Thursday, July 8, 2021

Pentingnya Redho seorang guru

 BACA LAH, MUNGKIN ADA MANFAAT SEBAGAI IBU BAPA KPD ANAK2...

PENTINGNYA REDHO SEORANG GURU

-------------------------------------------------------------


Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani..


Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir..


lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya..


Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya..


Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir..


ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya..


Syekh Abdul Qadir suka makan ayam..


dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain..ia akan makan separuh sahaja..


lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya..


Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi..


Pakcik ada anak namanya ini?


Jawab si bapa: ya ada..


Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?


Jawab si bapa: ya.


Pakcik tahu, anak pakcik  dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja..


Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..


Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir..


Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing..


Saya hantar kepada tuan syekh,supaya anak saya jadi alim ulama'..


Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja..


Kalau begitu ambillah anakmu..


Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang..


Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang..


bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam..


ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul..


Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir..


Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula..


tuan didik lah anak saya..


ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing...


ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu..


Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir..


bukan aku tidak mahu menerimanya kembali..


tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU..


ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu..


disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU..


maka anak yang menjadi mangsa..


Begitulah ADAB dalam menutut ilmu..


Anak,mak,ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru..


Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita..


Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru..


Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab,memaki dan mengaibkan gurunya..


Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu..


maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu..


Semoga Allah jadikan kita  orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita .


Aamiin YRB .

InshaaALLAH .


والله اعلم بالصواب.....

Sejarah Penang

 TOLONG BACA DAN BAGITAU ANAK ANAK KITA SEJARAH PENANG....YG MAHAL TU SBB APA SEBUT "TANJONG" TAK SEBUT PUN GEORGETOWN"

WALLAH HUALAM...


SEJARAH DUNIA DAN NUSANTARA

PULAU PINANG DIBUKA OLEH RAJA NAN INTAN @ DATUK NAKHHODA INTAN

DARI MINANGKABAU BUKAN FRANCIS LIGHT

SOLLUALANNABY


Pembukaaan Pulau Pinang @ Pulau Mutiara bukan dilakukan oleh Francis Light, Sebaliknya melibatkan Raja Nan Intan yang juga dikenali sebagai Datuk Nakhoda Intan. Datuk Nakhoda Intan yang berasal dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat telah membuka Pelabuhan Batu Uban dan membina penempatan di kawasan berkenaan pada 1734 setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II. 


Malah pada tahun yang sama, dua saudara Datuk Nakhoda Intan iaitu Nakhoda Bayan dan Nakhoda kecil juga telah datang ke negeri ini dan masing - masing membuka penempatan di Bayan Lepas serta Jelutong.

 

Francis Light hanya tiba di negeri ini selepas 52 tahun kedatangan Datuk Nakhoda Intan bersama saudaranya di Pulau Pinang. Seorang lagi tokoh dri alam Melayu yang tiba sebelum Francis Light ke negeri ini ialah Datuk Janatun.

 

Sehingga kini Masjid Batu Uban yang dibangunkan oleh Datuk Nakhoda Intan bersama pengikutnya masih utuh di samping sebuah telaga yang digali mereka juga airnya tidak pernah kering biarpun telah berusia hampir 300 tahun. Selain itu, Georgetown yang dibuka oleh Francis Light dan menjadi ibu negeri Pulau Pinang hari ini mempunyai nama asal yang diberikan penduduk tempatan sebelum kedatangan pegawai British berkenaan. 


Tanjung Penaga adalah nama asal Georgetown sebelum ditukakan British dan sebab itu masih ada orang negeri ini menyebut "Tanjung" bagi merujuk kawasan Georgetown yang secara tidak langsung menyokong pembukaan Pulau Pinang telah dibuat lebih awal sebelum kedatangan Francis Light.


Sumber dari :

Pakar Kesusasteraan Bandingan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Seri Md. Salleh Yaapar.


BATU UBAN PETEMPATAN AWAL ORANG PULAU PINANG


PULAU PINANG, 4 September 2015 – Batu Uban adalah bukti petempatan awal orang Melayu di Pulau Pinang dan merupakan pusat berkembangnya peradaban Melayu dan Tamadun Islam khususnya di Pulau Pinang, malahan tanah Pulau Pinang bukannya dibuka Francis Light.   


