Wednesday, December 16, 2015

SYED ABDUL RAHMAN (TOKKU PALOH)

Kenali tokoh ulama' kite..
SYED ABDUL RAHMAN (TOKKU PALOH)
PROFIL****
...
Nama sebenar = Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus.
Pangkat = Qutubul Ghaus (tiap 100 tahun seorang)(sumber dari guru)
Asal = Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tahun lahir = 1817
Tahun wafat = 1917 (usia 100 tahun)
Sumbangan = Ulama besar Terengganu pada abad ke-19.
Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah. Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh.
Baginda menyebut, “Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dulu,” yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan. Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pegawai British kemudian bergerak ke rumah ulama itu untuk berunding. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah,” demikianlah jawapan ulama besar itu. Mendengar jawapan sindiran ulama itu, British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi, dengan izin Allah, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka.
Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?” sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu. Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan untuk mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.
Mereka menjemput Tokku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tak mampu bertahan jika beliau naik. Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tokku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke kapal berkenaan dan dengan izin Allah juga, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta merta.
Pada masa yang lain pula, penjajah itu cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi mereka mula ketakutan sebaik melihat negeri itu dijaga pahlawan Melayu yang siap bersenjata sejauh mata memandang. Keadaan itu menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup. Demikianlah antara beberapa kisah Tokku Paloh, seorang ulama besar yang berjaya menyekat penjajahan British pada peringkat awal di Terengganu.
Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.
Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tokku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh. Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.
Walaupun dikenali sebagai ulama, Tokku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal. Malah, ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untuk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.
Tokku Paloh dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Aidrus atau dikenali Tokku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman. Sekembalinya dari Makkah selepas kira-kira 10 tahun menuntut ilmu di sana, Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Terengganu sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri.
Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan Syahadat Tokku iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya. Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tokku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.
Dalam usaha memastikan kawasan pentadbirannya terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang, Tokku Paloh menubuhkan pasukan penguat kuasanya sendiri yang dikenali sebagai Budak Raja. Pasukan Budak Raja ditugaskan menjaga keamanan sama seperti fungsi pasukan polis pada hari ini. Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat terjaga, Tokku Paloh gemar keluar pada malam hari malah pada hari tertentu, beliau keluar dengan mengenakan kain selubung di kepala.
Tindakannya itu bertujuan membolehkan beliau meninjau kehidupan masyarakat dan sekiranya beliau mendapati ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh akan memerintah Budak Raja membuat tangkapan pada keesokan hari. Ulama itu juga memiliki mahkamah sendiri di Paloh untuk mengadili pesalah di kawasan pentadbirannya.
Usaha beliau itu mendapat perkenan daripada pihak istana. Hubungan rapat antara Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tokku Paloh. Malah, seorang daripada isteri Tukku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri.
Tokku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kewafatan ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.

Tuesday, December 15, 2015

SYEIKH YASIN AL-FADANI ULAMA BERDARAH MELAYU YANG PALING UNGGUL DALAM DUNIA ISLAM

SYEIKH YASIN AL-FADANI ULAMA BERDARAH MELAYU YANG PALING UNGGUL DALAM DUNIA ISLAM
AL-'ALLAMAH al-Mutafannin Musnid al-'Asr 'Alam al-Din Abu al-Faidh Muhammad Ya...sin bin Muhammad Isa al-Fadani al-Indunisi al-Makki al-Syafii dilahirkan di Mekah pada 1335 Hijrah bersamaan 1916 Masihi. Beliau membesar di sana di bawah asuhan ayahnya dan juga bapa saudaranya bernama Syeikh Mahmud. Keluarganya berasal dari Kota Padang, Indonesia yang berhijrah ke Mekah.
Pengajian awal beliau bermula di Madrasah Saulatiyyah dan pada masa sama, melazimi halaqah-halaqah ilmu di Masjid al Haram yang disampaikan oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah di sana. Kemudian, melanjutkan pengajian dan menamatkannya di Madrasah Dar al 'Ulum al Diniyyah, Mekah.
Syeikh Yasin telah menimba ilmu daripada para ulama secara talaqqi di mana Mekah pada ketika itu merupakan lubuk ilmu-ilmu Islam dan ulama.
Keberadaan di Mekah memberi kelebihan yang banyak kepadanya kerana pada musim haji, beliau akan memanfaatkan waktu itu untuk menuntut ilmu dan memohon ijazah daripada para ulama yang menunaikan fardu haji.
Antara guru yang paling kerap didampinginya dalam usaha mendapatkan ilmu, makrifah dan pembentukan sahsiah ialah Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki, Syeikh Muhammad Ali bin Husain al-Maliki, Al-'Allamah Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masysyat dan Muhaddith al-Haramain Syeikh Umar Hamdan al-Mahrisi.
Hasil kesungguhannya menuntut ilmu tanpa jemu, menjaga adab dan mempersembahkan khidmat yang terbaik kepada para gurunya, Syeikh Yasin telah muncul sebagai salah seorang ulama di Mekah.
Beliau mula mengajar di Masjid al-Haram dan Madrasah Dar al-'Ulum al-Diniyyah ketika umurnya belum mencecah 20 tahun.
Beliau juga seorang ulama berperwatakan sederhana, zuhud, berlapang dada, mengasihi fakir miskin dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada para penuntut yang datang ke Mekah.
Al-Muhaddith Syeikh Mahmud Said Mamduh menyatakan: "Allah telah memuliakan saya dengan memberi peluang kepada saya melazimi Sayyidi Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani. Beliau telah memberi perhatian khusus kepada saya dan memerintahkan saya duduk di sebelah kanannya setiap kali saya berada di dalam majlis pengajiaannya dan kedudukan saya ini tidak pernah diambil oleh orang lain.
"Beliau juga membantu menyelia urusan pengajian saya di sisi ulama Mekah dan menolong saya berkenaan dengan urusan kitab dan guru, di samping apa yang saya pelajari secara terus daripadanya."
Malah dia juga sentiasa berakhlak dan menjaga adab terhadap guru-gurunya. Beliau akan sentiasa berusaha menjaga hati mereka sebaik mungkin.
Selesai menulis syarah kitab al Luma' mengenai Usul Fiqh yang bertajuk Bughyah al Musytaq bi Syarh Luma' Abi Ishaq setebal dua jilid, beliau berhasrat mencetaknya tetapi dalam masa yang sama salah seorang gurunya iaitu al-Qadhi Syeikh Muhammad Yahya Aman al-Hanafi turut sama selesai menulis syarah bagi kitab al-Luma' bertajuk Nuzhah al-Musytaq.
Maka Syeikh Yasin telah membatalkan niat untuk mencetak kitab tersebut sebagai menjaga hati, memuliakan dan mendahulukan gurunya.
Setelah menghabiskan umurnya atas jalan ilmu dan dakwah, Syeikh Yasin al-Fadani dijemput menemui Ilahi pada Zulhijjah 1410 Hijrah bersamaan 1990 Masihi.
Pemergiannya adalah pemergian musnid terunggul pada zamannya. Setelah kewafatannya, berkuranganlah kehadiran manusia yang datang dari jauh dan dekat ke Mekah demi mendapatkan ijazah dan sanad yang tinggi.
Pengiktirafan Ahli Ilmu
Kedudukan Syeikh Yassin menjadikan beliau di antara ulama tersohor di seluruh dunia Islam dan menjadi tujuan permusafiran mereka bagi mendapatkan faedah ilmu dan merantaikan diri dengan sanadnya yang tinggi.
Pengiktirafan terhadap kedudukannya itu dapat dilihat apabila gurunya al-Muhaddith al-Mujtahid Sayyid Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari dengan katanya: "Di antara mereka daripada kalangan mereka yang mengijazahkan saya ialah al-'Allamah al-Musnid Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani. Saya telah mengijazahkannya dan beliau pun mengijazahkan saya lalu kami saling ijazah mengijazahkan antara satu sama lain. Beliau sekarang adalah Musnid al-'Asr (Musnid Unggul Zaman)."
Mengenai kemahiran dan keilmuannya juga, Syeikh Mahmud Said Mamduh menyatakan: "Syeikh kami al-'Allamah al-Fadani bukan hanya sekadar seorang musnid, bahkan beliau adalah seorang alim yang menguasai segenap disiplin ilmu Islam. Beliau menjadi tumpuan manusia meminta fatwa daripada pelbagai ceruk rantau.
"Seringkali datang kepadanya soalan-soalan yang banyak secara bertulis dari negeri-negeri Melayu Nusantara. Belia mengkhususkan sebahagian daripada waktu malamnya untuk menjawab soalan-soalan itu.
"Ya, beliau menyibukkan dirinya dengan ilmu mengenai isnad di akhir usianya, akan tetapi sebelum itu beliau telah menyibukkan dirinya dengan ilmu-ilmu syarak, istilah dengan menyampaikan pengajian dan dalam bentuk penulisan."
Murid-muridnya itu datang dari seluruh pelosok dunia Islam bermula dari benua Afrika sehinggalah Asia Tenggara. Boleh dikatakan hampir kesemua ulama, tuan guru dan kiai dari Tanah Melayu Nusantara yang menuntut ilmu di Mekah sekitar 1950 sehinggalah 1990 adalah daripada kalangan muridnya, sama ada mengambil ilmu terus atau dengan pengijazahan sanad.
Berdasarkan fakta itu, sudah pastilah ia meliputi ribuan di kalangan mereka baik dari bangsa ajam mahupun Arab.
Syeikh Yasin adalah lambang kebanggaan umat Melayu di tanah Nusantara ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Syeikh Yasin adalah seorang ulama berdarah Melayu yang paling unggul di dunia Islam di mana dalam beberapa sudut, tahap keilmuannya jauh mendahului ulama-ulama Islam dari bangsa lain termasuk bangsa Arab sendiri.
Bahkan ulama-ulama di timur dan barat dunia Islam berusaha untuk meriwayatkan ilmu dan sanad daripada beliau walaupun terpaksa menempuh jarak yang jauh.
Kelahirannya dan keberadaannya di Mekah mengharumkan Tanah Melayu Nusantara ini. Syeikh Yasin adalah lambang keunggulan, kehebatan dan kegemilangan Islam yang sampai ke tanah ini di zaman silam
28 zulhijjah 1410 / 22 julai 1990
Haul yang ke - 26
(28 zulhijjah 1436)
Al musnid dunya as Syeikh Muhammad Yasin bin Esa al fadani rahimahullahu ta'ala
Bisiiril fatehah ...

hukum Mimpi keluar mani oleh perempuan.


KITA telah mengetahui bahwasanya lelaki adalah orang yang memiliki sperma untuk membuahi. Sedangkan perempuan hanya sebagai tempat untuk menampungnya. Hingga, ketika sperma itu telah masuk di tempatnya, maka jadilah manusia. Yang nantinya, manusia itu menjadi seorang anak yang dititipkan oleh Allah SWT kepada orang yang mengandung dan membuahinya.
Mengenai akan hal ini, menjadi hal yang ganjil apabila ada seorang perempuan mengeluarkan sperma. Namun ternyata tidak demikian nyatanya. Perempuan juga bisa saja bermimpi mengeluarkan sperma layaknya lelaki.
Apabila seseorang telah beranjak dewasa, maka aktivitas kelejar seksualnya bertambah. Mulailah terproduksi air mani atau sperma. Setelah tertimbun ia akan keluar sendiri di tengah malam. Dan itulah yang disebut ihtilam.
Diterangkan dalam sebuah hadis, “Seorang perempuan datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Apakah seorang perempuan itu wajib mandi (jinabat) jika ia bermimpi keluarkan sperma?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Ya, kalau ia memang melihat perempuan airnya.’ Ummu Salamah pun bertanya, ‘Apakah seorang perempuan akan bermimpi keluarkan sperma?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Berbahagialah kamu dan dengan sesuatu yang menyerupai anaknya’,” (HR. Bukhari dan Muslim).
Bersumber dari Aisyah RA, ia berkata, “Rasulullah SAW ditanya tentang kasus seorang lelaki yang mendapati basah-basah namun dia tidak ingat apakah dia bermimpi keluar sperma. Beliau menjawab, ‘Dia harus mandi (jinabat).’ Dan (ketika ditanya) tentang kasus seorang lelaki yang merasa yakin bahwa dia telah bermimpi keluarkan air mani atau sperma namun nyatanya dia tidak mendapati basah-basah, beliau menjawab, ‘Tidak ada kewajiban mandi (jinabat) terhadapnya.’ Ummu Sulaim bertanya, ‘Kalau seorang perempuan yang mengalami hal itu, apakah ia wajib mandi (jinabat)?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Ya, sesungguhnya perempuan adalah belahan laki-laki’,” (Diriwayatkan oleh kelompok Imam lima [Imam Ahmad, An-Nasa’i, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Imam Abu Daud]).
Dalam kedua hadis tersebut terdapat petunjuk bahwa seorang perempuan itu bisa bermimpi keluarkan air (mani). Apabila ia memang benar-benar melihatnya, maka ia wajib mandi (jinabat). Akan tetapi, kalau misalnya air tersebut keluar bukan karena syahwat melainkan karena sakit atau karena sebab-sebab lainnya, maka ia tidak wajib mandi. Demikian hukum yang telah disepakati oleh para ulama fiqih.
“Apabila perempuan tadi bermimpi keluarkan air mani, namun ia tidak melihat airnya, maka ia tidak wajib mandi jinabat. Sedangkan kalau air itu keluar setelah ia bangun maka wajib baginya mandi jinabat,” (Lihat Fiqh Al-Mar-at Ai Muslimat [51]). []
Referensi: Petunjuk Jalan Bagi Mukminah/Karya: Ibrahim Muhammad Jamal/Penerbit: Pustaka Al-Kautsar

