibatkan maslahah umum untuk mendapat kata majoriti mesyuarat berbanding maslahah individu iaitu menuntut ilmu.

 

Akan tetapi, hakikatnya ia tidak semudah itu untuk dibuat kata putus. Keutamaan menuntut ilmu bagi melaksanakan proses islah, ilmu yang dituntut dipergunakan untuk disampaikan kepada masyarakat, ia juga merupakan satu bentuk maslahah umum. Mungkin kehadiran ke mesyuarat cukup dengan wakil daripada timbalan. Inilah antara banyak situasi yang memerlukan kita menilai dengan neraca Islam apakah yang lebih diutamakan daripada yang lain. Ia sangat diperlukan oleh seorang isteri atau suami, bapa atau ibu, pemimpin, para pekerja, penuntut ilmu dan lain-lain.

 

Fiqh Ikhtilaf

Perbincangan Fiqh Ikhtilaf menjadi satu keperluan dalam kehidupan bermasyarakat pada hari ini. Di dalam keadaan hukum-hukum Islam semakin sukar untuk dimengerti akibat serangan pemikiran dan akhlak, dalam keadaan orang Islam yang penipu, korupsi dan pengkhianat, wujud pula golongan bukan Islam yang mahu bersama tunduk di bawah hukum Islam, dalam keadaan berbilangnya jemaah yang mendakwa mereka adalah jemaah yang terbaik membawa Islam, dalam keadaan persoalan ibadah dan hukum Islam dimainkan isunya dan dikaitkan dengan perkara-perkara lain seperti keperluan politik, ekonomi dan sosial, dalam keadaan umat Islam dahagakan kekuatan kesatuan dan perpaduan dalam menghadapi musuh akidah, zionis dan ideologi manusia, dalam keadaan umat Islam perlu terus bersedia dan mempertahankan syiar Islam yang tertinggi. Maka semua situasi ini memerlukan pertimbangan yang sebaiknya dalam berfikir dan mengetahui kefahaman yang betul untuk kita berbeza, berselisih dan bertentangan pendapat dengan orang atau pihak lain.

 

Kesatuan dan perpaduan sangat dititikberatkan di dalam Islam. Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran memerintahkan umat Islam agar tidak berpecah belah. Selain itu, wujud juga ayat dan hadith yang menyeru umat Islam agar berhati-hati dengan sebarang anasir dan perlakuan yang boleh mengundang perpecahan dan kekifuran. Islam sangat membenci perpecahan dan hidup tanpa berjemaah atau bermasyarakat. Kehidupan seperti ini akan mendedahkan diri seseorang muslim jatuh ke kancah kerosakan dan kehancuran. Kesatuan sebenarnya mampu memperkuat antara satu sama yang lain atau yang lemah, serta menjadi benteng yang utuh dalam mengahadapi musuh. Maka, Perpecahan umat Islam bukanlah suatu kelaziman dan hadith mengenai berpecahnya umat Islam kepada 72 atau 73 golongan hendaklah dikoreksi semula.

 

Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya yang berjudul As-Sohwah al-Islamiyah baina al-Ikhtilaf al-Masyru' wa al-Tafarruq al-Mazmum menjelaskan bahawa penyebab utama terjadinya iktilaf atau perpezaan pendapat adalah disebabkan akhlak dan pemikiran. Antara bentuk masalah akhlak yang menjadi punca perbezaan ialah membangga diri dan mengkagumi diri sendiri, buruk sangka dan mudah menuduh orang lain tanpa bukti, ego dan mengikut hawa nafsu akibat mengejar kepimpinan dan kedudukan, taasub kepada pendapat tertentu, mazhab dan golongan dan taasub negeri, jemaah, daerah, parti jemaah atau kepimpinan.

 

Manakala dalam bentuk pemikiran pula terbahagi kepada dua iaitu perbezaan penilaian oleh akal itu sendiri dan perbezaan fiqh. Perbezaan penialain termasuk penilaian terhadap sejarah, tokoh, isu atau peristiwa dan sebagainya. Perbezaan fiqh pula contoh yang terbaik ialah wujudnya empat mazhab fiqh yang didokongi oleh empat 'ulama besar Islam. Itu belum termasuk anak murid atau para guru mereka dan 'ulama lain yang telah sampai tahap boleh berijtihad.

 

Selepas menerangkan bahawa perbezaan ini merupakan fitrah bagi manusia, akhlak pertama yang perlu dipegang oleh seseorang muslim ialah mengambil jalan pertengahan dan tidak melampau dalam seseuatu perkara iaitu sentiasa bersikap wasatiah (bersederhana). Inilah juga manhaj yang dipegang di dalam pengajian Al-Azhar. Kedua, hendaklah mengutamakan ayat-ayat muhkamat dan bukan ayat mutasyabihat. Ini kerana, perlaksanaan hukum dan perintah daripada ayat-ayat yang telah jelas maknanya perlu lebih didahulukan berbanding mencari hukum dan natijah daripada perafsiran yang berbeza daripada ayat mutasyabihat. Ketiga, tidak memaksa dan menolak dalam masalah ijtihadiyah.

 

Sejarah membuktikan, situasi ini telahpun berlaku di era para sahabat Nabi SAW lagi dan tetap berlaku di zaman selepasnya. Keempat, hendaklah terlebih dahulu mengkaji perbezaan pendapat para 'ulama. Pada hari ini sedringkali wujud pelbagai pandangan trhadap sesuatu isu mahupun hukum sehinggakan pihak yang tidak berkelayakan berani memberikan pendapat, sedangkan permasalahan dan persoalan terhadap isu atau hukum tersebut telahpun ada jawapannya sejak dahulu lagi. Kembali kepada pendapat 'ulama besar Islam dan jumhur adalah jalan terbaik.

 

Kelima, membatasi pengertian dan istilah. Kepelbagaian pengertian dan istilah lebih-lebih lagi yang sengaja diwudjukan bagi mengelirukan masyarakat hendaklah dielakkan. Mengtahui permasalahan besar yang dihadapi umat serta bekerjasama terhadap perkara yang disepakai. Sebaiknya bagi seorang muslim mengetahui apakah permasalah besar yang melanda umat Islam. Selain daripada isu Palestin, isu serangan pemikiran ke atas umat Islam, isu masalah sosial umat Islam, isu penjajahan asing ke atas negara islam, isu-isu besar sesebuah negara, ini semua termasuk isu besar yang perlu kata sepakat untuk mengahadapinya.

 

Selain itu kita sepakat bahawa masalah sosial perlu dibanteras, kita bersepakat kemiskinan rakyat perlu diselesaikan, kita juga bersepakat bahawa ramai umat Islam masih tidak mengerjakan solat, tidak berpuasa di bulan Ramadhan, tidak menunaikan zakat. Kita juga bersepakat bahawa masih ramai masyarakat negara yang tidak pandai membaca Al-Quran, juga bersepakat Allah adalah Tuhan yang esa dan akidah umat Islam perlulah sentiasa diperkukuh. Kita juga perlu bersepakat bahawa dakwah kepada orang bukan Islam mengenai islam dan orang asli di kawasan pendalaman adalah kefardhuan terhadap semua pendakwah. Maka perkara yang disepakati ini perlulah kita bekerjasama. Sepatutnya tidak ada pihak yang terang-terangan tidak mahu bersatu dan lantas memncilkan diri dari bekerjasama serta memberi pelbagai alasan.

 

Antara asas moral yang perlu dipegang dengan kukuh dalam berbeza pendapat ialah:

1) Ikhlas dan membebaskan diri dari hawa nafsu. Seringkali kita melihat perbezaan pendapat yang zahirnya kelihatan ilmiah hakikatnya didasari oleh keegoan dan menurut menurut hawa nafsu. Akibatnya, kebiasaan perbezaan ini terjadi kerana faktor peribadi dan mahu mencari populariti. Ia diselaputi kononnya kerana kepentingan Islam atau jemaah atau golongan tertentu dan sebagainya yang tidak diketahui oleh orang lain.

 

Banyak perselisihan berlaku hanya kerana seseorang diangkat menjadi pemimpin. Kemudian pengikut masing-masing menganggap ianya sebagai perselisihan mmengenai prinsip dan dan pemahaman. Padahal sebenarnya ia merupakan perselisihan untuk merebut kepimpinan, pangkat ataupun harta. Ada hadith nabi SAW yang kefahamannya menyebutkan bahawa keinginan seseorang terhadap harta dan kuasa itu bahayanta terhadap agama lebih besar jika dibandingkan dengan bahaya serigala lapas yang dilepaskan di tengah kawanan kambing.

 

2) Meninggalkan taasub terhadap individu, mazhab dan golongan. Seseorang harus melepaskan dirinya daripada taasub terhadap pendapatnya sendiri. Ini kerana orang yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada daripada sikap ini akan sentiasa mempertahankan pendapatnya sendiri walaupun ia tahu pendapatnya salah dan lemah penjelasannya. Ia hanya memenangkan kehendak hawa nafsu, memandang rendah pendapat orang lain takut dituduh kurang fahamannya. Semoga Allah meredhai Imam Syafie yang berkata "Demi Allah! Aku tidak peduli apakah kebenaran itu nampak melalui lidahku atau melalui lidah orang lain." Taasub ini termasuk salah satu petunjuk seseorang kagum terhadap dirinya sendiri dan mengikut hawa nafsu. Sedangkan kedua-dua sikap ini termasuk 'penghancur' yang paling merbahaya. Andai taasub terhadap diri sendiri pun dilarang, lebih-lebih lagilah taasub terhadap sesuatu mazhab dan golongan.

 

Di antara akhlak untuk mengelak sikap taasub ini ialah dengan melihat kepada perkataan dan bukan kepada orang yang mengatakannya. setiap individu perlu mempunyai keberanian untuk mengkritik diri sendiri, mengakui kesalahan dan kesilapan, menerima dengan lapang dada kritikan orang lain, tidak segan meminta pendapat dan penilain daripada orang lain, memanfaatkan ilmu dan hikmah yang dimiliki orang lain, memuji orang yang tidak sependapat dengannya jika memang pendapatnya benat dan baik, serta membelanya apabila dia dituduh dengan tuduhan yang batil atau dipersendakan.

 

3) Berprasangka baik terhadap orang lain,

4) Tidak menyakiti dan mencela,

5) Menjauhi bantahan dan permusuhan, dan

6) Dialog dengan cara yang paling baik.

 

Fiqh Muwazanah

Fiqh Pertimbangan di sini ialah bagaimana membuat pertimbangan antara kebaikan (maslahah) dan mafsadah (keburukan). Sebelum kita mengetahui mana satu maslahah dan mana satu mafsadah, terlebih dahulu kita perlu mengetahui ciri-ciri yang ada di dalam kedua perkara tersebut. Maka ilmu yang diperlukan ialah Fiqh Maqasid Syariah, Fiqh Awlawiyat dan Fiqh Waqi'. Apabila kita mengetahui dan mendalami perbincangan ketiga-tiga fiqh ini seterusnya kita mampu membuat pertimbangan sewajarnya bagi melaksanakan perubahan (taghyir) atau proses pembaikan (islah).

 

Ruang lingkup perbahasan Fiqh Muwazanat merangkumi:

1) Keseimbangan sesama kebaikan (maslahah) antara satu maslahah dengan maslahah yang lain. Ia berlaku dari segi bentuknya, keluasannya, kedalamannya, kesannya, keberkekalannya dan kebersinambungannya. Daripada kesemua segi atau ciri ini, perlulah diketahui mana satukah yang perlu didahulukan dan diambil kira dan mana satukah yang boleh digugurkan dan diketepikan.

2) Keseimbangan sesama keburukan (mafsadah) antara satu mafsadah dengan mafsadah yang lain sepertimana dalam segi atau ciri yang disebutkan sebelum ini. Perlu diketahui mana satu yang perlu diketepikan atau dilewatkan dan mana satu yang perlu didahulukan atau diutamakan.

3) Keseimbangan antara maslahah dan mafsadah apabila kedua ciri ini saling bertembung antara satu sama lain. Di dalam keadaan ini kita perlu mengetahui bilakah masa yang sesuai mendahulukan 'membendung kerosakan' dari 'mengutamakan kebaikan' dan bilakah masa yang sesuai mendahulukan 'mengutamakan kebaikan' dari 'membendung kerosakan'.

 

Antara persoalan yang memerlukan kepada kefahaman pertimbangan ialah:

1) Adakah bekerjasama dengan kekuatan-kekuatan yang bukan Islam boleh diterima?,

2) Adakah boleh melakukan perdamaian dan kerjasama dengan kerajaan yang tidak beriltizam dengan hukum-hukum Islam?,

3) Adakah boleh melibatkan diri dengan pemerintahan yang tidak Islamik sepenuhnya? Serta terkandung di dalamnya perlembagaan dan undang-undang yang sama sekali tidak diterima Islam?,

4) Apakah kita boleh bekerjasa dengan golongan bukan Islam dalam melaksanakan hukum Allah dan melakukan proses kebaikan?,

5) Apakah boleh kita terus berurusan dengan sistem ekonomi riba' dan kovensional sedangkan ekonomi Islam masih tidak mampu menguasai lapangan?

 

Di dalam Al-Quran juga ada menceritakan beberapa situasi yang memerlukan pertimbangan. Antaranya kisah Nabi Harun AS dengan Nabi Musa AS mengenai pertimbangan antara maslahah di dalam Surah Taahaa ayat 94, kisah Nabi Musa AS dengan Nabi Khidir AS mengenai pertimbangan antara mudharat di dalam Surah Al-Kahfi ayat 79, dan kisah pengharaman arak mengenai pertimbangan antara maslahah dan mudharat di dalam Surah al-Anfaal ayat 67. Selain itu kisah pertimbangan terhadap bangsa Rom dan bangsa Parsi. Kedua-dua bangsa ini memusuhi Islam. Kegembiraan ditujukan kepada bangsa Rom kerana mereka merupakan ahli kitab sedangkan bangasa Pasri adalah beragama majusi. Ia dimuatkan di dalam Surah al-Ruum ayat 2 sehingga 5.

 

Contoh pertimbangan lain ialah apabila Saidina Umar telah menukar panglima perang daripada Khalid bin Al-Walid kepada Abu Ubaidah Al-Jarrah apabila melihat seolah-olah perajurit ketika itu berkeyakinan menang disebabkan kehebatan peribadi Khalid sebagai panglima perang dan bukannya keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT. Selain itu kisah Saidina Umar ingin memilih seorang pemimpin untuk urusan umat Islam. Diceriatan oleh Al-Hakim daripada Asy-Sya'biy bahawa Umar telah berkata "Tunjukkan kepadaku seseorang yang aku dapat tugaskan untuk mengurus salah satu urusan kaum muslimin". Mereka menjawab "Abdul rahman bin 'Auf". Umar berkata "Dia seorang yang lemah". Mereka berkata lagi "Si Pulan". Umar menjawab "Dia tidak memiliki (kemampuan) yang saya perlukan". Mereka bertanya "Siapa yang engku inginkan?" Umar menjawab "Seseorang yang jika dia menjadi pemimpin mereka, dia seolah-olah salah seorang daripada mereka dan jika ia bukan pemimpin mereka seolah-olah dia bagaikan pemimpin mereka". Mereka berkata "Kami kenal hanyalah Ar-rabi' bin Ziyad al-Haritsiy". Umar berkata "Kalian benar".