Demikian kata Penyelaras Operasi, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CENPRIS), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam satu  sesi temubual khas bersempena kemerdekaan negara kali ke-58, di pejabatnya, di Bangunan Eureka USM, baru-baru ini.


“Batu Uban adalah penempatan, pelabuhan dan tempat bersejarah paling awal sebelum bermulanya era penjajahan Pulau Pinang pada tahun 1786.


Jelasnya lagi, bukti menunjukkan masjid Batu Uban yang dibina sekitar tahun 1734 merupakan antara tertua di Pulau Pinang.


"Batu Uban merupakan sebuah bandar, dan pelabuhan pertama sebelum George Town dan dibuka oleh Haji Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Nan Intan dengan perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Syah II.


Katanya lagi, masjid Batu Uban telah diasaskan oleh Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734 dan berasal daripada Kampung Buadi, Paya Kumboh, Sumatera dan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Minangkabau.


“Nakhoda Nan Intan merantau ke Pulau Pinang bersama dua lagi bahtera, dan singgah di Batu Uban, satu lagi bahtera singgah di Bayan Lepas (Nakhoda Bayan) dan bahtera ketiga singgah di Jelutong (Nakhoda Kecil)," tambah beliau.


Mengulas lanjut, katanya ketiga-tiga nakhoda tersebut mempunyai tali persaudaraan, manakala Francis Light dikatakan telah membuka Pulau Pinang pada tahun 1786.


Kata Md. Salleh pada tahun 1742, Dato’ Jannatun datang ke kawasan USM yakni Minden Height dan membawa 10 buah Al-Quran dan ini menunjukkan perluasan agama Islam di sekitar kawasan tersebut.


“Masyarakat awal di sini dahulu menjalankan aktiviti-aktiviti harian dengan penanaman kelapa, lada dan tebu di sebelah Batu Uban bukit, merupakan antara kawasan


yang terkenal sebagai pendakwahan Islam selain antara golongan yang banyak bergaul dengan Jannatun ialah mereka yang berasal daripada keturunan India-Muslim dan mempunyai pangkal nama “Merican”, malahan kebanyakan mereka (Merican) adalah saudagar kaya yang berniaga intan berlian," kata Md. Salleh.


Mengulas lanjut, nama Anjung Jannatun kediaman rasmi Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman ini diambil bersempena dengan nama Dato’ Jannatun dalam usaha memberi penghormatan tinggi kepada beliau yang meneroka tanah di kawasan sekitar USM.


Dato’ Jannatun telah meninggal dunia pada tahun 1789 dan kuburnya terletak di Persiaran Minden 1, bersebelahan dengan pagar di Desasiswa Cahaya Gemilang USM.


Kata Md. Salleh lagi, Kampung Batu Uban merupakan warisan sejarah yang amat penting bagi orang Melayu di Pulau Pinang khasnya dan sejarah Pulau Pinang umumnya, namun warisan penjajah dan kaum imigran lainnya mendapat pengiktirafan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization  atau Organisasi Pendidikan, Ilmu Pengetahuan, dan Kebudayaan (UNESCO).


Walau pun Kampung Batu Uban ini tidak digazetkan oleh UNESCO, Kampung Batu Uban ini boleh digazetkan sebagai Kampung Warisan oleh kerajaan Malaysia, dan juga oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.


“Malah melalui Persatuan Warisan Pulau Pinang (Penang Heritage Trust – PHT), dan jaringan-jaringannya telah berjaya dalam usaha-usaha mereka dalam memulihara dan mengekalkan warisan terutama di Georgetown,” tambah beliau.


Kata Md. Salleh, harapannya ialah perlu ada satu inisiatif lain yang berusaha ke arah pengekalan warisan di kampung-kampung terpilih yang mempunyai kaitan dengan sejarah Pulau Pinang, di bahagian lain di pulau dan juga di Seberang Perai. Antara contoh lain ialah nama “Georgetown” sendiri yang sepatutnya “Tanjung Penaga”, malahan turut menyeru kepada para budayawan, sejarahwan dan penduduk Pulau Pinang dan bersepakat untuk terus mempertahankan kampung-kampung warisan ini supaya tidak terhakis dan hilang begitu sahaja.


