Sunday, July 25, 2010

LIMA MALAM DIMAKBULKAN DOA

Terdapat lima malam yang dimakbulkan doa seseorang iaitu :
1. Malam satu Rejab.
2. Malam Nasfu Syaaban.
3. Malam Jumaat.
4. Malam Hari Raya Aidil Fitri.
5. Malam Hari Raya Aidil Adha.

Petikan daripada khutbah Jumaat Ustaz Hj Sobri Arshad di Masjid Negeri Pulau Pinang pada 23 Julai, 2010.

Friday, May 28, 2010

JAWATAN KOSONG BULAN JUN 2010 DI KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA ( KITAB ) PULAU PINANG

1. Pensyarah/Penolong Pensyarah Syariah, Bahasa Inggeris atau Perbankan/kewangan :
Kelayakan : Sekurang-kurangnya Sarjana Muda Kepujian dalam bidang yang berkaitan.
Gaji permulaan : RM1400.00 sebulan.
Elaun : RM400.00 sebulan.
2. Pegawai Eksekutif :
Kelayakan : Sekurang-kurangnya Diploma.
Gaji permulaan : RM980.00 sebulan.
Elaun : RM250.00 sebulan.
3. Juruteknik Komputer :
Kelayakan : Sekurang-kurangnya SPM dan sijil teknikal Komputer.
Gaji permulaan : RM640.00 sebulan.
Elaun : RM200.00 sebulan.
4. Pembantu Tadbir :
Kelayakan : Sekurang-kurangnya SPM.
Gaji permulaan : RM640.00 sebulan.
Elaun : RM200.00 sebulan.
5. Pemandu Bas :
Kelayakan : Sekurang-kurangnya tamat darjah enam, mempunyai kelas E dan Permit Kenderaan Awam.
Gaji permulaan : RM600.00 sebulan.
Elaun : RM150.00 sebulan.
6. Pegawal Keselamatan :
Kelayakan : Sekurang-kurangnya tamat darjah enam.
Gaji permulaan : RM600.00 sebulan.
Elaun : RM150.00 sebulan.
Gaji Permulaan adalah ditentukan oleh Lembaga Pengarah tidak terikat kepada gaji yang ditetapkan tetapi tidak kurang daripada apa yang dicatitkan di atas.
Sila hantar permohonan, resume dan salinan sijil kepada Rektor, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang, Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Hitam, 11400 George Town, Pulau Pinang dan emailkan juga kepada abumnr@gmail.com.

KISAH KAKI EKOR SIRI ( 1 )

Kisah ini berlaku dalam sebuah kampong bernama Permatang Jaya ( bukan nama sebenar ) di Negeri Pulau Pinang. Di kampong ini terdapat seorang kaki tikam nombor ekor bernama Pak Mat ( bukan nama sebenar ) dan seorang ustaz bernama Ustaz Saad ( bukan nama sebenar ). Pak Mat sentiasa berusaha untuk mendapatkan nombor untuk ditikam olehnya. Dia mendapat tahu bahawa Ustaz Saad ini sangat makbul doa atau hajat sesiapa yang meminta kepadanya.

Pada satu hari Pak Mat berhajat untuk berjumpa dengan Ustaz Saad untuk mendapatkan nombor ekor. Dia pun menunggu Ustaz Saad selesai mengajar di surau kampong itu. Apabila Ustaz Saad habis mengajar dia pun berjumpa Ustaz Saad.

Dia pun berkata kepada Ustaz Saad bahawa dia ada hajat hendak minta daripada Ustaz Saad. Ustaz Saad pun bertanya kepada Pak Mat apakah hajat yang hendak diminta daripadanya tetapi Pak Mat tidak berkata apa-apa kecuali berkata bahawa dia ada hajat hendak mohon daripada Ustaz Saad.

Setelah tiga kali diulangnya pertanyaan oleh Ustaz Saad, maka Pak Mat pun berkata bahawa hajatnya ialah hendak mendapat nombor ekor daripada Ustaz Saad. Apa lagi Ustaz Saad pun marah dan memaki sambil berkata babi kepada Pak Mat.

Apabila Ustaz Saad memaki Pak Mat dengan berkata babi, maka Pak Mat pun keluar dengan tersenyum dan berkata terima kasih kepada Ustaz Saad tanpa rasa marah kepada Ustaz Saad walaupun dia dimaki oleh Ustaz Saad.

Ustaz Saad hairan kepada Pak Mat kerana tidak marah kepadanya walaupun dimaki dengan perkataan babi malahan mengucapkan terima kasih pula.

Rupanya babi ada nilai nombor dalam kamus nombor ekor . Dapatlah nombor untuk Pak Mat tikam. Tak tahu sama ada kena atau tidak.

Tuesday, March 9, 2010

JAWATAN KOSONG DI KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA ( KITAB ) PULAU PINANG.

Jawatan kosong sebagai Penolong Pensyarah ICT, Pegawai Tadbir, Pegawai Pemasaran, Jurulatih Tasmi' Tahfiz al Quran untuk wanita sahaja, Pegawal keselamatan dan Pemandu bas.

Kelayakan sebagai Penolong Pensyarah sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan. Bagi pegawai tadbir dan pegawai pemasaran sekurang-kurangnya diploma dalam yang berkaitan. Jurulatih Tasmi' Tahfiz al Quran sekurang-kurangnya diploma tahfiz al Quran dan mempunyai kuat ingatan menghafaz al Quran. Pemandu bas mesti mempunyai lesen E dan permit kenderaan awam. Pegawal Keselamatan hendaklah boleh membaca.

Sila hantarkan resume dan salinan sijil atau permit kepada Rektor, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa ( KITAB ) Pulau Pinang, Bangunan Tahfiz, Masjid Negeri, Jalan Air Hitam, 11400 George Town, Pulau Pinang. Emailkan juga salinan itu kepada abumnr@gmail.com.

Anggapkan pemohonan selepas 6 bulan adalah tidak berjaya.

Terima kasih.


Monday, March 8, 2010

TIGA BIDANG KEBERHASILAN KEBANGKITAN RASULULLAH S.A.W

Tiga bidang utama kebangkitan Rasulullah S.A.W ialah :

1. Dakwah : -
a. Individu
b. Keluarga.
c. Sahabat.
d. Ketua Kabilah.
c. Ketua Negara.

2. Tarbiayah :
a. Keimanan ( bersihkan daripada syirik dan kekufuran )
b. Ukhuwah.
c. Pengorbanan diri, harta dan keluarga.
d. kesabaran.

3. Daulah :
a. Masjid sebagai pusat strategi.
b. Dailog antara agama.
c. Piagam Madinah.
d. Kekuatan ekonomi.
e. Ketenteraan.

Wednesday, February 10, 2010

ULANG TAHUN PERTAMA KEMBALI KE RAHMATULLAH BAPAKU : ALAHYARHAM HAJI OTHMAN BIN HAJI KETENI

Pada pagi 11 Februari, 2009, lebih kurang 11.00 pagi, aku menerima panggilan telefon daripada adik perempuanku di kampung Sungai Pulai, Parit Jawa, Muar, Johor. Panggilan itu terputus tetapi aku dapati daripada dalam telefon itu bunyi riuh rendah macam ada sesuatu yang cemas. Aku cuba hubungi telefon rumah bapaku di kampong. Diangkat oleh adik perempuanku. Dia tidak bercakap apa-apa kecuali mengatakan bahawa abah dah tak ada.

Aku terus berjumpa pemangku Rektor beritahu kematian bapaku dan minta izin untuk balik serta merta. Dalam perjalanan, aku hubungi isteriku untuk dia hubungi sekolah anak-anakku untuk dibawa balik ke Johor.

Aku pergi ambil anakku di SK Kongsi, isteriku di rumah Taman Pondok Upeh dan anakku di Yayasan Khairiah, Baling.

Aku bertolak dari Pulau Pinang lebih kurang 2.45 petang dengan kelajuan antara 160 - 180 km/j aku dapat sampai di masjid Sungai Pulai tepat azan waktu maghrib.

Lepas solat maghrib, aku solatkan jenazah bapaku dan hantar ke kubur. Malam itu, jenazah bapaku dikebumikan. Aku dan adik-adik lelaki berserta orang kampong mengkebumikan jenazah bapaku. Aku yang baca Talqin dengan berdiri atas permintaan bapa saudaraku.

Lepas kebumi jenazah bapaku, aku balik ke rumah berjumpa dengan ibuku kerana dia tidak datang ke kubur kerana dia tidak boleh berjalan. Malam itu juga ada kenduri bacaan Yasin dan Tahlil. Aku minta izin daripada Imam kampung untuk mengetuai majlis tersebut.

Hari ini genaplah setahun bapaku pergi meninggalkan aku. Tiada yang dapat ku berikan dengan kebahagian di dunia ini kepada bapaku kecuali aku pohom kepada Allah agar bapaku di tempatkan dalam syurgaNya. Amin.

Satu perkara yang tidak dapat kulupa bersama bapaku ialah bapaku pernah pergi jual kerang di Parit Sulong tetapi tiada seorangpun yang membelinya.

Ya, Allah! Ku pohon agar kau cucuri rahmat ke atas roh bapaku, lepaskan azab dalam kubur dan tempatkan di kalangan orang yang beriman di dalam syurgaMu, Ya! Allah. Amin