Thursday, November 26, 2015

Hang Tuah akhiri hayat di Palembang

KUALA LUMPUR: Penyelidikan terbaharu oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai Hang Tuah menunjukkan jejak terakhir pahlawan Melayu itu berakhir di Temasik (kini Singapura) pada tahun 1511 ketika berusia 80 tahun.
Bagaimanapun, pahlawan itu mungkin berpindah ke Riau, Indonesia selepas itu, sebelum mengakhiri hayatnya di Palembang, disokong dakwaan penduduk di situ yang menemui kuburnya.
Penemuan itu menimbulkan kemungkinan kubur Hang Tuah yang selama ini didakwa di Tanjung Keling, Melaka mungkin hanya makam peringatannya.
Penyelidikan itu juga mengenal pasti Hang Tuah dilahirkan pada tahun 1431 dan mengesahkan kewujudannya melalui kajian empirikal yang pertama kali menggunakan sumber dan artifak luar negara, berbanding kajian sebelum ini berasaskan nukilan tempatan seperti Hikayat Hang Tuah.
Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Emeritus Dr Hashim Musa, yang mengetuai penyelidikan itu bagaimanapun berkata, penemuan kubur perlu dibuktikan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga Hang Tuah dengan tulang dari kubur berkenaan.
Kajian turut menemukan bukti Hang Tuah pernah menjejakkan kaki ke Okinawa, Jepun selain kehebatan dan kekuatan Laksamana Melaka itu digeruni beberapa pihak, termasuk penakluk dari Portugal,  Alfonso De Albuquerque.
DUA penulis buku Hang Tuah, Dr Rohaidah Kamaruddin (kanan) dan Profesor Emeritus Dr Hashim Musa (kiri) di Majlis Anugerah Buku Negara 2015. - Foto Mohd Yusni Ariffin
"Satu catatan peribadi pelayar itu menyatakan ketika menakluk Melaka pada tahun 1511, seorang laksamana lelaki berusia 80 tahun dengan reputasi hebat serta berpengetahuan berhijrah ke Singapura selepas kejatuhan Melaka.
"Satu lagi catatan apotekari (ahli perubatan) Portugis yang berada di Melaka ketika itu, Tome Pires, menyatakan ketika Siam menyerang Melaka, Sultan Mansur Shah menghantar seorang laksamana dan berjaya menumpaskan 200 tentera Siam secara berseorangan.
"Walaupun catatan itu tidak menyebut nama Hang Tuah, berdasarkan nama Sultan yang memerintah Melaka ketika itu membuktikan pahlawan Melayu itulah yang dimaksudkan,"  katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran hasil penyelidikannya bersama Pensyarah Kanan  Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Dr Rohaidah Kamaruddin melalui buku Hang Tuah: Catatan Okinawa, di sini, hari ini.
Ia dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sempena hari Anugerah Buku Negara 2015.
Hashim berkata, pihaknya ke Okinawa bulan lalu bagi meneliti dan mengkaji sebilah keris luk sembilan yang ditemui pada tahun 2002 di Kuil Engakuji, dalam daerah itu.
Pasukannya turut menemui dokumen rasmi 19 surat Empayar Ryukyu 'Rekidai Hoan' berkaitan perutusan antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan di bawah jajahan China ketika itu. Tiga surat dalam dokumen berkenaan ditulis sendiri oleh Hang Tuah.
Hang Tuah ke Ryukyu (sekarang Okinawa) selama beberapa minggu bagi pihak Sultan Melaka untuk menjalin hubungan diplomatik selain berniaga.
Surat Hang Tuah itu tertulis senarai hadiah yang dibawa bersamanya, termasuk keris berluk sembilan. 
Sementara itu, generasi ke-12 Hang Tuah, Ismail Mohamed Yaacob, 50, berkata penemuan itu  membuktikan sejarah yang dipertikaikan sebelum ini bukanlah dongeng.
"Saya sedia memberikan kerjasama dalam kajian membabitkan Hang Tuah bagi memudah serta mengukuhkan sebarang penemuan baharu," katanya.

Tuesday, September 22, 2015

Rahsia Melayu dalam Kitab Al-Kamil fi At- Tarikh.

Rahsia Melayu dalam Kitab Al-Kamil fi At- Tarikh.
Adapun Bangsa Melayu berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim as yang bernama Siti Qanturah.Dari pernikahan ini... dikurniakan 6 anak - Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Dari keturunan inilah berkembang-biak Bani Jawi - Bani (Kaum/Kelompok) JiWi (Ji = satu ; Wi =Widhi atau Tuhan). Jadi makna Bani Jawi (JiWi) adalah kaum yang menyakini adanya satuTuhan
Ibnu Athir al-Jazari
Kitab al-Kamil fi at-Tarikh
Kebanyakan mereka berhijrah dan menetap di sebelah negeri di “atas angin” (al-Jawwu) iaitunegeri Asia Timur dan membentuk beberapa kerajaan yang besar seperti Kerajaan MelayuChampa dan Langkasuka. Apabila berlaku peperangan demi perperangan, ramai yang tinggal dikawasan tersebut berhijrah ke gugusan pulau-pulau di nusantara dan membentuk pulabeberapa kerajaan dan negeri. Mengikut istilah Bahasa Sanskrit bahawa penghijrahan daritanah besar ke kepulauan nusantara di sebut sebagai MELAYU
Ibnu Athir al-Jazari
Kitab al-Kamil fi at-Tarikh
•Kajian DNA oleh penyelidik UKM terhadap 86 lelaki Melayu telah membuktikan bahawa 27% variant Mediterranean terdapat dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah bermaksud bangsa Bani Israel

•Kajian DNA oleh penyelidik USM 2008 membuktikan bahawa Minangkabau (satu dari rumpunMelayu Pagar Ruyung) dan Kelantan (satu dari rumpun Melayu Fathani) adalah bakaMelayu asli

•Kajian akeologi UKM selama 38 tahun (1972-2010) membuktikan bahawa rumpun Melayuadalah penduduk asal Malaysia sejak 40,000 tahun

•Sejarah keturunan Raja-raja Bugis yang ditulis oleh Habib Abdullah bin Abu Bakar al-Hadadmengesahkan bahawa nasab keturunan rumpun Melayu Bugis adalah hasil perkahwinanNabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis (Puteri Saba’)
Ketahui olehmu bahawa Ilmu Tarikh itu daripada sebesar-besar segala kadarnya. Dan terlebihcemerlang dalam segala kelam, tercengang itu qamarnya. Ia memberi faedah akan yangmempunyainya akan cerdik dan tajam penilikkannya. Adapun ahli tanah Melayu kita, makatiadalah mereka itu memperduli dengan sya’an tawarikh. Hingga jahilah mereka itu akan ahwalsegala masa yang telah lalu atas negeri mereka daripada beberapa masa yang hampir. Bahkantiada mengetahui mereka itu akan nama-nama nenek moyang mereka itu
Syeikh Ahmad al-FathaniKitab Hadiqatul Azhar
Beratus-ratus tahun bangsa Melayu seMalaya ini bermazhab (feqah) dengan al-Imam asy-Syafi`i ijma`an, usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari dan tasawwuf atas perjalananal-Imam al-Ghazali. Sekarang sudah timbul mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar darimazhab 4 mazhab Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan fahamawam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Siapa yangdatang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentutujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu makabunuhlah akan dia.
Syeikh Abdullah FahimSedutan Wasiat Buat Melayu
•Golongan Mujasimmah yang memberi sifat-sifat makhluk kepada Allah swt. Contoh:- Allahbersila, Allah samseng, Allah mencarut, Allah tertakluk pada masa dll

•Golongan Tauhid 3 Serangkai yang menolak Tauhid Sifat 20 atas hujah bidaah. SubjekPendidikan Islam / Tasawur Islam di bawah KBSM (1989) turut berpegang kepada tauhidUluhiyyah-Rubbubiyyah-Asma wa Sifat
•Golongan agamawan yang tidak memuliakan Rasullullah saw dan menisbahkan bagindasebagai manusia biasa. Contoh:- Nabi SAW orang kampung, Nabi SAW budak kelantan,maulid warisan kristian dll
•Golongan yang tidak memuliakan nasab keturunan Rasullullah saw (ahlul bait). Contoh:-baka syed sebagai pemecah belah umat, golongan habib adalah syiah yang sesat,tawaf kubur dll

•Golongan yang menghukum sesat, jahiliyyah dan bidaah beberapa amalan yang telahpernah dipraktikkan para sahabat dan alim-ulama. Contoh:- tareqat, salawat, maulid,talqin, tahlil dll

•Golongan yang menolak taqlid 4 mazhab (fiqhul sunnah). Umat Islam dianjurkan untukmenggunakan akal fikiran untuk menafsir al-quran dan hadis secara terus ataumencari dalil yang lebih kuat untuk menentukan sesuatu hukum yang sesuaimengikut keperluan masa, tempat dan keadaan.
•Alim ulama’ dan ahlus suffah hendaklah diletakkan pemerintah sesuai pada tempatnya.Beberapa contoh semasa:-
q13 Mei 1969 - PAS masuk BN kerana Dato’ Asri bin Muda akur dengan jumhurguru-guru pondok Kelantan
q31 Ogos 1957 - Ditentukan oleh Syeikh Abdullah bin Fahim melalui ilmu firasatdan ilmu falak
qTasauf sufiah adalah roh kepada perjuangan Islam - Dr Burhanuddin al-Helmy
q
•Matlamat politik ialah menegakkan agama. Kaedah-kaedah berpolitik mestilahbersandarkan prinsip-prinsip syarak. Tidaklah boleh kerana hendak menang dalampolitik, maka kita menjadi taksub dan hilang pegangan agama dalam keghairahanmeraih sokongan.

•Agama itu tiang agama, kuasa itu penjaganya. Agama yang dimaksudkan ialah Islam yang bersendikan mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam bidang tauhid, feqahdan tasauf. Bukan agama Islam dari lain-lain fahaman dan aliran
•Ketuanan Melayu
Adapun kerana FAKEH bangsa melayu ini akan tujuh (7) tonggak perkara sertamuafakat ia dengan tauhid-fekah-tasauf Ahlu Sunnah Wal Jamaah, makawajarlah ia menjadi KHALIFAH di bumi Malaysia ini. Oleh itu, KerajaanPemerintah hendaklah mencari ikhtiar siasah dan pentadbiran untukmemastikan orang melayu semakin ramai yang menjadi fakeh

•Kesatuan al-Malayuwiyah
Bangsa Melayu hendaklah bersatu untuk mempertahan, menerus dan menurunkanSAKA ini kepada anak-anak kita. Kita lentur anak-anak dengan tangan, lisandan doa. Oleh itu, Kerajaan Pemerintah hendaklah mencari ikhtiar siasah danpentadbiran untuk memastikan orang melayu sentiasa bermuafakat agarmudah dibangunkan bakat mereka
•Ketuanan Melayu
Adapun kerana FAKEH bangsa melayu ini akan tujuh (7) tonggak perkara serta muafakatia dengan tauhid-fekah-tasauf Ahlu Sunnah Wal Jamaah, maka wajarlah ia menjadiKHALIFAH di bumi Malaysia ini. Oleh itu, Kerajaan Pemerintah hendaklah mencariikhtiar siasah dan pentadbiran untuk memastikan orang melayu semakin ramai yangmenjadi fakeh

•Kesatuan al-Malayuwiyah
Bangsa Melayu hendaklah bersatu untuk mempertahan, menerus dan menurunkan SAKAini kepada anak-anak kita. Kita lentur anak-anak dengan tangan, lisan dan doa.Oleh itu, Kerajaan Pemerintah hendaklah mencari ikhtiar siasah dan pentadbiranuntuk memastikan o

wali songo utusan khalifah

SELAMATKAN GENERASI MUSLIM DARI PEMBODOHAN DAN KEBOHONGAN SEJARAH !!!
----
WALI SONGO UTUSAN KHALIFAH
...
Bisa dikatakan tak akan ada Islam di Indonesia tanpa peran khilafah. Orang sering mengatakan bahwa Islam di Indonesia, khususnya di tanah Jawa disebarkan oleh Walisongo. Tapi tak banyak orang tahu, siapa sebenarnya Walisongo itu? Dari mana mereka berasal? Tidak mungkin to mereka tiba-tiba ada, seolah turun dari langit?
Dalam kitab Kanzul ‘Hum yang ditulis oleh Ibn Bathuthah yang kini tersimpan di Museum Istana Turki di Istanbul, disebutkan bahwa Walisongo dikirim oleh Sultan Muhammad I. Awalnya, ia pada tahun 1404 M (808 H) mengirim surat kepada pembesar Afrika Utara dan Timur Tengah yang isinya meminta dikirim sejumlah ulama yang memiliki kemampuan di berbagai bidang untuk diberangkatkan ke pulau Jawa.
Jadi, Walisongo sesungguhnya adalah para dai atau ulama yang diutus khalifah di masa Kekhilafahan Utsmani untuk menyebarkan Islam di Nusantara. Dan jumlahnya ternyata tidak hanya sembilan (Songo). Ada 6 angkatan yang masing-masing jumlahnya sekitar sembilan orang. Memang awalnya dimulai oleh angkatan I yang dipimpin oleh Syekh Maulana Malik Ibrahim, asal Turki, pada tahun 1400 an. Ia yang ahli politik dan irigasi itu menjadi peletak dasar pendirian kesultanan di Jawa sekaligus mengembangkan pertanian di Nusantara. Seangkatan dengannya, ada dua wali dari Palestina yang berdakwah di Banten. Yaitu Maulana Hasanudin, kakek Sultan Ageng Tirtayasa, dan Sultan Aliudin. Jadi, masyarakat Banten sesungguhnya punya hubungan biologis dan ideologis dengan Palestina.
Lalu ada Syekh Ja’far Shadiq dan Syarif Hidayatullah yang di sini lebih dikenal dengan sebutan Sunan Kudus dan Sunan Gunung Jati. Keduanya juga berasal dari Palestina. Sunan Kudus mendirikan sebuah kota kecil di Jawa Tengah yang kemudian disebut Kudus – berasal dari kata al Quds (Jerusalem).
Dari para wali itulah kemudian Islam menyebar ke mana-mana hingga seperti yang kita lihat sekarang. Oleh karena itu, sungguh aneh kalau ada dari umat Islam sekarang yang menolak khilafah. Itu sama artinya ia menolak sejarahnya sendiri, padahal nenek moyangnya mengenal Islam tak lain dari para ulama yang diutus oleh para khalifah.
Islam masuk ke Indonesia pada abad 7M (abad 1H), jauh sebelum penjajah datang. Islam terus berkembang dan mempengaruhi situasi politik ketika itu. Berdirilah kesultanan-kesultanan Islam seperti di Sumatera setidaknya diwakili oleh institusi kesultanan Peureulak (didirikan pada 1 Muharram 225H atau 12 November tahun 839M), Samudera Pasai, Aceh Darussalam, Palembang; Ternate, Tidore dan Bacan di Maluku (Islam masuk ke kerajaan di kepulauan Maluku ini tahun 1440); Kesultanan Sambas, Pontianak, Banjar, Pasir, Bulungan, Tanjungpura, Mempawah, Sintang dan Kutai di Kalimantan.
Adapun kesultanan di Jawa antara lain: kesultanan Demak, Pajang, Cirebon dan Banten. Di Sulawesi, Islam diterapkan dalam institusi kerajaan Gowa dan Tallo, Bone, Wajo, Soppeng dan Luwu. Sementara di Nusa Tenggara penerapan Islam di sana dilaksanakan dalam institusi kesultanan Bima. Setelah Islam berkembang dan menjelma menjadi sebuah institusi maka hukum-hukum Islam diterapkan secara menyeluruh dan sistemik dalam kesultanan-kesultanan tersebut.
PERIODE DAKWAH WALI SONGO
Kita sudah mengetahui bahwa mereka adalah Maulana Malik Ibrahim ahli tata pemerintahan negara dari Turki, Maulana Ishaq dari Samarqand yang dikenal dengan nama Syekh Awwalul Islam, Maulana Ahmad Jumadil Kubra dari Mesir, Maulana Muhammad al-Maghrabi dari Maroko, Maulana Malik Israil dari Turki, Maulana Hasanuddin dari Palestina, Maulana Aliyuddin dari Palestina, dan Syekh Subakir dari Persia. Sebelum ke tanah Jawa, umumnya mereka singgah dulu di Pasai. Adalah Sultan Zainal Abidin Bahiyan Syah penguasa Samudra Pasai antara tahun 1349-1406 M yang mengantar Maulana Malik Ibrahim dan Maulana Ishaq ke Tanah Jawa.
Pada periode berikutnya, antara tahun 1421-1436 M datang tiga da’i ulama ke Jawa menggantikan da’i yang wafat. Mereka adalah Sayyid Ali Rahmatullah putra Syaikh Ibrahim dari Samarkand (yang dikenal dengan Ibrahim Asmarakandi) dari ibu Putri Raja Campa-Kamboja (Sunan Ampel), Sayyid Ja’far Shadiq dari Palestina (Sunan Kudus), dan Syarif Hidayatullah dari Palestina cucu Raja Siliwangi Pajajaran (Sunan Gunung Jati).
Mulai tahun 1463M makin banyak da’i ulama keturunan Jawa yang menggantikan da’i yang wafat atau pindah tugas. Mereka adalah Raden Paku (Sunan Giri) putra Maulana Ishaq dengan Dewi Sekardadu, putri Prabu Menak Sembuyu, Raja Blambangan; Raden Said (Sunan Kalijaga) putra Adipati Wilatikta Bupati Tuban; Raden Makdum Ibrahim (Sunan Bonang); dan Raden Qasim Dua (Sunan Drajad) putra Sunan Ampel dengan Dewi Condrowati, putri Prabu Kertabumi Raja Majapahit.
Banyaknya gelar Raden yang berasal dari kata Rahadian yang berarti Tuanku di kalangan para wali, menunjukkan bahwa dakwah Islam sudah terbina dengan subur di kalangan elit penguasa Kerajaan Majapahit. Sehingga terbentuknya sebuah kesultanan tinggal tunggu waktu.
Hubungan tersebut juga nampak antara Aceh dengan Khilafah Utsmaniyah. Bernard Lewis menyebutkan bahwa pada tahun 1563M, penguasa Muslim di Aceh mengirim seorang utusan ke Istambul untuk meminta bantuan melawan Portugis sambil meyakinkan bahwa sejumlah raja di kawasan tersebut telah bersedia masuk agama Islam jika kekhalifahan Utsmaniyah mau menolong mereka.
Saat itu kekhalifahan Utsmaniyah sedang disibukkan dengan berbagai masalah yang mendesak, yaitu pengepungan Malta dan Szigetvar di Hungaria, dan kematian Sultan Sulaiman Agung. Setelah tertunda selama dua bulan, mereka akhirnya membentuk sebuah armada yang terdiri dari 19 kapal perang dan sejumlah kapal lainnya yang mengangkut persenjataan dan persediaan untuk membantu masyarakat Aceh yang terkepung.
Namun, sebagian besar kapal tersebut tidak pernah tiba di Aceh. Banyak dari kapal-kapal tersebut dialihkan untuk tugas yang lebih mendesak yaitu memulihkan dan memperluas kekuasaan Utsmaniyah di Yaman. Ada satu atau dua kapal yang tiba di Aceh. Kapal-kapal tersebut selain membawa pembuat senjata, penembak, dan teknisi juga membawa senjata dan peralatan perang lainnya, yang langsung digunakan oleh penguasa setempat untuk mengusir Portugis. Peristiwa ini dapat diketahui dalam berbagai arsip dokumen negara Turki.
Hubungan ini nampak pula dalam penganugerahan gelar-gelar kehormatan diantaranya Abdul Qadir dari Kesultanan Banten misalnya, tahun 1048 H (1638 M) dianugerahi gelar Sultan Abulmafakir Mahmud Abdul Kadir oleh Syarif Zaid, Syarif Mekkah saat itu. Demikian pula Pangeran Rangsang dari Kesultanan Mataram memperoleh gelar Sultan dari Syarif Mekah tahun 1051 H (1641 M ) dengan gelar Sultan Abdullah Muhammad Maulana Matarami. Pada tahun 1638 M, sultan Abdul Kadir Banten berhasil mengirim utusan membawa misi menghadap syarif Zaid di Mekah.
Hasil misi ke Mekah ini sangat sukses, sehingga dapat dikatakan kesultanan Banten sejak awal memang meganggap dirinya sebagai kerajaan Islam, dan tentunya termasuk Dar al-Islam yang ada di bawah kepemimpinan Khalifah Turki Utsmani di Istanbul. Sultan Ageng Tirtayasa mendapat gelar sultan dari Syarif mekah.
Hubungan erat ini nampak juga dalam bantuan militer yang diberikan oleh Khilafah Islamiyah. Dalam Bustanus Salatin karangan Nuruddin ar-Raniri disebutkan bahwa kesultanan Aceh telah menerima bantuan militer berupa senjata disertai instruktur yang mengajari cara pemakaiannya dari Khilafah Turki Utsmani (1300-1922).
Bernard Lewis (2004) menyebutkan bahwa pada tahun 1563 penguasa Muslim di Aceh mengirim seorang utusan ke Istanbul untuk meminta bantuan melawan Portugis. Dikirimlah 19 kapal perang dan sejumlah kapal lainnya pengangkut persenjataan dan persediaan; sekalipun hanya satu atau dua kapal yang tiba di Aceh.
Tahun 1652 kesultanan Aceh mengirim utusan ke Khilafah Turki Utsmani untuk meminta bantuan meriam. Khilafah Turki Utsmani mengirim 500 orang pasukan orang Turki beserta sejumlah besar alat tembak (meriam) dan amunisi. Tahun 1567, Sultan Salim II mengirim sebuah armada ke Sumatera, meski armada itu lalu dialihkan ke Yaman. Bahkan Snouck Hourgroye menyatakan, “Di Kota Makkah inilah terletak jantung kehidupan agama kepulauan Nusantara, yang setiap detik selalu memompakan darah segar ke seluruh penduduk Muslimin di Indonesia.” Bahkan pada akhir abad 20, Konsul Turki di Batavia membagi-bagikan al-Quran atas nama Sultan Turki.
Di istambul juga dicetak tafsir al-Quran berbahasa melayu karangan Abdur Rauf Sinkili yang pada halaman depannya tertera “dicetak oleh Sultan Turki, raja seluruh orang Islam”. Sultan Turki juga memberikan beasiswa kepada empat orang anak keturunan Arab di Batavia untuk bersekolah di Turki.
Pada masa itu, yang disebut-sebut Sultan Turki tidak lain adalah Khalifah, pemimpin Khilafah Utsmaniyah yang berpusat di Turki. Selain itu, Snouck Hurgrounye sebagaimana dikutip oleh Deliar Noer mengungkapkan bahwa rakyat kebanyakan pada umumnya di Indonesia, terutama mereka yang tinggal di pelosok-pelosok yang jauh di penjuru tanah air, melihat stambol (Istambul, kedudukan Khalifah Usmaniyah) masih senantiasa sebagai kedudukan seorang raja semua orang mukmin yang kekuasaannya mungkin agaknya untuk sementara berkurang oleh adanya kekuasaan orang-orang kafir, tetapi masih dan tetap [dipandang] sebagai raja dari segala raja di dunia. Mereka juga berpikir bahwa “sultan-sultan yang belum beragama mesti tunduk dan memberikan penghormatannya kepada khalifah.” Demikianlah, dapat dikatakan bahwa Islam berkembang di Indonesia dengan adanya hubungan dengan Khilafah Turki Utsmani.
Dengan demikian, keterkaitan Nusantara sebagai bagian dari Khilafah, baik saat Khilafah Abbasiyah Mesir dan Khilafah Utsmaniyah telah nampak jelas pada pengangkatan Meurah Silu menjadi Sultan Malikussaleh di Kesultanan Samudra-Pasai Darussalam oleh Utusan Syarif Mekkah, dan pengangkatan Sultan Abdul Kadir dari Kesultanan Banten dan Sultan Agung dari Kesultanan Mataram oleh Syarif Mekkah.
Dengan mengacu pada format sistem kehilafahan saat itu, Syarif Mekkah adalah Gubernur (wali) pada masa Khilafah Abbasiyah dan Khilafah Utsmaniyah untuk kawasan Hijaz. Jadi, wali yang berkedudukan di Mekkah bukan semata penganugerahan gelar melainkan pengukuhannya sebagai sultan. Sebab, sultan artinya penguasa. Karenanya, penganugerahan gelar sultan oleh wali lebih merupakan pengukuhan sebagai penguasa Islam. Sementara itu, kelihatan Aceh memiliki hubungan langsung dengan pusat khilafah Utsmaniyah di Turki.
KESIMPULAN
Jumlah dai yang diutus ini tidak hanya sembilan (Songo). Bahkan ada 6 angkatan yang dikirimkan, masing-masing jumlanya sekitar sembilan orang. (Versi lain mengatakan 7 bahkan 10 angkatan karena dilanjutkan oleh anak / keturunannya)
Para Wali ini datang dimulai dari Maulana Malik Ibrahim, asli Turki. Beliau ini ahli politik & irigasi, wafat di Gresik.
- Maulana Malik Ibrahim ini menjadi peletak dasar pendirian kesultanan di Jawa sekaligus mengembangkan pertanian di Nusantara.
- Seangkatan dengan beliau ada 2 wali dari Palestina yg berdakwah di Banten; salah satunya Maulana Hasanudin, beliau kakek Sultan Ageng Tirtayasa.
- Juga Sultan Aliyudin, beliau dari Palestina dan tinggal di Banten. Jadi masyarakat Banten punya hubungan darah & ideologi dg Palestina.
- Juga Syaikh Ja'far Shadiq & Syarif Hidayatullah; dikenal disini sebagai Sunan Kudus & Sunan Gunung Jati; mereka berdua dari Palestina.
- Maka jangan heran, Sunan Kudus mendirikan Kota dengan nama Kudus, mengambil nama Al-Quds (Jerusalem) & Masjid al-Aqsha di dalamnya.
(Sumber Muhammad Jazir, seorang budayawan & sejarawan Jawa , Pak Muhammad Jazir ini juga penasehat Sultan Hamengkubuwono X).
Adapun menurut Berita yang tertulis di dalam kitab Kanzul ‘Hum karya Ibnul Bathuthah, yang kemudiah dilanjutkan oleh Syekh Maulana Al Maghribi.
Sultan Muhammad I itu membentuk tim beranggotakan 9 orang untuk diberangkatkan ke pulau Jawa dimulai pada tahun 1404. Tim tersebut diketuai oleh Maulana Malik Ibrahim yang merupakan ahli mengatur negara dari Turki.
Wali Songo Angkatan Ke-1, tahun 1404 M/808 H. Terdiri dari:
1. Maulana Malik Ibrahim, berasal dari Turki, ahli mengatur negara.
2. Maulana Ishaq, berasal dari Samarkand, Rusia Selatan, ahli pengobatan.
3. Maulana Ahmad Jumadil Kubro, dari Mesir.
4. Maulana Muhammad Al Maghrobi, berasal dari Maroko.
5. Maulana Malik Isro’il, dari Turki, ahli mengatur negara.
6. Maulana Muhammad Ali Akbar, dari Persia (Iran), ahli pengobatan.
7. Maulana Hasanudin, dari Palestina.
8. Maulana Aliyudin, dari Palestina.
9. Syekh Subakir, dari Iran, Ahli ruqyah.
Wali Songo Angkatan ke-2, tahun 1436 M, terdiri dari :
1. Sunan Ampel, asal Champa, Muangthai Selatan
2. Maulana Ishaq, asal Samarqand, Rusia Selatan
3. Maulana Ahmad Jumadil Kubro, asal Mesir
4. Maulana Muhammad Al-Maghrabi, asal Maroko
5. Sunan Kudus, asal Palestina
6. Sunan Gunung Jati, asal Palestina
7. Maulana Hasanuddin, asal Palestina
8. Maulana 'Aliyuddin, asal Palestina
9. Syekh Subakir, asal Persia Iran.
Wali Songo Angkatan ke-3, 1463 M, terdiri dari:
1. Sunan Ampel, asal Champa, Muangthai Selatan
2. Sunan Giri, asal Belambangan,Banyuwangi, Jatim
3. Maulana Ahmad Jumadil Kubro, asal Mesir
4. Maulana Muhammad Al-Maghrabi, asal Maroko
5. Sunan Kudus, asal Palestina
6. Sunan Gunung Jati, asal Palestina
7. Sunan Bonang, asal Surabaya, Jatim
8. Sunan Derajat, asal Surabaya, Jatim
9. Sunan Kalijaga, asal Tuban, Jatim
Wali Songo Angkatan ke-4,1473 M, terdiri dari :
1. Sunan Ampel, asal Champa, Muangthai Selatan
2. Sunan Giri, asal Belambangan,Banyuwangi, Jatim
3. Raden Fattah, asal Majapahit, Raja Demak
4. Fathullah Khan (Falatehan), asal Cirebon
5. Sunan Kudus, asal Palestina
6. Sunan Gunung Jati, asal Palestina
7. Sunan Bonang, asal Surabaya, Jatim
8. Sunan Derajat, asal Surabaya, Jatim
9. Sunan Kalijaga, asal Tuban, Jatim
Wali Songo Angkatan ke-5,1478 M, terdiri dari :
1. Sunan Giri, asal Belambangan,Banyuwangi, Jatim
2. Sunan Muria, asal Gunung Muria, Jawa Tengah
3. Raden Fattah, asal Majapahit, Raja Demak
4. Fathullah Khan (Falatehan), asal Cirebon
5. Sunan Kudus, asal Palestina
6. Syaikh Siti Jenar, asal Persia, Iran
7. Sunan Bonang, asal Surabaya, Jatim
8. Sunan Derajat, asal Surabaya, Jatim
9. Sunan Kalijaga, asal Tuban, Jatim
Wali Songo Angkatan ke-6,1479 M, terdiri dari :
1. Sunan Giri, asal Belambangan,Banyuwangi, Jatim
2. Sunan Muria, asal Gunung Muria, Jawa Tengah
3. Raden Fattah, asal Majapahit, Raja Demak
4. Fathullah Khan (Falatehan), asal Cirebon
5. Sunan Kudus, asal Palestina
6. Sunan Tembayat, asal Pandanarang
7. Sunan Bonang, asal Surabaya, Jatim
8. Sunan Derajat, asal Surabaya, Jatim
9. Sunan Kalijaga, asal Tuban, Jatim
Syamsul Arifin, berbagai sumber
SELAMATKAN GENERASI MUSLIM DARI PEMBODOHAN DAN KEBOHONGAN SEJARAH !!!
Awal Masuk Islam di Indonesia
Sebelum kita mengenal beberapa teori tentang penyebaran Islam di Nusantara, perlu di perhatikan bahwa Politik Luar Negeri Negara Khilafah terdiri dari dua; Da’wah dan Jihad. Awalnya negeri yang di targetkan akan di beri da’wah, ketika menerima maka tidak ada perang di sana. Namun, ketika menolak, maka akan terjadi Jihad dan Futuhat (Pembebasan). Dua hal ini adalah politik Luar Negeri, dimana di setiap perkembangan akan di sampaikan kepada Khalifah.
Itu pula yang terjadi di Indonesia. Jika penyebaran Islam di lakukan oleh pedagang semata, bukan Da’i atau utusan, maka apakah akan ada laporan kepada Khalifah? Lalu, apakah penyebaran lewat jalur perdagangan merupakan Politik Luar Negeri? Apakah penyebaran Islam dengan jalur perdagangan hanya propaganda untuk menutupi bahwa Nusantara pernah menjadi fokus Da’wah Islam dan menjadi bagian dari Khilafah?
Dari teori Islamisasi oleh Arab dan China, Hamka dalam bukunya Sejarah Umat Islam Indonesia, mengaitkan dua teori Islamisasi tersebut. Islam datang ke Indonesia pada abad ke-7 Masehi. Penyebarannya pun bukan dilakukan oleh para pedagang dari Persia atau India, melainkan dari Arab. Sumber versi ini banyak ditemukan dalam literatur-literatur China yang terkenal, seperti buku sejarah tentang China yang berjudul Chiu Thang Shu.
Menurut buku ini, orang-orang Ta Shih, sebutan bagi orang-orang Arab, pernah mengadakan kunjungan diplomatik ke China pada tahun 651 Masehi atau 31 Hijriah. Empat tahun kemudian, dinasti yang sama menerima delegasi dari Tan Mi Mo Ni’, sebutan untuk Amirul Mukminin. Selanjutnya, buku itu menyebutkan, bahwa delegasi Tan Mi Mo Ni’ itu merupakan utusan yang dikirim oleh khalifah yang ketiga. Ini berarti bahwa Amirul Mukminin yang dimaksud adalah Khalifah Utsman bin Affan.
Pada masa berikutnya, delegasi-delegasi muslim yang dikirim ke China semakin bertambah. Pada masa Khilafah Umayyah saja, terdapat sebanyak 17 delegasi yang datang ke China. Kemudian pada masa Dinasti Abbasiyah, ada sekitar 18 delegasi yang pernah dikirim ke China.
Bahkan pada pertengahan abad ke-7 Masehi, sudah terdapat perkampungan-perkampungan muslim di daerah Kanton dan Kanfu. Sumber tentang versi ini juga dapat diperoleh dari catatan-catatan para peziarah Budha-China yang sedang berkunjung ke India. Mereka biasanya menumpang kapal orang-orang Arab yang kerap melakukan kunjungan ke China sejak abad ketujuh. Tentu saja, untuk sampai ke daerah tujuan, kapal-kapal itu melewati jalur pelayaran Nusantara.
Beberapa catatan lain menyebutkan, delegasi-delegasi yang dikirim China itu sempat mengunjungi Zabaj atau Sribuza, sebutan lain dari Sriwijaya. Mereka umumnya mengenal kebudayaan Budha Sriwijaya yang sangat dikenal pada masa itu. Kunjungan ini dikisahkan oleh Ibnu Abd al-Rabbih, ia menyebutkan bahwa sejak tahun 100 hijriah atau 718 Masehi, sudah terjalin hubungan diplomatik yang cukup baik antara Raja Sriwijaya, Sri Indravarman dengan Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz.
Lebih jauh, dalam literatur China itu disebutkan bahwa perjalanan para delegasi itu tidak hanya terbatas di Sumatera saja, tetapi sampai pula ke daerah-daerah di Pulau Jawa. Pada tahun 674-675 Masehi, orang-orang Ta Shi (Arab) yang dikirim ke China itu meneruskan perjalanan ke Pulau Jawa. Menurut sumber ini, mereka berkunjung untuk mengadakan pengamatan terhadap Ratu Shima, penguasa Kerajaan Kalingga, yang terkenal sangat adil itu.
Pada periode berikutnya, proses Islamisasi di Jawa dilanjutkan oleh Wali Songo. Mereka adalah para muballig yang paling berjasa dalam mengislamkan masyarakat Jawa. Dalam Babad Tanah Djawi disebutkan, para Wali Songo itu masing-masing memiliki tugas untuk menyebarkan Islam ke seluruh pelosok Jawa melalui tiga wilayah penting. Wilayah pertama adalah, Surabaya, Gresik, dan Lamongan di Jawa Timur.
Wilayah kedua adalah, Demak, Kudus, dan Muria di Jawa Tengah. Dan wilayah ketiga adalah, Cirebon di Jawa Barat. Dalam berdakwah, para Wali Songo itu menggunakan jalur-jalur tradisi yang sudah dikenal oleh orang-orang Indonesia kuno. Yakni melekatkan nilai-nilai Islam pada praktik dan kebiasaan tradisi setempat. Dengan demikian, tampak bahwa ajaran Islam sangat luwes, mudah dan memenuhi kebutuhan masyarakat Jawa.
Selain berdakwah dengan tradisi, para Wali Songo itu juga mendirikan pesantren-pesantren, yang digunakan sebagai tempat untuk menelaah ajaran-ajaran Islam, sekaligus sebagai tempat pengaderan para santri. Pesantren Ampel Denta dan Giri Kedanton, adalah dua lembaga pendidikan yang paling penting di masa itu. Bahkan dalam pesantren Giri di Gresik, Jawa Timur itu, Sunan Giri telah berhasil mendidik ribuan santri yang kemudian dikirim ke beberapa daerah di Nusa Tenggara dan wilayah Indonesia Timur lainnya.
Penjajah Belanda Menghapuskan Jejak Khilafah
Pada masa penjajahan, Belanda berupaya menghapuskan penerapan syariah Islam oleh hampir seluruh kesultanan Islam di Indonesia. Salah satu langkah penting yang dilakukan Belanda adalah menyusupkan pemikiran dan politik sekular melalui Snouck Hurgronye. Dia menyatakan dengan tegas bahwa musuh kolonialisme bukanlah Islam sebagai agama.
Dari pandangan Snouck tersebut penjajah Belanda kemudian berupaya melemahkan dan menghancurkan Islam dengan 3 cara. Pertama: memberangus politik dan institusi politik/pemerintahan Islam. Dihapuslah kesultanan Islam. Contohnya adalah Banten. Sejak Belanda menguasai Batavia, Kesultanan Islam Banten langsung diserang dan dihancurkan. Seluruh penerapan Islam dicabut, lalu diganti dengan peraturan kolonial.
Kedua: melalui kerjasama raja/sultan dengan penjajah Belanda. Hal ini tampak di Kerajaan Islam Demak. Pelaksanaan syariah Islam bergantung pada sikap sultannya. Di Kerajaan Mataram, misalnya, penerapan Islam mulai menurun sejak Kerajaan Mataram dipimpin Amangkurat I yang bekerjasama dengan Belanda.
Ketiga: dengan menyebar para orientalis yang dipelihara oleh pemerintah penjajah. Pemerintah Belanda membuat Kantoor voor Inlandsche zaken yang lebih terkenal dengan kantor agama (penasihat pemerintah dalam masalah pribumi). Kantor ini bertugas membuat ordonansi (UU) yang mengebiri dan menghancurkan Islam. Salah satu pimpinannya adalah Snouck Hurgronye.
Dikeluarkanlah: Ordonansi Peradilan Agama tahun 1882, yang dimaksudkan agar politik tidak mencampuri urusan agama (sekularisasi); Ordonansi Pendidikan, yang menempatkan Islam sebagai saingan yang harus dihadapi; Ordonansi Guru tahun 1905 yang mewajibkan setiap guru agama Islam memiliki izin; Ordonansi Sekolah Liar tahun 1880 dan 1923, yang merupakan percobaan untuk membunuh sekolah-sekolah Islam. Sekolah Islam didudukkan sebagai sekolah liar.
Demikianlah, syariah Islam mulai diganti oleh penjajah Belanda dengan hukum-hukum sekular. Hukum-hukum sekular ini terus berlangsung hingga sekarang. Walhasil, tidak salah jika dikatakan bahwa hukum-hukum yang berlaku di negeri ini saat ini merupakan warisan dari penjajah; sesuatu yang justru seharusnya dienyahkan oleh kaum Muslim, sebagaimana mereka dulu berhasil mengenyahkan sang penjajah: Belanda