 

Setiap daripada khalifah rasyidah yang empat juga pada era kepimpinan mereka jelas beberapa langkah melambangkan pemahaman mereka terhadap konsep fiqh pertimbangan ini. Saidina Abu bakar telah memerintahkan untuk memerangi golongan murtad dan golongan tidak membayar zakat. Saidina Umaar telah memeintahkan agar Al-Quran dikumpulkan daripada setiap penghafal dan penulis Al-Quran. Saidina Uthamn telah memerintahkan agar Al-Quran hanya dikumpulkan melalui satu tulisan sahaja iaitu Rasm Uthmani dan selainnya dibakar agar wujud keselarian keseluruhan penulisan Al-Quran.

 

Contoh lain yang kita boleh ambil adalah daripada profesyen kedoktoran. Para doktor dalam tugasan mereka akan membendung salah satu daripada dua jenis penyakit yang besar mudharatnya dengan melakukan kemudharatan yang lebih kecil. Mereka akan berusaha menghasilkan tahap keselamatan dan kesihatan yang paling tinggi dan tidak mempedulikan luputnya kemaslahatan yang rendah dan kecil. Kedoktoran juga seperti syariat, diwujudkan bagi mengutamakan kemaslahatan dan keselamatan serta membendung kemudharatan penyakit. Doktor akan berusaha membendung perkara tersebut mengikut apa yang termampu dilakukan olehnya dan berusaha mengutamakan maslahah juga mengikut apa yang termampu dilakukan. Pastinya seorang doktor tidak mampu membendung atau mengelak semua kemudharatan atau menghasilkan semua kemaslahatan. Apabila bertembung antara dua maslahah maka doktor boleh membuat pilihan untuk memilih antara dua maslahah, atau memilih salah satu mudharat apabila bertembung dua mudharat. Tetapi apabila bertembung antara maslahat atau mudharat, maka mereka akan memilih mana yang lebih kuat. Mereka akan mengambil sikap menangguhkan terlebih dahulu membuat keputusan jika ia tidak tahu mana satu aspek yang perlu diutamakan.

 

Maka Allah yang menggubal syariat juga adalah Tuhan yang menggubal hal berkaitan kesihatan dan seterusnya kedoktoran. Sama ada mengenai syariat atau mengenai kedoktoran, masing-masing mempunyai agenda dalam menguatamakan kemaslahatan dan membendung kemudharatan.

 

Fiqh Waqi'

Fiqh Waqi' merupakan satu ilmu yang mengkaji tentang pemahaman keadaan semasa daripada ciri-ciri yang memberi kesan kepada masyarakat, memberi kekuatan yang menguasai kenegaraan, memberi kekuatan pemikiran untuk berhadapan dengan apa jua serangan yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta memberikan jalan-jalan atau perancangan untuk memelihara dan meninggikan nilai agama dan umatnya pada zaman ini dan akan datang. Sesungguhnya daripada hukum-hukum ijtihadiyah, sumber dan sandarannya untuk kemaslahatan akan berubah dengan berubahnya zaman dan keadaan. Maka hukum-hukum akan turut berubah.

 

Contoh yang paling mudah ialah apabila wujudnya fatwa lama dan fatwa baru di dalam permasalahn hukum di sisi Imam Asy-Syafi'e. Fatwa lama adalah ketika beliau berada di basrah dan fatwa baru ketika beliah berada di Mesir. Fatwa darinya berubah mengikut perubahan dan masa ketika fatwa tersebut dikeluarkan unruk pegangan masyarakat. Kaedah fiqh ada menyebutkan "Tidak menolak perubahan hukum-hukum ijtihadiyah dengan berubahnya masa, tempat, keadaan dan adat."

 

Seringkali Fiqh Waqi' melibatkan empat elemen utama yang mesti dipegang dan dijadikan kayu pengukur dalam perlaksanaan Fiqh Waqi'. Empat elemen tersebut ialah Keadaan, tempat, masa dan golongan sasaran. Sumber-sumber mengnai Fiqh Waqi' ialah Al-Quran, As-Sunnah dan Sirah Nabawi serta amalan salafus soleh. Contoh daripada Al-Quran ialah ingatan daripada Allah SWT bahawa orang Nasrani dan Yahudi akan emnggunakan apa jua cara untuk menghancurkan Islam di dalam Surah al-An'aam ayat 55. Contoh daripada sirah Nabi SAW ialah apabila Nabi memilih Habsyah sebagai tempat pertama penghijrahan umat Islam. Ini kerana Nabi SAW ada bersabda bahawa raja Habsyah pada ketika itu bukanlah seseorang yang zalim dan melakukan kezaliman. Akhirnya raja tersebut menerima rombongan hijrah umat Islam dengan pebuh kebaikan dan kemuliaan.

 

Ketika Nabi SAW ingin mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman, maka Baginda bertanya kepada Muaz dengan apakah dia akan berpegang untuk mengeluarkan hukum kepada umat Islam. Maka Muaz menjawab akan berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan seterusnya ijtihadnya. Maka Nabi SAW membenarkan kata-kata Muaz. Perkara ijtihad adalah diperlukan akan hukum yang dikeluarkan bersesuaian dengan keadaan masyarakat di sana.

 

Ciri-ciri yang perlu ada bagi seseorang sebelum mengeluarkan sesuatu hukum atau tindakan berdasarkan Fiqh Waqi' ialah:

1) Bersifat qana'ah serta memahami tentang kepentingannya,

2) Berpandukan sumber syara' kerana tidak sepatutnya sesuatu hukum dikeluarkan disebabkan pengaruh kebendaan. Perlulah menganalisis segala peristiwa serta membuat keputusan yang jauh daripada membawa persoalan yang berkaitan akidah dan hukum syara' yang pasti,

3) Memiliki keluasan dan kepelbagaian ilmu yang merangkumi ilmu syara', ilmu sosial atau kemasyarakatan (sains sosial), sejarah dan isu-isu semasa. Lebih banyak ilmu yang dikuasai, lebih pelbagai ilmu yang diketahui, lebih banyak pengalaman dan lebih meluas pengtahuan tentang isu semasa, semakin ia menguatkan keputusan mengeluarkan hukum melalui Fiqh Waqi'.

4) Berterusan mengkaji dan memperbaharui segala peristiwa yang baru,

5) Hidup dan sensitif dengan keadaan semasa sekeliling,

6) Berhikmah dalam memilih sumber yang pelbagai supaya mencakupi setiap perkara, serta memadai perkara terbaik daripada yang baik atau paling penting dari yang penting,

7) Perlaksanaan Fiqh Waqi' yang berperingkat.

 

Apa yang dimaksudkan dengan perlaksanaan yang berperingkat ialah dalam mencapai hakikat waqi'i (bersifat semasa), tiga tahap asas perlu dilalui. Tahap tersebut ialah:

1) Himpunan berita dan maklumat,

2) Perbandingan dan hubungkait antara peristiwa,

3) Menganalisa segala maklumat dan memperoleh segala keputusannya. Ditambah lagi ketiga-tiga tahap ini memerlukan kebolehan dan usaha yang bersungguh.

 

Contoh realiti adalah seperti manhaj dakwah yang bersesuaian terhadap golongan sasar (golongan dakwah) yang pelbagai. Ceramah agama atau perbincangan agama kepada orang kampung berbeza denagn orang bandar atau intelek. Berdakwah kepada golongan rempit, jalanan, dan bermasalah sosial berbeza dengan dakwah kepada golongan berkeluarga dan golongan elit. Berdakwah dan menyeru kepada orang yang sakit dan terlantar di hospital berbeza berdakwah kepada orang yang sihat, begitu juga berbeza kepada golongan yang tua dan berumur berbanding golongan pelajar atau mahasiswa.

 

Berdakwah kepada orang asli tidak boleh dengan cara erah agama selama sejam, menadah kitab dan menulis nota. Tidak boleh menggunakan bahasa yang tinggi dan terlalu rasmi. Mereka perlu didekati dengan jamuan makan, kemudian pemberian sumbangan atau hadiah. Selain itu perlu diadakan sukaneka atau perlawanan bola antara mereka. Antara lain mereka boleh didekati dengan hiburan, nyanyian, dan persembahan. Fiqh Waqi' sangat diperlukan bagi memastikan dakwah yang berkesan dan kelangsungan golongan sasar terus tetap bersama pendakwah dan dakwah yang disampaikan kepada mereka,

 

Fiqh Taghyir

Di antara keinsimewaan dakwah atau manhaj Islam adalah bersifat mengubah atau taghyir. Islam menolak bentuk penempelan atau penerapan nilai Islam yang bersifat topengan atau kulit luar tanpa perlaksaan syariat dan hukum Islam yang menyeluruh. Fiqh taghyir sangat diperlukan di dalam Islam ialah untuk memastikah hakimuatullah (perlaksanaan hukum dan undang-undang Allah) tertegak di atas muka bumi. Ini kerana perlaksanaan ini telah tertangguh akibat penguasaan dan cengkaman sistem dan perundangan ciptaam manusia. Setelah menggunapakai sinergi fiqh ini bermula Fiqh Maqasid sehinggalah Fiqh Waqi', maka peringkat Fiqh Taghyir adalah peringkat tertinggi. Taghyir daripada sudut bahasa ialah perpindahan daripada satu tempat ke tempat yang lain atau daripada satu keadaan kepada keadaan lain yang lebih baik. Tanghyir yang dimaksudkan secara menyeluruh ialah mengubah sistem perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah, daripada sistem dan perundangan manusia kepada hukum dan syariat Allah SWT, daripada kebobrokan jahiliyah kepada kecantikan dan ketinggian Islam.

 

Bagi melakukan perubahan seseorang muslim hendaklah berpegang kepada beberapa prinsip asas iaitu:

1) Dia hendaklah melihat sistem jahiliyah adalah sistem yang perlu diperangai kerana ia adalah sistem yang bermusuh dan bertentangan dengan Islam,

2) Berpegang bahawa sistem jahiliyah adalah sistem yang menolak syariat,

3) Di dalam hatinya dia hendaklah sama sekali tidak memberikan wala' kepada sistem jahiliyah tersebut. Al-Quran ada menjelaskan tuntutan melakukan perubahan sepertimana yang diterangkan di dalam Surah al-Ra'du ayat 11 dan di dalam Surah al-Anfaal.

 

Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi, ayat 11 daripada Surah al-Ra'du merupakan satu penjelasan terhadap kaedah yang ditetapkan di dalam Islam dalam melakukan perubahan sehingga ia dijadikan syiar atau pegangan di dalam gerakan pembaikan (islah). Kata-kata 'ulama yang menjelaskan hendaklah seseorang mendirikan Islam di dalam dirinya terlebih dahulu dan barulah Islam tertegak di bumi menggambarkan individu perlu berusaha mengubah dirinya kepada yang lebih baik. perlu melakukan proses pembaikan dari dalam dirinya terlebih dahulu. Ini juga bersesuaian dengan turutam amal (tujuh perkara) yang mana bermula dengan peribadi muslim. Barulah diikuti dengan rumahtangga muslim, masyarakat muslim dan seterusnya sehingga tertegak kalimah Allah di muka bumi.

 

Cara berdakwah Nabi SAW kepada golongan Arab Mekah dan Madinah sehingga bertukarnya kehidupan jahiliyah kepada kehidupan Islam merupakan contoh terbaik Fiqh Taghyir dalam lapangan realiti. Melalui senergi fiqh-fiqh ini, melalui petunjuk Allah SWT, dakwah Nabi SAW melalui peringkat yang sangat cemerlang. Dakwah yang berperingkat, bermula kerabat terdekat, kemudian sahabat handai, dilaksanakan secara sulit selama tiga tahun, menanamkan kekuatan akidah terlebih dahulu di Mekah selama sepuluh tahun. Disusuli dakwah di madinah selama sepuluh tahun lagi dengan pembinaan negara Islam yang pertama. Method perubahan ini sangat bersistem dan terancang yang telah ditetapkan sendiri oleh Allah SWT.

 

Perubahan yang hendak dilakukan tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa dan hangat-hangat tahi ayat. Tidak boleh dilakukan dalam bentuk tempelan atau topengan Islam sahaja tetapi hakikat isinya adalah jahiliyah. Bagi membasmi lalang yang berterusn tumbuh di satu kawasan lapang tidak boleh hanya dengan mencantas hujung atau di pertengahan lalang. Ia perlu dibuang bersama-sama akarnya. Begitu juga sistem jahiliyah atau peraturan buatan manusia. Projek-projek tempelan Islam tidak akan mberjaya mengangkat Islam di tempat yang tertinggi melainkan sistem perlu diubah. bagi mengubah sistem, pemimpin perlu diubah. Bagi melahirkan pemimpin dan kepimpinan yang mampu mengubah hendaklah dimulakan dari dalam diri setiap muslim. Perlu ada perancangan dan perlaksanaan yang teratur.

 

Peringkat perubahan yang disebutkan oleh Imam Hassan Al-Banna dan Imam Syed Qutb ialah:

1) Menerangkan generasi sahabat RA adalah generasi Al-Quran yang unik. Mereka diibaratkan seperti Al-Quran yang berjalan di atas muka bumi. Di antara ciri-ciri para sahabat sehingga mampu membawa ke tempat yang tertinggi di dalam diri mereka dan sistem kehidupan masyarakat mereka ialah menjauhi jahiliyah.

 

2) Penumpuan terhadap 'kebaikan terbesar' dan 'kemungkaran terbesar'. kebaikan terbesar dan teragung ialah mempertuhankan allah di atas muka bumi ini dengan memberikan hak hakimiyah Allah SWT. Manakala mungkar terbesar ialah pencerobohan terhadap hakimiyah Allah SWT dan emnggantikan dengan sistem buatan manusia. Peringkat yang kedua ini memberi peringatan kepada para pendakwah dan pendukung gerakan Islam agar tidak hanya menumpukan usaha untuk mengubah kemungkaran yang berbentuk cadang, pecahan atau sebahagian sahaja. Akan tetapi perlu juga memberi penumpuan terhadap keadaan mendirikan kerajaan Islam sepenuhnya dari segi sistem, perundangan, kehakiman, ketenteraan, ekonomi, sistem sosial, perlembagaan dan selainnya.

 

3) Para 'ulama telah mengaitkan perubahan ini dengan fungsi dan tanggungjawab yang perlu diberikan oleh golongan pemuda (syabab atau rijal). Melalui sirah Nabi SAW, kita akan melihat bahawa golongan yang mempelopori kebangkitan Islam adalah golongan pemuda disebabkan kelebihan semangat, idelisme, kefahaman dan kekuatan jasad yang ada pada mereka. Dari itu, lahirlah istilah rijal taghyir atau pemuda perubah yang diperlukan oleh Islam.

 

Bagi menangani gejala sosial, kecetekan ilmu-ilmu Islam di kalangan anak-anak sekolah atau golongan muda-mudi, sistem ekonomi yang tidak membantu secara menyeluruh untuk membasmi kemiskinan, sistem pendidikan yang tidak mampu melahirkan modal insan yang berkualiti bukan sahaja hebat dalam bidang akademik dan profesional, tetapi juga tinggi peribadi muslimnya. Tidak melakukan suapan, khianat, penipuan, penyelewengann dan pelanggaran etika. Sistem masyarakat yang semakin berbentuk individualistik, masing-masing menumpukan kehidupan sendiri sehingga tidak mengambil endah keadaan jiran tetangga. Tidak melaksanakan solat berjemaah di surau dan masjid. Tidak menghadiri kuliah-kuliah dan pengajian agama. Keluar rumah untuk pergi kerja dan balik rumah untuk berehat. Aktiviti bersama masyarakat setempat kurang dilaksakan dalam berntuk bersama.

 

Penutup

Inilah serba ringkas penerangan atau pencerahan mengenai Fiqh Enam yang amat diperlukan bagi memastikan Islam dikembalikan kedudukannya memimpin kehidupan manusia keseluruhannya. Islam tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam sebagai bekalan menuju akhirat kelak. Peranan mengembalikan Islam perlulah diletakkan di atas pundak setiap individu muslim tanpa kecuali. Semua muslim perlu sedar dan berperanan melalui platform yang sedia ada di hadapan mereka. Alasan untuk culas dan mengelakkan diri dari meninggikan kalimah 'Tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhamma SAW adalah pesuruh Allah' bakal mengundang kerosakan diri sendiri dunia ini malah akan menerima balasan yang buruk di akhirat kelak.

 

Bagaimana mungkin kita bakal memperoleh syafaat daripada Nabi SAW sekiranya dakwah baginda tidak kita teruskan. Bagaimana kita boleh memperoleh syurga milik Allah SWT sekiranya kita bersikap lepas tangan daripada meninggikan kalimahNya? Semoga Allah membuka hati-hati kita dan memberi hidayah di alam hidup kita agar berterusan kaki kita melangkah di atas jalanNya yang lurus.

 

Mari kita berdoa kepada para sahabat, tabi'in dan seterusnya serta semua 'ulama Islam yang terdahulu dan terkemudian yang telah mewarisi ilmu dan petunjuk daripada Rasulullah SAW. Semoga kebaikan terhadap mereka terus berkekalan sehingga kiamat datang dan kita ditempatkan bersama mereka di akhirat kelak.

 

Allahumma solli wa sallim wa barik 'alaihi wa 'ala aalih.

 

Semoga bermanfaat.

 

Alhamdulillah selesai penyusunan dan pengolahan.

ARWP, Hayyu Sabi', Kaherah.

20 Dzulqa'idah 1432 H.

Posted by al-hakim http://img1.blogblog.com/img/icon18_email.gifhttp://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif

Labels: Agama

 

Thursday, April 2, 2015

Hukum Berzikir Dan Berdoa Secara Israr Atau Jahr

Hukum Berzikir Dan Berdoa Secara Israr Atau Jahr
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bilangan 2 / 2012 yang telah bersidang pada bulanMac 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Berzikir & Berdoa Secara Israr atau Jahr. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut: Bagi orang yang sembahyang seorang diri dan makmum adalah lebih baik berdoa dengan suara yang perlahan sekadar hanya dapat didengar oleh dirinya sendiri.
...
Manakala dalam sembahyang berjamaah pula adalah sunat bagi imam membaca doa dengan suara yang boleh didengari oleh jamaahnya jika ia bertujuan untuk mengajar mereka (jemaah), atau untuk mereka bersama-sama mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam dengan syarat janganlah sampai mengganggu para jamaah lain yang sedang melaksanakan sembahyang, beriktikaf dan sebagainya.
Ini sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz al Malibari Rahimahullah bahawa Imam Ibnu Hajar Rahimahullah berkata :
"Adapun berlebih-lebihan pada mengangkat suara di dalam masjid ketika membaca zikir dan doa sekiranya mengganggu orang yang sedang mengerjakan sembahyang, maka sayugia dihukumkan haram". (Hasyiah I’anatu Al Tolibin, Jilid 1, Hlmn. 186)
Berkata Al Imam Al Syafie di dalam Al Umm :
‘’Saya memilih bagi imam dan makmum hendaklah berzikir ke hadrat Allah setelah memberi salam, mereka melakukannya secara perlahan kecuali Imam yang bermaksud supaya dapat diikuti, maka boleh dengan suara yang keras dan setelah mengetahui bahawa makmum telah dapat mengikutinya, maka kembali berzikir dengan suara yang perlahan’’ (Hasyiah I’anatu Al Tolibin, Jilid 1, Halaman 185)

Tuesday, March 31, 2015

8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia

8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia
Tulisan ini dipetik daripada buku tulisan Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Dr Lily Zubaidah telah dibuang negeri kerana mengkritik kerajaan PAP dan sekarang beliau bertugas sebagai seorang Profesor di Sydney University Australia.

1) Memperalat orang Melayu

Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.

Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.

2) Siapa yang mempersoal PAP, dituduh “Chauvinists, Religious Extremists and harbouring a sinister agenda”.

“Organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik pembangkang, atau individu yang berani mempersoal kerajaa PAP Singapura, akan didakwa sebagai ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda” (membawa agenda jahat).

Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP.

Tambahan beliau lagi, orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun akhbar-akhbar tempatan.

Itu belum lagi, penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah.

Hal ini boleh dilihat pada tahun 2002, Malay Community Organisation, Fateha.com dan juga jurucakap mereka, Zulfikar Shariff, telah dihalang kerana dikatakan membicarakan hal-hal sensitif seperti bantahan terhadap ‘No tudung petition’, diskriminasi terhadap pekerja Melayu, menuntut supaya madrasah dikekalkan dan sebagainya.

3) Bahasa Melayu bahasa golongan rendah.

“Kebanyakan bukan Melayu tidak bercakap bahasa kebangsaan (Melayu) atau tahu makna lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’. Oleh itu, ramai rakyat Singapura tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan semasa majlis rasmi.

Menurutnya penurunan nilai bahasa kebangsaan (Melayu) boleh dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat yang menganggap bahasa itu mencerminkan modal sosial, ekonomi dan kebudayaan golongan yang lemah dan dituturkan oleh golongan kelas rendah seperti pembantu rumah warga Indonesia, posmen dan pembersih pejabat.

“Terdapat penurunan yang ketara dalam Bahasa Melayu untuk jalan dan daerah. Pemaju perumahan swasta dan penduduk telah membuat petisyen untuk menukar nama-nama jalan Melayu, dengan mendakwa mengelirukan dan memudaratkan maruah penduduk,” katanya.

Menurutnya lagi pada tahun 1960-an, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan telah diarahkan untuk menghentikan daripada menamakan jalan-jalan dengan nama-nama berunsur Bahasa Melayu.

Nama jalan ditukar kepada Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Perkataan ‘Lorong’ telah dinamakan semula sebagai ‘Avenue’, ‘Rise’, ‘Drive’ dan ‘View’.

Namun, dalam masa sama pada tahun 1980-an, berlaku peningkatan ketara nama-nama jalan dan tempat dalam Bahasa Mandarin.

“Berbeza dengan kedudukan yang merosot bahasa kebangsaan, Lee Kuan Yew dan kepimpinan lain dalam PAP terus-menerus mengingatkan masyarakat Cina daripada nilai ekonomi bahasa Mandarin dan peranannya dalam perniagaan dan budaya purba Cina tradisional,” katanya lagi.

4) Singapura adalah Israel in a Malay Muslim Sea.

Lee Kuan Yew dengan bangganya mengakui peranan Singapura di rantau ini seperti “Israel in a Malay Muslim Sea”. (Willairat 1975:45)

5) Ketuanan Cina di Singapura.

Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-racism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya.

Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

6) Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara.

Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.

Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

7) Melayu disisihkan daripada tentera Singapura, GLC dan politik.

Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.

Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.

Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.

Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.

Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

8) 98% penerima biasiswa SAFOS (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah Cina.

Data menunjukkan Cina mendominasi perwakilan dalam birokrasi, GLC, badan berkanun, SAF (Singapore Armed Forces). Cina juga turut mendominasi dalam penerimaan biasiswa yang paling berprestij seperti biasiswa Presiden dan biasiswa SAF yang tidak dibincangkan secara terbuka dibincangkan oleh media Singapura.

Dalam masyarakat yang kononnya mempraktikkan sistem meritokrasi, hanya terdapat seorang penerima biasiswa Presiden bukan Cina antara tahun 1987 dan 2005. Sehingga tahun 2005, 98 peratus daripada penerima biasiswa luar negara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAFOS) adalah Cina.

Selain itu, tidak pernah ada satu penerima biasiswa SAFOS berbangsa Melayu. Begitu juga, sehingga tahun 2005, 97 peratus daripada biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura Merit (SAFMS) penerimanya adalah orang Cina.

Adakah Melayu dan India tidak sepintar dan serajin seperti orang Cina? Aduan diskriminasi tidak mudah ditangani kerana negara itu tidak menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, Lembaga Anti-Diskriminasi atau Pejabat Ombudsman untuk melindungi kelayakan yang berbilang kaum dan meritokrasi Singapura.

Dalam proses pemilihan untuk biasiswa kerajaan, diskriminasi tidak hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, ‘watak’ dan prestasi dalam satu temubual akan dipertimbangkan. Pemboleh ubah subjektif telah dimasukkan dengan cara yang tidak telus untuk kejayaan kemasukan ke fakulti seperti fakulti Perubatan Universiti Singapura.

Oleh itu, golongan etnik minoriti yang mendapat hampir skor ‘A’ ditolak untuk menduduki fakulti seperti Perubatan, mereka cenderung untuk mengesyaki bahawa terdapat diskriminasi semasa proses temubual, namun mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong syak wasangka itu
Sumber : http://www.ismaweb.net

Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pulau Pinang bersejarah!

Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pulau Pinang bersejarah!
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dilangsungk...an dengan penuh adat istiadat di perkarangan Padang Kota Lama di sini, sekaligus menjadi satu lagi peristiwa bersejarah di negeri berkenaan hari ini.
Datuk Bandar MBPP, Dato' Patahiyah Ismail dibawa menyaksikan acara perbarisan penguatkuasa sebelum menyampaikan ucaptama di Dewan Bandaran dengan penuh istiadat.
Beliau turut dibawa menyempurnakan acara menanam pokok jenis Maingaya Melayana di sini, sebelum dilangsungkan acara jamuan tengah hari bersama-sama tetamu serta kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.
Patahiyah dalam ucapannya menyebut, pengisytiharan MBPP tersebut sekaligus akan menggandakan lagi usaha PBT berkenaan dalam mereputasi mutu pelanggan, khususnya kepada para pembayar cukai.
“Sudah tiba masanya untuk kita (warga Pulau Pinang) bersama-sama mengubah atau menerima anjakan paradigma di mana peraturan atau syarat yang tidak sesuai diubah,” ujarnya dalam majlis bersejarah tersebut.
Hadir sama, Setiausaha MBPP, Ir. Ang Aing Thye serta barisan Ahli Majlis lain majlis yang diadakan serentak dengan jamuan tengah hari.
Sebelum itu, Patahiyah turut menyertai majlis istiadat berasingan di kediaman rasmi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (T.Y.Y), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas, dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.
Mewakili Putrajaya, Ketua Setiausaha bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Arpah Abdul Razak menyerahkan Suratcara Pengisytiharan MBPP kepada Tun Abdul Rahman.
Istiadat diteruskan dengan acara Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengumumkan pelantikan Patahiyah sebagai sebagai “Datuk Bandar”, disusuli dengan istiadat mengangkat sumpah Patahiyah ke jawatan tersebut.
Pada Majlis tersebut, Patahiyah memakai busana beradat seperti jubah khas diperbuat Blue Bramfield Silk Damask”, jahitan tangan sepenuhnya oleh syarikat Ede & Ravenscroft Limeted, yang berpengkalan di London.
Patahiyah turut dipakaikan Kalung Datuk Bandar MBPP yang diperbuat daripada perak 925 bersaduran emas dengan sambungan 17 kerawang menjadi rantai leher.
Dua pegawai istiadat membawa Cokmar khas mengiringi posisi depan dan belakang Patahiyah di sini.
Difahamkan, Kerajaan Tempatan yang pertama ditubuhan di negera ini adalah di Pulau Pinang, iaitu pada tanggal 4 Januari 1801, dengan penubuhan Jawatankuasa Penaksir bagi menguruskan kadar taksiran setempat sehingga tahun 1827 tanpa pengiktiran undang-undang.
Kemudian, Majlis Perbandaran ditubuhkan pada tahun 1856, diikuti dengan penubuhan Ordinan Perbandaran Negeri-Negeri Selat (OPN) yang mempunyai lebih kuasa dalam mengendalikan hal ehwal kesihatan mulai 1 Januari 1888 hingga 1913.
Pada tahun 1950, Ordinan Pilihan raya Penguasa Tempatan diperkenalkan, bagi mengantikan amalan pelantikan presiden serta ahli-ahli majlis yang lain.
Malah, pilihan raya pertama di Malaya turut diadakan di Pulau Pinang pada 1 Disember 1951 bagi memilih para ahli majlis bagi Majlis Perbandaran George Town.
Sehingga tahun 1957, perayaan 100 tahun usia Perbandaran George Town (1857-1957) antara peristiwa bersejarah yang diraikan di sini.
Pada 1 Januari 1957, Perbandaran George Town dinaiktaraf menjadi “Bandaraya” melalui Letters Patent dengan arahan Queen Elizabeth II, sekaligus merekodkan George Town merupakan bandar raya pertama di Malaysia walaupun tidak melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Ketiga, kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 pun di sini.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditubuhkan pada 15 Disember 1976, kemudiannya dimahsyurkan menjadi MBPP pada 31 Mac 2015 di sini baru-baru ini.

Thursday, March 26, 2015

Surat penolakan hukum hudud kepada Nik Aziz (1994) daripada Dr Mahathir Mohamad, PM Malaysia

Surat penolakan hukum hudud kepada Nik Aziz (1994) – Dr Mahathir Mohamad Published: 20 March 2015 11:01 AM Kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang ditunjukkan baginda Rasulullah. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidin dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum jenayah. Jalan yang diambil kerajaan pusat ini juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kepada kepentingan ramai (muslihat umum)". Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak meyakinkan pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah dan para sahabat. googletag.cmd.push(function() {googletag.display('div-gpt-ad-1400601790726-3');}); Sepertimana Yang Amat Berhormat (YAB) sendiri sedia ketahui, keadilan adalah asas paling utama ditekankan agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai keadilan sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan dalam ajaran lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya pada zaman itu. Tidak perlu bagi saya menyatakan di sini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat mencela sebarang jenis kezaliman. Di samping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemar mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan saja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan saja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kepada keterangan berikut: (i) Dakwaan undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam saja dan tidak diguna pakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar pada zaman Nabi Muhammad, orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbeza dengan hukum Al-Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Sehubung itu tidak ada perbezaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi pada zaman Nabi Muhammad. Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya bertentangan dengan agama Islam. (ii) Masalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kepada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini bukti dia berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat 4 saksi (yang terdiri daripada orang yang baik, tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan melihat dengan terang dan jelas yang dituduh merogol wanita berkenaan. Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia di waktu mana orang Serbia merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di depan saksi yang terdiri daripada orang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah Serbia bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi di sebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas. Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran dan amalan Islam daripada semua aspek tanpa diheret kehendak organisasi politik yang mempunyai kepentingan lain daripada Islam dan kepentingannya . Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur ketidakadilan dikuatkuasakan di negara ini, dan jika ia dikatakan itulah hukum hudud Islam maka umat Islam dan juga ahli masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk umatnya. Ia juga memberi gambaran buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang Islam di kalangan penganut agama lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai Islam tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka kerajaan pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan umatnya. – 20 Mac, 2015. * Surat bertarikh 8 Jun, 1994 ini diutus Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri pada masa itu kepada allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/surat-penolakan-hukum-hudud-kepada-nik-aziz-1994-dr-mahathir-mohamad#sthash.F8s9vacj.dpuf