Sementara itu, Pensyarah Bahagian Sejarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) USM, Profesor Madya Datin Dr. Mahani Awang@Musa yang ditemui berkata, Kampung Batu Uban adalah penempatan Melayu yang terawal di Pulau Pinang malahan juga merupakan pekan dan pelabuhan terawal di pulau itu.


“Kampung Batu Uban merupakan kampung istimewa di Pulau Pinang kerana di situlah masjid yang terawal dibina dan di situlah juga tanah dikurniakan oleh Sultan Kedah kepada para peneroka awal sejak tahun 1730-an lagi dan ianya berlaku sehingga tahun 1740-an.


Jelas Mahani lagi, Batu Uban pada ketika dahulu merupakan pelabuhan penting dan sebelum Francis Light tiba, orang Melayu telah wujud di Pulau Pinang.


Peneroka Melayu awal itu telah pun hidup bermasyarakat sebelum 1786. Malahan Dato’ Jannatun yang membuka kawasan sekitar USM terutamanya di Batu Uban bukit.


Katanya lagi, sejarah negara perlu terus diterokai untuk menegakkan kebenaran dengan fakta yang kukuh, malah berharap generasi muda kini menghargai erti merdeka bukan hanya sebagai sebuah omongan kosong dan perayaan semata-mata tetapi wadah penyatuan masyarakat Malaysia sesuai dengan tema kemerdekaan, Sehati Sejiwa.


Teks: Syuhada Abd. Aziz & Siti Naquiah Abdillah/Foto: Moh

Sejarah Tamadun Alam Melayu oleh puan Zaharah Sulaiman

 [9/13, 10:46 AM] Bp10 Azian/azizul: *


Ringkasan dari sessi membedah buku Sejarah Tamadun Alam Melayu*


Penulis : Puan Zaharah Sulaiman

Judul Buku : Sejarah Tamadun Alam Melayu

Jawatan : Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

Lokasi : INSTAC Kuala Lumpur


Kita terlewat 10 tahun kebelakang daripada kemerdekaan berbanding dengan negara Indonesia disebabkan pemimpin Melayu terpaksa berunding banyak kali dengan British (lebih 100 kali) demi kepentingan bangsa Melayu, malangnya pemimpin kita tetap gagal akhirnya. Kegagalan ini menyebabkan terbentuk apa yang dinamakan "kontrak sosial" yang mengandungi rangka perlembagaan hasil campurtangan empat orang asing tanpa hadirnya orang Melayu pun didalamnya.


Umumnya, bangsa Melayu waktu itu sebenarnya tidak ridha dengan kemerdekaan itu kerana kandungan "kontrak sosial" itu berat sebelah yang akan merugikan orang Melayu.


Dari awal lagi British berpihak pada bangsa Cina sehingga membawa sejuta orang Cina pada waktu itu, dengan setiap daripada mereka diberi pemilikan tanah hasil "kontrak sosial" dengan kaum pribumi Tanah Melayu. Tanah yang mereka perolehi  adalah tanah yg bernilai seumpama emas, dan juga tanah lombong. Malangnya di kala itu, bangsa melayu hanya memiliki tanah-tanah di kampung yang bernilai amat rendah.


British telah membela kaum Cina sehingga mereka menjadi kaya-raya melalui pembiayaan Bank. Modal kaum Cina yang besar itu dibantu oleh Bank OCBC dan Hong Kong Bank.


Bangsa Cina tidak berjaya melalui kerajinan pun, tetapi kerana besarnya modal mereka tersebut, dan mereka terus menguasai kekayaan itu sehingga kini.


Pada hakikatnya, pada awal lagi bangsa Melayu adalah bangsa sangat rajin menoreh getah waktu awal pagi turut bersawah, waktu petang menganyam. Malangnya, modal mereka terlalu sikit dan pekerjaan mereka di kampung itu tidak membawa kekayaan seperti orang Cina.


Orang melayu bijak sebenarnya namun tersekat dari kemajuan kerana tiada bantuan modal.


Sekarang di Malaysia 60 peratus dari keseluruhan tanah adalah kepunyaan orang asing. 


Tanah rizab melayu di Pulau Pinang telah pupus. Manakala, di Kuala Lumpur tinggal hanya 1 peratus. Sebelum ini, penulis pernah menulis surat berkenaan perkara ini kepada Kerajaan namunnya hasilnya mengecewakan.


Tun Abdul Razak sedar tentang perkara ini atas nasihat Tun Sufian tentang kebanjiran bangsa Cina yang sangat ramai ke Malaysia ketika itu. Bagi mengimbanginya, Tunku Abdul Rahman Putra membawa orang-orang rumpun Melayu yang antaranya dari Filipina, Jawa, Sumatera dan seumpamanya berhijrah ke Malaysia.


Hasil penyelidikan penulis bangsa Melayu adalah bangsa kedua tertua selepas banvsa Arab iaitu Bani Jawi daripada keturunan Keturah. Anak Nabi Nuh (as) yang bernama Sam pergi ke Timur. Bangsa Melayu ramai dan hasil penyelidikannya adalah 99 peratus DNA bangsa melayu boleh dikesan pada orang asli New Zealand, Hawaii, Djibouti, Burma, Cambodia, Siam dan sebagainya.


Orang Utara (Cina) turun ke bawah dan pada tahun 1972 seramai 2 juta orang Melayu di  Cambodia dibunuh dalam satu tragedi penghapusan etnik. Sekarang Melayu Kemboja cuma tinggal 100 ribu orang sahaja. Vietnam itu satu asimilasi dengan bangsa Cina, yang berasal dari bangsa Melayu juga. Kalau lihat pada paras rupa mereka lebih mirip bangsa Cina. Orang Kedah pula ramai yang mati dibunuh Tai (orang Utara), ramai yang berasal daripada Patani dibunuh dgn kejam. Orang Kedah terkemudian ramai yang datang daripada Selangor, Perak dan lain-lain negeri.


Orang Melayu sangat tinggi ketamadunannya. Semasa Portugis mendarat, mereka terkejut melihay Istana Raja Melayu 3 tingkat dan beranda yg luas namun tidak pasti diperbuat daripada apa. Melaka juga mempunyai kubu tembok batu.


Orang Melayu turut terkenal dengan kepandaian dalam bidang maritim. Mereka suka mengembara dengan kapal laut. Kapal laut orang Melayu sangat besar mengalahkan saiz kapal Portugis beberapa kali ganda. 


Dicatatkan China pernah mengimport 200 buah kapal daripada Melaka.


Sebenarnya Laut Cina Selatan itu nama asalnya ialah Pentas Sunda yang menandakan besarnya Kerajaan Melayu yang menguasai laut


an ketika itu, malangnya sejarah itu dilenyapkan oleh  penjajah British dengan menukar namanya menjadi Laut Cina Selatan.


Di kala itu Melaka ada istana, Masjid yang elok, sebuah Masjid yang berwarna putih.British menghapuskan tapak-tapak sejarah ini dengan menggunakan jumlah wang yg besar.


Peninggalan sejarah ini banyak dilenyapkan kerana mahu menjaga keharmonian tapi para penyelidik bersetuju mengungkitnya semula selepas kes Kulasegaran mempertikaikan bangsa Melayu bukan penduduk asal.


Para penyelidik mahukan orang Melayu kenal sejarah yang disembunyikan dan memperbaiki bangsa Melayu agar kembali bangkit untuk bersatu agar kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin orang Melayu yang dahulu tidak berulang lagi.


Lenyapnya Pulau Batu Putih ke tangan mereka amat mengaibkan kerana sudah ada perjanjian terdahulu yang dipersetujui bersama, kini kita kehilangan sebuah pulau yang brnilai dari segi lokasinya.


Keadaan yang membarah dalam kontrak sosial ditambah lagi apabila British hanya memajukan kawasan penempatan Cina sahaja iaitu di kawasan bandar dengan menggunakan dana 100 juta Pound Sterling yang bersamaan dengan 1 Billion sekarang. Waktu itu bermulalah Sekolah Cina, Sekolah Inggeris, jalanraya, lampu dan sebagainya.


Melayu masih dikekalkan berada di kampung sedangkan kemajuan dilaksanakan hanya di bandar dengan rancaknya.


Di waktu kemerdekaan Pulau Pinang masih belum sepenuhnya merdeka kerana British memajak tanah selama 4 tahun dan berjanji untuk membayarnya, malangnya mereka mengkhianat lagi pada orang Melayu.


British mengkhianat pada janji mereka kerana tanah-tanah Pulau Pinang yang bernilai tinggi itu tidak diserahkan kpd Kerajaan Kedah tetapi diserahkan kepada orang-orang Cina.


Keadaan orang Melayu bertambah buruk apabila orang-orang Cina diberikan tanah itu, mereka mencagarnya di Bank OCBC dan Hong Kong Bank. 


Maka, orang-orang Cina menjadi jutawan dalam sekelip mata tanpa menumpah keringat, melalui duit Bank itu mereka membeli, membeli dan terus membeli, maka "money makes money".


Konspirasi British dan orang-orang Cina ini menjadikan bangsa Cina menguasai ekonomi negara kita sepenuhnya.


Akibatnya, orang Melayu terus-menerus dipinggirkan dalam ekonomi negara kita hinggalah ke saat ini.


Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.


C&P-{13, 10:47 AM] Bp10 Azian/azizul: 

Sorry, bukan perkauman sbb nenek saya juga Cina

Pengurusan Organisasi Jemaah

 Pengurusan organisasi : 

1.Keahlian :

a.kuantiti : Pertambahan ahli - anak ahli PAS ; 2 ibubapa+3 anak+3 menantu x 3 keluarga + 1 orang dah tubuh cawangan.

b.Kualiti ahli :

- ahli haraki yang ditarbiyah berada dalam Tanzim jemaah, boleh berada, merubah fikrah dan memimpin masyarakat.

- ahli menjadi penyokong untuk PRU yang muncul semasa PRU dan PRK sahaja. Sanggup hadir PRK dengan motorsikal tapi usrah sebelah rumah tak hadir. Ada ahli minat kuliah ikut tok guru tapi kuliah PJ tak datang pun. Ahli ini tak ikut keputusan jemaah.

2. Hala tuju : visi dan misi yang betul sebagai medan dakwah dan medan politik.

a. Jangka pendek yang jelas dan mantap.

b. Jangka panjang yang realistik.

3. Sumber manusia :

a. Sumber manusia pakar sebagai think tank, rujukan dan perancang strategi jemaah. Bukan tangkap muat je.a

b. Sumber manusia bukan pakar sebagai amilin.

- manfaat kebolehan dan kemahiran seseorang itu.

4. Kewangan organisasi : 6 RM x 25 orang x 60 bulan : RM9,000.00

- sumber individu dan korporat melalui zakat pendapatan yang diwajibkan.

- wujudkan tabung infaq melalui pembayaran terus ke akaun jemaah.

5. Pejabat :

- pejabat yang hidup dengan ada petugas 

- pusat khidmat masyarakat.

- pusat maklumat.

- pusat aktiviti.

Sejarah Orang Melayu oleh Prof Dr Mat Rofa

 https://youtu.be/f12W3QgU8oQ

Kuliah satu jam setengah oleh ustaz prof Dr Mat Rofa.


_Mindblowing_, mengejutkan minda dengan fakta² sejarah dari sumber primer yang lebih kuat kesahihannya berbanding teks sejarah konvensional berasaskan catatan orientalis dan talibarut penjajah.


● Sultan Mansur Syah bersama Hang Tuah diundang ke istana Sultan Muhammad Alfatih.


● Sultan Alauddin Riayat Syah adalah cucu Muhammad Alfateh dari sebelah ibunya.


● Sultan Melaka adalah Gabenor di bawah kerajaan Khilafah Uthmaniah.


● Melaka, Acheh, Patani, Sulu, Maluku adalah wilayah-wilayah di bawah empayar Khilafah Uthmaniah menggunakan bendera yang sama.


● Kesemua kerajaan wilayah Uthmaniah melaksanakan hukum syariah iaitu undang² hudud dan takzir.


Sila ambil masa untuk mendengar dan mencerna maklumat baru ini.


_These are the biggest pieces of the whole puzzle in Malay Archipelago history!_

Kisah Asal Melayu dari kitab Sheikh Daud al Fatani

 KISAH ASAL MELAYU...

DARI KITAB SHEIKH DAUD AL FATANI....


 "Kisah Kerajaan Kedah Tua Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali Islam "


Bukan Melalui Sarjana Barat...


Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman


Kisah Yang Diceritakan Oleh Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin,seperti yang

di ceritakan oleh Syekh Mahmud Nasri Usmani(Anak Murid Tok Kenali) seperti yang di ceritakan oleh Sultan Badlishah Kedah terdahulu pada Tuan Guru seperti yang ditulis di dalam beberapa Buku@Kitab,Ceramah Kuliah Tuan Guru kepada Murid-Muridnya di dalam Jemaah Abjad dan Warga Melayu.


Sejarah PengIslaman Penduduk Di Tanah Melayu Oleh Syekh Abdullah Al Qumairi melalui Pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa :


Islam bermula apabila Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani menghantar 12 orang muridnya yang diketuai oleh Sayyid Syeikh Abdullah Bin Abdul Qumairi daripada Baghdad ke Gunung Jerai pada kadar satu langkah dalam waktu zohor


Melalui Perjalanan Lipat Bumi Yakni Karamah Yang Dizahirkan Oleh Allah dengan Satu Langkah atau seperti Pegerakkan Tikar atau Karpet yang di gulung


Azan yang pertama dilaungkan di Puncak Gunung Jerai pada Waktu Zohor.


5 kali Azan, Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.


Selepas Azan Zohor ke -2

Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi menghadap Raja Phra Ong Mahawangsa di Istana Bukit Meriam(Lembah Bujang)


Mereka tidak melakukan apa apa serangan dan hanya mengambil tempat Uzlah selama 40 hari dan tidak secara tergesa gesa untuk melakukan kerja mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa


Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan 11 Sahabatnya mengambil Tapak Langkahan Hulubalang dan Kafiat Adab sebagai Persiapan menentang Ilmu Istidraj oleh Raja Phra Ong Mahawangsa


Raja Phra Ong Mahawangsa beserta Sami saminya dan kesemua Puak yang disebut tadi menyerang Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi dan 11 Orang Sahabatnya dengan segala bentuk Sihir dan Silap Mata melalui Latihan Pertahanan Diri,Perbomohan,dan lain-lain cara.


Agama yang dianuti ketika itu adalah Hindu dan Budha atau Sembahan Permujaan Patung dan Kepercayaan Animisme yang lain


Raja Phra Ong Mahawangsa juga menjemput Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani ke dalam Istana dan mempamerkan ilmu Istidrajnya namun berjaya di patahkan oleh Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi dengan Langkah Gerak Hulubalang yang di zahirkan oleh Allah kepadanya (Seumpama Kisah Nabi Musa Menentang Sihir Pengikut Firaun)


Kesemuanya itu tidak memberi bekas dan hasil.


Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bala Tenteranya datang menghadap Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan bertanya kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi :


Apakah yang Tuan Pakai ?


(Raja Phra Ong Mahawangsa Menyangkakan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi mengamalkan Ilmu Sihir sepertinya)


Kami jumlah yang besar kalah dengan kamu jumlah yang kecil !


Sayyid Abdullah Al Qumairi menyebut Islam !


Apabila ditanya Apa itu Islam? 


Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi menghuraikan dengan Panjang Lebar...


Raja Phra Ong Mahawangsa terus menerima Islam sebagai Agama melalui Ucapan "Talqin Syahadah" dan memerintahkan Pembesar-pembesarnya menerima Agama Islam.


Apabila Raja masuk Islam,Pembesar Pembesar pun turut masuk Islam diikuti Rakyat Jelata.


Mereka datang dengan Tempayan dan Gelas untuk menjamu Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi.Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa perintah Tempayan dan Gelas dimusnahkan kecuali mangkuk kaca Baginda yang di cuci bersih dan dihadiahkan kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi .


Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi pun menyebut


هذا قدح دار الأمن


Haza Qodah Darul Aman


بلدة طيبة ورب غفور


Negeri yang Baik(nyaman) dan Aman sedang (Tuhanmu) adalah Maha Pengampun


(Surah Sa"ba -15)


Negeri Kedah Dinamakan Sempena Bekas Minuman Arak Yang Selalu Diminum oleh Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bekas itu kemudian di pecahkan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi lalu hari itu disebut perkataan "Haza Qodah Darul Aman" iaitu Negeri Yang Aman Bebas Segala Jenis Syirik,Kufur,Kafir,Munafik dan Murtad dan segala Jenis Perbuatan Thoghut setelah menerim


a Islam..


Perkataan Gelaran Al Mala U (Melayu) telah diberikan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kepada Penduduk Kedah ketika itu yang ada pelbagai warna kulit dan keturunan yang terdiri dari Arab,Parsi,India,China,Monggolia dan 24 Jenis keturunan


Gelaran Al Mala U bermaksud Bangsa Yang Menerima Agama Islam (Bangsa Yang Beragama)


Juga digelar Ahli Jawi Jadid kerana menulis Tulisan Jawi dan bertutur dalam Bahasa Melayu


Nama Raja Phra Ong Mahawangsa kemudian ditukar kepada Raja Muzaffar Syah dan berguru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kemudian diarahkan Pembinaan Menara Masjid di Puncak Gunung Jerai.(Menara Azan Tertinggi di Asia Tenggara Kerana Berada Di Puncak Gunung Jerai )


Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi adalah Guru Murabbi paling Kanan kepada Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani


Ketika Pembinaan Menara Puncak Gunung Jerai Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi jatuh Sakit lalu Wafat 


Setelah itu Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Guru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Qumairi telah datang melawat Puncak Gunung Jerai dan kemudian telah Melantik Raja Phra Ong Mahawangsa dengan memakai Gelaran Sultan (Yang Pertama Di Alam Melayu)


Sultan istilah Bahasa tanpa Menuntut Jawatan Khalifah


Sultan juga bermaksud Ketua@Pemimpin kepada Orang Beriman


Wilayah yang berada di Wilayah Sultan dan Kerajaan Taklukkannya secara Automatik menjadi Wilayah Bangsa Al Mala U atau Milik "Islam Melayu Melayu Islam"


Dikatakan juga pada Tahun 1187 Masihi Tentera Al Mala U yang berpusat di Kedah telah menghantar 10 Ribu bala Tentera untuk membantu Sultan Salehudin Al Ayubi pada Misi Perang Salib ketiga di BaitulMaqdis dan hasilnya mereka berjaya merampas BaitulMaqdis(Tak pernah dinyatakan dalam Sejarah)


Pandangan Syekh Ahmad Fatani mengenai Bangsa Al Mala U


" al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu)"


Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.


"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.


"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.


"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.


"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."


Sumber Kitab Hadiqatul Azhar


"Digelarnya mereka ini kumpulan atau kelompok Melayu kepada mereka yang tinggal di Wilayah Kepulauan Melayu yang bermula di Utara Segeting Kera Thailand dan Timurnya di Filipina,dan Selatannya di Sempadan Australia,dan hingga di Kepulauan Madagascar"

- Syeikh Ahmad Junaidin


"Islam Melayu Melayu Islam"


Walahualam


Pengasas Majlis Haul Akbar Syeikh Abdullah Al Qumairi dan Himpunan Bani Jawi SeNusantara


Kita orang melayu, kalau lupakan jasa Syeikh Abdullah Al Qumairi kita memang manusia yang tak pandai mengenang budi, Orang kedah khususnya mesti kena kenal siapa Syeikh Abdullah Al Qumairi dan Sultan Muzaffar Shah 1 dah kenal kena selalu selalulah ziarah dan hadiahkan Al Fatihah... mereka adalah asbab Datuk nenek kita meneri

Syekh Mahmud Nasri Osmani jumpa Ching Peng

 *Pejuang Kemerdekaan Yang Tak Didendang*


"Kisah Benar Syekh Mahmud Nasri Osmani Berhadapan Dengan Ketua Komunis Ching Peng"


Antara Tokoh Ulamak yang mungkin tak di ketahui Orang Awam namun  dianggap banyak berjasa di Negeri Kedah khususnya di Zaman Keganasan Komunis adalah Almarhum Syekh Mahmud Nasri Osmani..


Almarhum Syekh Mahmud Nasri Osmani adalah Tokoh Ulamak yang telah banyak membantu Sultan Kedah ketika itu Almarhum Sultan Badlishah ketika Baginda diugut oleh Komunis ketika itu  


Ketika itu Baginda berada bersama dengan Tuan Guru Syekh Yahya Toha,Kg Pisang,Kupang.


Komunis telah bertindak menangkap Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Residennya Tuan Adams,di bawa ke Kem Komunis di Kampung Dalam Wang,Bawah Gunung Baling,menggali lubang untuk menanam Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adam hidup-hidup untuk memaksa Baginda Tuanku menyerah diri,lalu Baginda memohon pertolongan Tuan Guru HajiYahya Toha untuk menyelamatkannya.


Tuan Guru Haji Yahya Toha (Guru Agama Sultan Kedah)segera menubuhkan pasukan Penyelamat di Ketuai sendiri oleh Syekh Mahmud Nasri Osmani bersama 125 Orang yang lain.


Namun dikatakan hanya 3 Orang Anggota Pasukan Penyelamat yang berjaya tiba menyelamatkan Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams.


Mengikut Riwayat sebenar 3 Orang berjaya tiba tersebut adalah :


1.Syekh Mahmud Nasri Osmani

2.Tuan Haji Ahmad Bok Bak

3.Tuan Haji Daud Bongor


Semasa tiba di Kem itu Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams telah diikat Badannya dengan Tali dan sedang diseksa didalam lubang Kubur oleh 600 Anggota Komunis yang lengkap dengan Senjata Api,manakala Pasukan Penyelamat itu tiba dengan Tangan Kosong.


Ketika sampai mereka segera mengangkat keluar dan membuka ikatan Tali pada badan Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams.


Mereka memaklumkan kepada Ketua Komunis iaitu Ching Peng untuk membawa pulang Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams pulang.


Ching Peng memberi isyarat dengan mengangguk kepala lalu mereka terus beredar pulang,namun setelah mereka berjalan hingga 30 Meter pihak Komunis telah bertindak menembak mereka semua dari belakang,Tembakan itu berterusan hampir 60 minit lamanya,namun atas izin Allah Pasukan Penyelamat yang diketuai Syekh Mahmud Nasri telah terselamat malah tiada satu Peluru pun yang dapat mengenai Tubuh Badan mereka..peristiwa ini boleh dianggap sebagai satu Maunah dan Karamah yang diberikan pada Orang yang terpilih sahaja..


Peristiwa aneh tersebut menyebabkan Pasukan Komunis yang diketuai Ching Peng menjadi agak terkejut dan terpingga-pinga kerana jumlah mereka yang seramai 600 Orang tidak dapat menembak secara Tepat pun terhadap pasukan penyelamat tersebut.


Akhirnya Pak Tuan Syed Abu Bakar dan Tuan Adams berjaya dibawa oleh Syekh Mahmud Nasri Osmani mereka kemudian diserah kepada Baginda Tuanku Sultan Badlishah yang telah menunggu mereka bersama dengan Tuan Guru Haji Yahya Toha di Kampung Charok Bemban,Kupang Kedah .


Untuk tidak melupai kisah tersebut dan ditempat itu sekarang Kerajaan telah membangunkan sebuah Sekolah iaitu SMK Syed Abu Bakar,Baling sekarang ini..


Selepas peristiwa itu pihak Komunis telah mengaku kalah..Manakala Baginda Tuanku Sultan Badlishah telah menerima Talqin Syahadah dengan menjadi anak Murid kepada Syekh Mahmud Nasri Osmani..


Nota :


Syekh Mahmud Nasri Osmani adalah Anak Murid kepada Ulamak terkenal di Kelantan iaitu Syekh Ahmad Yusof@Tok Kenali,beliau juga adalah Pengasas kepada Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD Malaysia 


Walahualam,


Hamba Fakir


"Islam Melayu,Melayu Islam"


#RabitahdanWasilah