Sunday, February 14, 2016

ADA yang menarik dari negara Turki

ADA yang menarik dari negara Turki. Dari artikel penulis Yordan, Ihsan Al Faqih, pada media Achahed,:
1. Produk Domestik Nasional Turki di tahun 2013 mencapai 100M dolar Amerika, menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, Uni Emirat arab, Iran, dan ditambah dengan Yordan, Suriah dan Libanon.
2. Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar, dari rangking 111 dunia ke peringkat 16, dengan rata-rata peningkatan 10... % per tahun, yang berarti masuknya Turki kedalam 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia.
3. Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan Negara Turki Modern yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang ditargetkan adalah Turki menjadi kekuatan politik dan ekonomi nomer 1 di dunia!
4. Airport Internasional Istambul adalah bandara terbesar di Eropa yang menampung 1260 pesawat setiap harinya, ditambah Bandara Shabiha yang menampun 630 pesawat setiap hari.
5. Turkish Airline meraih peringkat maskapai penerbangan terbaik di dunia dalam 3 tahun berturut-turut.
6. Dalam kurun 10 tahun, Turki telah menanam 770 juta pohon Harjia dan berbuah.
7. Untuk pertama kali Turki di masa modern ini memproduksi sendiri Tank baja, pesawat terbang dan pesawat tempur tanpa awak, serta satelit militer modern pertama yang multi fungsi.
8. Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mendirikan 125 universitas baru, 189 sekolah baru, 510 rumah sakit baru dan 169.000 kelas baru yang modern, sehingga rasio siswa perkelas tidak lebih dari 21 orang.
9. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropa dan Amerika, universitas-universitas Eropa dan Amerika menaikkan uang kuliah. Sedangkan Erdogan membebaskan seluruh biaya kuliah dan sekolah bagi rakyatnya dan menjadi tanggungan negara.
10. Dalam 10 tahun terakhir, pendapatan perkapita penduduk Turki yang dahulunya hanya 3500 dolar pertahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11.000 dollar pertahun, lebih tinggi dari perkapita penduduk Prancis. Dan Erdogan naikkan nilai tukar mata uang Turki 30 kali lipat!
11. Di Turki, negara sedang mengupayakan dengan sungguh-sungguh membiayai 300 ribu ilmuwan melakukan penelitian ilmiah untuk menuju tahun 2023.
12. Di antara keberhasilan politik terbesar Turki adalah keberhasilan Erdogan mendamaikan dua bagian Cyprus yang bertikai. Ia juga melakukan pembahasan damai dengan partai Buruh Kurdistan untuk menghentikan pertumpahan darah, dan meminta maaf kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah menggantung sejak 6 dasawarsa.
13. Di negara Turki, gaji dan upah meningkat mencapai 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat, dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Dan jumlah pencari kerja menurun dari 38% menjadi 2%.
14. Di Turki, anggaran pendidikan dan kesehatan, mengungguli anggaran pertahanan, dan gaji guru sebesar gaji dokter.

13 FEBUARI 2013 ADALAH HARI BERSEJARAH BAGI BANGSA MELAYU PATANI "16 ORANG PARA PERJUANG PATANI GUGUR SHAHID".

13 FEBUARI 2013 ADALAH HARI BERSEJARAH BAGI BANGSA MELAYU PATANI "16 ORANG PARA PERJUANG PATANI GUGUR SHAHID".
Masihkah kita ingat terhadap peristiwa berdarah 1...3 Febuari 2013, genap 03 tahun peristiwa berdarah keatas 16 orang para perjuang Patani gugur shahid yang bertempur dengan pihak tentera Thailand.
Narathiwat - Pada 13 Fabuari 2013, bahwa berlaku peristiwa pertempuran diantara para perjuang Patani dengan pihak tentera Thailand, menyebabkan para perjuang Patani 16 orang gugur shahid dan pihak tentera Thailand ada yang mati dan cedera. Bahwa peristiwa berdarah ini berlaku di kawasan kem tentera Thailand Beluka Samok Daerah Bachok Wilayah Narathiwat.

Kenapa Islam Ada 4 Mazhab ?

Kenapa Islam Ada 4 Mazhab ?

1. Sejak kecil, kita terutamanya budak-budak Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?

2. Seperti yang diketahui ramai, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki, dan Hanafi. Siapa cakap Syi’ah tu mazhab ke-5, boleh pakai baju melayu putih, sampin hijau, dan pergi masuk sekolah agama balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam, tiada tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada tambah-tambah.

3. Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tak satu je. Siap ada sesetengah pihak yang bajet legend, cakap tak payah ikut mazhab ikut Nabi je, sebenarnya dia menggelabah je. Ustaz saya cakap, siapa cakap macam tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut dia sendiri.

4. Mazhab ni bezanya dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana nak sembahyang, nak ambil wudhu’, dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.

5. Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai perkara ini lah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab.

6. Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tak boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh. Sekarang, di Mekah mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Okay, cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke? Kita tengah baca Fatihah, tiba ada Pak Arab tengah lintas depan kita, kita terpaksa gerak sikit, pastu ada pulak Minah Arab lalu kat belakang kita kena gerak lagi. Kalau pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang batal. Habis tu sampai Subuh besok kita kena ulang sembahyang balik, sebab sembahyang kita asyik batal.

7. Situasi A: Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab je. Nanti kat Kaabah tiada siapa dapat habiskan sembahyangnya. Situasi B: Cuba bayangkan pulak kalau satu dunia amalkan satu mazhab je, yang boleh bergerak banyak kali. Nanti sampai kat Malaysia (yang masjidnya selalu tak penuh), nanti rilek je orang sembahyang gerak banyak kali. Siap ada mamat sembahyang sambil baca Naruto lagi.

8. Mazhab ini bukannya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu. Cuba bayangkan, kalau kerajaan wajibkan semua budak sekolah pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh ibu-bapa hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila ke? Semua orang ada cara masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke permaidani ajaib ke.

9. Hal ini, bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh dikaitkan dengan hukum-hukum ijma’.

10. Maka timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak. Hal ini dinamakan talfiq (menyampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama sekali. Kecuali: A) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. B) Kita pergi ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.

11. Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.

12. Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan diriNya.

10 tahap untuk memajukan bahasa Melayu Patani

10 tahap untuk memajukan bahasa Melayu Patani - demi kemandirian bahasa di masyarakat Melayu Patani

Nota: Artikel ini berdasarkan ucapan yang disampaikan oleh penulis sebagai penutupan forum “Generasi Baru dengan Komunikasi Bahasa Melayu” pada tanggal 7 Februari 2016 di Hotel Park View, Pattani, Thailand.
Pada kira-kira 20 tahun yang lalu (1997), semasa saya menjejak kaki di bumi Patani buat kali pertama, saya dapati bahawa kondisi bahasa Melayu di Patani bagaikan seorang pesakit tenat yang sedang mendapat rawatan di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU). Malangnya, pada tahun 2016, bahasa Melayu Patani masih berada di ICU tanpa tanda-tanda pemulihan dari sakitnya yang tenat itu.
Walaupun keadaan ini sama sekali tidak menyenangkan, tetapi pada hakikatnya bahasa Melayu Patani masih ‘hidup’ lagi, tidak seperti bahasa-bahasa Melayu yang sudah pupus di wilayah-wilayah yang lain di Thailand. Misalnya, Wilayah Satun merupakan satu wilayah yang peratusan orang beragama Islamnya paling tinggi di Negara Gajah Putih.
Pada kira-kira 100 tahun yang lalu, semua perkampungan di wilayah ini (sekitar 300 buah kampung) berbahasa Melayu. Kini, menurut satu kajian yang dilakukan oleh pengkaji bahasa Melayu tempatan, tinggal 13 buah kampung sahaja yang masih menggunakan bahasa Melayu secara aktif, kesemuanya terletak di simpadan dengan Malaysia.
Ahli sejarah terkenal di Kelantan, Ahmad Fathy Al-Fatani, ketika ditemui penulis, pernah menunjukkan catatan orang Belanda pada abad ke-19 yang memilih Singgora (Songkhla) sebagai tempat belajar bahasa Melayu kerana ‘pertuturannya (dalam bahasa Melayu) bagus’. Kini, di kota pelabuhan tersebut, hampir tiada orang yang berbahasa Melayu dalam kehidupan seharian, walapun kebanyakan penduduk di kota tersebut masihg memeluk agama Islam.
Di tempat-tempat lain, keadaannya lebih dahsyat. Terdapat beberapa wilayah di Thailand yang namanya berasal dari bahasa Melayu, seperti ‘Phuket (bukit)’, ‘Phangga (bunga)’, ‘Trang (terang)’ dan sebagainya. Dalam wilayah-wilayah tersebut dan wilayah yang berhampiran, masih terdapat masyarakat beragama Islam, tetapi boleh dikatakan hampir semuanya tidak lagi bertutur bahasa Melayu. Bahasa percakapan seharian mereka ialah bahasa Thai dialek selatan. Kesan bahasa Melayu hanya tinggal pada nama-nama tempat sahaja, itu pun jika ada.
Berbanding dengan kondisi bahasa Melayu yang sudah pupus di daerah-daerah lain, kondisi bahasa Melayu di Patani boleh dikatakan jauh lebih baik, kerana sekurang-kurangnya bahasa Melayu masih digunakan sebagai bahasa pertuturan seharian di Patani (dalam bentuk bahasa Melayu dialek Patani).
Walau bagaimanapun, jika ditanya adakah bahasa Melayu Patani boleh mempertahankan diri dengan dalam edaran zaman yang begitu pesat ini, kita juga tidak dapat memberikan jawapan yang terlalu positif. Apatah lagi jikia kita memikirkan sama ada kita dapat memartabatkan bahasa Melayu Patani supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa Melayu di Malaysia atau bahasa Indonesia, di bawah kondisi sekarang, cita-cita ini sangat sukar dicapai. Dengan demikian, pertama, untuk menyelamatkan bahasa Melayu di Patani, dan kedua, untuk memajukan serta mengembangkan bahasa Melayu di Patani, kita juga perlu bersikap realistik.
hara
Pada peringkat sekarang, masih ada banyak perkara yang berada di luar lingkungan kuasa orang tempatan, kerana hal-hal sedemikian berkaitan rapat dengan kondisi politik semasa dan sistem pemerintahan. Sungguhpun demikian, masih tetap ada banyak perkara yang boleh dilakukan oleh individu-individu yang ingin mengembangkan bahasa Melayu di Patani.
Berikut ialah 10 tahap yang perlu dicapai oleh sesebuah bahasa, terutamanya bahasa Melayu di Patani, untuk terus bertahan dalam edaran zaman dan dapat dikembangkan untuk menjadi sebuah bahasa yang bermartabat. Kesemua tahap yang berikut bermula dengan kata kerja terbitan yang dibina dengan apitan ‘meN-i’, yang bermula daripada ‘mengalami/melalui’ dan berakhir dengan ‘menjiwai’. Tahapan-tahapan yang diantaranya ada yang boleh digantikan antara satu sama lain.
1. Mengalami/Melalui
Apa yang dimaksudkan dengan ‘mengalami’ atau ‘melalui’ dalam konteks ini ialah sebagai seorang bangsa Melayu Patani, sejak dilahirkan sehingga besar, biasanya dia akan berada dalam lingkungan yang menggunakan bahasa Melayu dialek Patani. Dengan itu, secara automatis dia juga mengalami bahasa Melayu dalam kehidupan sehariannya. Ini merukapan tahap yang paling awal. Tahap ini boleh dicapai tanpa sebarang usaha, hanya perlu dilahirkan atau berada dalam lingkungan yang menggunakan bahasa Melayu sahaja.
Walaupun begitu, pada masa sekarang, sudah mula ada keluarga-keluarga orang Melayu, terutamanya di kawasan perkotaan atau bandar, tidak lagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa keluarga. Bagi golongan ini, nasib yang menatikan mereka ialah kehilangan bahasa nenek moyang mereka.
2. Mengenali
Tahap yang selanjutnya ialah ‘mengenali’, iaitu mengenali bahasa Melayu. Tahap ini penting kerana ini merupakan titik permulaan terhadap perasaan positif terhadap bahasa Melayu, bak kata pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’. Namun demikian, cinta yang lahir pada tahap ini belum lagi cinta yang sejati, sebaliknya lebih bersifat ‘cinta buta’ atau ‘cinta monyet’. Ramai daripada orang Melayu Patani mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu, tetapi hampir tidak berhasil kerana kekurangan dalam perkara-perkara tertentu. Akibatnya, rasa cinta mereka juga hampir tidak dapat membuahkan hasil yang positif. Supaya semangat tersebut dapat menghasilkan sesuatu dampak yang positif terhadap bahasa Melayu, penutur bahasa Melayu juga perlu mengalami tahap-tahap yang selanjutnya.
3. Menyedari
Tahap yang ketiga ialah ‘menyedari’, iaitu ‘menyedari bahawa bahasa Melayu perlu dipelajari’. Ramai daripada orang Melayu Patani, sebaik sahaja dimaklumkan bahawa saya mengajar bahasa Melayu, menunjukkan rasa hairan, dan memberikan reaksi-rekasi tertentu. Sebagai contoh:  
“Kenapa kamu mengajar bahasa Melayu? Bukankah lebih baik mengajar bahasa Jepun kepada anak-anak Melayu Patani? Itu lebih menguntungkan merkea.” atau
“Kita sudah bercakap bahasa Melayu di rumah, dalam kehidupan seharian. Jadi tidak perlulah kita belajar bahasa Melayu lagi. Lebih baik belajar bahasa-bahasa lain.”
Kebanyakan bekas pelajar saya di universiti juga pernah diajukan soalan yang lebih kurang sama, iaitu “buat apa belajar bahasa Melayu?” dan sebagainya.
Keadaan sedemikian jelas menunjukkan bahawa dalam masyarakat Melayu Patani masih ada agak ramai yang tidak terlepas daripada kejahilan, kerana mereka tidak ‘menyedari’ satu hakikat bahawa setiap bahasa perlu dipelajari dengan sungguh-sungguh. Kita tidak akan dapat menguasai sesuatu bahasa tanpa dipelajari.
Lihat sahaja orang Malaysia. Adakah orang Malaysia menguasai bahasa Melayu tanpa pembelajaran yang sistematis dan memakan masa yang amat panjang? Adakah orang Indonesia semuanya bisa berbahasa Indonesia hanya kerana mereka dilahirkan sebagai orang Indonesia? Jawapannya tidak. Hanya orang Melayu Patani sahaja yang beranggapan bahawa orang Melayu tidak perlu belajar bahasa Melayu. Hatta orang Thai sendiri, untuk menjadi pengguna bahasa Thai yang baik, perlu mempelajari bahasa Melayu dengan sungguh-sungguh. Hal ini membawa kita kepada tahap yang keempat, iaitu ‘mempelajari’.
4. Mempelajari
Mempelajari dalam konteks ini bukan belajar secara main-main sahaja, sebaliknya, belajar bahasa Melayu seperti kita mempelajari bahasa-bahasa lain, seperti bahasa Arab, bahasa Inggeris, bahasa China, bahasa Jepun dan sebagainya. Atau belajar bahasa Melayu seperti kita belajar subjek-subjek lain, tidak kiralah sains, matematik, agama, dan sebagainya. Di samping kesungguhan, proses mempelajari ini juga memerlukan pembelajaran yang sistematik dan teratur. Para pelajar juga harus mempelajari bahasa Melayu dengan rajin dan gigih. Selagi bahasa Melayu tidak dianggap sebagai satu ‘subjek’ atau ‘mata kuliah’ yang sah, orang Melayu juga tidak akan mempelajarinya secara serius. Oleh itu, tahap ini sangat penting untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di Patani.
Perkara yang perlu dipelajari di peringkat ini ialah semua perkara yang bersangkutan dengan penggunaan bahasa, bermula daripada kosa kata, tatabahasa seperti susunan ayat dan penggunaan imbuhan.
5. Memahami
Setelah mempelajari bahasa Melayu secara sistematis, kita dapat memahami bahasa Melayu. Kefahaman yang timbul pada peringkat ini tidak lagi kefahaman yang kurang jelas, sebaliknya kefahaman yang berdasarkan ilmu bahasa. Kita dapat menganalisis struktur atau susunan ayat, dapat membezakan golongan kata dengan tepat, dan memerhatikan penggunaan kata. Pada peringkat ini, seseorang pengguna bahasa dapat membaca dan mendengar bahasa yang dipelajari dengan baik.
6. Mendalami/Menghalusi
Proses ‘mendalami’ dan ‘menghalusi’ amat perlu untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu kita, terutamanya untuk mempelajari ‘selok-belok’ dalam penggunaan bahasanya. ‘Mendalami’ bererti memahami sesuatu dengan mendalam, baik di peringkat perkataan, ungkapan, ayat mahupun di peringkat secara keseluruhan. ‘Menghalusi’ pula menguasai perkara-perkara terperinci tentang satu-satu perkataan, imbuhan dan segala perkara yang berkaitan dengan penggunaan bahasa. Misalnya, seorang yang sudah mendalami dan menghalusi bahasa Melayu dapat membezakan maksud antara istilah-istilah seperti ‘cantik, indah, ayu, elok’ atau ‘aman, damai, sejahtera, sempurna’ dan sebagainya. Bukan itu sahaja, dia juga harus dapat memahami maksud tiap-tiap perkataan dengan baik. Tujuan proses ‘mendalami’ dan ‘menghalusi’ adalah supaya kita dapat memahami dan membina ayat yang rumit tetapi teratur dan sempurna
7. Menguasai
‘Menguasai’ artinya dapat menggunakan bahasa Melayu dengan sepenuhnya untuk menyampaikan maksud serta buah fikirannya sendiri, kerana ilmu-ilmu asas yang diperlukan tentang bahasa Melayu sudah dipelajari. Pada peringkat ini, barulah orang yang menabur bakti demi perkembangan bahasa Melayu dapat melakukan tugasnya dengan baik. Dengan kata lain, sebelum seseorang mencapai tahap ini, janganlah cuba ‘cari makan’ dengan bahasa Melayu, sama ada sebagai guru, pensyarah, jurubahasa, penterjemah, wartawan, penulis, juruhebah, DJ dan sebagainya.
Salah satu masalah bahasa Melayu di Patani ialah keadaan di mana orang-orang penguasaan bahasa Melayunya terlalu lemah sudah mulai ‘cari makan’ dengan bahasa Melayunya yang maish sangat lemah itu. Akibatnya, bahasa Melayu yang tidak betul, tidak sempurna dan yang salah pula disebarluaskan kepada masyarakat umum. Walaupun niat mereka adalah ingin mengembangkan bahasa Melayu, tetapi oleh kerana penguasaannya terlalu lemah, maka niatnya selalunya tidak tercapai. Orang yang ingin mengajar bahasa Melayu, menulis sesuatu dalam bahasa Melayu atau menggunakan bahasa Melayu dalam pekerjaannya sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap ini. Jika belum dicapai, jangan dicuba, kerana perbuatan sedemikian akan menjejaskan bahasa Melayu di Patani.
8. Menikmati
