Sunday, July 28, 2013

RAMADHAN AL MUBARAK

Bulan Ramadhan al Mubarak diertikan bulan yang membawa keberkatan. Keberkatan itu mempunyai kebahagiaan dan kelebihan. Kebahagian dalam Ramadhan ini kerana dalam bulan ini kita merasa ketenteraman jiwa dan ketenangan perasaan. Ketenteraman jiwa dan ketenangan perasaan disebabkan dalam puasa ini kita kurang melakukan dosa daripada pancaindera kita.

Kelebihan pula kerana dalam bulan Ramadhan ini tedapat lima kelebihan yang terdapat dalam bulan ini. Lima kelebihan itu ialah di dalam bulan ramadhan ini terdapatnya kewajiban berpuasa, disunatkan bersolat terawaih, diwajibkan berzakat fitrah, terdapatnya lailatul qadr dan diturunkannya al Quran. Kelima-lima kelebihan ini tidak terdapat di dalam bulan lain selain daripada bulan ramadhan ini.

No comments:

Post a Comment