Friday, January 15, 2010

PERTAMA KALI KE ACEH UTARA, INDONESIA ( SIRI- 1 )

Pada 26 Dismeber, 2009, aku menerima 'miscal' daripada Drs. Halim,Thailand pelajar Phd USM lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Pada pukul 12.15 tengahari, aku hubungi semula. Drs. Halim menjemput untuk aku membentangkan kertas kerja dalam seminar antarabangsa tajuk KITAB: sejarah, perkembangan dan halatuju di nusantara di Lhoksemawe tapi dengan tergesa-gesa. Semua tambang pengangkutan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh penganjur. Aku tanya bila. Dia kata besok tengahari akan ke sana. Aku kata aku akan hubungi Tuan Rektor. Insyaallah lepas zohor aku akan hubunginya kembali. Aku hantar sms ke tuan rektor. Pukul 3.30 petang Drs. Halim buat "miscal' lagi. Aku telefon dia dengan memaklumkan bahawa aku belum dapat balasan sms daripada tuan rektor. Aku mohon tangguh hingga lepas asar.

Lepas asar, aku telefon Dr. Mustapa mengenai jemputan Drs. Halim itu. Dr. Mustapa izin aku pergi. Aku terus ke pejabat mengambil bahan untuk buat kertas kerja dan bahan untuk mesyuarat Lembaga pengarah KITAB pada 29 Januari, 2009 jam 3.00 petang di pejabat agama Islam Kepala Batas. Aku hubungi Us. Hazrul untuk mesyuarat Jawatankausa dan lembaga akademik KITAB serta mengganti aku untuk mencatit minit mesyuarat lembaga pengarah KITAB. Aku buat jemputan melalui sms untuk kesemua mesyuarat di atas.

Di rumah aku bersiap pakaian untuk ke Indonesia. lepas Isya, lebih kurang pukul 10.00 malam, aku keluar untuk berjumpa Drs. Halim di USM tapi dia kata belum sampai lagi di USM. Dia beritahu tiket kapal terbang kena beli dahulu dengan menggunakan duit sendiri dan buat tuntutan di sana. Aku balik. Aku kemudian tidur awal. Pukul 3.00 pagi aku bangun buat kertas kerja seminar antarabangsa.

Pada 27 Januari, 2009, pukul 6.00 pagi aku ke pejabat untuk menyiapkan laporan minit mesyuarat lembaga pengarah KITAB. Aku isikan dalam fail khas. Di pejabat Drs. halim minta nombor pasport aku. Aku hantar melalui sms. Pukul 9.00 pagi aku balik. Dalam perjalanan balik aku teima sms aku akan bertolah pukul 12.30 pagi dan perlu berada di airport pukul 10.30 pagi. Sampai di rumah, ambil beg dan bersalaman dengan keluarga dan terus ke airport. Dalam perjalanan aku telefon pelajar aku untuk ambil kereta aku di airport dan akan simpan di KITAB. Aku sampai di airport pukul 11.15 pagi dan tunggu Drs. Halim. Kereta dibawa pelajar aku ke kITAB

No comments:

Post a Comment