“Siyasah Syari’yyah”, “Maqasid Syari’ah”, “Fiqh Aulawiyyat”, “Maslahah” oleh DS Hj Abdul Hadi Awang

ADA dalam kalangan umat Islam yang memberi alasan bagi menolak usul persendirian berkaitan undang-undang jenayah dengan menggunakan beberapa perkataan yang berkaitan hukum Islam.

Antaranya menyebut perkataan-perkataan seperti “Siyasah Syari’yyah”, “Maqasid Syari’ah”, “Fiqh Aulawiyyat”, “Maslahah” dan lain-lain.

Ketika membicarakan tajuk yang berat seperti ini, maka tentunya sangatlah tidak manis sekiranya kita menjadi laksana burung kakaktua yang pandai hanya menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya, namun tetap berstatus binatang tanpa akal tanpa memahami hakikat atau tasawwur daripada perkataan yang diucap.

Maka menjelaskan maknanya dengan ilmu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah adalah sangat penting.

“Hudud” adalah cabutan daripada salah satu daripada hukum jenayah yang banyak dan menyeluruh. Mungkin sengaja dijadikan hujah yang difikirkan bagi menolak syari’at.

Mereka menganggap Hudud paling sesuai dijadikan sasaran kerana pandangan mereka paling ganas, tanpa mengetahui secara detail dan objektif. Tanpa menyedari pula betapa ganasnya undang-undang ciptaan manusia yang masih dibanggakan, seperti hukuman bunuh secara kuno : menjerut tali ke leher secara menggantung, begitu juga hukuman sebat sehingga menyeksa tanpa kesan mendidik masyarakat.

Penjelasan ini khusus bagi penganut Islam yang jahil tanpa dimaafkan, kerana beriman tanpa ilmu dan tidak berbudiman terhadap agama sendiri, serta tanpa peduli terhadap batas-batas iman dan kufur yang wajib diketahui dan dipelihara secara fardu ‘ain.

Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya  [Memudahkan kefahaman (terhadap agama ) kepada Muslim Semasa atau terkini] di halaman 102 menjelaskan:

Terdapat tiga madrasah (pandangan) apabila menghadapi masalah semasa :

1- Kalangan yang berpegang kepada nas juzi’i yang zahir secara jumud tanpa menterjemahkannya secara ijtihad melalui ilmu Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid.
2- Kalangan yang menyalahggunakan Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid sehingga membelakangi nas yang nyata.
3- Kalangan yang mengambil kira kedua-dua aspek yang penting dalam ilmu Islam.

Nas yang nyata adalah ilmu Allah yang difirmankan atau ucapan Rasul S.A.W. yang bersifat ma’sum. Adapun yang lain dari nas yang nyata adalah keizinan Allah bagi ruang ijtihad di kalangan para ulama bagi melaksanakan syariat Islam dengan bijak dan adil, bukannya meninggal syariat Allah dengan alasan sehingga boleh digantikan dengan undang-undang ciptaan manusia yang dianggap lebih baik.

1- Siyasah Syari’yyah

Perkataan “siyasah” daripada bahasa Arab yang bermaksud mentadbir, mengurus dan memandu atau memimpin yang disebut terkini dengan perkataan politik atau pentadbiran atau panduan. Dicampur dengan perkataan Syara’ dengan maksud kaitannya dengan urusan pelaksanaan syariat mengikut jadual, pelaksanaan, dan pengurusan melaksanakan hukum Islam, bukannya meninggalkan hukum Islam untuk diganti dengan yang lain. (Sila lihat huraian secara khsus dalam kitab-kitab Ahkam Sultaniyyah Karangan al-Mawardi dan Ghiath karangan Imam Haramain daripada Mazhab Syafei; al-Sair al-Kabir daripada mazhab Hanafi; Siyasah Syariyyah Ibnu Taimiyyah dan Turuq Hukmiyyah Ibnu Qayyim daripada mazhab Hambali dan Muqaddimah Ibnu Khaldun daripada mazahab Maliki).

Tegasnya ialah melaksanakan Syariat dengan betul, bukannya meninggalkan Syariat Allah dengan gantian hukum yang lain.

2- Maqasid Syari’ah

“Maqasid” bermakna tujuan-tujuan, maksudnya ialah tujuan pelaksanaan syariat. Objektifnya ialah cara mencapai matlamat membawa maslahat kebaikan kepada manusia secara umum dan khusus secara adil dan istiqamah dan menolak kemudaratan.

Di sini pula ada tujuan yang telah ditetapkan oleh syara’ dan ada juga yang tidak disebut di mana Allah memberi keizinan mengikut kemampuan akal dan ilmu manusia.

(Kepada yang mampu berbahasa Arab sila rujuk kepada dua tokoh ilmu Maqasi : Al Syatibi : Al Muwafaqat : J:2, muka surat 391. Ibnu ‘Asyur : muka surat 19)

Contohnya, apabila khalifah Umar R.A. tidak memotong tangan pencuri di tahun melesetnya ekonomi kerana berlakunya kemarau panjang, dan bukannya kerana meninggalkan hudud, tetapi disebabkan melihat keadaan desakan hidup apabila dibayar gaji yang tidak mencukupi, menjadikan seseorang itu melakukan jenayah secara terdesak. Maka kerana itu hukuman potong tangan adalah haram dilaksanakan, kerana Hadis Rasulullah S.A.W. : “Hukuman Hudud ditolak (kerana adanya syubuhat”.

Ditolak hukuman hudud ini pula bukan bermakna terlepas begitu sahaja. Tetapi hendaklah dipindahkan kepada hukuman takzir yang termasuk dalam ruang Syariat Islam. Hukuman hudud tidak boleh dijatuhkan kerana tidak memenuhi syarat yang mencapai adil dan mendidik masyarakat mengikut kemampuan. Mudarat daripada kemelesetan ekonomi yang menimpa penjenayah adalah lebih besar. Sebaliknya kalau pencuri itu seorang berpendapatan tinggi sudah tentu dihukumkan.

Maqasid Syari’ah tidak bermakna membatalkan penguatkusaan undang-undang Hudud. Maqasid Syari’ah dalam hal ini bermakna hukuman tidak boleh dijatuhkan kerana menafikan tindakan secara adil yang menjadi matlamat syariat. Kalau dijatuhkan hukuman juga, bermakna kita tidak melaksanakan syariat kerana tidak mencapai matlamatnya. Meninggalkan syariat secara total menghilangkan segala maqasidnya.

Contohnya juga ialah mengenai kalimah Allah dibenarkan penggunaannya pada asalnya oleh penganut bukan Islam walau pun salah mengikut penafsiran kita, tetapi apabila tujuan penggunaannya bagi mengelirukan penganut Islam yang jahil, maka pihak berkuasa berkenaan agama Islam berhak menghalangnya . Mengikut Qaedah  (Semua perkara dilihat juga kepada tujuannya).

3- Fiqh Aulawiyyat

Bermaksud melihat keutamaan secara fiqh (faham mengikut panduan Syariat).

Contohnya Islam meletakkan perkara keperluan rukun hidup bagi manusia ialah memelihara (1) Aqidah agama, (2) Nyawa, (3) Akal, (4) Keturunan dan (5) Harta.

Contohnya tidak dijatuhkan hukuman hudud terhadap pencuri kerana lapar adalah kerana keutamaan memelihara nyawa hendaklah didahulukan daripada memelihara harta. Hukuman hudud ditangguh dalam keadaan perang kerana menghalang penjenayah melarikan diri kepada musuh, kerana keselamatan negara diutamakan. Bukan bermakna penjenayah dibebaskan, tetapi diturunkan kepada hukuman takzir.

Orang bukan Islam dikecualikan dahulu kerana berdakwah dalam konsep tiada paksaan dalam agama adalah lebih aulawiyyat.

Contohnya juga seperti pengambilan tanah untuk mendirikan hospital atau jalan raya adalah diizinkan kerana kepentingan umum hendaklah didahulukan daripada kepentingan individu atau segelintir, dan hendaklah diganti tanah itu secara yang adil pula.

“Aulawiyyat” itu pula hendaklah dalam ruang lingkup hukum syariat terlebih dahulu, bukannya bermakna meninggalkan hukum syariat.

Apabila segala syarat tidak ada bagi hukum Hudud dan Qisas maka hendaklah dipilih dalam ruang hukum takzir yang sangat luas.

Bukannya melarikan diri kepada hukum ciptaan Barat yang banyak kelemahannya. Perlu disedari bahawa di sana ada juga tidak yang sama dengan undang – undang yang sedia ada, perbezaannya tidak ada roh seperti syariat Islam.

(Sila lihat Dr Yusuf Al Qardhawi dalam Siyasah Syariayyah halaman 284-297)

4- Maslahah

“Maslahah” dengan maksud tujuan membawa kebaikan. Sama ada mendapat faedah atau menolak kemudaratan. Para ulama membahagikan maslahat itu kepada tiga kedudukan :

1- Maslahah Mu’atabarah
Ialah dalam perkara yang telah ditetap oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Rahmat terhadap makhluknya. Maka ada yang diwajibkan dan ada pula yang diharamkan. Maka percayalah bahawa semua yang diwajibkan tetap membawa kebaikan dunia dan akhirat. Perkara yang diharamkan tetap mendatang mudarat kepada diri atau masyarakat. Contohnya ialah seperti wajibnya berpuasa kepada yang mampu dan haramnya arak dan judi. Ianya adalah ketetapan Allah SWT.

2- Maslahah Mulghah
Dalam perkara yang diharamkan kerana mudaratnya lebih besar atau manfaatnya tidak ada .Contohnya seorang yang mencuri atau merompak atau mengedar dadah dengan maslahat mengumpul duit untuk kebajikan atau nafkah keluarga. Maslahat ini dibatalkan kerana mudaratnya sangat besar sehingga menimbus segala kebaikannya.

3- Maslahah mursalah atau Masoleh mursalah
Dalam perkara yang didiamkan oleh al-Quran dan Hadis maka ruangnya adalah terlalu luas kepada manusia di sepanjang zaman.

Melaksanakan Syariat adalah maslahah yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Penyayang kepada makhluknya.

Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariat (KJS) Negeri Kelantan

Isu undang-undang jenayah Syariat menjadi hangat sejak kedatangan penjajah apabila mereka menghapuskannya. Seterusnya menjadi hangat di kalangan umat Islam sendiri kerana kejahilan agama dan pendekatan, sehingga berlakunya isu kafir mengafir dalam masyarakat sendiri kerana kejahilan hukum dan kejahilan cara pendekatan berdakwah.

Apabila keadaan dapat diredakan, maka PAS mengambil langkah ke depan melalui kemenangannya di Kelantan, kemudiannya di Terengganu secara ilmu dan demokratik.

Langkah pertama ialah menubuhkan pasukan daripada Parti dan kerajaan. Pasukan ini melibatkan Ketua Dewan Ulama dan kalangan ahli majlis Syura Ulama, Tun Saleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara), al-Marhum Prof Ahmad Ibrahim salah seorang pengasas UIA (mantan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tahun lima puluhan daripada Singapura dan mantan Peguam Negara Singapura yang pertama), al-Marhum Dr Mahmud Saedon Awang Osman dari UIA dan Pakar Syariah Negara Brunei Darussalam, al-marhum Datuk Abdul Halim Muhammad mantan Penasihat undang-undang negeri Kelantan dan Exco kerajaan negeri, dan Datuk Daud Mohamad Kadi Besar negeri Kelantan.

Sebelum enakmen ini dibawa kepada Dun Negeri Kelantan, ianya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum di berbagai forum – seminar dan dialog. Akhirnya enakmen berkenaan dibawa ke Dun Kelantan pada tahun 1993 dan Dun Terengganu pada tahun 2000. Manakala Kelantan pula memperkukuhkannya secara mengadakan seminar dan sambutan mengenainya secara tahunan.

Kini setelah lebih dari 20 tahun (dua puluh tahun) Pas memperkenalkan enakmen ini, disamping melaksanakan proses pendidikan mengenai KJS dalam masyarakat, dialog dan sebagainya, maka Pas ingin bergerak setapak lagi dalam proses mendidik masyarakat untuk mengenali hukum-hakam syariat Islam yang menyeluruh. Hasilnya kini suara yang mengeji hukum Islam ini semakin hari menjadi terpencil.

Maka dengan sedikit ruang yang ada ini, Enakmen KJS ini mengalami beberapa pindaan- pindaan memperkemaskannya dengan mengambil kira cabaran dalam perlembagaan dan masyarakat majmuk, tanpa paksaan, dan bagi orang Islam sahaja setelah mengambil kira pandangan para ulama daripada semua mazhab dan sejarah pelaksanaan yang berjaya di sepanjang zaman.

Dalam masa yang sama, apa yang ingin dicadang dan akan dibawa oleh Pas menerusi Private Members Bill nanti pula bukanlah rang undang-undang hudud, tetapi pindaan dalam akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan satu-dua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut Islam sahaja.

Kita adalah makhluk yang berilmu, bertamadun dan matang. Maka dengarlah dahulu apa yang ingin dikemukakan. Jangan terus melompat dan bertempik gegak gempita memberikan kritikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya.

Firman ALLAH:

(Dan hendaklah kamu melaksanakan kalangan mereka hukum yang telah diturunkan oleh Allah,dan jangan sekali-kali engkau mengikut hawa nafasu mereka (meninggalkan hukum ALLAH) sehingga engkau meninggalkan sebahagian daripada apa yang telah diturunkan oleh ALLAH kepadamu. Maka jika sekiranya mereka berpaling(enggan)maka ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH hendak mengenakan mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya sebahagian daripada maknusia itu adalah orang-orang yang jahat). Adakah mereka mahukan hukum jahiliyyah, padahal siapakan lagi yang paling baik hukumnya daripada Allah kepada orang-orang yang percaya dengan yakin).

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

TOK JANGGUT

TOK JANGGUT MENENTANG KERANA CUKAI YANG TINGGI DIKENAKAN KEPADA RAKYAT..!!! MARI BELAJAR SEJARAH...
TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN
(i) Latar belakang...
– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga
FAKTOR PENENTANGAN
a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
:: TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD ::
erjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.
Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.
Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.
Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.
Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.
Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.
Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.
Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.
Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.
Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.
Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.
Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.
Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.
Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.
Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.
Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.
Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.
Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.
Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.
Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.
Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.
Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.
Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.
Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.
Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.
Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.
Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.
Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.
Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.
Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.
Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.
Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan