Tuesday, March 9, 2010

JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA ( KITAB ) PULAU PINANG.

Jawatan kosong sebagai Penolong Pensyarah ICT, Pegawai Tadbir, Pegawai Pemasaran, Jurulatih Tasmi' Tahfiz al Quran untuk wanita sahaja, Pegawal keselamatan dan Pemandu bas.

Kelayakan sebagai Penolong Pensyarah sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan. Bagi pegawai tadbir dan pegawai pemasaran sekurang-kurangnya diploma dalam yang berkaitan. Jurulatih Tasmi' Tahfiz al Quran sekurang-kurangnya diploma tahfiz al Quran dan mempunyai kuat ingatan menghafaz al Quran. Pemandu bas mesti mempunyai lesen E dan permit kenderaan awam. Pegawal Keselamatan hendaklah boleh membaca.

Sila hantarkan resume dan salinan sijil atau permit kepada Rektor, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang, Bangunan Tahfiz, Masjid Negeri, Jalan Air Hitam, 11400 George Town, Pulau Pinang. Emailkan juga salinan itu kepada abumnr@gmail.com.

Anggapkan pemohonan selepas 6 bulan adalah tidak berjaya.

Terima kasih.


Monday, March 8, 2010

TIGA BIDANG KEBERHASILAN KEBANGKITAN RASULULLAH S.A.W

Tiga bidang utama kebangkitan Rasulullah S.A.W ialah :

1. Dakwah : -
a. Individu
b. Keluarga.
c. Sahabat.
d. Ketua Kabilah.
c. Ketua Negara.

2. Tarbiayah :
a. Keimanan ( bersihkan daripada syirik dan kekufuran )
b. Ukhuwah.
c. Pengorbanan diri, harta dan keluarga.
d. kesabaran.

3. Daulah :
a. Masjid sebagai pusat strategi.
b. Dailog antara agama.
c. Piagam Madinah.
d. Kekuatan ekonomi.
e. Ketenteraan.

Wednesday, February 10, 2010

ULANG TAHUN PERTAMA KEMBALI KE RAHMATULLAH BAPAKU : ALAHYARHAM HAJI OTHMAN BIN HAJI KETENI

Pada pagi 11 Februari, 2009, lebih kurang 11.00 pagi, aku menerima panggilan telefon daripada adik perempuanku di kampung Sungai Pulai, Parit Jawa, Muar, Johor. Panggilan itu terputus tetapi aku dapati daripada dalam telefon itu bunyi riuh rendah macam ada sesuatu yang cemas. Aku cuba hubungi telefon rumah bapaku di kampong. Diangkat oleh adik perempuanku. Dia tidak bercakap apa-apa kecuali mengatakan bahawa abah dah tak ada.

Aku terus berjumpa pemangku Rektor beritahu kematian bapaku dan minta izin untuk balik serta merta. Dalam perjalanan, aku hubungi isteriku untuk dia hubungi sekolah anak-anakku untuk dibawa balik ke Johor.

Aku pergi ambil anakku di SK Kongsi, isteriku di rumah Taman Pondok Upeh dan anakku di Yayasan Khairiah, Baling.

Aku bertolak dari Pulau Pinang lebih kurang 2.45 petang dengan kelajuan antara 160 - 180 km/j aku dapat sampai di masjid Sungai Pulai tepat azan waktu maghrib.

Lepas solat maghrib, aku solatkan jenazah bapaku dan hantar ke kubur. Malam itu, jenazah bapaku dikebumikan. Aku dan adik-adik lelaki berserta orang kampong mengkebumikan jenazah bapaku. Aku yang baca Talqin dengan berdiri atas permintaan bapa saudaraku.

Lepas kebumi jenazah bapaku, aku balik ke rumah berjumpa dengan ibuku kerana dia tidak datang ke kubur kerana dia tidak boleh berjalan. Malam itu juga ada kenduri bacaan Yasin dan Tahlil. Aku minta izin daripada Imam kampung untuk mengetuai majlis tersebut.

Hari ini genaplah setahun bapaku pergi meninggalkan aku. Tiada yang dapat ku berikan dengan kebahagian di dunia ini kepada bapaku kecuali aku pohom kepada Allah agar bapaku di tempatkan dalam syurgaNya. Amin.