Setelah ‘menguasai’, barulah kita dapat ‘menikmati’ bahasa Melayu, baik keindahan, keistimewaan mahupun kehebatannya. Pada peringkat ini, kita tidak perlu lagi dipaksa atau disuruh untuk memmpelajari, kerana menggunakan bahasa Melayu sudah menjadi satu nikmat baginya. Kita akan berasa soronok apabila kita membaca, mendengar, bertutur atau menulis dalam bahasa Melayu. Pengalaman menggunakan bahasa Melayu sudah menjadi nikmat dan sebahagian daripada hidupnya. Orang yang berada pada peringkat ini akan terus-menerus mengkaji bahasa Melayu tanpa dipaksa, dan akan menambahkan pengetahuan tanpa disuruh. Hasilnya ialah bahasa Melayunya semakin hari semakin bagus.
9. Mencintai
Selepas kita mengenali nikmat dalam bahasa Melayu, tumbuh satu perasaan di dalam benak hati kita, iaitu cinta terhadap bahasa Melayu, iaitu cinta sejati yang suci dan abadi. Pada peringkat ini, bahasa Melayu sudah menjadi sesuatu yang tidak dapat ternilai, dan kita juga tidak dapat terpisah daripada bahasa Melayu. Keinginan dan niat untuk melakukan sesuatu bahasa Melayu juga akan tumbuh sesudah kita benar-benar mencintai bahasa Melayu.
Perasaan cinta ini merupakan perasaan peribadi. Kita mencintai bahasa Melayu seperti kita mencintai, misalnya, alam semulajadi, tanah air, bangsa, dan agama kita, bukan sekadar perasaan sayang yang akan pudar setelah demam cinta itu hilang. Perasaan cinta terhadap bahasa Melayu ini sudah menjadi cinta yang berakar dalam nurani kita, kerana kita juga sudah mengenali nikmat bahasa Melayu. Dan perasaan cinta ini juga diharapkan agar membawa kita kepada peringkat yang terakhir, iaitu ‘menjiwai/menghayati’.
10. Menjiwai/Menghayati
Orang yang menjiwai bahasa Melayu ialah orang yang berjiwa bahasa Melayu. Dengan kata lain, bahasa Melayu sudah menjadi sebahagian daripada jati dirinya yang tidak akan terpisah daripada dirinya. Pada peringkat ini, lahirlah kesedaran dan keyakinan bahawa ‘jika bahasa Melayu mati, bangsaku juga akan mati’. Dengan demikian, orang yang berjiwa bahasa Melayu juga sentiasa didorong oleh satu kesedaran bahawa dia harus melakukan sesuatu untuk bahasa Melayu. Tetapi apa yang dilakukan oleh orang yang berada peringkat ini semuanya akan berhasil, kerana dia sudah menguasai bahasa Melayu dan mempunyai kemahiran-kemahiran yang diperlukan, baik dalam mengajar bahasa Melayu, menulis dalam bahasa Melayu atau segala kerja yang bersangkutan dengan bahasa Melayu. Orang yang menjiwai atau menghayati bahasa Melayu benar-benar dapat memahami cogan kata ‘bahasa jiwa bangsa’, kerana bahasa Melayu sudah menjadi jiwanya.
Rumusan
Sebagai rumusan, bagi orang yang hanya menggunakan bahasa Melayu dari peringkat 1 ke peringkat 5, bahasa Melayu hanya merupakan ‘bahasa mulut’, manakala jika kita mencapai tahap 6 dan 7, barulah bahasa Melayu menjadi ‘bahasa otak’. Selanjutnya, pada peringkat 8 dan 9, bahasa Melayu sudah menjadi ‘bahasa hati’, dan akhirnya bahasa Melayu menjadi ‘bahasa jiwa’ di peringkat terakhir.
Daripada penjelasan di atas, jelaslah bahawa kebanyakan masalah yang berkaitan dengan bahasa Melayu di Patani berlaku kerana bagi kebanyakan orang Melayu Patani, bahasa Melayu hanya berfungsi sebagai bahasa mulut, belum lagi mejadi bahasa otak, dan masih terlalu jauh untuk menjadi bahasa jiwa. Dengan demikian, apabila ada bahasa lain yang lebih dominan, bahasa Melayu dengan begitu mudah digantikan dengan bahasa-bahasa seperti itu. Itulah sebabnya bahasa Inggeris masih dapat berleluasa di Malaysia, dan bahasa Thai semakin menjadi pilihan bagi orang Melayu Patani.
Untuk mempertahankan bahasa Melayu pada abad ke-21 yang penuh dengan cabaran ini, kita perlu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu seseorang. Sekurang-kurangnnya kita harus menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa otak, kerana selagi bahasa tidak dikaitkan dengan otak kita (iaitu organi manusia yang membolehkan manusia berfikir dengan akal), kita tidak dapat menjiwai dan menghayati sesuatu bahasa dengan sepenuhnya.
อ่านข่าวที่เกี่ยวข้อง
- See more at: http://www.deepsouthwatch.org/dsj/8087#sthash.tDr9CEIH.0PcihS4l.dpuf

Haram Memanggil Pasangan dengan Panggilan “Abi-Ummi”?

Awas Jangan Memanggil Pasangan dengan Panggilan “Abi-Ummi”! HARAM..
 

Panggilan atau memanggil dalam Islam dianjurkan memakai atau memanggil dengan penuh kehormatan, kasih sayang dan kelembutan. Membiasakan diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang(Humairaa) merupakan hal yang lumrah dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW karena beliau jika memanggil istrinya selalu dengan memakai panggilan ya humairaa yang artinya “sayangku”. Selain memberikan rasa senang pada pasangan, memanggil pasangan dengan panggilan sayang tentu akan membuat perasaan cinta dan kasih sayang semakin melekat dan utuh.

Nah pada kenyataan sekarang ada berbagai macam panggilan sayang yang dapat kita berikan pada pasangan. Panggilan seperti “honey”, “hubby”, atau “cinta” juga merupakan beberapa jenis yang paling sering digunakan oleh pasangan suami istri di Indonesia saat ini.

Eh selain panggilan diatas, ada juga yang populer yang biasanya digunakan oleh pasangan suami istri muslim, yakni panggilan “abi” dan “ummi” sangat akrab dalam lingkungan pasangan muslim di Indonesia. Tujuannya memang baik, namun tahukah Anda jika kita tidak memahami maknanya secara utuh, hal tersebut bisa menjadi fatal dan bisa saja diharamkan, Anda tidak percaya? Heran?

Dalam kitab Ar-Raudhatul Murbi’ Syarah Zadul Mustaqni’ juz 3/195, disana menjelaskan tentang bab memanggil pasangan “Dan dibenci memanggil salah satu di antara pasutri dengan panggilan khusus yang ada hubungannya dengan mahram, seperti istri memanggil suaminya dengan panggilan ‘Abi’ (ayahku) dan suami memanggil istrinya dengan panggilan ‘Ummi’ (ibuku).” Nah bagaimana, sudah terlanjur terbiasa memanggil dengan panggilan yang diharamkan?

Perlu diketahui juga nih, bahwasannya ada hadits yang meriwayatkan tentang tata cara memanggil kepada pasangan. Berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanadnya dari Abu Tamimah Al-Juhaimi, “Ada seorang laki-laki yang berkata kepada istrinya, ‘Wahai Ukhti!’ Lalu Rasulullah SAW berkata, ‘Apakah istrimu itu saudarimu?’ Lalu beliau membencinya dan melarangnya.” (HR. Abu Daud: 1889). Memang hadits di ini disebut sebagai hadits “dhaif”. Karena sanadnya ada yang putus.

Namun meskipun belum ada dalil yang tegas tentang larangan memanggil dengan kata “abi” dan “ummi”pada pasangan, sebaiknya kita menghindari pemakaian panggilan tersebut, karena khawatir kita berada dalam hal yang tidak sepantasnya kita lakukan.

Melihat kembali pada fenomena saat ini, dimana para pasangan sangat banyak yang menggunakan panggilan yang entah mereka paham atau tidak dan terkhusus dalam rumah-tangga orang Islam yang juga banyak kita jumpai panggilan yang dilarang tersebut, maka saat inilah kita harus belajar dengan seutuhnya tentang panggilannya tersebut, bertanyalah pada para kiyai, ustadz atau orang yang mengerti tentang hal tersebut sehingga kita terhindar dari pemakaian panggilan yang diharamkan tadi. Semoga bermanfaat

Saturday, January 30, 2016

Kenali Ciri Khas Wahabi Agar Selamat


MetroIslam.com – Rasulullah shallallah alayhi wa aalihi wa sallam bersabda,” Barangsiapa yang memisahkan diri dari jamaaah ( Khilafah Islam ), maka ia mati sebagaimana bangkai jahiliyyah “ ( H.R. Muslim ).

“Sesungguhnya Allah tidak menghimpun ummatku diatas kesesatan. Dan tangan Allah bersama jama’ah (ahlussunnah wal jama`ah). Barangsiapa yang menyelewengkan, maka ia menyeleweng ke neraka“. (HR. Tirmidzi: 2168).
“Barangsiapa yang menolak sunnahku maka bukan dari golonganku” (Shahih Bukhari)
CIRI KHAS WAHABI SALAFI YANG PERLU DI INGAT :
1. Kata kunci dan tema sentral dari fatwa para ulama Wahabi Salafi berkisar pada (a) bid’ah; (b) syirik; (c) kufur; (d) syiah rafidlah kepada kelompok Islam atau muslim lain yang tidak searah dengan mereka. Kita akan sering menemukan salah satu dari 4 kata itu dalam setiap fatwa mereka.
2. Membagi Tauhid menjadi 3 bagian yaitu:
(a). Tauhid Rububiyyah: Dengan tauhid ini, mereka mengatakan bahwa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tauhid.
(b). Tauhid Uluhiyyah: Dengan tauhid ini, mereka menafikan tauhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh jumhur ulama‟ Islam khasnya ulama‟ empat Imam madzhab.
(c.) Tauhid Asma’ dan Sifat: Tauhid versi mereka ini bisa menjerumuskan umat islam ke lembah tashbih dan tajsim kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala seperti:
Menterjemahkan istiwa’ sebagai bersemayam/bersila.
Merterjemahkan yad sebagai tangan
Menterjemahkan wajh sebagai muka
Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ulya)
Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
Menterjemah nuzul sebagai turun dengan dzat
Menterjemah saq sebagai betis
Menterjemah ashabi’ sebagai jari-jari, dll
Menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai “surah” atau rupa
Menambah bi dzatihi haqiqatan [dengan dzat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat
3. Golongan mereka ini dikenal sebagai al-Hasyawiyyah, al-Musyabbihah, al-Mujassimah akidah jisim menyamakn Allah seperti makhluk,punya tangan,punya kaki.bisa duduk,punya arah,punya tempat tinggal dll.
4. Menyatakan bahwa ibu bapa dan datuk Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wa sallam tidak selamat dari adzab api neraka.
5. Mengharamkan mengucap “radhiallahu ‘anha” untuk ibu Rosulullah Shollallohu ‘alaihi wa sallam, Sayyidatuna Aminah.
Sikap
1. Gerakan-gerakan atau organisasi Islam yang di luar Wahabi Salafi atau yang tidak segaris dengan manhaj (aturan standar ideologi) Wahabi akan mendapat label syirik, kufur atau bid’ah.
2. Pengikut/aktivis Wahabi Salafi tidak mau taklid (mengikuti pendapat) ulama salaf (klasik) dan khalaf (kontemporer), tapi dengan senang hati taklid kepada pendapat dan fatwa ulama-ulama Wahabi Salafi atau fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah ad-Daimah lil Buhuts wal Ifta’(اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء والدعوة والإرشاد) dan lembaga serta ulama-ulama yang menjadi anggota Hai’ah Kibaril Ulama (هيئة كبار العلماء) yang nama lengkapnya adalah Ar-Riasah al-Ammah lil Buhuts wal Ifta’ (الرئاسة العامة للبحوث العلمية والإفتاء)
3. Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak).
4. Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Qur’an dan hadits (walaupun tidak sesuai).
5. Sering memtertawakan dan meremehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
6. Ayat-ayat al-Qur’an dan Hadits yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
7. Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu syaz (janggal)

Thursday, January 28, 2016

7 Tanda Rezeki Diberkati Allah SWT


7 Tanda Rezeki Diberkati Allah SWT\\
1) Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.
2) Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.
3) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikatakan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripaad kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.
4) Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepaad orang lain dan tidak menyusahkan.


5) Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.
6) Kalau rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenarnya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.
7) Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Nabi SAW pernah bersabda doa yang tak dimakbulkan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram.
Maka itulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Tapi kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata.
Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan adalah rezeki dari Allah SWT kurniakan. seperti yang terdapat didalam ayat al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya”
Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.
Selalunya manusia itu apabila berkaitan dengan berkah (berkat, barakah) menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya mereka beranggapan tiada keberkatan daripada Allah SWT apabila rezeki yang mendatang itu sedikit sedangkan usaha yang dikeluarkan cukup banyak dan berlipat ganda, namun kepada kedua kedudukan tersebut manusia selalu terlupa dan tidak mahu bersyukur kepada Allah.
Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan. Apabila mempersoalkan amaun banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka tiadalah keberkatan dari Allah didalam kehidupan. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati” (HR Ahmad)
Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari Allah SWT itu tidak ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Allah keatas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya.
Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan perujian daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertakwa dan berserah diri kepadaNya. “Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri”(Surah Ali-Imran (3) ayat 102)
Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan. Ilmu,sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki. Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara tidak lansung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri. Jika seseorang mendapat gaji yang besar tetapi tidak merasai cukup kerana terlalu banyak perkara yang perlu di bayar dan merasai sentiasa tak cukup.
Sedangkan ada setengah orang berpendapatan sederhana tetapi mencukupi menyara isteri dan anak-anak, mampu membeli rumah, kereta dan mampu membiayai pengajian anak-anaknya ke universiti. Ini adalah petanda rezeki yang tak berkat dengan rezeki yang berkat.