Satu perkara yang tidak dapat kulupa bersama bapaku ialah bapaku pernah pergi jual kerang di Parit Sulong tetapi tiada seorangpun yang membelinya.

Ya, Allah! Ku pohon agar kau cucuri rahmat ke atas roh bapaku, lepaskan azab dalam kubur dan tempatkan di kalangan orang yang beriman di dalam syurgaMu, Ya! Allah. Amin

Monday, February 8, 2010

ACEH SELEPAS TSUNAMI

Ketika aku berada di Aceh dahulu, aku telah diberitahu beberapa perubahan telah berlaku kepada masyarakat Aceh. Kalau sebelum tsunami, negaranya tidak Islam tetapi rakyatnya nak Islam. Apabila tsunami berlaku telah mengubah rakyat Aceh sebaliknya. Kini, negara Aceh hendak buat Islam tetapi rakyatnya tidak nak membuat Islam. Tidak hairan rakyat Aceh hari ini telah menentang pelaksanaan hukum Islam di Aceh.

Sebelum tsunami, rakyatnya sering mengadakan majlis keramaian untuk sambutan tahun hijriah tetapi kini rakyat Aceh lebih suka menyambut tahun baru masihi.

Sebelum tsunami, rakyat bersembang di kedai-kedai minum kopi tetapi sekarang mereka telah pandai mengadakan parti untuk minuman dan bersuka-sukaan. sambutan hari lahir telah menjadi biasa.

Kalau sebelum tsunami, rakyatnya menutup aurat sekarang ini telah ada yang mendedahkan aurat. Kedai makan dari luar Aceh seperti KFC telah mula digemari oleh masyarakat Aceh.
Wanita dan lelaki buat mahram telah mula bersiar-siar ke sana ke mari di bandar Aceh dengan pakaian yang ketat dan mengiurkan hati lelaki.

Ini perubahan yang berlaku kepada Aceh sekarang

Friday, January 22, 2010

LAWATAN KE IAIN AR-RANIRY, ACEH.

Pada 8, 9 dan 10 Januari, 2010, aku bersama dengan Rektor, KITAB telah pergi Institut Agama Islam Negeri ( IAIN ) Ar-Raniry, Aceh. Pada peringkat awalnya, aku diberitahu bahawa pihak KITAB akan membentangkan kertas kerja dalam seminar internasional di IAIN Ar-Raniry. Peserta dari Singapura dan Brunai akan hadir.

Pada 8 Januari, 2010, aku dan Rektor telah bersama rombongan daripada Thailand dan Univeristi Sains Malaysia telah berangkat ke Medan. Dari USM ialah Dr. Azizan dan Dr. Shakirah.

Di Medan, kami telah sampai jam 8.30 malam. Pelajar KITAB telah berada di Bandara Polinia. Kami diberitahu tiada pesawat ke Aceh malam itu telah habis. Lantas itu, kami telah bersetuju untuk naik bas pada jam 10.00 malam. Tetapi Drs. Halim ( Thailand ) beritahu kepada kami, bahawa kena pergi Hotel Gruda Citra di Jalan Sigamaraja dekat Masjid Raya Medan. Di sini akan ada pelajar yang akan membawa ke steyen bas. Kalau bertolak pukul 10.00 dijangka sampai pukul 6.00 pagi esok di Aceh.

Kami seramai 9 orang telah naik teksi ke hotel tersebut. Di hotel itu terdapat pelajar Thailand di Medan telah menunggu. Drs. Halim, Dr. Azizan dan Dr Shakirah telah mengambil bilik di hotel itu kerana mereka akan ke Aceh esok dengan pesawat. Kami seramai 9 orang akan naik bas atau van.

Oleh kerana kami telah lapar, kami semua telah pergi makan. Apabila pergi makan, maka kami telah terlambat untuk ke stesyen bas. Van telah ditempah. Harga pertama dikatakan 1.5 juta rupiah dan kemudian naik 2.0 juta rupiah. Apabila van sampai untuk mengambil kami di hotel itu dan diberitahu bahawa kami kena sampai pukul 6.00 pagi esok, harga van telah menjadi 2.5 juta. Kami bersetuju dengan syarat boleh sampai jam 6.00 pagi esok.

Kami seramai 6 orang telah bertolak dengan Van pada lebih kurang 11.30 malam ke Aceh. Di pertengahan jalan, pemandu van telah mengambil seorang pembantu pemandu.

Pada keesokan hari, kami jangkakan akan sampai pukul 6.00 pagi tetapi kami telah sampai pada 11.30 pagi. Harga van sebayak 2.5 juta terpaksa kami bayar walaupun lambat sampai.

Bapak Mujib dari IAIN Ar Ranary,Aceh telah sambut kami di Masjid Baitul Rahman bandar Aceh. Bapak Mujib amat terkejut kerana kedatangan aku bersama dengan Rektor KITAB kerana menurutnya majlis menandatangani MOU akan dibuat pada masa yang lain. Aku dan Rektor KITAB telah dihantar ke Hotel Oasis. Peserta dari Thailand telah ditempatkan hotel lain. Bapak Mujib telah menunggu aku dan Rektor KITAB untuk dibawa ke tempat seminar.

Di tempat seminar, Rektor KITAB telah dibawa berjumpa dengan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia yang telah sampai awal. Aku dibawa ke bilik urusetia untuk menyemak dan meletakan logo KITAB dalam dokumen MOU. Aku diberitahu, oleh kerana kami telah lambat sampai maka MOU tidak boleh ditandatangan di dalam majlis seminar.

Selepas makan tengahari, aku dan Rektor KITAB telah dibawa untuk berjumpa Prof Dr Farid Wajdi, Rektor IAIN Ar-Raniry untuk tandatangan MOU.

Lepas itu, aku dan Rektor KITAB telah dibawa dewan seminar semula kononnya untuk membentangkan kertas kerja. Apabila kami sampai di tempat seminar, seminar telahpun bermula. Dua pembentang daripada Malaysia. Kemudian Dr. Azizan dan Dr. Shakirah sampai. Mereka berdua telah diminta untuk membentang kertas seminar tetapi kami tidak disuruh membentang kertas seminar.

Kami kemudiannya telah dibawa ke hotel untuk berehat. Jadi kami tidak membentangkan kertas seminar kerana kesuntukan masa.

Pada malam itu diadakan majlis makan malam bersama Prof Dr. Syamsul Abas, Pembantu Rektor IV. Ketibaan Rektor KITAB telah disambut macam tetamu khas. Lepas makan, Drs. Halim telah menghantar peserta Thailand untuk balik dengan bas malam itu juga tetapi kemudian dibatalkan kerana yang membangkang kerana mereka masih penat lagi. Mereka balik esok pagi.
Aku dan Rektor KITAB telah balik ke Medan esok pagi dengan pesawat Lion Air.

Di Medan, Rektor KITAB telah dapat berjumpa dengan pelajar KITAB dan pelajar Malaysia di IAIN Medan di rumah Zaki. Dalam perjalanan balik, aku telah ketemukan Rektor KITAB dengan Dr. Abdullah Jamil, Rektor Chut Nyak Dhien, Medan di Lapangan Terbang Polonia, Medan.

Aku dan Rektor KITAB balik ke Malaysia dengan Air Asia pada pukul 3.25 petang.

Monday, January 18, 2010

KERTAS KERJA RINGKAS YANG DIBENTANGKAN SEMINAR INTERNASIONAL DI STAIN LHOKSEMAWE, ACEH UTARA, INDONEISA PADA 29 DISEMBER, 2009.

SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN HALATUJU
KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA ( KITAB ) PULAU PINANG

MUKADIMAH :

Negara Malaysia dalam mencapaian pembanguan Negara memerlukan sumber yang terlatih dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran. Dengan wujudnya kementerian yang khusus iaitu Kemnetrian Pengajian Tinggi untuk mengendalikan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Intitut Pengajian Tinggi Swasta merupakan strategi yang penting dalam usaha melatih tenaga mahir untuk membangunkan Negara Malaysia sehingga menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Bagi mencapai hasrat ini juga, Institut Pengajian Tinggi yang berteraskan Islam di Malaysia menjadi begitu penting untuk melahirkan tenaga insan yang mahir berteraskan ilmu-ilmu Islam dan ilmu-ilmu lain yang memberi manfaat kepada pembangunan ummah sesuai dengan zaman yang serba canggih dan berteknologi tinggi.

Lantaran itu, institute pengajian tinggi Swasta yang berteraskan Islam dan ilmu-ilmu lain yang bermanfat dapat memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan sumber insan. Di Malaysia, hampir setiap negeri mempunyai institusi pengajian tinggi Islam bagi memenuhi keperluan semasa ini. Dalam hal ini, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang turut sama membantu Negara Malaysia dalam ushaha melahirkan tenaga insan yang mahir dan berketrampilan.

SEJARAH :

Mesyuarat pertama penubuhan Kolej islam Teknologi Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang telah diadakan pada 4 Oktober, 2001 dengan nama Kolej Islam Tinggi Al Masyhoor Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang dengan mengambil kira semangat dan peranan Sekolah Al Masyhoor di Pulau Pinang pada masa dahulu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato Haji Hassan bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat ini bersetuju KITAB diletakan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

KITAB telah mula ditubuhkan pada 12 Mei, 2004 dan didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang pada 2 Februari 2006. Mula mengambil pelajar pertamanya pada Mei, 2005 dengan pelajar pertamanya seramai 25 orang.

Lokasi KITAB di Bangunan Tahfiz, Kompleks Masjid Negeri Pulau Pinang, Jalan Air Hitam, Pulau Pinang. Tempat ini adalah asalnya Maahad Tahfiz Wa Al Qiraat Negeri Pulau Pinang yang dinaikkan taraf sebagai sebuah kolej iaitu KITAB. Maahad ini asal hanya menjalankan kursus Diploma Tahfiz al Quran Wa Qiraart sejak 1996 lagi dan apabila dinaikan taraf sebagai sebuah kolej, ianya telah menjalankan pelbagai kursus.

PERKEMBANGAN ;

Falsafah KITAB ialah pendidikan di KITAB adalah suatu usaha yang berterusan kearah melahirkan graduan yang menguasai teras ilmu islam dan ilmu-ilmu serta kemahiran-kemahiran lain yang bermanfaat.

Visi KITAB ialah KITAB percaya bahawa setiap insan boleh dididik dan dilatih untuk menjadi seorang muslim yang mempunyai ilmu Islam sebagai teras dan beberapa ilmu dan ketrampilan lain yang bermanfaat.

Misi KITAB ialah berusaha ke arah melahirkan graduan ulul al bab yang mempunyai teras dalam ilmu Islam, berkebolehan dalam bidang-bidang pilihan, mahir ICT, menguasai Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di samping Bahasa Melayu dan suatu bahasa pilihan serta berkemampuan memimpin dan mengurus.

KITAB ini diketuai oleh seorang Rektor sebagai ketua eksekutif dan 25 orang pensyarah sepenuh masa. KITAB menjalankan kursus Diploma Syariah elektif Undang-undang, kewangan atau Perbankan, Diploma Tahfiz al Quran elektif Qiraat, Dakwah atau Syariah, Diploma Kewangan elektif Syariah, Bahasa Arab atau Dakwah, Diploma Perbankan elektif Syariah, Bahasa Arab atau Dakwah, Diploma Qiraat elektif Taranum, Rasm Al Quran atau Dakwah. Bagi pelajar antarabangsa ialah Diploma Syariah dan Diploma Tahfiz. Kemasukan pelajar ke KITAB dengan Syahadah Aliyah atau pun setaraf dengan ‘o’ level di peringkat antarabangsa.

Bagi memantapkan kelanjutan dan kesenambungan kemajuan, KITAB telah, sedang dan akan membuat hubungan dengan mana-mana institusi pendidikan dan pertubuhan Islam di dalam dan luar Negara seperti Majlis Agama Islam Selatan Thailand, Institut Agama Negeri di Medan dan Aceh serta Ikatan Kolej-Kolej Berkembar Antarabangsa ( IKBA ) Malaysia.

Melalui hubungan dalam dan luar Negara, lepasan pelajar KITAB boleh melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di university atau kolej university dalam dan luar negeri. Seperti Kolej Universiti di Malaysia, IAIN dan univeristi timur tengah. Walau bagaimanapun kemasukan ke university atau kolej university bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh university atau kolej university yang berkenaan.

HALATUJU :

Pada masa akan datang, KITAB akan beroperasi di tapak yang baru yang lebih baik lagi bagi menampung pertambahan pelajar dan kursus yang ditawarkan. Tapak yang dicadangkan telah pun ada di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Selain itu, KITAB akan menawarkan kursus baru dalam perhotelan dan pelancungan secara Islam, pemakanan dan makmal halal, komunikasi Islam, astronomi dan perubatan Islam. Kursus yang ditawarkan adalah sesuai dengan perkembangan kemajuan Malaysia dalam pembangunan Islam terutama apabila Malasyia hendak menjadikan negaranya hab halal di peringkat antarabangsa.

Di samping itu, jalinan kerjasama antara KITAB dengan institusi pendidikan dan pertubuhan Islam akan ditambah, dipertingkatkan dan dieratkan dalam bidang penawaran kursus, pengambilan dan pertukaran pelajar, perkongsian khidmat kepakaran, penganjuran program, penyelidikan dan kerjasama maklumat bagi mencapaian hasrat penubuhan KITAB.

Akhirnya dalam perancangan korporat, KITAB akan berusaha menaik-taraf menjadikan ianya sebagai institusi pendidikan Islam bertaraf kolej university dan seterusnya sebagai university Islam terulung bukan sahaja di Malaysia tetapi di Nusantara dan di Dunia. Insyaallah.

PENUTUP :

Sesuai dengan sejarah, perkembangan dan jalinan perhubungan university dan kolej university Islam di Nusantara, maka KITAB tidak ketinggalan bersams dengan mereka untuk memberikan sumbangan bermakna dalam tamadun pendidikan Islam di Nusantara khususnya di Pulau Pinang itu zsendiri.

Sunday, January 17, 2010

PERTAMA KALI KE ACEH UTARA, INDONESIA ( SIRI 2 )

Pada lebih kurang 2.00 petang waktu Indonesia Medan, aku sampai di Bandara Polonia, Medan, Sumatra Utara, Indonesia. Ketibaan Aku, Drs. Halim dan Ustaz Mae ( Thailand ) disambut oleh Dr. Redzuan Hassan, penganjur dari Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri ( STAIN ) Aceh Utara, Lhoksemawe dengan pemandu Van. Kami naik terus menuju ke Aceh Utara. Di pertengahan jalan, kenderaan kami mengambil Dr. Zainul Fuad, Institut Agama Islam Negeri ( IAIN ) Sumatra Utara, Medan di hadapan Medan Plaza. Sepanjang jalan kami hanya melihat suasana baru yang belum lihat. Kami melalui Aceh Timur.

Dipertengahan jalanan, kami ada berhenti untuk makan di restoran minang persimpangan pekan Lansa dan solat di masjid di sempadan Aceh Timur dan Aceh Utara. Jalannya kecil tetapi pemandu bawa laju. Di kiri kanan terdapat tanaman kelapa sawit. Jalannya berliku-liku. Tidak seperti lebuhraya di Malaysia.

Kami sampai di Lhoksamawe kira pukul 8.30 malam. Masa perjalanan lebih kurang 6 jam. Dr. Zainul Fuad di turun di hotel. Kami bertiga di hantar tempat lain. Kami bertiga dihantar disebuah resort AU. Perjalanan lebih kurang 20 km dari Lhoksamawe. Selepas daftar masuk, kami di bawa makan. Pulang ke resort lepas itu. Aku duduk bilik seorang dan Drs. Halim duduk dengan Ustaz Mae.

Esok pagi, 28 Disember, 2009 Dr Redzuan ambil kami bawa ke tempat seminar. Kami disambut oleh panitia. Seminar dengan kata sambut an persembahan kebuadayaan. Lepas itu, kami diperkenalkan kepada peserta. Aku terkejut, hanya aku wakil Malaysia. Hari pertama seminar pemeteri dalam bahasa Inggeris iaitu bapak Dr Mark dari Ariszona, Dr. Irwan dan Dr Zainul Fuad. Petangnya dari Jokjarta

Kami bertiga akan membuat pembentangan pada hari esok ( 29 Disember 2009 ). Pada hari esok,pembentangan dari Ustaz Mae, Prof Farid, Rektor Institut Agama Islam Negeri ( IAIN ) Ar Raniry, Aceh dan Ketua Umum STAIN Lhoksamawe, Aku, Drs. Halim dan Dr Redzuan membuat pembentangan selepas itu.

Selepas sahaja tamat program itu kami terus di hantar balik ke Medan dengan Van. Ini pengalaman pertama aku membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa.